TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label homeschooling tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label homeschooling tips. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2016

BAGAIMANAKAH UNTUK MENGGALAK ANAK KECIL AGAR RAJIN BELAJAR


Memang benarlah kata-kata dalam peribahasa melayu iaitu "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Begitulah pengamatan orang-orang dulu pada pokok  buluh yang cepat sekali keras batangnya dan tidak mungkin lagi dapat dibentuk ke kira mahupun ke kanan kerana sifatnya yang lurus dari perdu hinggalah ke pucuknyu.

Sifat anak-anak kecil memang suka bermain. Di sinilah kita kena bijak untuk menggunakan sifat suka bermain itu dan terapkan dalam pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Pembelajaran ini tidaklah hanya kepada belajar membaca atau menulis, malah ianya meluas kepada kerja-kerja rumah yang simple mahupun cara bergaul yang betul. Semua ini memerlukan usaha dari kedua ibubapa dan seringkali usaha ini gagal separuh jalan sekiranya kita tidak mempunyai satu matalamat kejayaan. Ini kerana usaha ini tidaklah dapat dilihat kejayaannya dalam sehari dua, malah melalui usaha berterusan yang gigih dan bertahun-tahun lamanya.

Seringkali ibubapa memilih jalan singkat dalam mendidik sikecil iaitu dengan membiarkan mereka menonton tv sepanjang masa asalkan mereka tidak menangis dan buat hal. Lagi senang lagi ialah dengan membiarkan anak-anak menggunakan komputer atau gadget yang memang mengasyikkan. Rumah tidak bersepah, boleh buat kerja tanpa gangguan kerana anak-anak tidak banyak bergerak bila sudah terlalu asyik. Hasilnya sungguh menyedihkan dan para ibubapa terpaksa menanggung kesusahan untuk mendidik mereka untuk minat belajar, apalagi untuk membaca buku. Beginilah bermulanya kerusakkan pendidikan anak-anak tanpa kita sedari. 

Berbagai-bagai cara telah dipraktikkan oleh ibubapa cemerlang demi untuk menghasilkan anak-anak gemilang. Kita boleh saja memilih apa yang sesuai dengan situasi keluarga kita namun kebanyakkan cara-cara ini memang mempunyai banyak persamaan antara satu sama lain.

1) Menyediakan persekitaran pembelajaran buat sikecil
Tidak semua orang berkemampuan untuk menyediakan bilik khas untuk belajar kerana ianya memerlukan ongkos yang besar. Bilik tidur, dapur, ruang tamu mahupun beranda rumah masih berjaya menjadi tempat belajar yang berkesan dengan sedikit usaha dan kreativiti. Lagipun kanak-kanak sering jemu sekiranya belajar di tempat yang sama setiap masa. Mereka suka pada kelainan. Apa yang mereka perlukan ialah alat tulis, kertas dan beg. Selain itu peralatan pembelajaran lain seperti kerusi kecil dan meja kecil juga tidaklah terlalu mahal untuk sikecil tersayang. Mungkin boleh saja kita gantikan hadiah harijadi mereka seperti toys dengan alat-alat belajar saja. Ini yang kami praktikkan dan hasilnya mereka tidak berminat sangat dengan toys dan lebih cenderung untuk memilih buku bila diberi pilihan.

2) Memberi ganjaran bila mereka menghasilkan kejayaan walaupun kecil
Memang sudah jadi tabiat kanak-kanak, sukakan sebarang ganjaran sama seperti kita orang dewasa. Ganjaran ini jangan pula disalah ertikan dengan wang ringgit atau berbentuk materialistik. Oleh kerana mereka rajin mengemas barang mainan mereka, kita ringan tulang menyediakan makanan kegemaran mereka. Nyatakan bahawa makanan itu adalah sebagai hadiah kepada mereka atas kerajinan mereka. Mereka akan rasa sangat gembira padahal kalau mereka malas pun, kita tetap menyediakan makanan kepada mereka tetapi tidaklah makanan kegemaran mereka. Malah puji-pujian yang membina dan tidak keterlaluan juga turut membantu sikecil untuk minat belajar.

