TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 18 April 2011

FCU CHICKEN RICE

What is the menu for today? Chicken rice? Wow.....That is my favourite. My mom will be busy this morning and per sure I will spend my class in the kitchen. I like the idea since I like to eat. Teenager like me need lots of food to grow up. Of course....all the good food. I mean well balance diet. Anyhow vegetable is not my taste and my mom keep on forcing me. But I like some fresh vegetable like ulam with "budu" or "cincalok.
Today, my mother will teach me how to make Chicken Rice. Yummy!!




Cut the chicken into small pieces and boil with herbs. I really hate
cutting the onions.
It makes my eyes become watery.




Pound the garlic and ginger. Later, put soya sauce, chicken brooth,
salt and
sugar to the chicken and leave it for 30 minutes.



I like this part the most. The aroma of fried chicken spread all over
the house.
Make everybody feel hungry. I already expert in frying chicken.

Bismillahhirrohmanirrohim.....I really like cooking class but I don't 
want to be a cheff.




(HAFIDZ GUIDANCE)




Salam sejahtera .
Buat nasi ayam tak lah susah sangat cuma agak banyak kerja yang perlu dibuat. Untunglah ada 2 orang students FCUHOMESCHOOLING ni....Kalau bab masak makanan kegemaran mereka, Alhamdulillah....
mereka rajin menolong dan dah makin mahir. Setakat masak nasi, goreng telor, goreng ikan, pan cake, nasi goreng dan megi goreng...lepaslah untuk mereka kenyang!

RESEPI NASI AYAM FCU:

-3 ekor ayam besar dan di potong-potong ikut suka hati.
(Keluarga kami ramai sebab itu 3 ekor. Boleh kecilkan sukatan bahan ikut keluarga anda).
-2 sop bunjut
-6 kuntum bunga lawang
-15 biji buah pelaga
-2 keratan kulit kayu manis
-3 inci halia di pecahkan saja.
-10 ulas bawang putih ditumbuk kasar.

Masakkan air dan masukkan semua bahan kecuali ayam. Sukatan air adalah 4 kali isipadu ayam. Apabila mendidih, masukkan ayam dan kecilkan api untuk 10 minit. Ayam tu....kalau tak buang kulit, lagi sedap. Ikut suka hatilah. Tutup api dan tutup tudung periuk. Dengan cara ini, daging ayam tidak keras dan sedap dimakan. Angkat daging sebaik sahaja masak. Jangan terlalu lama kerana daging akan relai. Air rebusan  ayam adalah untuk masak nasi, rendam ayam, sup dan kuah cabai.

UNTUK NASI AYAM:
-6 mug beras ( Ini adalah untuk 15 orang dewasa. Kalau keluarga kecil, kurangkan sukatannya. Hari ini semua ahli keluarga pulang...memang ramai!!)
-Sukatan air macam biasa kita masak nasi je...Bagi mereka yang suka nasi ayam agak berlemak, tumis bawang mayang dengan marjerin dan masukkan air dan beras. Bagi mereka yang nak jaga badan, cukuplah dengan air rebusan ayam tadi.
-2 sudu besar garam.
-2 sudu besar gula
-6 helai daun pandan.
Masak macam biasa.

KUAH RENDAM AYAM:
-Rendam ayam di dalam kuah rebusan hingga agak-agak tenggelam.
-Kicap pekat hingga warna agak hitam. Terpulang kepada selera masing-masing.
-5 ulas bawang putih yang ditumbuk agak halus.
-Gula ikut cita rasa
-Garam ikut cita rasa
-1 sudu besar serbuk lada hitam
-Setengan sudu serbuk lada putih
-Goreng ayam hingga agak garing dengan api sederhana agar ayam tidak keras.

KUAH KICAP:
-Air bekas rendam ayam di atas
-Cili padi di potong-potong kecil atau ditumbuk kasar. Ikut suka kepedasannya.
-Kicap pekat hingga warna hitam pekat.
-Gula secukup rasa
-Garam secukup rasa

KUAH CABAI:
-10 biji lada besar
-2 biji tomato
-10 cabai kering
-6 cili api
-cili sos hingga pekat kuah
-6 ulas bawang putih
-1 biji limau nipis
-Air rebusan ayam (digunakan untuk kisar bahan-bahan di atas)
-gula dan garam secukup rasa.
Jangan kisar hingga terlalu halus.

SOP AYAM:
-Lebihan rebusan ayam
-Beberapa ketul ayam bahagian tulang bagi mereka yang suka makan ayam dalam kuah
-6 labu bawang besar dipotong seperti masak dhal
-2 batang lobak merah dipotong panjang-panjang.
-Garam dan gula secukup rasa
-Perasa ayam knorr bagi mereka yang suka. Kalau nak jaga kesihatan....tak perlu masukkan. Dah sedap dah.....
Masak sop hingga bawang dan lobak sederhana masak. Taburkan daun sop yang dipotong-potong halus.

