TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 21 Januari 2015

CAN HOMESCHOOLERS GET INTO UNIVERSITY?


Kemanakah arah tuju homeschool dan apakah bentuk kerjaya yang sesuai untuk anak-anak ini. Adakah masa depan mereka secemerlang mereka yang  belajar sekolah biasa yang akhirnya menjejakkan kaki ke Menara Gading baik di dalam dan di luar negara ?


Persoalan sebegini sering menerjah di dalam benak fikiran masyarakat yang mengadili sejauh mana pencapaian anak-anak yang dibimbing oleh ibubapa sendiri. Apalagi sekiranya para ibubapa itu sendiri tidak mempunyai sijil kelayakan sebagai pengajar yang bertauliah. Malah persoalan ini juga sering menghantui fikiran ibubapa yang mempunyai cita-cita untuk homeschoolkan anak-anak mereka. Bagi mereka yang baru menceburi dalam homeschool, tidak mustahil timbul juga sedikit sebanyak rasa ketidakyakinan dalam masa depan anak-anak  mereka. Sedangkan pada hakikatnya ramai mereka diluar sana yang berakhir dengan pekerjaan yang langsung tiada kaitan dengan apa yang pernah mereka belajar di universiti. Kita juga hampir lupa bahawa Allah yang menentukan rezeki hambaNya. Kita sebagai hambaNya hanya perlu berusaha dan berdoa agar rezeki yang diperolehi diberkati Allah.

Betullah kata peribahasa kita, JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN. Perjalanan kami dalam homeschool bermula sejak dari tahun 1984 lagi dimana ketika itu anak sulung kami baru berusia 4 tahun, anak kedua 2 tahun dan anak ketiga baru setahun. Apabila anak sulung berumur 12 tahun, kami mula menghantar anak-anak ke sekolah biasa dan homeschool sebelah petang. Ketika itu homeschool kami berbentuk kelas tambahan untuk memperkasakan pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Hasilnya...anak sulung kami adalah lepasan UPM, anak kedua lepasan UTHM, anak ketiga lepasan OHIO STATE UNIVERSITY, anak keempat lepasan  UIA, anak kelima lepasan UTHM, anak keenam masih belajar di UTM peringkat PhD, anak ketujuh juga masih belajar di peringkat Master di United Kingdom. Bagaimanapun, anak kelapan kami tidak benarkan untuk sambung pelajaran ke luar negara atas sebab-sebab tertentu. Ketika itu kami sudah menubuhkan syarikat sendiri iaitu FCUPRODUCTION, FCUBONSAI ACADEMY dan pembinaan rumah. Keluarga kami memulakan pembelajaran di peringkat tinggi dalam bentuk keluarga iaitu FCU (Family Chess University). Kami sedikitpun tidak terperanjat apababila anak kesembilan dan kesepuluh menolak tawaran ke universiti tempatan dan memilih untuk belajar di FCU. Abang-abang dan kakak-kakak mereka yang telah habis belajar adalah tulang belakang FCU.

Perjalanan kami dalam mendidik anak-anak memang sudah jauh dan pandangan kami juga mula berubah kerana sudah mahir dengan asam garamnya, pahit getirnya dan hasil manis buahnya. Atas pengalaman yang luas inilah kami terus mengambil keputusan untuk homeschoolkan anak kesebelas (Tajrid) dan yang paling bungsu iaitu Hafidz. Kelangsungannya, semua cucunda juga kami turut homeschool seawal bayi lagi.


BOLEHKAN ANAK-ANAK HOMESCHOOL MASUK UNIVERSITI?
Kami sering ditanya persoalan seperti di atas. Malah yang terbaru adalah dari pembaca yang menulis di ruang komen:

Assalamu'alaykum kak nak tanya... untuk anak2 yang homeschool, adakah mereka boleh masuk universiti? atau memang di plan tidak masuk ke mana2 sistem pendidikan sehingga mereka bekerja? anak saya kecik lagi. baru nak belajar.
Sungguh cantik soalan ini untuk tatapan kita semua.

JAWAPANNYA : PELUANG TERBUKA SELUAS-LUASNYA
Untuk meyakinkan lagi jawapan ini, silalah dapatkan maklumat dari laman web dibawah:
http://homeschoolhomefrontier.com/resources/homeschool-further-education#

ADAKAH FCUHOMESCHOOL JUGA AKAN HANTAR PELAJARNYA KE UNIVERSITI ?
Sebagaimana yang telah saya jelaskan dari  awal, FCU itu sendiri adalah sebuah Universiti. Pembelajarannya sangat real dan berasaskan BACK TO ROOT. Dari manakah asalnya kita dan pasti kita akan kembali kepadaNya. Apa sahaja yang kita pelajari dan usahakan pasti tidak sia-sia.

Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah "Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?" jawab, Nabi saw: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati."