3) Berlapang dada bila sikecil membuat rumah berselerak dalam proses pembelajaran mereka
Sudah adat kanak-kanak akan membuat sepah kerana mereka masih kecil. Kita baru saja lipat baju mereka yang berbakul, namun dalam sekelip mata sahaja mereka mengeluarkan semua baju itu dari almari kerana ingin belajar melipat baju sendiri. Apa yang dapat kita lakukan ialah dengan cuba mendisiplinkan mereka sesuai dengan umur mereka. Memang sukar untuk mendisiplinkan anak-anak kecil tetapi sekiranya kita berterusan mengajak mereka sama-sama mengemas balik barang yang bersepah, lambat laun mereka akan terikut dengan kebiasaan ini.

4) Mendidik melalui tauladan 
Tauladan dari ibubapa adalah yang terbaik untuk mendidik anak-anak kecil. Janganlah kita bersikap bagai "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus" apabila asyik dengan handphone dan berjam di depan komputer, membiarkan anak-anak sendirian tanpa masa berkualiti bersama kita. Kita sendiri perlu mempamerkan hobi suka membaca dan juga mengamalkan membaca bersama anak-anak. Walaupun mereka tidak pandai membaca, penceritaan kita yang menarik tentang isi sesuatu buku kegemaran anak-anak sudah cukup untuk membuat mereka teruja untuk terus membaca. Usaha ini menjadi lebih berkesan sekiranya kita dapat meluangkan masa kita membaca buku kepada sikecil sebelum mereka dibuai mimpi indah. 

4) Mengajak anak-anak berbincang secara logik
Kita sering memperlekehkan kebolehan anak kecil tanpa kita sedari. Malah ada juga ibubapa yang bertutur secara pelat bila berbicara dengan anak kecilnya kerana menyangka itulah bahasa bayi dan bayi akan memahaminya. Hasilnya apabila anak itu meningkat umur lima tahun pun, masih tidak dapat bercakap dengan bahasa yang betul. Sebenarnya kita sudah boleh mengajak anak-anak kita berbincang sebaik sahaja mereka pandai bertutur. Biarpun bahasa mereka banyak berbentuk isyarat atau pelat yang susah kita fahami. Mereka boleh faham apa yang cuba kita sampaikan dengan baik sesuai dengan umur mereka. Fahamkan kepada mereka bahawa sekiranya barang mainan mereka berselerak, mereka akan jatuh tersungkur bila berjalan. Sekiranya mereka taburkan makanan mereka atas lantai, Allah tidak sayang mereka dan kita juga tidak sayang mereka dan orang lain juga tidak sayang mereka. Berbagai-bagai perbincangan ringan tetapi logik difikiran mereka dapat kita sampaikan untuk mereka belajar cara berakhlak. 

5) Meletakkan anak-anak dalam persekiran pergaulan yang sihat
Seringkali ibubapa pening kepala bila anak kecil mengeluarkan perkataan yang berbentuk mencarut atau sumpahan atau jengkel sedangkan mereka sendiri tidak pernah mengeluarkan perkataan sebegitu terutamanya di depan anak-anak mereka. Pasti sekali ianya datang dari pergaulan anak-anak kita dengan anak-anak lain atau orang sekelilingnya yang sudah terbiasa menggunakan perkataan sebegitu. Adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk menyediakan persekitaran yang sihat buat sikecil. Anak kecil sangat senang mengikut dan sekiranya mereka ada abang-abang dan kakak-kakak yang sudah terdidik, amat senang mereka mengikut segala perbuatan positive itu. Ini adalah bonus buat ibubapa yang bersusah payah mendidik anak-anak yang terdahulu. Hal ini memang berlaku kepada Alyssa dan Adelyn yang turut berminat untuk homeschool walaupun umur mereka masih kecil. Afiqah dan Afiq memang banyak memainkan peranan dalam membentuk jati diri mereka. Malah mereka lebih senang untuk menurut contoh Afiqah dan Afiq dari mengikut contoh yang kita sediakan. Inilah sifat kanak-kanak yang perlu kita gunakan kearah kebaikan dan sekiranya kita tidak mengambil peluang ini dengan baik, mereka juga senang sekali mengikut kearah yang negative. Ini adalah kerana anak-anak kita yang kecil itu umpama kain yang putih dan terpulanglah kepada kita untuk mencorakkannya.

