TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 13 April 2012

SIRI 14 ( PEMBELAJARAN HOMESCHOOL) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.I




(GUIDANCE CORNER)
MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI


30.12.2011- JUMAAT

Awal-awal pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan. Persinggahan di Taman Politeknik memang singkat namun cukup untuk membuat persediaan agar segala urusan berjalan dengan lancar. Di persinggahan ini jugalah ayahanda dan bunda Alyssa serta Intan yang sedang menyambung pelajaran di UTM menyertai konvo wira-wira kami. Kali pertama mereka menyertai kami ketika di Paka dan kali kedua pula ketika menginap di Pantai Minyak Beku. Tentu sekali percutian menyambut tahun baru kali ini sangat bermakna kerana semua ahli keluarga berkumpul.


MENUJU KE PENDALAMAN NEGERI SEMBILAN
Buat sekian kalinya GM memilih untuk meneroka bentuk muka bumi dan fauna flora yang berbeza dari penjelajahan sebelumnya. Bermula di Kuala Kedah, kami terus ke Pantai Timur meneroka persisiran pantai tanah air. Sepanjang masa, pandangan kami dijamu dengan keindahan pantai yang memutih dan hempasan ombak mengalun irama indah. Memang bagus benar untuk menukar selera agar minda menjadi lebih terbuka dan meneroka sesuatu yang baru. Dari Pantai Port Dickson, wira-wira kami mangalih haluan menuju ke kawasan pendalaman Negeri Sembilan. Sepanjang masa membesar pelajar-pelajar homeschool adalah di daerah pantai Pulau Langkawi. Mereka cukup kenal dengan kehidupan nelayan, habitat bakau dan apa sahaja berkenaan kehidupan laut. Kami bebaskan Hafidz meneroka setiap selok belok persekitarannya agar zaman kanak-kanaknya cukup terisi dan bermakna. Homeschool sangatlah berharga buat kami kerana mempunyai ruang masa yang cukup untuk semua ini. Selain pembelajaran berbentuk kelas yang santai dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari, kerja sekolah Hafidz, Afiq dan Afiqah adalah berbentuk penerokaan sendiri yang menjana minda yang suka berfikir. THINK...THINK AND KEEP ON THINKING...!!! Inilah yang sangat ditekan dalam pembelajaran kami.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."


LAMAN EJO adalah persinggahan kami seterusnya dan merupakan persinggahan ke 9 dalam penjelajahan FCU seluruh Malaysia



Bukit bukau dan gunung ganang mula menemani perjalanan kami. Memang terasa aura yang sangat berbeza dari perjalanan sebelumnya. Pilihan GM sungguh tepat sekali dan ternyata sangat berguna buat pembelajaran FCUHOMESCHOOLING. Dengan izin Allah kami telah menyediakan satu bilik darjah tiada sempadan buat anak-anak kami. Bidang mata pelajaran juga sangat luas dan melebihi apa yang diajar di sekolah. Mereka juga cepat faham kerana apa yang dipelajari adalah sesuatu yang real dan terbentang di depan mata mereka dan mereka juga mengalami serta merasai ilmu tersebut. Yang pasti, mereka tidak akan melupakan apa yang dipelajari kerana pengalaman ini sangat indah dan menakjubkan. Masyaallah...nikmat ini sungguh besar dan hanya setinggi-tinggi  kesyukuran jua dipanjatkan ke hadrat Ilahi.


SEPINTAS LALU PENCAPAINAN PEMBELAJARAN FCUHOMESCHOOLING:


SAINS:
-Mempelajari bagaimana Allah mencipta hujan dari himpunan awan. Hujan sentiasa menemani kami semasa menyusur Pantai Timur. Serentak itu mereka mempelajari tentang musim tengkujuh, musim kemarau dan tiupan Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Paling mereka teruja ialah jenis-jenis awan di langit. Awan Kumulus adalah yang paling Afiq dan Afiqah suka. Bentuknya memang cantik dan jelas di langit. Alam fantasi mereka membayangkan mereka boleh panjat dan duduk atas awan. Tidak hairanlah kerana masa kita kecil-kecil dulu pun selalu bayangkan alam kayangan berserta puteri 7 beradik yang turun bersiram di muka bumi. Realitinya kami menceritakan tentang stesyen angkasa lepas yang mampu menjadi tempat kediaman para angkasawan. Lagilah mereka teruja terutamanya Hafidz dan berjanji untuk mempelajari dengan lebih lanjut kemudian.

-Berbagai-bagai jenis binatang kami jumpa di sepanjang perjalanan. Mengajar mereka tentang pengkelasan binatang seperti mamalia dan seterusnya. Antaranya ialah penyu di Pantai Padang Kemunting. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.

-Kejadian siang dan malam yang sangat kami rasakan kerana kami ada banyak ruang masa didalam wira-wira kami. Pengalaman tidur dalam kereta di Perhentian Machap memberi ruang untuk meneroka alam astronomi. Di takdirkan malam itu bulan mengambang dan langit sangat cerah. Aktiviti mencerap bintang menjadi sangat seronok kerana selalunya kami terpaksa masuk ke rumah walaupun hati berat untuk meninggalkan kerlipan bintang di langit. Di Machap, kerlipan bintang menemani kami hinggalah mata terlelap dan membuai mimpi indah bersama ciptaan hebat Allah.


MATHEMATIK:
-Dalam perjalanan seperti ini, detik masa yang berlalu sangat terasa dan dihargai. Inilah masa yang paling sesuai mengajar mereka tentang kiraan saat, minit dan jam. Juga cara membaca  international hour yang sering digunakan dilapangan terbang dan tempat-tempat exclusive.
-Pastinya pengiraan wang antara yang utama kerana mereka sentiasa menyaksikan pengaliran wang dari poket kami dan beralih ke tangan kedua. Mereka sering membanding-bandingkan harga setiap tempat penginapan dan mula faham mengapa sesetengahnya mahal dan kenapa murah.


BAHASA:
-Kedua-dua bahasa ( Melayu dan Inggeris ) berkembang dengan baik sekali di kalangan pelajar homeschool. Dalam perjalanan, aktiviti yang paling popular ialah bercakap samaada bertanya, menerang, bercerita, menasihat dan sebagainya. Kerana kebanyakan masa, kami hanya duduk dalam wira-wira bertuah, pengamatan percakapan menjadi lebih ketara. Vocabulary bahasa Inggeris Afiq dan Afiqah berkembang dengan baik kerana itulah bahasa perantaraan yang mereka guna. Alyssa juga mula memahami banyak perkataan Inggeris kerana berkawan rapat dengan abang dan kakaknya. Bahasa Melayu ...tak payah diajar kerana itulah diri mereka. Mungkin kerana jarang guna, apabila mereka bercakap bahasa Melayu, mereka akan guna bahasa baku. Baguslah tu.....mereka tak reti nak guna ayat-ayat rugged macam kita. Sekali sekala, uangkapan dalam bahasa Mandarin dan Korea mencelah untuk mereka pelajari.
-Mendedahkan sleng-sleng di tanah air kita bagi setiap negeri. Mereka memang seronok meniru gaya percakapan orang setempat di setiap perhentian kami.


