Apakah elemen-elemen penting untuk mendapat orkid yang hidup subur, sihat dan seterusnya menghadiahkan kepada anda satu jambangan bunga yang indah dan tahan lama. Sebenarnya terdapat banyak cara dan panduan untuk memiliki orkid yang subur. Namun begitu terdapat 4 elemen yang secara puratanya memang memenuhi segala keperluan ilmu yang harus ada pada setiap penanam orkid yang berjaya. Panduan ini hanya sesuai untuk orkid di iklim panas seperti Malaysia. Sudah tentu bagi orkid di kawasan sejuk memerlukan panduan yang berlainan. Tanpa ilmu di dada anda pasti akan mengalami saat kecewa apabila orkid mati begitu sahaja atau pun terpaksa bersabar menunggu pohon orkid yang tidak kunjung berbunga.
1. PENYIRAMAN
Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !
Di atas adalah satu petua yang popular dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah anda ‘menjemput’ penyakit kepada koleksi orkid anda. Ini kerana orkid mampu menyimpan air di dalam bebawangnya seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:
a. Cuaca semasa
Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.
b. Media tanaman digunakan
Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah kurang daripada media yang cepat kering.
c. Iklim mikro
Bermaksud adalah iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.
Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang. Penyiraman di waktu tengahari akan menyebabkan air yang bertakung di celah daun akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur akibat dari proses pemanasan air oleh matahari.
Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.
2 . PENGUDARAAN
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur orkid yang tidak terlalu padat atau membekal pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.
3. PEMBAJAAN
Pembajaan adala sesuatu yang mesti diberi kepada tanaman termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?
‘WEAKLY, WEEKLY‘
Di atas adalah satu lagi petua yang bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan menggunakan kepekatan tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah dan merugikan anda.
Panduan memilih baja
Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk pilihan pengguna. Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.Biasanya pada label baja akan tertera Asemua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.
Contoh: Baja A (Baja untuk pembungaan)
N P K +TE : 13 27 27 1%
Ini bermakna baja A mempunyai 13% unsur Nitrogen
27% unsur Posforus
27% unsur Kalium
1% unsur TE
Unsur surih TE adalah keperluan sampingan sahaja. Boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.
Baja A adalah baja untuk menggalak pembungaan kerana mempunyai kandungan Fosforus dan Kalium yang tinggi. Sebaliknya sekira anda ingin membesarkan pokok anda, perlu memilih baja yang mengandungi kandungan kadar unsur Nitrogen yang lebih tinggi dibandingkan dengan unsur Fosforus dan Kalium.
Memang banyak terdapat berbagai jenis baja baik yang organik mahupun yang bukan organik. Ini
bergantung kepada pilihan anda dan anda akan belajar melalui pengalaman.
Antara contoh dari penanam orkid ialah baja organik ‘B’GREEN seaweed’
Baja organik ‘B’GREEN seaweed’ adalah untuk memberi pertumbuhan yang sihat manakala ‘B’GREEN bloom & fruit’ pula untuk membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.
B’GREEN seaweed adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi beberapa hormon semulajadi yang amat diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi elemen sebagai anti beberapa penyakit bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.
B’GREEN bloom & fruit adalah campuran baja bukan organik N P K +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan nutrien oleh tumbuhan.
Terdapat juga penggemar orkid yang menggunakan baja kimia hijau dan merah. Baja hijau mempunyai kadar unsur Nitrogen yang tinggi. Baja ini adalah untuk kesuburan daun manakala baja merah pula adalah untuk kesuburan bunga dan mempunyai kadar unsur Posforus dan Kalium yang tinggi. Ambil satu sude teh baja hijau dan satu sudu teh baja merah dan campurkan dengan satu baldi besar air. Kemudian ambil setengah tutup racun serangga jenama CH MALAXION 570E dan kacau hinga sebati. Masukkan ke dalam tong semburan dan sembur sekali seminggu. Ada juga yang menambah baja organik setelah semburan. Tabur baja tahi kambing ke dalam pasu bagi menguatkan akar pokok orkid dan menggalak tumbesaran pokok orkid.
4, KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK ORKID
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. ssu Ini kerana ia mempengaruhi kualiti hidup orkid dan mungkin yang lebih penting anda mungkin kehilangan orkid anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada bawaan 4 elemen:
a) Serangan serangga
b) Serangan kulat
c) Serangan bakteria
d) Serangan virus
Kemahiran mengenal penyakit memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala sesuatu penyakit itu mempunyai tanda yang sama untuk bawaan virus atau bakteria atau kulat.
a) SERANGAN SERANGGA
Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :
a. Semut
e. White flies
b. Aphid
f. Mites
c. Lipas
g. Scale insects
d. Kumbang
h. Siput
1) Kumbang
(Oulema pectoralis, Apogonia spp Gonophora xanthomala dan Callispa duodecima culata)
Kumbang menghisap nutrient pada daun hingga jadi kering
Kumbang Oulema pectoralis
Memasang jaring netting atau pokok penghalang di sekeliling ladang. Sembur racun seperti carbaryl, trichlorphon dan gamma BHC pada kadar 0.1% a.i. Semburan preventif dilakukan pada peringkat berbunga. Trips Anaphotrips corbetti Sembur dengan racun seperti dimethoate pada kadar 0.1% a.i Teritip Diaspis boisduvallis dan Parlatoria proteus Sembur racun seperti dimethoate atau white oil pada kadar 0.1% a.i2) Hamama
(Dolichortetranychus dan Tetranychus spp).
Sembur dengan racun hamama seperti dicofol atau white oil pada kadar 0.1% a.i atau tetradifon pada kadar 0.01% a.i
Serangga perosak ini selalu menyusahkan pencinta orkid. Ia sering ditemui pada dirumah-rumah orkid, di mana keadaan lembap sangat sesuai untuk meneruskan kehidupan mereka. Siput-siput kecil boleh membahayakan pokok dengan memakan sulur akar. berlainan dengan siput yang lebih besar dan semua saiz lintah bulan (slugs), akan makan dan mengunyah akar dan tunas/pucuk baru, sering menyebabkan luka besar dalam jangka masa satu malam.
Simptom-
Tunas/pucuk yang telah dimakan akan mengeluarkan zat pekat untuk mengisi lubang (kesan dimakan). Jika tidak dirawat, ianya akan membusuk dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut. Keringkan lubang tersebut dengan kain kering kemudian disalut dengan belerang untuk pertanian. Ianya dapat mengeringkan kesan luka pada pokok dan mencegah dari dijangkiti kuman serta kulat. Lubang tersebut boleh disembuhi tetapi kesannya parut tetap ada dan kekal walaupun tak sedap mata memandang.
Kawalan-
Ada banyak bentuk kawalan siput, lintah bulan dan kodok. Terdapat satu cara mudah jika anda hendak menggunakan kaedah bukan kimia, iaitu secara alam semulajadi. Anda hanya perlu meletakkan hirisan buah epal di dalam pasu yang anda syaki adanya siput ini berkeliaran. Pada keesokkan harinya anda akan terkejut, seolah-olah ada satu pesta pada hirisan buah epal tersebut.Satu lagi cara ialah dengan merendam pasu ke dalam larutan mercaptodimethur pada kadar 0.1% a.i. Letakkan umpan metaldehyde pada laluan siput dan lintah bulan.
Siput babi bertelor di bawah daun orkid
Lintah bulan
Daun pokok bunga bakawali yang menjadi mangsa lintah bulan
Aphid
Terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun
dan celahan daunan dan batang orkid
White flies
Seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok
di belakang daun. Ia menyerang orkid yang mempunyai
daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis,
Catasetum dan Coelogyne.
Red Mite
Warna kemerahan di belakang daun, Belakang daun akan menjadi
kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak.
Ia suka keadaan yang kering
Scale Insect
Warna kuning keputihan di atas daun dan batang pokok orkid.
Thrip
Warna agak coklat di atas daun orkid.
b) SERANGAN KULAT
1) Reput Umbut/Reput Hitam
(Phytophthora Phytophthora palmivora)
Cattleya sp.:
Pandangan dekat reput hitam yang disebabkan oleh
Phytophthora cactorum
Cattleya hybrid.