Apakah tujuan sesebuah Universitu itu ditubuhkan? Tentu sekali untuk melahirkan para cerdik pandai. Maka inilah inti pati kepada segala pembelajaran. Wujudnya kita di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah. Untuk jadi khalifah iaitu pemimpin alam, tentu sekali kita perlu melengkapkan diri dengan sebaik mungkin kepakaran sesuai dengant tuntutan terkini. Dan inilah yang FCU terapkan dalam setiap pendidikan kami.

Seandainya ada antara para pelajar kami yang berminat untuk sambung ke peringkat universiti tempatan mahupun luar negeri, kami sedikit pun tidak menghalang. Tunjuk ajar akan diberi untuk mengambil peperiksaan SPM, IGCSE O Level atau SAT 1. Dalam hal ini tiada paksaan atau larangan buat mereka. Namun begitu FCU telah menetapkan beberapa peperiksaan yang perlu diambil oleh anak-anak kami.

1) Peperiksaan untuk memperolehi lesen B  RADIO AMATUR

2) Peperiksaan untuk memperolehi lesen A RADIO AMATUR

(Setakat ini semua anak-anak sudah miliki lesen B setelah semua lulus dalam peperiksaan yang diambil dan sedang b1/manisnya-keputusan-rasmi-erusaha untuk peperiksaan lesen A. Kami ada buat entri khas bagi meraikan kejayaan ini dalam
http://hafidzyoungscientist.blogspot.com/2014/01/manisnya-keputusan-rasmi-peperiksaan.html

Bagi mereka yang ingin menambah info tentang apakah itu radio amatur dan juga kepentingannya dalam kehidupan, bolehlah klick   http://hafidzyoungscientist.blogspot.com/2013/12/asas-pengenalan-radio-amatur.html 



Tajrid Examination Result: PASS


                                                            Hafidz Examination Result: PASS


3) Peperiksaan untuk memperolehi lesen OPEN WATER SCUBA INSTRUCTOR

4) Peperiksaan untuk memperolehi lesen SPECIALTY INSTRUCTOR

5) Peperiksaan untuk memperolehi lesen MASTER SCUBA DIVER TRAINER

(Setakat ini kami sudah memiliki lesen OPEN WATER SCUBA INSTRUCTOR DAN SPECIALTY INSTRUCTOR. Untuk membuka class diving memerlukan lesen Master Scuba Diver Trainer. Hafidz masih tidak layak kerana semua candidate mesti berumur 18 tahun keatas. Namun begitu kami sudah mulakan syllabus diving dalam schedule homeschooling buat Hafidz agar dia tidak hadapi kesulitan apabila tiba waktunya nanti. Setakat ini semua buiku-buku adalah dalam bahasa Inggeris memandangkan semua peperiksaan diatas adalah kendalian luar negara iaitu Australia)


OPEN WATER DIVER: Hafidz's diving syllabus


6) A course of 50 credit hours to get BLUE BADGE license

7) A course of 150 credit hours to get GREEN BADGE license

8) An exam to get RSTG BADGE (Region Specific Tourist Guide) after having BLUE BADGE and GREEN BADGE.

(Semua badges ini diperlukan untuk menjadi seorang Tourist Guide atau pun apabila kita ingin memasuki mana-mana hutan di Malaysia)

Pelajar homeschooling kami tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PT3. Sememangnya syllabus homeschooling kami tidak sama dengan apa yang diajar di sekolah walaupun mata pelajaran adalah hampir sama. Selain itu, pelajaran Astronomy dan Medic juga turut diajar kepada mereka. Namun 9 jenis peperiksaan diatas adalah kemestian kepada mereka sebagai ganti kepada apa yang kami tinggalkan. Kita mesti bersikap fikiran terbuka dan menapak selangkah kedepan untuk berfikir di luar kotak kerana dunia sekarang sangat mencabar. Sijil yang cemerlang bukan lagi menjadi senjata ampuh untuk anak-anak kita menangkis segala cabaran yang mendatang.

Saya rasa para pembaca sudah jelas dengan kedudukan FCUHOMESCHOOL kerana apa yang kami sediakan buat para pelajar kami cukup demanding dan sangat berguna buat kehidupan mereka. Masih saya ingat lagi usaha gigih mereka sebelum mengambil peperiksaan lesen B Radio Amatur terutamanya buat Hafidz dan Tajrid yang tidak menduduki tingkatan 4 dan 5. Ilmu pengetahuan tentang elektrik di peringkat Universiti dan pengiraan physic peringkat tinggi diperlukan untuk menjawab sebahagian soalan. Saya dikhabarkan bahawa ada calon yang terpaksa mengambil sebanyak 8 kali sebelum lulus lesen B. Hafidz menduduki peperiksaan itu pada tahun 2013 ketika berumur 14 tahun. Umur 14 tahun adalah umur yang paling minima untuk layak menduduki peperiksaan lesen B Radio Amatur. Alhamdulillah.....Hafidz merupakan calon yang paling muda lulus dalam peperiksaan pada tahun itu. Keputusan itu adalah merupakan pencapaian homeschool kami yang manis sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...