SEJARAH DAN POLITIK
-Antara banyak bidang pelajaran, kami rasa pelajaran sejarahlah yang paling menyerlah semasa perjalanan ini. Sejarah adalah penceritaan mengenai masa lampau setiap negeri dan tempat yang kami lewati. Anak-anak juga sangat teruja dan bertanya berbagai-bagai soalan hingga tak terjawab juga. Kisah Cik Siti Wan Kembang di Kelantan sangat menarik hati mereka kerana seorang perempuan menjadi pemerintah adalah sangat janggal terutamanya di zaman lampau. Kesannya juga sangat ketara bila mereka mengamati ramai peniaga samaada di pasar dan juga di kedai-kedai, taukehnya adalah perempuan. Hafidz mula memahami akan parti politik dan parti mana yang memerintah setiap negeri yang kami jelajah. Dia juga memerhati akan kesan yang berbeza antara negeri Kelantan di bawah pimpinan Pas dengan negeri-negeri lain. Apa yang dia nampak paling ketara ialah....ramai perempuan bertudung di sana di bandingkan negeri-negeri lain. Sejarah negeri Melaka juga tidak kurang seronoknya. Cerita kisah Hang Tuah, Hang Jebat dan sahabat-sahabat membawa mereka ke zaman silam. Mereka mula kenal dengan Parameswara yang membuka negeri Melaka dan juga kisah Sang Kancil menendang seekor anjing buruan di bawah pohon Melaka. Macam-macam cerita sejarah menggantikan rancangan tv telah menghiburkan para pelajar homeschool kami. Indah sekali....

GEOGRAPHY  DAN KAJIAN TEMPATAN:
-Peta dan arah sangat berdamping rapat semasa penjelajahan ini. Malah dalam setiap entry siri penjelahan ini juga tidak sunyi dengan paparan peta. Kami sangat menekankan pembelajaran membaca peta terutamanya pada Hafidz dan Tajrid. Penggunaan GPS di iphone juga sangat membantu mereka untuk mahir. Sangat terasa perjalanan ini sebagai kurnia Allah untuk melibatkan mereka secara langsung dengan nama tempat, nama ibu negeri, kedudukan mereka samaada utara, selatan, timur, barat, barat laut, barat daya, tenggara dan barat daya. Dengan sendirinya penggunaan Kompas menjadi hidup terutamanya setiap kali hendak menentukan arah kiblat di mana-mana persinggahan untuk solat.
-Kalau ditanya balik akan tempat yang pernah dilawati dan apakah  pekerjaan penduduk setempat serta hasil tanaman mereka, para pelajar cepat ingat. Rupanya berjalan adalah cara terbaik untuk mengajar pelajaran geography dan kajian tempatan. Inilah rahmat dari Allah buat kami sebagai pengamal homeschool untuk anak-anak.
-Jenis makanan yang berlainan mereka nikmati di tempat berlainanan juga berkait rapat dengan geography dan kajian tempatan. Rupanya tanah tanih, sungai, musim yang tidak sama juga memain peranan dalam perbezaan ini. Kelantan yang masih banyak terpelihara fauna dan floranya kerana pembangunan yang tidak sepesat Selangor, dapat berbangga dengan nasi kerabu hitam dan birunya. Manakala Trengganu sebagai negeri sepanjang pantai, menonjolkan keropok leko kepada para tetamu selain nasi dagang yang sangat enak. Tanah gambut di Johor pula mengatur jaluran ladang kelapa sawit dan nenas di sepanjang jalannya. Semua pembelajaran ini terpapar secara real dan mereka adalah pelakun dalam filem siri penjelajahan ini.
-Perbezaan rupa bentuk rumah-rumah di setiap negeri juga sangat menarik perhatian mereka dan sentiasa mereka ternanti-nanti sebaik sahaja kami mula memasuki sempadan setiap negeri.

LUKISAN DAN KREATIVITI
-Pelajaran ini sangat-sangat disukai oleh Afiq, Afiqah dan Alyssa. Sebelum memulakan perjalanan, kami sudah menyiapkan alat tulis, color pensel dan buku untuk mereka semua. Apalagi... itulah kerja mereka samaada dalam kereta mahupun di mana-mana perhentian. Kebanyakan lukisan mereka berkisar apa yang mereka lihat sepanjang penjelajahan. Sekejap aje...dah kena beli buku baru kerana semua muka surat dah penuh dengan contengan-contengan gambaran pemikiran mereka.

-Mereka juga cukup kreative bermain dalam wira yang terhad ruangnya. Banyak permainan baru yang mereka reka yang berasaskan botol minuman kosong, sudu plastik yang disediakan dan "berlakon " sesama mereka.


Semenjak memulakan perjalanan ini, mereka lebih banyak membaca dan menulis dibandingkan sebelum. Kalau tidak....mereka asyik berlari sana-sini dan asyik dengan komputer serta menonton tv. Satu perkembangan yang baik. Kalaulah aktiviti ini berterusan hingga berbulan-bulan, berjayalah kami memupuk minat membaca dalam diri mereka. Sebelum ini, Afiq dan Afiqah lebih suka bergerak lasak dan membaca adalah pilihan yang agak kebelakang.


Selain membaca dan melukis/menulis, mereka juga memupuk kegemaran baru iaitu suka makan buah-buahan.
Sebelum memulakan perjalanan, kami membeli banyak buah-buahan agar dapat mengisi perut yang lapar sebelum berhenti makan di mana-mana perhentian. Apalagi...asyik makan ajelah. Beginilah anak-anak tengah membesar. Asyik lapar saja sampai tak terlayan. Semoga mereka membesar menjadi khalifah terbilang.



Makan lagi.....sebab itulah mereka suka sangat travel. Dalam ruang yang sempit dan terhad, mereka yang terkenal dengan lasak hingga tak boleh dok diam, dapat dijinakkan dengan buku dan makanan. Apa-apa pun...pilihlah makanan yang berkhasiat seperti buah, susu, kekacang dan yogurt. Yes....they really love all these food !!!




 Antara banyak-banyak permainan yang mereka reka...main beg belon. Pantang nampak beg plastik pembungkus makanan, mereka akan mula berlumba buat belon dan bertanding siapa paling cepat dan belon siapa yang paling besar dan tahan pecah.



 Ini satu lagi permainan yang agak menarik. Sudu-sudu plastik begini dapat digantung pada syiling kereta.  Mereka akan adjust sampai berjaya. Macam-macam......


 Main perang botol juga antara permainan kegemaran mereka. Riuh rendah dengan hilai ketawa mereka bila mereka mula berperang. Kadang-kadang....mengganggu juga ketenteraman dalam wira kami. Bersabarlah....yang penting mereka tak meragam kerana jemu duduk dalam wira berminggu-minggu. Bosan? Dari reaksi mereka...ternyata bahawa mereka sangat seronok mengikuti penjelajahan ini.


Story telling and acting termasuk aktiviti yang sangat digemari. Ketiga-tiga cucunda ini sangat suka bercakap hingga bila tidur sahaja mereka diam. Alyssa sangat suka sesi story telling especially bila Afiqah yang bercerita. Walaupun dia tidak boleh bercakap lagi, gayanya memang seolah-olah dia faham setiap perkataan kakaknya. Bila Afiqah ketawa, dia juga turut ketawa terkekeh-kekeh.


