Akhir-akhir ini waktu subuh di Langkawi masuk agak lambat iaitu 6:16 pagi. Selepas subuh, sempat mengajar Hafidz Al-Quran dan membuat sedikit hafalan. Biasanya selepas mengajar, aku akan ke Beach House untuk memulakan wirid harian sambil menikmati bayu pagi segar dari lautan. Pemandangan matahari terbit dari Beach House sungguh indah. Rupa-rupanya Hafidz lebih awal mengambil tempat atas tujuan yang sama, memerhati matahari naik sambi berselawat.
Pembinaan Beach House dihentikan seketika untuk laluan kepada pembinaan Log House. Kami sekeluarga tinggal di Garden House sejak dari dulu lagi, sebelum memulakan projek Log House dan diikuti Beach House. Pada awal tahun ini, dengan izin Allah, kami diberi rezeki membeli rumah seorang Pak Cik yang telah kematian isteri. Warga emas ini bercadang untuk kembali ke kampung halamannya di Perlis. Rumahnya terletak lebih jauh sedikit dari pantai tetapi sejajar dengan Log House, Garden House dan Beach House. Kalau melalui pandangan udarara, kelihatan ke empat-empat rumah ini seperti straight line dari pantai. Di hadapan Front House inilah terletak car park. Front House digunakan untuk menyambut saudara mara dan kenalan yang bercuti di Langkawi. Sebenarnya FCU gemar membina rumah. Kami bermula dengan pembinaan Log House pada 22 September 2010 dan telah menjadi sejarah keluarga. Sejarah ini telah saya sematkan dalam entri:
FRONT HOUSE : Rumah yang paling hadapan dan paling pertama disapa oleh tetamu.
LOG HOUSE : Rumah kedua yang dibina seolah-olah dibuat dari batang balak (dalam pembangunan)
GARDEN HOUSE: Rumah ketiga yang di hiasi dengan Bonsai Garden.
BEACH HOUSE: Rumah keempat mengadap laut (dalam pembangunan)
LOG HOUSE : Rumah kedua yang dibina seolah-olah dibuat dari batang balak (dalam pembangunan)
GARDEN HOUSE: Rumah ketiga yang di hiasi dengan Bonsai Garden.
BEACH HOUSE: Rumah keempat mengadap laut (dalam pembangunan)
Ketika itu anak-anak tidak ada sebarang pengetahuan dalam pembinaan. Hafidz juga masih kecil dan tidak terkecuali terlibat dalam challenge ini. Sejak itulah pembinaan rumah dijadikan salah satu kurikulum pembelajaran homeschool buat Tajrid dan Hafidz. Empat tahun berlalu dan kini mereka adalah pembina rumah yang berpengalaman. Oleh kerana pembinaan rumah adalah satu pembelajaran buat anak-anak, kami tidak tergesa-gesa untuk menyiapkannya. Di samping pembinaan, kami juga terjun ke bidang pembikinan video dan kini dengan izin Allah FCUPRODUCTION adalah antara barisan yang terkenal di Langkawi. Kami juga terlibat dalam pembikinan corporate video terutamanya semasa Penjelajahan Seluruh Semenanjung Malaysia.
MUNAJAT HATI DI PAGI HENING DIIRINGI SELAWAT
"Masyaallah.....Segala puji-pujian hanya buat Allah. Tuhan yang menjadikan sekelian alam. Tiadalah tandingan buat Allah. Kita hanya hamba yang lemah. Sentiasa mengharap ikhsanNya. Syukur akan nikmat mata melihat. Syukur akan nikmat hati merasa. Sesungguhnya hatilah raja. Beruntunglah hamba yang punyai hati yang tenang, dapat melihat Allah dalam setiap kejadian hingga tiada apa yang sia-sia. Semuanya Allah belaka....Di dunia sudah beroleh syurga!!!"
Bersyukurlah dirimu wahai Hafidz...Amal apakah hingga dikurniakan syurga mata? Siapalah kita untuk dikurniakan semua ini? Lihatlah di sekelilingmu. Terlalu ramai mereka yang tidak berpeluang seperti kita. Sedarlah...semua ciptaan maha hebat ini adalah untuk kita mengenal
Sang Pencipta Yang Maha Agung.
Masa berlalu....alam terus berubah warna. Rahmat Allah untuk hamba, meneruskan perjalanan melata ke pelusuk alam. Mencari berkat dalam setiap ibadat.
Renungan pagi yang indah bersama secangkir kopi panas. Indahnya hidup ini.....sekiranya syukur sentiasa meniti bibir hingga ke akhir hayat kita.