6) Mendoakan anak agar anak menjadi soleh, pintar dan rajin belajar
Inilah kunci utama dalam usaha kita mendidik anak-anak. Setelah berusaha berbagai cara, selebihnya kita panjatkan kehadrat Ilahi agar anak kita menjadi gemilang di sisi Allah dan berguna kepada umat manusia sejagat. Inilah ciri-ciri khalifah yang perlu kita terapkan kepada anak kita. Doa memainkan peranan yang sangat besar untuk mencapai sesuatu kejayaan. 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. الّلهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ الْعَارِفيْنَ بِحِكْمَتِكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا رَحْمَتَكَ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ 
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM, ALLAHUMMAFTAH ALAYYA FUTUUHAL AARIFFIN BIHIKMATIKA, WANSYUR ALAYNA RAHMATAKA YA DZAL JALAALI WAL IKRAM.

Selain kita membaca doa ini kepada anak-anak kita terutamanya ketika mereka sedang nyenyak tidur, kita juga boleh bacakan doa ini kepada makanan dan minuman anak-anak. Sebaik sahaja anak mula bertutur, boleh ajarkan doa ini kepada mereka. Memang doa ini agak panjang untuk diingati oleh anak-anak. Cara yang paling senang ialah mengajak anak-anak mengikut bacaan kita setiap hari. Insyaallah.

7) Sentiasa membayangkan anak kita menjadi anak soleh, pintar dan rajin
Inilah kuasa minda dan ianya sangat berkesan. Apa sahaja keinginan kita, jika disebut dan dibayangkan setiap hari dengan yakin sebenar-benar yakin, pasti keinginan kita akan tercapai.

 Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).



ALYSSA DAN ADELYN BELAJAR TANPA DISURUH
Hari Ahad hingga hari Khamis adalah hari pembelajaran homeschool kami. Kebiasaannya Alyssa dan Adelyn akan turut serta kelas Afiqah dan Afiq. Ini membuatkan suasana homeschool kami sangat ceria dan seronok. Namun begitu Alyssa dan Adelyn juga berminat untuk belajar pada hari Jumaat dan Sabtu. Oleh kerana kami tidak sediakan kerusi meja seperti pada hari-hari pembelajaran, mereka akan berusaha sendiri untuk kelas persendirian mereka. 


Masing-masing dengan beg sekolah Barbie yang berwarna pink menuju ruang 
pembelajaran harian homeschool kami. 


 Sama-sama mengeluarkan meja mereka dari tempat simpanan. Seronok betul melihat sifat muafakat mereka yang pasti sekali hasil dari pergaulan mereka dengan Afiqah dan Afiq yang
sering menyediakan meja sebelum kelas homeschool bermula.


 Adelyn memerhati bagaimana Alyssa membuka kaki meja. Kemahiran ini tidak lagi dikuasainya. Sikap Alyssa membantu Adelyn menyiapkan meja belajarnya memang perlu dipuji. Alyssa sudah mempamerkan satu tauladan yang sangat baik buat Adelyn ikuti.


 "This is your beg and your paper" Begitulah prihatinnya dan kasihnya Alyssa(4) kepada adiknya Adelyn(3) yang hanya berbeza satu tahun dari umurnya. Dia berjaya menjadi seorang kakak yang baik kepada Adelyn.