ULAM:
-Daun salad
-Timun

HIASAN ATAS NASI:
-Bawang goreng (Dibuat sendiri. Jangan terlalu garing sebab rasanya pahit)
-Daun sop yang dipotong halus.

SELAMAT MENCUBA...!!!

DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Sabtu, 16 April 2011

HALA TUJU FCUHOMESCHOOLING


FCUHOMESCHOOLING sudah lama beroperasi  dan dalam jangkamasa tersebut, banyak sudah asam garam yang mematang dan mengukuhkan lagi institusi pembelajaran ini. Sebenarnya, FCU sudah lama mengamalkan homeschooling iaitu seawal tahun 1983 lagi. Masa itu anak sulung dah berumur 5 tahun , anak kedua berumur 3 tahun dan yang ketiga berumur 2 tahun. Nak cari keluarga yang buat homeschooling masa itu memang susah sangat. Tak jumpa pun. Bukannya ada komputer macam sekarang di mana kita boleh senang-senang search aja...berlambak dalam dan luar negara.

Orang mencemuh memang ramai dan yang pandang serong tak terbilang. Bukan salah mereka....pengetahuan mereka tentang homeschooling tak wujud pun dalam kotak pemikiran. Mereka label aja yang anak kami tak sekolah dan gelap masa depan. Masa itu universiti adalah segala-galanya. Mana taknya...sesiapa yang keluar dari universiti pasti kerja hebat dan rumah besar dan kereta besar. Ekonomi tak berkembang macam sekarang. Makan gaji adalah yang terbaik. Nak cari usahawan melayu berjaya masa tu...satu dalam beribu.

Apabila anak kami yang sulung berumur 12 tahun, anak kedua 10 tahun dan anak ketiga berumur 9 tahun, kami tukar selera dengan menghantar ketiga-tiga ke sekolah kerajaan. Namun homeschooling tetap diteruskan dan jelas sekali ketiga-tiganya berjaya dengan cemerlang hingga belajar keluar negara. Seterusnya anak keempat, kelima, keenam juga menjejak kaki ke menara gading.

Bermula dengan anak ketujuh, kelapan dan kesembilan, mereka menolak tawaran ke menara gading dan meneruskan pembelajaran di FAMILY CHESS UNIVERSITI selepas form five. Kami bebaskan mereka untuk membuat pilihan sendiri walaupun ramai juga yang menganggap mereka mensia-siakan peluang yang orang lain sangat dambakan. Mereka lebih bijak dan tahu hala tuju masa depan mereka kerana bukanlah satu isu yang baru tentang berlonggok para graduan menganggur. Di FCU, mereka belajar sambil bekerja. Malah anak yang kelima turut memilih FCU sebagai tempat buat praktikal tahun akhir jurusan robotik.


.
Generasi kedua iaitu para cucunda Afiq dan Afiqah.


Hubungan adik beradik yang sangat akrab.




Alyssa sedang kusyuk membuat latihan penulisan




Adelyn adalah pelajar yang paling muda tetapi tidak mahu ketinggalan dalam 
pembelajaran homeschool.




Suasana pembelajaran FCUHOMESCHOOLING



Pada tahun 2010, kami ambil keputusan untuk homeschool sepenuhnya anak kesepuluh dan kesebelas (Tajrid 15 dan Hafidz 11Snterian Pelajaran, pihak sekolah dan juga PPD Langkawi.
Pada permulaannya, kami ikut seperti pembelajarn sekolah biasa. Kalau tengok entri yang lama-lama dulu, ada siap dengan jadual. Oleh kerana ramai abang-abang yang berpelajaran tinggi, masaalah cikgu tak jadi hal.
Hikmahnya, pertukaran dari sekolah kerajaan kehomeschooling taklah ketara dan kedua-dua anak nampak selesa sekali. Mungkin pada permulaannya, mereka rasa akan kehilangan rakan sebaya tetapi lama kelamaan tempat yang kosong itu diganti dengan rakan yang lebih baik. Kali ini pergaulan mereka lebih meluas termasuk orang-orang dewasa. Mereka jadi cepat matang terutamanya Hafidz. Keluarga yang besar adalah satu kelebihan kepada homeschooling kerana abang dan kakak turut memberi tunjuk ajar.

Pengalaman membesarkan anak-anak yang ramai dan kini beberapa orang telah berumah tangga, membantu kami membuat kiraan campur tolak untuk memilih corak pembelajaran terbaik buat generasi homeschooling kami yang terkini. Kami tidak akan mengulangi cara yang complicated yang sekian lama kami gunakan, sebaliknya ambil yang termudah dan efektif.


Asas utama ialah mengajar mereka untuk mereka mengajar diri sendiri. 
Ini akan membina keyakinan untuk mereka belajar sendiri dan meneroka segala ilmu yang berguna. Kemudahan internet memungkinkan impian jadi kenyataan. Sedar-sedar mereka dah pun menguasai bahasa Inggeris kerana kebanyakan artikel adalah dalam bahasa Inggeris.