White mycelium yang mengandungi sporangia
Phytophtora palmivora boleh dilihat pada hujung pseudobulbs.
Lihatlah tompok seperti daun ini telah direndam
air dalam waktu yang lama
Simptom-
Pangkal daun yang diserang kelihatan seperti tompok yang terendam air. Ia merebak dan bertukar menjadi perang kehitaman. Serangan pada akar akan merebak ke batang dan daun dan bahagian yang diserang menjadi nekrotik.
Kawalan-
Musnahkan bahagian berpenyakit. Baiki pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan siraman air di kala suhu rendah atau musim hujan. Elakkan anakbenih terkena hujan, guna plastik tra-telus sebagai pelindung hujan. Sembur racun kulat sistemtik seperti metalaxyl digilir dengan racun sentuh seperti mancozeb. Matalaxyl digunakan pada dahan pucuk yang diserang.
Read More:
http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/pp/pp26000.pdf
http://www.ctahr.hawaii.edu/oc/freepubs/pdf/RES-129.pdfhttp://www.ctahr.hawaii.edu/oc/freepubs/pdf/RES-129.pdf
2) Bintik Hitam Bunga
(
Curvularia eragostidis, colletotrichum gloeosporioides dan Botrytis sp.)Simptom-
Serangan bermula dengan bintik perang kecil pada ranggi dan kelopak bunga. Penyakit ini selalu menyerang pada Dendrobium dan Phalaenopsis terutama jenis putih.
Kawalan-
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti mancozeb atau thiophanatemethyl sebagai kawalan kimia.
3) Bintik Hitam bunga/Polinium hitam
(Fusarium monilliforme)
\
Simptom-
Serangan akan mengakibatkan polinium bunga menjadi perang dan hitam dan ini menyebabkan bunga cepat pudar, layu dan memburuk. Penyakit ini akan lebih ketara bila ada serangan teritip pada kudup bunga.
Kawalan-
Kawal teritip dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.
4) Reput Sclerotium/Reput Pangkal dan Akar
Simptom-
Kulat mula menyerang di bahagian akar dan daun merebak ke pangkal pokok. Bahagian diserang menjadi perang dan reput. Serangan akan merebak ke pangkal batang dan daun di bahagian bawah. Daun menjadi kekuningan dan gugur. Dalam keadaan cuaca yang sesuai sklerotia seperti biji sawi boleh dilihat di bahagian pangkal pokok.
Kawalan-
Lindungi anak benih dengan menggunakan bumbung polyvinyl di musim hujan.Musnahkan anak pokok berpenyakit. Jangan gunakan baja organan berlebihan. Kawalan kimia menggunakan benomyl. Kerat pokok berpenyakit dan rendam dalam racun kulat seperti captan.
(Cercospora dendrobii)
Simptom-
Tanda penyakit berbeza mengikut jenis orkid. Pada Oncidium bintik kecil kurang drpd 1mm terdapat pada permukaan bawah daun. Pada Dendrobium bintik bulat berwarna kuning berukuran 1 cm garis pusat. Spora hitam terdapat dibawah permukaan daun.
Kawalan-
Musnahkan bahagian yang diserang. Elak dari menyiram berlebihan. Jarakkan tanaman. Sembur racun kulat seperti benomyl atau mancozeb.
6) Antraknos
(Colletotrichum gloeosporiodes)
Senang untuk dikenal pasti dari bentuk spora yang
tersusun secara cecincin
Pokok orkid ini sudah diserang hingga ke batang pokok.
Cara terbaik ialah dengan menghapuskan pokok tersebut sebelum
menjangkiti pokok orkid yang lain.
Simptom-
Kecederaan berbentuk bintik bulat dengan spora-spora hitam yang tersusun secara cecincin.
Kawalan-
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti benomyl atau mencozeb.
7) Jelaga Hitam
(Cladosporium sp. Polychaeton sp Trichomerium grandisporum dan Phragmocapnias betle)
Simptom-
Penyakit kelihatan seperti jelaga hitam yang menyeliputi permukaan bahagian daun/pokok. Kulat membiak pada rembesan yang dikeluarkan oleh serangga seperti koya, kutu thrips dan kutu daun.