Masa untuk belajar. Hari ini mereka bebas untuk belajar apa yang mereka minat. Kebiasaannya bila hari-hari homeschool, kami akan tentukan apa yang mereka belajar mengikut kegemaran mereka dan keselesaan mereka. 


 Alahai....beginilah Adelyn. Seringkali kelasnya habis awal berserta dengan tangisan. Bukan ada orang yang kacau tetapi dia sendiri yang geram samaada dengan penselnya mahupun dengan lakarannya yang tak menjadi. Its okey baby.....you can join later when you're ready!!


 Alyssa meneruskan pembelajarannya sendirian. Alyssa memang bersikap tekun dan akan habiskan kerjanya selagi boleh. Dia juga sangat kemas dan tidak suka menconteng kertasnya. Satu sikap yang perlu dipuji agar dia dapat meneruskan tabiat ini sehingga besar.


Syabas Alyssa.....good work!!

Jumaat, 5 September 2014

HAFIDZ SEBAGAI SEORANG REMAJA HOMESCHOOL.


Sekejap sahaja masa berlalu. Semasa memulakan homeschool ( hujung tahun 2009), Hafidz masih lagi kecil. Setelah 5 tahun berlalu, Hafidz sekarang sudah masuk peringkat remaja. Sebagai seorang remaja homeschool, perkembangan pembelajarannya sangat berlainan dengan remaja yang belajar di sekolah biasa. Begitu juga perkembangan peribadinya juga cukup berlainan dengan abang-abangnya ketika sebaya Hafidz dulu. Abang-abangnya kami hantar belajar sepenuhnya di sekolah kerajaan. Saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, yang masanya dihabiskan untuk membesarkan anak-anak, segala perbezaan itu memang dapat dirasakan sekali.


Apabila masuk peringkat sekolah menengah, anak-anak akan sibuk dengan subjek-subjek yang diajar termasuklah kerja rumah dan kertas kerja. Pagi-pagi hari sudah ke sekolah dan balik pun dah pukul dua petang. Selepas
mandi, solat dan makan tengahari, anak-anak akan ke sekolah lagi untuk tuition, aktiviti kelab atau pun sukan. Hampir maghrib baru pulang. Selepas selesai makan malam, mereka sibuk menyiapkan kerja sekolah hingga larut malam. Bagi para ibu-ibu yang punya anak remaja, rutin ini sudah menjadi lumrah kehidupan.

Untuk mengejar ilmu dunia, anak-anak perlu fokus untuk berjaya hingga sudah tiada masa untuk berbual panjang mahupun bergurau senda dengan keluarga. Kita hanya nampak zahir anak kita tetapi kita tidak nampak batin mereka. Kita hanya kenal rupa anak kita yang kian membesar panjang tetapi kita tidak tahu sangat hati budi mereka. Malah....sesetengah anak-anak langsung tidak ambil bahagian dalam menguruskan pekerjaan di rumah. Ibu bapa sudah sangat berpuas hati sekira anaknya berperap dalam bilik dengan buku dan tidak menghulur bantuan meringankan kerja mereka atas alasan kerja sekolah yang banyak dan sudah hampir peperiksaan.

Semasa saya membesar dahulu (sekitar 70an), ibu bapa sanggup memanjakan anak-anak yang menduduki peperiksaan dengan hanya menumpukan pada pelajaran sepanjang tahun tanpa membuat kerja rumahtangga. Walaupun anak itu seorang perempuan, dia tidak perlu memasak, basuh pinggan, sapu sampah dan sebagainya. Sememangnya anak itu beroleh keputusan peperiksaan yang baik namun....semua ini telah menamam sikap penting diri dan malas dalam diri anak-anak.










DIDIKAN HOMESCHOOL
Berbeza dengan didikan homeschool yang sangat menitik beratkan kerohanian anak-anak. Malah inilah matalamat utama kita homeschoolkan anak-anak kita agar mereka menjadi insan yang kenal Allah dengan sebenar-benar kenal dan mencintai Allah atas segalanya. Saya dapat menghayati setiap detik pembesarannya terutama phasa remaja yang sangat memerlukan pemerhatian yang lebih.