Apahal pula dengan cucunda sorang ni....Her favourite place is on the floor of the car. Rupa-rupanya dia miss main masak-masak. Alyssa sering main masak-masak dalam khemah mainan Afiqah. Jadi...inilah khemahnya kali ini. Di sekeliling oleh tin susu, raga makanan dan botol-botol air minuman, Alyssa mula mengetuk-ngetuk apa yang ada di sekelilingnya. Matanya bersinar-sinar kegembiraan. Memang dia puas hati walaupun ruang yang diperuntukkan untuknya sangat terhad.



Dah puas main, dia nak baca buku pula. Memang untung membesarkan anak yang ada contoh di depan mereka. Kanak-kanak sangat suka meniru dan ingin sehebat rakan-rakannya walaupun ada perbezaan umur yang agak besar. Cara dia membaca buku pun sangat tekun. Bila dia puas perhati satu-satu gambar, barulah dia akan membelek muka surat seterusya.


Akhirnya.....Alyssa tertidur tanpa perlu diulik. Masa inilah Afiqah dan Afiq perlu "diam" seketika. No more games, no more story telling and no more acting. Memang tersiksalah mereka buat seketika. Alyssa cepat jaga kalau bising dan akan merenget. Bila dia merenget dalam kereta yang bergerak begini...semua orang tak seronok. Okey...Sh...sh....inilah masanya Afiq dan Afiqah buat aktiviti berfikir pula. Tak lama kemudian, kedua-dua juga tertidur..Masa inilah....baru sunyi sepi dalam wira kami. Inilah asam garam dalam perjalanan yang panjang ini.


PENDIDIKAN AGAMA DAN KEROHANIAN:
-Sebenarnya inilah inti pati segala pembelajaran dan menjadi tujuan utama kami membuat penjelajahan seluruh Malaysia. Pengisian kerohanian sangat penting untuk kita terus maju ke depan dan berjaya dunia dan akhirat. Tarbiyah tidak pernah putus dari GM tanpa mengira masa dan tempat kami berada. Kadang-kadang dalam kereta, sering juga di tepi pantai dan di setiap tempat penginapan kami. Semuanya disusun oleh GM agar apa yang kami buat ini sangat berbaloi dan mendapat berkat. Malah inilah gaya hidup kami dan diterap pada semua anak-anak sejak mereka mula wujud dalam rahim ibu lagi. Sentiasa diperingatkan hingga berakar umbi dan menjadi utuh kerana sudah sebati. Inilah tujuan hidup kita sebenarnya....menjadi khalifah di atas muka bumi dan menebarkan kebenaran.



DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Khamis, 12 April 2012

DETIK-DETIK AMARAN TSUNAMI DI KAMPUNG BAKAU




 11. APRIL . 2012 (RABU)

 BERTEMPAT DI STATION FCU 1
 LANGKAWI

 Ini adalah lapuran terkini dari Kampung Bakau Tepi Laut. Oleh kerana peristiwa ini adalah antara memori yang terpenting, tidak bisa untuk menunggu hingga tamat lapuran SIRI PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

Seperti hari-hari sebelumnya, Kampung Bakau Tepi Laut sungguh tenang dan indah sekali. Beburung berterbangan dengan kicauan yang berterusan. Sang Helang menerjah angkasaraya tanpa saingan. Azan Asar hanya menunggu detik waktu untuk dilaungkan. Kami sudah siap berjubah dan bertelekung di atas sejadah, sambil berselawat sementara menunggu detik jam seterusnya. Kalau dulu, ruang tamu ini penuh dengan hamparan sejadah tetapi kini hanya empat helai menyeri ruang. Kami berempat ditugaskan menjaga STATION FCU 1, setelah hampir tiga bulan menjelajah Malaysia. Dua orang penjaga Langkawi yang ditugaskan sebelum ini, kini berada bersama-sama ahli FCU lain di
STATION FCU 2 (Pasir Gudang).

Tiba-tiba sahaja aku rasa lantai bergerak. Pada mulanya, ingatkan hanya perasaaanku yang terkeliru. Makin lama makin terasa gerakan itu benar-benar berlaku dan bukan hayalan semata. Musa yang sedang menyandar di pintu juga menunjukkan reaksi yang serupa.

"Eh....Ummu rasa macam dok atas sampan saje ni... Perasan tak?"
"Memang....Musa pun rasa macam ada orang goncang tiang rumah. Mungkin ombak kuat memukul tiang rumah kot... Eh mana ada air pasang. Dah lama surut. Tak ada sangkut paut dengan ombak laut langsung" Musa mengiyakan tentang goncangan yang tidaklah ketara tapi memang pelik."

"Hafidz kot goncang kerusi.. " Aku masih lagi mencari punca goncangan sambil meninjau Hafidz yang sedang bertafakur di atas kerusi di beranda mengadap air terjun.

" Mana ada...Hafidz pun rasa kena goncanglah...." Jawab Hafidz penuh kehairanan.
Aku nampak lutut Musa bergoncang-goncang. Piano juga bergoncang. Lap top juga bergegar-gegar. 



Aku menyatakan pendapatku bahawa kerak bumi sedang bergerak dengan nada tenang . Memang tak terlintas akan tanda tsunami kerana peristiwa itu sudah 8 tahun berlalu. Situasi janggal ini berlangsung selama lebih kurang 5 minit.

Selesai solat berjemaah Asar, baru kami sedar bahawa goncangan tadi adalah dari gempa bumi di Acheh. Begitu cepat berita itu hangat di FB dan kami yang kehairanan tadi mula tahu jawapannya. Secepat itu juga STATION FCU 2 menghubungi kami berempat, bertanya khabar tentang tsunami yang bakal berlaku. Melalui FB dan berita terkini TV3, kami mendapat tahu bahawa banyak tempat-tempat lain di Malaysia mengalami goncangan seperti itu.

Keadaan menjadi agak tegang bila siren yang agak kuat menerpa telinga kami. Mungkinkan itu siren ambulan? Tak mungkin kerana jalan utama terletak jauh dari rumah kami. Setelah diperiksa, rupanu siren itu adalah siren amaran tsunami dari pihak polis. Kami dikehendaki berjaga-jaga dan jauhi kawasan pantai hingga amaran itu ditarik balik.

Kami updatekan berita terkini kepada STATION 2 FCU melalui skype. Tidak boleh dibayangkan apa yang bakal berlaku namun hati kami tenang sahaja. Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah berdoa dan baca ayatul Kursi. Berbagai doa menolak bala dimuatkan oleh pengguna FB termasuklah nasihat-nasihat berguna kepada mereka yang tinggal di sekitar pantai.






PERISTIWA TSUNAMI 2004

Ini adalah kali kedua aku menghadapi situasi begini. Berbalik kepada 8 tahun yang lalu, ketika peristiwa itu berlaku, kebanyakkan ahli FCU juga berada di luar. Hanya 7 orang ahli yang berada di Langkawi termasuk Tajrid. Ketika itu dia berumur 9 tahun. Hafidz dan Musa berada di KL bersama ahli yang lain memasuki pertandingan catur.

