TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 17 Disember 2013

ASAS PENGENALAN RADIO AMATUR



APAKAH ITU RADIO AMATUR?
Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio komunikasiyang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yangmemegang lesen radio amatur.Seseorang pengendali radio amatur juga dikenalisebagai “Ham Radio” dan terdapat lebih 3 juta pengendali di serata dunia yang mana mereka akan berpeluang berhubung di antara sama lain. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.





Radio Handy Talky




Radio RIG Mobile




Station Radio Amatur



Tajrid memakai pakaian kerja FCU berserta radio 
amatur tersisip di pinggang bahagian belakang. 
Penggunaan radio amatur sangat praktikal terutamanya 
apabila kita berkonvoi ke dalam hutan belantara.




Pandangan bahagian sisi.



DISCOVERING AMATEUR RADIO VIDEO





15 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU BERKENAAN RADIO AMATUR

1) Bilakah Radio Amatur Bermula ? 


1894
Sejarah Radio Amatur bermula dengan kejayaan seorang berbangsa Italy bernama Guglielmo Marconi yang telah berjaya membuat penghantaran isyarat gelombang radio jarak jauh. 

1899
Ini diikuti dengan penghantaran pesanan menggunakan gelombang radio merentasi Terusan Inggeris (English Channel). 

1902
Seterusnya membuat penghantaran isyarat radio merentasi Lautan Atlantik. 

1904
Sekitar tahun ini banyak kapal laut sudah dilengkapi dengan radio.

1912
Bila terjadi bencana tenggelamnya kapal Titanic di tahun, Kongress AmerikaSyarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat.

1914
Pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


2) Apakah Yang Boleh Saya Lakukan Dengan Radio Amatur ?
Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa tanpa sebarang charge seperti dalam penggunaan taliphon rumah dan handphone. Seperti yang diketahui umum pada mulanya komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja. Kini, dengan adanya perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat sebagaimana sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set radio amatur mereka.



Kita akan dapat menikmati Amateur Television (ATV) dengan hanya menambah beberapa
peralatan lain seperti  Videolynx 434 50 mW transmitter, module  camcorder atau sebarang camera with a video output, 9V alkaline battery dan 70cm antenna.



Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Kelebihan sebegini membuat hobi radio amatur sangat istimewa dan menarik bagi semua peringkat masyarakat.


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) sedang berbual dengan bapanya, Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor menerusi radio amatur. Peristwa ini berlaku kira-kira pukul 12.52 awal pagi selepas Soyuz TMA-11 berjaya bercantum dengan Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS).



Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. 
Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketikatragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komunikasi kepada pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.


3) Siapakah Yang Boleh Menggunakan Radio Amatur ?
Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina,umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan.Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapatmerasakan pengalaman yang menyeronokkan dengan suatu sentuhanyang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam RadioAmatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik dimana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik dimana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.


4) Berapakah Banyak Perbelanjaan Yang Diperlukan Untuk Hobi Ini ?
Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkualiti rendah. Radio yang lebih besar adalah sama harganya dengan satu komputer. Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur sangat mudah diperolehi melalui internet. Bayaran yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah dan berpatutan.

Yuran peperiksaan adalah seperti berikut:-
1. Peperiksaan Radio Amatur (RAE) untuk mendapat lesen B - RM50.00
2.  Peperiksaan Kod Morse untuk mendapat lesen A - RM50.00

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.



5) Dalam Kesibukan Seharin, Masih Bolehkan Saya Menikmati Hobi Ini ?
Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


6) Siapakah Yang Boleh Membantu Saya ?
Kelab-kelab/Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.



7) Bagaimanakah Saya Boleh Menjadi Seorang Operator Radio Amatur ?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


8) Siakah Yang Mengeluarkan Sijil Perakuan ?
Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


9) Adakah Saya Perlu Membayar Yuran ?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


10) Apakah Yang Boleh Saya Pelajari Sebagai Permulaan ?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia.

Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan

A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M------------------------------Mike------------------------MIKE
N------------------------------November---------N0VEM BER

O------------------------------Oscar--------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO


11) Bagaimanakah Cara Ia Beropersi ?
Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).



Radio Amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina,umur (14 tahun keatas), pangkat, agama, bangsa atau keupayaan.Sebagai seorang pengendali Radio Amatur, mereka akan dapat merasakan pengalaman yang menyeronokkan bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Di dalam Radio Amatur, ianya akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik dimana ianya menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik dimana kini semakin ramai orang menyertai bidang ini.



13) Apakah Badan Yang Penting Berkaitan Dengan Radio Amatur ?

(ITU)
International Telecommunication Union (ITU) atau KesatuanTelekomunikasi Antarabangsa merupakan sebuah badan kawalselia dalam menetapkan segala frekuensi dan aktivti komunikasiradio didunia.

(IARU)
International Amateur Radio Union (IARU) atau Kesatuan RadioAmatur Antarabangsa merupakan sebuah badan dunia mengenairadio amatur yang dianggotai terdiri dari lebih 189 negara.

(SKMM)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atauMalaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)merupakan sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalammengawal selia segala perkhidmatan yang melibatkan komunikasi diMalaysia.

(MARTS) 

Malaysian Amateur Radio Transmitters Society (MARTS) atauPersatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia adalah satu-satunya persatuan radio amatur yang mewakili Malaysia didalam KesatuanRadio Amatur Anatarabangsa.




14) Perkara Yang Dibenarkan Dalam Radio Amatur
1.Berkomunikasi dengan radio HF seluruh dunia.
2.Berkomunikasi menggunakan radio VHF/UHF.
3.Memberi khidmat komunikasi semasa bencana.
4.Pembuatan radio, pancaran, penerimaan dan antena.
5.Berkomunikasi di orbit satelit tanpa kos.
6.Menjalankan kajian berkaitan ATV, slow scan TV dan hantarangambar menggunakan faksimili.
7.Mengambil bahagian dalam pertandingan radio amatur.
8.Mengambil bahagian dalam aktiviti menacari dan menyelamat.




15) Perkara Yang Tidak Dibenarkan Dalam Radio Amatur
1. Dilarang menggunakan untuk tujuan sosial seperti iklan dan berniaga.
2.Sebarang penghebahan atau siaraya umum.
3.Untuk tujuan politik, keugaman dan unsur-unsur lucah.
4.Menyinggung perasaan orang lain atau pengendali radio amatur lain
5.Menyiarkan sebarang bahan yang telah sedia ada berupa lagu,percakapan, berita atau apa sahaja yang berkaitan (Re-Broadcast)

sumber:
http://www.k4ro.net/k4ro/station_tour/
http://www.scribd.com/doc/3936051/asas-pengenalan-radio-amatur
http://prapet-peraktengah.blogspot.com/2011/04/apa-itu-radio-amatur.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...