Biasanya ibu-ibu akan merasa lega apabila anak mereka meningkat remaja kerana sudah boleh lepas dari tanggung jawab. Mereka sudah tahu jaga diri sendiri dan tidak perlu kita susah-susah untuk memandikan mereka, menyuapkan makanan dan sebagainya. Inilah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh para ibubapa. Peringkat remaja adalah satu peringkat yang sangat penting, Ibarat menarik rambut dalam tepung, kita sangat perlu berhati-hati. Pertukaran hormone dalam badan mereka sangat mempengaruhi keperibadian mereka. Di sinilah turning point arah mana mereka lebih cenderung samaada menjadi insan yang akur pada Allah atau sebaliknya. Apalagi sekiranya mereka banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan, sudah tentu pengaruh yang tidak diingini akan menjadi ikutan.

Apabila kita sentiasa di samping mereka, ibubapa boleh baca apa yang tersirat dalam fikiran mereka hanya dengan melihat raut wajah anak-anak. Alunan perasaan mereka juga dapat dikesan hingga kita cukup memahami jiwa mereka. Inilah senjata yang paling tajam untuk mendidik anak remaja. Kita dapat mengesan penyakit hati mereka dan membenteras segala anasir ini pada peringkat awal lagi. Inilah titik tolak pembelajaran sebenar yang akan membawa hingga ke akhirat. Inilah sasaran sebenar pendidikan yang telah di tukar dengan pembejaran akedemik yang sangat membebankan. Ramai ibubapa yang kian tidak kenal hati budi anak-anak dan terus kehilangan anak-anak mereka sebaik sahaja anak-anak itu melangkah ke alam pengajian tinggi. Sudah tiada lagi teguran kerana anak-anak sudah menjadi seorang bijak pandai. Hasilnya...ramai ibubapa yang sudah tua merana makan hati. Inikah hasil dari pembelajaran yang kita korbankan kehidupan kita mencari wang semasa muda untuk membesarkan anak-anak. Tidak dinafikan ada juga anak berjasa tetapi terlalu sedikit.

Oleh kerana kami adalah homeschool yang tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR, ini adalah tiket utama untuk memaksimakan keperluan sebenar didikan terhadap anak remaja. Segala pembelajaran adalah berpaksikan untuk diamal. Kami tidak belajar hanya untuk menambah pengetahuan seperti sekolah biasa. Apa lagi untuk dihafal seperti para pelajar yang perlu ambil peperiksaan. Apabila ingin buat sesuatu dalam realiti kehidupan, barulah ilmu itu dijana dan diajar pada Hafidz. Sebagai contoh, apabila ada ahli keluarga mengidap sesuatu penyakit contohnya demam, ulcer mulut,  batuk dan sebagainya, Hafidz akan surf internet untuk mendapat info dan mencari herba-herba yang berkenaan di sekeliling kampung dan di hutan berdekatan. Herba ini dioles dan menjadi ubat kepada mereka berkenaan. Pernah saya rasa kesakitan digigit serangga bisa dan Hafidz terus ke garden kami untuk mencari pokok dukung anak. Setelah ditumbuk lumat, olesan ini ditampal tempat gigitan. Alhamdulillah...dalam masa sekejap sahaja, saya dapat rasakan tindakan pembaik pulih herba dukung anak. Begitu juga dalam bidang masakan yang menjadi hobinya dikala lapang. Dia akan cari beberapa resepi untuk buat bandingan dan mencuba di dapur. Hasilnya..satu keluarga dapat merasa keenakan masakan Hafidz. Ilmu penggambaran adalah nadi kepada pembelajaran homeschool Hafidz sesuai dengan kedudukan kami sebagai pemegang nama FCUPRODUCTION. Selain itu, ilmu bonsai juga sentiasa digali apabila berdepan masaalah pokok yang ditanamnya. Hafidz sudah bergiat dalam bonsai sejak dia berumur 9 tahun lagi. Semoga suatu hari nanti, dia berjaya menjadi pakar dalam bidang yang diminati ini.