Gegaran ketika itu tidaklah sekuat dan selama yang kami rasakan sekarang. Oleh kerana itu adalah pengalaman pertama, sedikit pun kami tidak rasa bimbang. Perkataan tsunami memang asinglah bagi kebanyakkan rakyat Malaysia waktu itu kerana kita tidak pernah dilanda bala itu lagi. Malah ramai yang tidak tahu bala itu memang wujud dimuka bumi ini, lainlah di Jepun. Pihak kerajaan juga tiada persediaan seperti sekarang dimana kami yang tinggal di persisiran pantai diberi amaran siren yang hebat juga (terkejut jugalah dengar siren yang kuat itu...).

Ditakdirkan ada satu keluarga warga Indonesia yang tinggal di Kampung Bakau. Rumahnya hanya sebelah rumah kami. Mereka sering mengalami gempa bumi dan juga tsunami di kampung halaman mereka. Oleh itu, mereka sangat peka akan bala yang bakal menimpa penduduk tepi pantai bila berlaku gegaran seperti ini.


 "Oi....cepat-cepat orang kampung. Keluar dari sini. Air laut besar nak mai ni..." Tempik Tini, isteri kepada Man (kedua-duanya warga Indonesia). Tempikannya sungguh kuat hingga berjaya menyedarkan keluarga yang berada di sekeliling rumahnya. Aku juga turut mendengar tempikan amaran itu. Kelihatan di kedua-dua tangannya menjinjing beg pakaian. Kelihatan pelik benar perlakuannya. Dia betul-betul cemas dan terus berlalu ke kawasan yang lebih tinggi. Berita tsunami melanda Acheh cepat saja tersebar. Tapi...kitakan jauh dari Acheh. Apa kena mengena mala petaka itu dengan Kampung Bakau yang selama ini sangat tenang dan aman? Rasanya tak logik betul. Begitulah perkiraan dalam kepala otak kami. Namun....pekikan Tini berjaya menyedarkan orang kampung untuk terus ke Petronas dan berhimpun di sana. Kedudukan Petronas ini agak jauhlah dari pantai dan agak selamat andai tsunami berlaku.


Aku dan 3 lagi ahli FCU masih lagi di rumah. Tajrid dan yang lain dah pergi ke Petronas bersama-sama orang kampung. Mengapa ek kami...masih lagi kat rumah ketika itu? Dah tak ingat sebabnya. Namun begitu kami sempat rakam dengan cemcodar peristiwa air disedut hingga kering pantai di depan rumah dan dalam sekelip mata itu juga air melimpah pantai hingga sampai ke lantai rumah. Tidak pernah air laut naik setinggi itu dan rumah kami memang tinggi dari paras laut.Kami cuba keluar dari pintu depan tapi air sudah memenuhi halaman dan memang tinggi. Kami dah terperangkap dalam rumah. Ketika itu semua orang kampung dah selamat di Petronas. Diceritakan balik, Tajrid meraung sekuat hatinya kerana ibu dan abangnya masih tak sampai di Petronas. Mestilah dia cemas dan bimbang akan keselamatan kami. Oleh kerana inilah kali pertama kami mengalami peristiwa seperti ini, kami hanya pasrah kepada Allah ketika itu. Sekali lagi air laut disedut hingga kering pantai nun jauh di sana. Adakah kali ini pantai akan menyembur air yang lebih tinggi dari hembusan yang pertama? Kami hanya mampu melihat apa yang terpapar dan berdoa.

Alhamdulillah....rupa-rupanya Pulau Tasik Bunting yang betul-betul berada di depan Pantai kami telah ditakdirkan menyelamatkan kami. Air hembusan yang kedua dipatahkan oleh kewujudan Pulau tersebut dan kami terselamat. Memang mendebarkan suasana ketika itu dan kini masih lagi dalam ingatan. Alhamdulillah.....

Jadi ini adalah kali kedua peristiwa yang sama berlaku. Kali ini kami tidak mahu ambil mudah saja amaran yang telah dikeluarkan. Hafidz dan Tajrid memberitahu bahawa orang kampung dah bersiap sedia di perkarangan letak kereta. Mungkin menunggu arahan seterusnya sahaja. Walaupun hati kami rasa tak ada apa-apa yang bakal berlaku, tetap kami juga bersiap sedia. Masukkan sedikit pakaian dan keperluan asas ke dalam beg. Begitu juga dengan dokumen-dokumen penting. Image dan laptop serta printer juga kami angkut ke dalam kereta. Aku masak awal untuk makan malam. Kalau ada apa-apa berlaku, kami dah kenyang. Mengikut perkiraan, air laut besar akan melanda kami dalam pukul 8 hingga 9 malam. Kami dah siap berpakaian dan menunggu arahan seterusnya untuk meninggalkan rumah. Ada sesetengah orang kampung  sudah meninggalkan rumah mereka menuju ke destinasi yang lebih selamat. Kami hanya berdoa dalam rumah saja. Barang- barang penting dah selamat dalam kereta melainkan sebuah laptop yang masih kami gunakan untuk mengikuti berita di FB dan juga untuk terus berhubung dengan ahli FCU lain yang berada di Pasir Gudang.


 
 Kedua-dua ekor anak Genius ini pun menunjukkan keresahan yang agak ketara. Ibunya 
( Genius) entah kemana. Kalau ada apa-apa berlaku...kami akan bawa kamu bersama. So don"t worry ya kitty....

Ini pula abang dan kakak Si Kitty ni...Namanya Amazing dan Happy....Yang peliknya, hari dah nak malam tapi mereka tak mahu masuk rumah. Puas diajak dan bila kami dukung untuk dibawa kedalam rumah, mereka terus cabut lari. Kita dapat kesan tsunami melalui alat teknlogi tinggi tapi binatang....Allah dah beri instinct yang hebat untuk rasa apa yang bakal berlaku. Pergilah...cari tempat selamat. Kalau jadi apa-apa, kami dah tak risau tentang kamu !



Antara barang-barang penting yang kami angkut ke dalam kereta (beg pakaian dan Image). 


Printer juga turut kami angkut. Alat elektronik yang lain tu besar-besar sangat. 
Tawakkal ajelah dan berdoa ke hadrat Ilahi.



Alhamdulillah....selepas pukul 9 malam, keluar kenyataan di TV3 bahawa amaran tsunami di sekitar Pantai Utara Malaysia di tarik balik. Angkutlah balik barang-barang yang kami dah simpan dalam kereta. Sememangnya kita tidak boleh mengambil mudah dengan amaran tsunami. Persekitaran kita nampak macam tiada apa berlaku tapi ombak besar datang dalam sekelip mata dan menyapu apa yang ada.





DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Sabtu, 7 April 2012

SIRI 13 (PANTAI PORT DICKSON) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI



( KHAMIS- 29.12.2011 )
Sebelum pukul 12.00 tengahari, kami sudah keluar dari DERUAN OMBAK. Pada kami, Pantai Padang Kemunting sangat asli keindahannya. Selama dua hari kami di sini, kebanyakan para pengunjungnya adalah terdiri dari orang Melayu. Kebanyakan mereka datang bersama keluarga dimana ada bayi, ada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua-tua. Mereka berkampung sehari suntuk menikmati angin Selat Melaka. Bukan sahaja membawa bersama mereka makanan yang berbagai (siap dalam periuk lagi...), malah radio dan juga buai yang boleh diikat pada pokok-pokok untuk baring seharian. Waduh....sebab itulah saya kata nampak asli sekali. Yang paling ketara, bila hampir waktu maghrib, pantai ini juga turut menjadi sepi. Kalau adapun, mungkin penghuni-penghuni seperti kami yang menjadi tuan rumah segera dan akan berlalu pergi. Suasana pantai dalam gemersik warna keemasan matahari terbenam, sungguh indah dan tenang, Kami bebas menikmati dalam suasana privasi keluarga sendiri.