Kawalan-
Kawal serangga dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.
c) SERANGAN BAKTERIA
Biasanya tanda penyakit orkid disebabkan bakteria meyamai dengan penyakit bawaan kulat. Biasanya penyakit bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
Antara penyakit bawaan bateria adalah:
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.
Simptom-
Penyakit bermula dengan bintik kecil yang basah berwarna hijau pucat hingga kuning perang dengan tepinya warna hijau tua. Dalam keadaan cuaca lembab dan panas, bintik ini cepat merebak ke serata daun. Bahagian yang diserang biasanya kelihatan basah dan reput. Penyakit ini boleh merebak ke bahagian batang dan akar mengakibatkan pokok mati.
Kawalan-
Potong bahagian yang diserang dengan pisau bersih. Elak menyiram berlebihan. Elak dari melukakan pokok terutama di musim hujan. Baiki sistem pengaliran air dan pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan baja nitrogen dan lebihkan baja kalium.
4. Virus
Penyakit bawaan virus adalah yang paling kritikal berbanding yang lain. Antara jenis-jenis virus yang biasa menyerang orkid ialah virus tobacco mosaic , Virus cymbidium mosaic, Virus cymbidium necrotic ringspot dan virus odontoglossum ringspot. Adalah penting bagi kita untuk mengenali tanda-tanda awal serangan virus dan seterusnya mencegah penularan virus tersebut.
Tanda-tanda serangan virus boleh dikenal pasti seperti pertumbuhan yang tidak normal yang seterusnya pokok menjadi lemah dan tidak sihat, pertumbuhan batang yang tidak lurus dan bantut.
Tanda-tanda pada daun termasuklah bintik-bintik hitam atau kuning biasanya berbentuk bulat atau mozek dan kakisan pada permukaan daun.
Tanda-tanda lain termasuklah pengurangan bilangan dan pembantutan batang, daun dan putik bunga, pengurangan kualiti warna bunga dan keguguran putik bunga. Walau bagaimana pun tanda-tanda serangan mungkin berbeza antara genus.
Virus boleh dipindahkan daripada pokok yang telah dijangkiti melalui pelbagai cara seperti serangga perosak contohnya apid dan kutu trip. Melalui peralatan mekanikal yang digunakan seperti pisau yang digunakan untuk memotong mana-mana bahagian orkid, melalui debunga dan juga melalui sentuhan. Pokok yang telah diserang oleh virus tidak boleh dirawat lagi dan harus dimusnahkan dengan cara membakarnya.
Oleh itu, untuk mengurangkan atau mencegah jangkitan virus kita mesti mengawal serangga perosak, mensterilkan peralatan memotong sama ada dengan menggunakan alkolhol atau panaskan di atas api sehingga mencapai suhu 100 darjah Celcius dan boleh juga dirawat dengan menggunakan air panas.
Terdapat pelbagai jenis tanda penyakit, bergantung kepada jenis virus yang menyerang.Serangan virus akan menyebabkan tanda-tanda penyakit berikut: - Perubahan warna bunga (color breking) - pucuk berputar - daun capuk - tangkai bunga pendik - daun berkerekot - bantut - mozek dan jalur pada daun
Ringspot:
Ring spot pada Dendrobium
Ring spot pada Phalenopsis
Mosaic Virus:
Cymbidium Mosaic Virus
Kawalan-
Musnahkan pokok berpenyakit dan asingkan dari pokok sihat. Bersihkan alatan seperti pisau, gunting untuk elakkan jangkitan.
Bersihkan dengan salah satu berikut:
1- rendam alat dalam larutan 2% NaOH dan 2% formalin selama 5 saat.
2- rendam dalam 10% klorox
3- panaskan alatan dengan api.
4. Rumpai Sembur dengan racun seperti glyphosate (0.6kg/ha) atau glufosinate .
Sumber rujukan:
http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/pp/pp26000.pdfhttp://duniabungahiasan.blogspot.my/2013/09/penyakit-penyakit-orkid_1.html
http://orkid-rimba.blogspot.my/2012/05/pengurusan-perosak-tanaman-orkid.html
http://hybridorchid.blogspot.my/2011/09/pengelasan-mengikut-cara-pertumbuhan.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm