TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 28 Mac 2014

AFIQ GURU KECIL READ AND EASY


Sudahkah anak anda boleh membaca? Ini adalah soalan yang paling orang suka bertanya kepada ibu-ibu yang mempunyai anak seusia tadika. Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih tidak boleh membaca, sudah tentu akan rasa tertekan.

Bagi mereka yang sekolah di rumah, masaalah ini akan menjadi lebih kronik kerana suasana di rumah sangat jauh berbeza dengan sekolah.  Pada pendapat saya, sekiranya kita menggunakan kaedah yang betul dan buku yang tepat, masaalah yang besar ini akan menjadi senang sahaja.

Terdapat lapan buah buku nipis di mana pembelajarannya adalah secara berperingkat.
Juga disertakan sebuah CD dan kepingan kertas yang bertulis huruf kecil di atasnya.


Buku ini cukup senang...hingga Afiq (9 tahun) juga boleh mengajar 
sepupunya Adelyn (1 tahun). Malah...saya dapati Adelyn lebih 
cepat mengikut Afiq dibandingkan orang dewasa mengajarnya. 
Mungkin cara fonetik yang mengeluarkan bunyi pendek-pendek 
itu dianggap sebagai satu permainan baru bagi Adelyn. Sekali gus 
Afiq juga meningkat kerana dia sekarang sudah bertaraf 
guru kepada Adelyn.


Anak-anak gemar belajar di komputer. CD yang disediakan cukup 
membantu dan senang bagi kanak-kanak seawal setahun 
mengikutinya. Dengan adanya CD ini, kita tidak perlu bekerja 
keras kerana anak-anak sudah boleh belajar sendiri. 
Memang berbaloi kerana harganya juga murah.


CD ini disertakan dengan panduan mengajar dan lagu yang pendek 
dan senang diingat oleh kanak-kanak.


Bukunya juga berwarna-warni dan sangat senang untuk diikuti 
oleh kanak-kanak kecil.



Anak-anak dapat fokus dengan baik dan mengikut sahaja CD yang disediakan sambil membaca tulisan yang tertera di buku READ AND EASY. Paling mereka suka ialah lagu yang simple tapi menarik mengiringi pembelajaran. Lagi ramai pelajar lagi baik kerana suasana ceria akan membantu kanak-kanak suka belajar. Ibu, ayah, kakak dan abang boleh sahaja menjadi anak murid teman belajar anak kecil kita. Di samping pembelajaran di rumah, kita sudah berjaya mewujudkan satu suasana ceria. Inilah kebahagiaan bagi kita semua...RUMAHKU SYURGAKU pasti menjadi realiti.


Inilah suasana pembelajaran homeschool kami pada setiap hari. Saya merasa bersyukur kerana dianugerahkan Afiqah sebagai role model kepada adik-adiknya. Begitu juga saya rasa sangat bersyukur mempunyai cucu-cucu kecil yang memberangsangkan Afiqah untuk berdiri sebagai kakak yang bertanggung jawab kepada pembelajaran adik-adiknya. Bersyukur atas bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan Hafidz dan Tajrid sebagai pelajar awal homeschool kami. Tajrid sudah graduate dari homeschool sebaik sahaja beliau berumur 18 tahun. Kini...Hafidz pula adalah contoh kepada cucunda tersayang dan saya cukup bangga dengan pencapaiannya setelah meningkat remaja.


Untuk mengajar READ AND EASY kepada Alyssa dan Adelyn, saya memilih Afiq sebagai perantaraannya. Guru kecil ini merasa sangat bangga dan inilah masanya saya meletak Afiq sebagai seorang ketua. Dengan cara ini kita telah menaikkan self esteem anak-anak.


CIKGU AFIQ

Cikgu Afiq memulakan kelas dengan menulis perkataan "cab" di atas white board.



Saya hanya memerhati sahaja apa yang Afiq lakukan di dalam kelasnya. Segala idea adalah dari dirinya sendiri. Sememangnya Afiq mempunyai cara yang sangat berkesan dibanding dengan saya. Sebagai kanak-kanak, dia sangat peka apa yang diinginkan oleh Alyssa dan Adelyn. Beginilah homeschool....kadang-kadang anak kecil mempunyai idea yang lebih baik dan kita orang dewasa pula meniru caranya. Tiada apa yang salah. Dengan ini, kita telah menanam keterbukaan minda kepada anak-anak dari kecil lagi. Afiq berlakun jadi kereta (cab) sambil membunyikan fonetik keh..keh...eh...eh...dan beh...beh...c..a...b....Alyssa dan Adelyn meniru aksi afik dan turut sama membunyikan fonetik seperti Afiq. Mereka tidak menganggap bahawa ini adalah pembelajaran dalam kelas. Sebaliknya mereka menganggap ianya adalah satu permainan yang sangat menarik. Alhamdulillah...Cepatlah dapat membaca wahai cucu-cucuku....


Suasana menjadi lebih hangat apabila mereka mula menyanyi dan menari . Adelyn menempik-nempik dan kami semua ketawa besar...Ah! Indahnya homeschool. Saya sangat mencintai homeschool dan pasti anda di luar sana juga akan dapat merasakannya sekira mencuba.






Perkataan seterusnya adalah "cat".




Lihatlah betapa terujanya Adelyn mengikuti kelas abang Afiq.



Meja kecil homeschool kami ini sangat berjasa. Alyssa dan Adelyn tercari-cari huruf yang di tulis oleh Afiq.



Lihatlah betapa dedikasinya Cikgu Afiq dengan tugas yang diberikan. Bersedia untuk mengajar perkataan seterusnya tapi....hmm anak-anak murid sudah tinggalkan kelas. Cuba lagi lain kali...lama-lama mereka akan pandai membaca. Good work, Afiq !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...