Suasana begini memang berbeza dengan mana-mana pantai di Langkawi. Berbagai bangsa terutamanya warga asing( Mat Saleh ) meriahkan pantai Langkawi yang tidak kenal pada siang dan malam. Malah, panorama malamnya makin ghairah dengan kunjungan mereka yang ingin menikmati makan malam di tepi pantai.

Dalam perjalanan keluar dari kawasan pelancungan ini, kami melewati Pusat Pengurusan Penyu. Insyaallah...kami akan kembali untuk menyaksikan penyu bertelur bila tiba musimnya. Wira-wira kami terus meluncur meninggalkan bumi Hang Tuah dan menuju ke destinasi baru iaitu Negeri Sembilan.


DARI NEGERI ADAT TEMENGGONG KITA KE NEGERI ADAT PERPATIH

Apabila Hafidz mendengar kata-kataku ini, dia jadi tercengang.
"Apa maksud Ummu?"
Mungkin inilah kali pertama dia mendengar tentang adat-adat ini. Adat-adat Melayu biasalah dia dengar.
" Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong pegangan mereka manakala Negeri Sembilan pula berpegang kuat pada Adat Perpatih. Nak tahu lebih lanjut jom baca artikel ini...best ceritanya"

 ( INFO UNTUK HOMESCHOOLING )

 ASAL USUL ADAT PERPATIH

Menurut sejarahnya, Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di namakan Adat Perpatih sempena nama orang yang menyusun dan membuat peraturan adat tersebut. Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang Minangkabau yang merantau ke Tanah Melayu.

Menurut ceritanya, beratus tahun dahulu di Negeri Padang Luas, Pagar Ruyung Minangkabau ada dua orang adik beradik yang seibu tetapi berlainan bapa. Yang tua bernama Temenggong atau Datok Temenggong dan adiknya bernama Perpatih atau Datok Perpatih. Apabila keduanya sudah dewasa maka mereka pun merwarisi pemerintahan negeri Padang Luas.

Walaupun mereka adik beradik tetapi berbeza pendapat terutama dalam cara pemerintahan. Kerana perbezaan pendapat itu menyebabkan selalu terjadi perbalahan antara Datok Temenggong dengan adiknya Datok Perpatih. Untuk mengelak terjadinya pergaduhan maka negeri Padang Luas terpaksa di bahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temengong memerintah di bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan. Dengan itu kawasan pemerintahan Datok Temenggong memakai adat yang disusun oleh Datok Temenggong (Adat Temenggong) manakala kawasan Datok Perpatih memakai adat yang di susun oleh Datok Perpatih ( Adat Perpatih.)

Antara Adat Temenggong dengan Adat Perpatih terdapat perbezaan terutama dalam soal pembahagian harta pusaka. Bagi Adat Temenggong, lelaki lebih banyak mendapat bahagia harta pusaka daripada perempuan manakala Adat Perpatih pula menyerahkan segala harta pusaka kepada anak perempuan.

Pada suatu hari anjing Datok Perpatih telah menggigit kaki Datok Temenggong. Akibatnya anjing itu telah dipukul oleh Datuk Temenggong sehingga mati. Ini menimbulkan kemarahan Datok Perpatih. Dia segera berjumpa Datok Temenggong.

"Bukankah peraturan dalam adat temenggong mengatakan , siapa menggigit dia kena gigit?" tanya Datok Perpatih kepada Datok Temenggong. Dia sebenarnya merujuk kepada adat Temenggong yang mengatakan sesiapa yang menggigit mesti dibalas dengan gigit juga.

"Memang benar!" jawab Datok Temenggong.

" Kenapa bila anjing menggigit kaki awak pukul sampai mati?. Sepatutnya bila anjing itu menggigit kaki awak maka awak gigit pula kaki anjing itu," balas Datok Perpatih.

Mendengar kata-kata itu, Datok Temenggong merasa marah lalu berlakulah cabar mencabar antara kedua-duanya. Untuk mengelakkan sengketa itu berpanjangan maka keduanya bersetuju meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.

Maka Datok Perpatih dan Datok Temenggong pun menyediakan bahtera masing-masing untuk belayar meninggalkan negeri Padang Luas. Konon ceritanya, bahtera Datok Temenggong selamat dilancarkan ke laut dan terus belayar. Manakala bahtera Datok Perpatih tidak mahu dilancarkan ke laut. Walupun rakyat jelata di suruh beramai-ramai menolak bahtera itu namun tidak juga dapat bergerak.

Pada malamnya Datok Perpatih bermimpi bahtera yang bernama "Geliong Panjang " itu tidak dapat dilancarkan kerana telah diduduki oleh "Jin Sakti Muno". Untuk melancarkannya maka terpaksalah digalangkan di bawah bahtera itu seorang perempuan yang mengandung sulung (bunting sulung).

Maka pada keesokan harinya Datuk Perpatih menyuruh orang-orangnya mencari perempuan yang bunting sulung. Setelah puas mencari diserata negeri Padang Luas itu maka akhirnya didapati hanya ada dua orang sahaja yang sedang bunting sulung iaitu anak Datok Perpatih sendiri dan anak saudaranya yaang bernama Puteri Seri Banun. Adapun Puteri Seri Banun seorang yang baik hati dan sanggup berkorban dengan menawarkan dirinya menjadi penggalang kepada bahtera bapa saudaranya.

Mengikut cerita selanjutnya, Puteri Seri Banun yang sedang bunting sulung itu pun di baringkan di bawah bahtera itu sebagai penggalangnya. Kemudian orang ramai menolak bahtera itu ke air. Tetapi dengan takdir Tuhan, ketika bahtera itu ditolak oleh orang ramai maka satu keajaipan berlaku dimana bahtera itu terangkat sendiri lalu masuk ke dalam laut. Ada yang percaya Jin Sakti Muno yang mengangkat dan menolak bahtera itu ke laut kerana syarat telah dipenuhi.. Dengan ini terselamatlah Puteri Seri Banun dari menjadi korban bahtera tersebut. Dan sebaik sahaja bahtera itu berjaya dilancarkan maka Seri banun pun melahirkan seorang anak lelaki lalu di beri nama Batin menggalang.

Setelah lama belayar akhirnya Datok Perpatih sampai ke Negeri Sembilan lalu mereka pun mencari kawasan yang sesuai untuk membuka negeri. Setelah perkampungan baru berjaya diwujudkan maka Datok Perpatih telah menyusun semula adat perpatih untuk disesuaikan dengan keadaan setempat. Antara peraturan baru yang diguna pakai oleh Adat Perpatih ialah segala harta pesaka hendaklah diserahkan kepada anak perempuan. Ini sebagai mengenang jasa Seri Banun yang sanggup menjadi penggalang bahtera Datok Perpatih.
berkorban untuk bapa saudaranya Datok Perpatih.

sumber info ini:



Kalau dilihat dari peta, kedudukan Pantai Padang Kemunting(Melaka) tidak berapa jauh  dari Pantai Port Dickson (Negeri Sembilan). Itu kalau kita buat rentasan terus. Mana mungkin...Kami singgah di Bandar Seremban seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Port Dickson.