Pegang kuncinya, dapatlah kita membuka pintu ilmu itu.
Pada kami kunci itu adalah kemampuan anak-anak mengajar diri sendiri. Kita tak perlu terburu-buru atau memaksa mereka sebaliknya gunakan cara saikoloji dan keselesaan mereka. Dengan cara ini, homeschooling tidak terbatas kepada ibubapa yang berpelajaran tinggi sahaja. Sesiapa sahaja boleh kerana apabila anak-anak sudah besar, mereka akan teroka sendiri. Kita hanya menyediakan segala keperluan pembelajaran dan memberi dorongan dan sokongan. Homeschooling tidak menggunakan wang yang banyak. Jadi..wang yang diperuntukkan untuk pelajaran anak-anak seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, buku rujukan, yuran tambahan, bayaran tiution, tambang perjalanan ulang alik ke sekolah dan entah apa lagi...bolehlah belikan sebuah komputer untuk mereka. Jadi kita tak perlu ada segala ilmu itu untuk disampaikan kepada anak-anak. Buktinya, kebolehan anak-anak kami dalam biz  video clips dan short films juga adalah melalui  pembelajaran sendiri di internet.

Di samping itu kami banyak buat research tentang homeschooling di luar negara yang telah berjaya membentuk insan yang berjaya dan berakhlak. Akhirnya kami buat keputusan bahawa kedua-dua anak kami tidak perlu menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Mereka bebas untuk menduduki peperiksaan SPM. Hanya SPM yang laku untuk memasuki mana-mana IPT. Ataupun mereka juga bebas untuk memilih Universiti Terbuka Malaysia sekiranya mereka tidak berminat untuk menduduki sebarang peperiksaan. Kami sangat menggalakkan mereka untuk mengambil kursus-kursus pendek dalam bidang yang mereka minati dan menafaat dalam bisnes FCU seperti product berasaskan bahan  natural (  http://www.fcumiracle.com/ ), dokumentari film(you tube: fcuproduction) dan bonsai.

Yang paling penting dan paling utama ialah pendidikan kerohanian yang akan membentuk keperibadian seorang khalifah di atas muka bumi ini seperti yang dituntut oleh Allah. Keperibadian ini akan menjaga mereka walaupun di mana mereka berada. Itulah bekalan yang paling penting kerana apalah gunanya sekira mereka kaya raya tapi bermaruah rendah dan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Anak-anak adalah harta di dunia dan di akhirat. Mereka umpama kain yang putih, terpulang kepada kita untuk mencorakkannya.

Wallahualam bi shawab


Khamis, 14 April 2011

LANGKAWI STORY

Are you planning to come to langkawi in your next holidays?
Make sure you  don't miss any of the events that had been held in Langkawi. You also can check the current future events to match with your holiday plans. All these can be search at: http://www.langkawistory.com/



 FCUPRODUCTION launched this website early this year, especially for the all Langkawi residents and also to boost Langkawi's tourism sector.



Some of the crew members of FCUPRODUCTION



In the mission of IODA 2011 coverage

 I was taking charge of all the apparatus using in the coverage. 
Make sure that everything was there !!





Feel free to view the detail of the world sailing championship in LANGKAWISTORY:

DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

IN THE MISSION OF MAKING VIDEO CLIPS FOOTAGE

FCUPRODUCTION  has a new project that is making a video clips for Jimmy Fong, a singer from Melbourne, Australia. He is a Malaysian but has been living in Australia for more than 30 years.
Here is one of his video clip in youtube :





Five of  FCUPRODUCTION members, my father(big boss), 3 big brothers and me were going to accomplished the mission. I felt so lucky and excited for being chosen in this big project. For me, this kind of mission was very interesting and a good knowledge for my homeschooling. I would be playing a lot with camera, crane and gopro then.
Yahoo....Travel and Learnig to Melaka, Kuala Lumpur and Johor. We would be on the road for more than a week. 

HOMESCHOOLING IS FUN...FUN....AND ...FUN ! !




Early in the morning we left Langkawi by boat. It took an hour journey to reach Kuala Kedah. All of us were full with spirit to do the best. May Allah bless us !!!



Waiting for our car at the Jetty Kuala Kedah.




I was one of the cameraman in charged.



One...and Two and...Three, Action !!



My sister joined us later at Melaka. This was her great opportunity to be self  elected model. Whatever.....





Kota Afamosa was one of my favourite site for shooting. The 
building has its own history that happened long time ago.
Be steady...calm down Mr. horse. Can I touch your face? 
Don't kick me okay!! I had been kicked by a cow 
once and standing near this Mr. horse really make
 me nervous.



Riding a trishaw around bandaraya Melaka





The decorated trishaw really make me feel like in one of Hindi movie.
Who is the hero and the heroin then....




Our interest is shooting all the historical place and all exotic things in Malaysia. This old building that had been built during Portuguese era looked interesting to me.


Pasar malam was always the best place for shopping .











Amazing Muzium Samudera (Replica of Flor de La Mar).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...