PENCAPAIAN HOMESCHOOL
Kita perlu membuka minda seluas-luasnya untuk mengadili pencapaian seorang pelajar homeschool, apalagi sekiranya pelajar itu tidak menduduki sebarang peperiksaan. Sememangnya sijil dan keputusan peperiksaaan bukanlah bahan untuk mengukur sejauh mana pencapaian.

Bagi pelajar di Malaysia, mereka akan arif dengan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tentu sekali apa yang mereka belajar berbeza dengan pelajar di Afrika, Cina mahupun Alaska. Malah pelajar di universiti-universiti Malaysia yang belajar bidang berlainan juga akan belajar benda yang berbeza. Pelajar sekolah Pondok juga belajar benda berbeza dari mereka yang belajar sekolah kerajaan. Pelajar silat juga akan diajar dengan ilmu yang berbeza dengan mereka yang terjun dalam arena pertanian. Adakah kita dapat mengatakan siapa yang lebih baik sekiranya bidang ilmu mereka berbeza.


Penglibatan Hafidz dalam pembinaan rumah bermula pada tahun 2010 iaitu dalam 
Hingga kini, banyak pengalaman yang telah dia timba dan sekarang 
sedang mengusahakan pembinaan log house 3 tingkat. Insyaallah 
saya akan buat entri berkenaan pembinaan log house
 dalam masa terdekat. 


Saya sebagai ibu, merasa bangga dan bersyukur dengan perkembangan Hafidz. Pengetahuannya luas dan matang kerana sering bergaul dengan orang yang lebih tua darinya. Yang jelasnya, saya sangat naif ketika sebaya dengannya dahulu dan tidak tahu apa-apa selain dari apa yang diajar di sekolah. Sebaliknya dalam usia semuda itu, Hafidz sudah mahir  selok belok pembinaan rumah dan bonsai. Malah dia lebih tahu dari saya tentang jenis-jenis herba yang dapat mengubat berbagai penyakit. Saya pasti segala benih ilmu yang ditanam sudah bertunas dan hidup dengan subur dalam dirinya.

SIAPAKAH ROLE MODEL HAFIDZ ?
Setiap remaja memerlukan role model dalam proses pembesaran terutamanya anak lelaki. Pasti sekali tugas ini paling layak dipikul oleh seorang bapa. Namun, cara hidup masyarakat sekarang telah mematikan fungsi bapa apabila para bapa tersangat sibuk hingga jarang bertegur sapa dengan anak-anak. Situasi ini memaksa anak-anak mengambil rakan sebaya sebagai ikutan mereka. Inilah punca keruntuhan akhlak yang sedang melanda para remaja di Malaysia.
Hafidz begitu bertuah kerana mempunyai bapa yang sentiasa berada di sisi membimbingnya dalam setiap tindakan. Malah abang-abang yang ramai juga turut menjadi ikutannya dalam banyak perkara. Saya kira kebanyakan remaja lain yang homeschool juga turut mendapat keistimewaan ini kerana kedua ibubapa adalah merupakan tenaga pengajar mereka.

HOBI MASA LAPANG
Dari kecil lagi, Hafidz cukup minat kepada sesuatu yang lasak dan adventure. Meneroka hutan bakau di sekitar kampung adalah rutin hariannya sejak dulu lagi. Kami turut memberi galakan agar hobi ini dapat memberi menafaat dalam kehidupannya. Kemahiran untuk survive di dalam hutan sangat menarik minatnya. Banyak ilmu yang dapat digali melalui youtube seperti rancangan Bear Grylls. Rancangan survival seperti ini cukup penting untuk anak remaja kerana kita telah mengajar mereka untuk berdikari dan berani mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Malah terdapat mereka yang telah terselamat daripada bahaya maut hasil dari menonton rancangan Bear Grylls. Mereka berdepan dengan peristiwa hidup atau mati, namun ilmu dari tontonan rancangan tersebut telah dapat mereka gunakan ketika berdepan saat-saat genting. Inilah yang dikatakan, siapkan payung sebelum hujan