Wah....semua gedung di kota dihias indah. Manakan tidak, satu dunia sedang bersiap siaga menyambut ketibaan tahun baru 2012. Bukan sahaja suasana berubah, malah rnamai idividu-individu yang mengambil kesempatan untuk membuat azam baru sempena tahun baru. Tetapi sebaiknya azam ingin jadi diri baru ini diperbaharui setiap hari ketika baru bangun dari tidur. Selalunya azam setahun sekali ini ialah azam bermusim dan akan sejuk begitu sahaja setelah masa berlalu, menunggu pula waktu baru iaitu 2013 untuk berkobar kembali.


Apalagi....kalau tidak ke tepi pantai !! Sambil itu kami sibuk menghubungi mana-mana homestay atau apartment yang boleh kami huni untuk semalam dua tetapi....hampa. Memang orang ramai  mula membanjiri mana-mana pusat pelancungan untuk bercuti sempena tahun baru. Nampaknya kali ini tak berpeluang berkampung di tepi pantai. Hari dah petang....mana nak cari rumah ni. Terlintas juga untuk berkhemah di tepi pantai. Memang seronok bila ramai-ramai begini. Pelajar homeschool kami lagilah teruja terutamanya Afiqah dan Afiq yang selalu main khemah-khemah atas katil dengan selimut mereka. Kami buat tinjauan kat mana nak beli khemah. Malangnya di kawasan tersebut tak ada pula jual khemah. Idea ini juga pernah muncul semasa kami berada di pantai Dungun. Allah tak izin dan rupanya ada hikmah di sebaliknya. Pada malamnya berlaku tsunami kecil yang memusnahkan sebahagian besar kawasan pantai yang kami lalui. Akhirnya kami beralah dan mencari tempat lain untuk bermalam. Maghrib mula melabuhkan sisa-sisa warna keemasan petang di hujung lautan Pantai Port Dickson. At last dapatlah rumah di Taman Politeknik, tidaklah begitu jauh dari Pantai Port Dickson.



Para wira kami sedang beradu di perkarangan rumah yang kami huni. Bila siang menjelang, mereka akan membawa kami meneroka Pantai Port Dickson.


AKTIVITI DI PANTAI PORT DICKSKON


Nama Pantai Port Dickson memang sudah gah sejak dulu lagi. Pantai ini memang cantik dan meriah sekali. Suasananya seakan ada temasya tetapi.....begitulah Pantai Port Dickson saban hari.



Meninjau-ninjau tempat yang sesuai untuk bermain sepak raga. Inilah aktiviti yang tidak mungkin ketinggalan di setiap tempat yang kami lawati. Memang enjoy....bersenam sambil menikmati udara segar. Badan sihat dan minda juga luas. Allah suka hamba yang sihat dan cerdas.


Pastinya crew FCUPRODUCTION tak akan lupa merakam segala yang menarik 
di Port Dickson sebagai ole-ole yang akan dipamerkan dalam video kelak....


Berbagai-bagai jenis permainan air disediakan untuk para pengunjung dengan bayaran yang berpatutan. Golongan remaja dan kanak-kanak menopoli kawasan ini yang sungguh ceria. Maha suci Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah di atas segala kurnianya dan nikmatnya. Malaysia negara yang aman dan sentosa lagi indah.




Aduh-aduh....seronoknya mereka bermain air dan motobot. Masa ni...Afiq dan Afiqah dah tak boleh tenang. Asyik minta izin untuk mandi sama. Kami suka pada privasi dan situasi begini memang tidak sesuai. Maaflah Afiq dan Afiqah. Insyaallah....Allah akan ganti dengan peluang yang lebih baik nanti. Lagi pun kita ada aktiviti yang lebih mencabar dan tidak pernah kita lakukan lagi ya...!!



All the guys play sepak raga. Para ibu dan homeschooling students pergi ronda-ronda. 
Ada satu aktiviti istimewa di sini yang sangat menarik perhatian kami iaitu horse riding.....





"You are good horse! You are amazing horse! I am your good friend. Please handle me with care "

Kebanyakan kuda-kuda disini tidaklah besar sangat kerana mereka jenis kuda padi. Hafidz memilih yang paling besar antara semua kuda-kuda yang ada. Memang dah lama kami ingin membela kuda tapi suasana di Kampung bakau yang berada di tepi laut hutan bakau itu memang tidak sesuai. Kuda memerlukan padang rumput sebagai makanan. Insyaallah...suatu hari nanti dapat juga memiliki kuda.


Comelnya kuda yang ditunggang oleh Afiqah. Slimnya pun macam Afiqah.
 Rasanya kuda ini seronok kerana Afiqah ringan je...


Afiq pilih kuda yang besar juga. Mungkin selera budak lelaki berbeza dengan budak perempuan. Budak lelaki lebih suka pada yang hebat dan kuat. Sepanjang menunggang kuda, Afiq asyik tergelak terkekeh-kekeh. Mungkin dia rasa geli bila kuda itu menghentakkan kaki ke atas jalan. Alhamdulillah kuda ini faham dengan perasaan Afiq.Yang paling penting rakam semua gelagat mereka untuk ditonton beramai-ramai nanti. Biasanya kami akan tergelak melihat kelucuan mereka dan pasti sekali akan menjadi satu memori keluarga yang indah.




 
Pelajar yang paling kecil dan comel, Alyssa yang berumur 10 bulan juga tidak ketinggalan menunggang kuda. Sedikit pun dia tak rasa takut malah tak sabar-sabar nak ikut serta abang dan kakaknya. Memang dia beruntung punya Afiq dan Afiqah sebagai kawan kerana banyak benda yang dia belajar dari mereka. Apa sahaja Afiq dan Afiqah buat, pasti dia mahu buat. Kalau tak bagi...pasti menangis. Dia ingin setaraf dengan mereka walaupun dia masih lagi bayi. Go Alyssa go...You can do it.



Di sini, bagaikan pusat membeli belah. Memang rambang mata kita untuk memilih. Kami membeli beberapa helai pakaian sebagai tanda mata. Afiq dan Afiqah asyik menunjuk itu dan ini tapi tidak semua kami ikut. Akhirnya kami beli magic ball untuk Afiq, a talking kitten for Afiqah and ballons for Alyssa.



Ini adalah bahagian pakaian sahaja. Kalau bahagian makanan pula.....ada bermacam-macam gerai yang menghidangkan masakan yang berlainan. Hari ini memang panas, tak putus-putus kami beli air yang juga berbagai jenis. Sesiapa yang datang ke Pantai Port Dickson pasti akan rasa puas hati atas kepelbagaiannya ini.




Maghrib hampir berlabuh. Kami pun beredar selepas seharian di Pantai Port Dickskon 
yang indah. Terima kasih Allah atas segala. Dengan izin Allah, pasti akan kembali lagi.





DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Ahad, 1 April 2012

SIRI 12 ( TAPAK WARISAN DUNIA) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.


(GUIDANCE CORNER)

MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI




( RABU 28.12.2011 )

kampung, masakan Padang dan masakan Minang. Memang sedap dan harganya berpatutan. 
Aku pilih gulai lemak pucuk paku, sambal belacan, ikan keli goreng bersambal dan telur masin. Memang berselera...maklumlah dah lama tak masak sejak bermusafir nih.



(INFO UNTUK HOMESCHOOLING)

Negeri Melaka terdiri dari 3 daerah utama iaitu Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin
Pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai bandar bersejarah warisan dunia ( 7 Julai 2007) juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu
- Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), 
-Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), 
-Hoorn, Belanda (8 November 1989), 
-Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991)
-Nanjing, China (2001).
Tapak warisan dunia di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar dan meliputi dua kawasan perlindungan iaitu antara zon konservasi bandar sehingga ke bersempadanan dengan dengan SUngai Melaka. Antara tempat yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia ialah kawasan sekitar

-Kampung Morten
-Jonker Street,
-Sungai Melaka
-Bukit Saint Paul
-Jalan Tukang Besi


1) KAMPUNG MORTEN


                                                                sumber photo: goggle
Kampong Morten adalah satu-satunya perkampungan melayu yang masih wujud di tengah Bandar Melaka. Situasinya umpama Kampung Baru yang wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.  Kampung ini sangat unik kerana masih mengekalkan bentuk rumah traditional dan persekitarannya sangat dijaga rapi oleh tuanpunya. Rumah-rumah ini kebanyakan telah diwarisi sejak turun temurun lagi. Perkampungan Melayu ini telah wujud sejak awal tahun 1920-an  dan namanya adalah  sempena nama Joseph Frederick Morten, seorang Pesuruhjaya Tanah Melayu ketika itu. Pakej Homestay yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka memberi peluang kepada mereka yang ingin merasa pengalaman tinggal di kampong yang unik ini.

2) JONKER STREET

sumber photo: goggle
 
 Terletak di Chinatown Melaka, jalan ini juga dikenali sebagai Jalan Hang Jebat. Di sinilah kita akan menemui banyak rumah lama  yang dibina sejak kurun   ke17 lagi. Di sepanjang jalan inilah kita dapat membeli artifak dari era yang berbeza seperti pada zaman kolonial, Portugis, Belanda dan British. Jika anda seorang pencinta benda antik dan pelik, Jonker Street ada segalanya. Tidak hairanlah Jonker Street mendapat jolokan "JALAN ANTIK".                      



3) SUNGAI MELAKA


sumber photo: goggle
Semasa pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu dari 1402-1511, Sungai Melaka adalah nadi pebangunan yang terpenting sejak ratusan tahun yang lampau.  Muara sungainya menjadi laluan para  pedagang silam dari serata dunia. Tidak hairanlah aktiviti mencari duit syiling lama dan artifak berharga sangat giat dilakukan oleh pencari harta karun di sepanjang tebing Sungai Melaka. Ada diantara mereka yang berjaya menemui tujuh hingga 19 keping duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China ketika era Dinasti Chin dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab. selain itu, duit syiling lama yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America" juga turut ditemui.



4) BUKIT ST. PAUL
Antara daya tarikan di Bukit Saint Paul ialah gereja Saint Paul. Seorang kepten Portugis bernama Duerto Coelho telah mengarah untuk membina gereja ini pada tahun 1512. Daya tarikan lain ialah patung Saint Francis Xavier, palang salib Saint Francis Xavier dan kubur Saint Francis Xavier. Siapakah gerangan Saint Francis Xavier? Beliau adalah seorang paderi yang datang ke Melaka dalam kurun ke 16.

5) JALAN TUKANG BESI



sumber photo: goggle
Jalan Tukang Besi ini telah wujud sejak zaman Belanda memerintah Melaka lagi. Ketika itu jalannya tidak diturap dan hanya tanah sahaja. Kebanyakan bangunan di sini sangat lama usianya dan usaha untuk memeliharanya juga dijalankan agar generasi akan datang dapat melihat kesan sejarahnya pada tanah air kita. Pada ketika dulu, jalan ini berakhir dengan sebuah jeti di tepi sungai Melaka dimana bot-bot berlabuh. Kini jalan ini berakhir dengan Jalan Hang Jebat.

                                                



HOMESCHOOL DI TAPAK WARISAN DUNIA

Sudah tujuh hari para pelajar FCUHOMESCHOOL bermusafir sambil belajar. Setelah didedahkan kepada penyu di Pantai Padang Kemunting semalam, nampaknya mereka lebih peka tentang pencemaran dilautan. Sebelum ini, mereka dilarang membuang sampah terutamanya plastik keluar tingkap. Oleh kerana rumah kami di kelilingi oleh lautan apabila air pasang, sebarang sampah yang dibuang pasti akan mencemarkan lautan. Sekarang mereka dah tahu mengapa disiplin ini sangat ditekan di FCU. Sememangnya mereka cukup sayang pada penyu.

Tapak Warisan Dunia memang sangat sesuai untuk dijadikan classroom buat para pelajar. Afiqah, Afiq dan Alyssa sangat teruja kerana banyak benda baru yang tak pernah mereka lihat sebelum ini. Setiap bangunan ada sejarah tersendiri dan untuk menceritakan kepada mereka, kita perlu membaca terlebih dahulu. Namun semuanya sangat berbalui terutamanya kepada Hafidz dan Afiqah yang berfikiran lebih matang. Bagi Hafidz, ini adalah lawatan yang kedua. Lawatannya yang pertama adalah dalam misi membuat video kepada seorang penyanyi dari Australia. http://hafidzyoungscientist.blogspot.com/2011/04/fcuproduction-has-new-project-that-is.html





DATARAN PAHLAWAN
Sebaik sahaja wira kami meluncur masuk ke tapak warisan dunia, pandangan kami berpasak pada bangunan indah tersergam ini. Inilah Dataran Pahlawan yang telah menyaksikan perhimpunan raksaksa 56 tahun yang lalu sebagai menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakaldiisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Peristiwa yang bersejarah ini berlaku pada 20 Februari 1956. Di
bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden
Screen Cinemas.



MAHKOTA PARADE
Di sebelahnya pula adalah bangunan Mahkota Parade yang tak kurang gahnya. 
Mahkota Parade ini telah memenangi Malaysia Tourism Gold Awards for 
Best Shopping Complex dalam tahun 1994 dan 195.




PAHLAWAN WALK MARKET
Prima Wawasan Sdn Bhd telah berjaya menyewa bangunan Newton Foodcourt bersebelahan Mahkota Parade untuk dijadikan Pusat Perniagaan Setempat Pelbagai Produk/Perkhidmatan ala Pekan Rabu dan ianya disewakan kepada peniaga-peniaga kecil bagi meningkatkan lagi ekonomi mereka. Secara tidak langsung ianya juga akan menjadi tumpuan kepada Pelancong dari Dalam dan Luar Negara.




Bersiar-siar sambil mereroka bangunan-bangunan lain yang dicat merah 
kesemuanya. Unik sekali !!



Dalam usia 10 bulan, Alyssa sudah mampu berdiri sendiri. Kami menguji 
keberanian Alyssa berdiri di tempat yang tinggi dan tapak yang kecil. 
Nampaknya dia sangat teruja untuk menunjukkan kebolehannya.




                           Lihatlah betapa beraninya Alyssa. Dalam usia yang masih kecil, dia sudah  menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Lebih dari 2 minit juga dia menjadi model atas pelantar itu dan kami  menepuk-nepuk tangan memberi semangat.
  You are an amazing girl....



 Di perkarangan ini tersapat kereta lembu dimana lembunya adalah dari konkrit. Saiznya 
sama dengan saiz original. Memang menjadi kesukaan kanak-kanak untuk memanjat ke atas 
lembu-lembu ini termasuklah pelajar FCUHOMESCHOOL.





Alyssa juga tidak ketinggalan mencuba. Sedikit pun dia tidak takut. 
Kebanyakan kanak-kanak seusianya takut untuk berada atas belakang lembu-lembu ini.



One.....two.....three...snap. Satu kenangan yang indah buat Afiqah




Kami selongkar setiap sudut tapak warisan dunia ini dan bertemu dengan helikopter antik ini. 
Macam-macam soalan dari Afiq yang memang meminati kapalterbang. Beria-ia benar 
dia nak naik helikopter ini. Nasib baik tak nangis. Manalah boleh naik...untuk pameran aje !!




Kami terus berjalan dan nampak keretapi lama. Yang ini...boleh panjat dan 
teroka tapi setakat atas tangga sajalah. Lihatlah betapa seronoknya mereka 
terutama Alyssa kerana dia belum pernah naik keretapi lagi.




KERETAPI SUNGAI LUKUT 2111

Ada tertera " Sungai Lukut" di bahagian kepala keretapi ini dalam tulisan jawi. Pada zaman ini, segala info adalah ditulis dalam tulisan jawi. Boleh dikatakan semua orang tahu baca jawi.
Perkhidmatan keretapi diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19. Keretapi pertama dibina dalam tahun 1885-1896 bertujuan untuk pengangkutan bijih dari lombong ke pelabuhan. Pada tahun 1897-1909 baru ada perkhidmatan keretapi untuk orang ramai. Keretapi Sungai Lukut ini mungkin dalam era ini. Dah lama betul...patutlah masuk muzium !!!




Memang menarik pemandangan di sini. Siap ada pokok bonsai besar......


Satu lagi taman pokok bonsai besar. Memang cantik pokok-pokok besar disini 
yang banyak ditanam disekeliling taman.







Pasti tidak mahu terlepas dari bergambar di hadapan Kapal Flor De La Mar ini.




( INFO UNTUK HOMESCHOOLING )

KISAH KAPAL FLOR DE LA MAR

Kapal Flor De La Mar adalah sebuah replika kapal yang tersergam indah memukau mata sesiapa yang memandangnya. Namun mungkin ramai tidak mengetahui kisah disebalik kehebatan kapal perang yang pernah menguasai lautan Hindi, dan menghancurkan kerajaan Melayu Melaka yang tenggelam didasar laut bersama-sama khazanah yang tidak ternilai.

Replika Kapal Flor De La Mar milik Portugis yang diberi nama KAPAL SAMUDERA dibina semula oleh kerajaan Melaka pada 1994. Kapal
Flor De La Mar ialah sebuah kapal Portugis yang telah dibina di Lisbon.


Digunakan sebagai kapal perang induk ketika menghadapi perang di laut.
Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511. Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa( India ) dan Lisbon.



Diakui sebagai kapal milik Portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap, dikatakan terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512 dan tenggelam. Bersemadi di dasar Laut Selat Melaka sejak lima abad yang lalu.

Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal yang mashyur. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang utama bangsa Portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa, India pada kurun ke 16. Selepas tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam peperangan, sebaliknya kerana ia pecah dua dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Aye, Acheh dalam tahun 1512. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, perak, intan berlian, mutiara, mahkota permaisuri, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Kesultanan Melayu Melaka yang hancur akibat diserang Portugis itu.



Namun yang paling penting dinyatakan dan dikatakan dalam rekod2 lama ada tercatat, didalam kapal ini Portugis juga telah menjarah sekali mahkota emas Sultan Melaka untuk dibawa pulang ke Portugal yang dianggarkan bernilai RM7 juta yang kini bersemadi didasar laut. dan apa yang menjadi misteri sehingga kini hampir 5 abad , tidak ditemui lagi bangkai kapal Flor De La Mar dan lokasi sebenarnya masih menjadi tanda tnya. Namun ada yang menyatakan bahawa penyebab utama tenggelamnya kapal ini adalah kerana mahkota emas kerajaan Melaka yang dirompak Portugis setelah menghancurkan kerajaan Melaka pada 1511. Inilah antara warisan negara yang lenyap dan masih menjadi misteri kehilangannya.


Dalam Novel 1511, ada sekurang-kurangnya 6 perenggan yang memerihalkan tentng kegagahan kapal Flor De La Mar ini. Antaranya ialah:

“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)

“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”(1515:246)

 

Namun sayangnya sehingga kini masih sangat kurang ekspedisi yang dijalankan untuk mencari kapal perang yang mashyur dan terkenal dgn kehebatannya pada satu ketika
dahulu . Rekod ekspedisi pencarian juga sgt kurang dan mungkin satu hari nanti mungkin misteri kapal ini yang tersemunyi khazanah warisan kesultanan melayu Melaka dan negara amya akan lenyap dalam ingatan bangsa kita jika tiada usaha digerakkan untuk mencari kapal ini. Apa yang ada sekarang di Melaka hanyalah satu replika kapal yang tidak lebih sebagai sebuah muzium sahaja.

Sumber info ini dari 



Dah masuk waktu Maghrib. Kami buat Jamak taakhir kali ini. Suasana alam bertukar rupa kepada warna keemasan dan Tapak Warisan Dunia ini bermandikan lampu-lampu yang menerangi malam yang baru bermula. Ketika ini kami berada di Menara Taming Sari.




Menara Taming Sari menjelang malam.....


Kedudukan Menara Taming Sari hanya bersebelahan dengan bangunan 
Menara Taming Sari.


Pemandangan Menara Taming Sari dari jauh. Memang tinggi dan boleh melihat 
pemandangan negeri Melaka dengan jelas diwaktu cuaca siang yang terang.
Beca-beca yang dihiasi dengan indah berligar-ligar mencari pelanggan. Kanak-kanak memang teruja untuk bersiar-siar di sekeliling tapak warisan dengan menaiki beca berhias ini. Bukan sahaja dihias cantik, setiap beca mempunyai sound track tersendiri. Macam-macam lagu boleh didengar. Memang sempoi.....
Pemerhatian saya tidak terlepas dari melihat beberapa pemandu teksi yang beredar ke surau untuk mendirikan solat maghrib. Seketika kemudian mereka kembali untuk mencari rezeki buat keluarga tersayang. Semoga Allah memurahkan rezeki mereka dan terus maju ke depan.


Seronoknya mereka bersiar-siar dalam beca cantik nih.
Memang satu kenangan yang indah !!!


Menjelang Isyak kami beredar mencari tempat untuk makan malam. Bye....bye... Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia Melaka yang gemilang. Kami akan datang lagi , Insyaallah !! Selepas makan, kami kembali ke DERUAN OMBAK untuk merihatkan badan setelah sehari suntuk meneroka bandar bersejarah Melaka. Esok kami akan meneruskan penjelajahan kami ke Negeri Sembilan pula. Semoga Allah memberkati perjalanan yang panjang ini dan kami memperolehi segala kebaikan darinya. Amin.....
DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...