Antara koleksi Hafidz untuk memburu ular dan katak di dalam kolam ikan kami





Memang penangannya tepat sekali. Sikatak malang jadi habuan peluru senapang Hafidz. Peluru plastik kecil ini mampu menembusi badan katak dan terus terkulai. 


Bukan sahaja si katak berminat untuk menjamah ikan belaan kami, si ular air juga tidak terkecuali. Malang sekali nasib mereka kerana kami mempunyai seorang pemburu yang pantas dan tepat bedilannya. 




Ular bercorak batik ini juga menjadi mangsa. Kali ini tepat di kepala menjadi sasaran. Sememangnya sukar untuk menjejak si ular kerana mereka mampu berenang pantas dan juga menyelam di dalam kolam. Di samping terdapat banyak tempat persembunyian di dalam kolam kami seperti rimbunan daun pandan dan pokok teratai. Namun....mereka tumpas juga di tangan Hafidz dengan izin Allah.



Menangkap biawak yang merayap di kawasan garden dengan kudrat tangan sahaja. 


Si cantik manis ini dilepas kembali di dalam hutan bakau berdekatan.


Seandainya ada antara pembaca yang berhasrat untuk homeschoolkan anak-anak mereka, teruskan niat dihati. Insyaallah pertolongan Allah itu sangat hampir kepada mereka yang inginkan keredhaanNya. Buahnya sangat manis walaupun kita terpaksa mengambil jalan yang lebih susah dari persekolahan biasa.


Ahad, 31 Ogos 2014

ISTIMEWANYA ANAK-ANAK HOMESCHOOL !!


Semua cucunda FCU adalah generasi homeschool sepenuhnya. Oleh kerana mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya, acuan mereka adalah acuan asli yang kami inginkan. Proses ini nampak mudah dengan izin Allah dan kami sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana membimbing dan terus membimbing kami. Sebelum ini kami pernah juga membuat separa homeschool dimana anak-anak masih dihantar ke sekolah biasa. Sudah tentu mereka turut diwarnakan dengan warna rakan-rakan mereka di sekolah dan proses untuk  mendapat warna dan bentuk acuan yang diidamkan sering menghadapi masaalah. Oleh itu, ibubapa yang menghadapi  masaalah untuk mendisiplinkan anak-anak, mesti mengambil kira segala gangguan yang menjadi penghalang kepada anak-anak untuk patuh dan taat.

Perbezaan yang kedua yang paling ketara ialah minat yang mendalam untuk mencuba sesuatu yang baru dan berkreatif dengan apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Ini adalah sifat semula jadi seorang kanak-kanak tetapi keinginan ini akan mati sekiranya kanak-kanak itu dibebankan dengan kerja sekolah yang melambak dan aktiviti yang telah dirancangkan oleh para guru untuk mereka. Walaupun kita melihat mereka terlibat dengan berbagai aktiviti namun mereka tidak menggunakan daya kreativiti yang telah dibekalkan oleh Allah dengan sepenuhnya kerana terlalu banyak peraturan yang mesti diikuti. Medan homeschool yang relax dan santai sememangnya terbaik untuk mereka mengasah apa yang telah Allah bekalkan. Kita sebagai pembimbing hanya menyediakan peralatan dan tunjuk ajar. Walaupun daya kreativiti ini nampak simple tetapi yang paling penting ialah tunas itu hidup dan membesar dalam diri mereka. Daya kreativiti yang hidup ini adalah bekal yang paling penting untuk mereka menjalani kehidupan seterusnya. Mereka mampu berdaya saing dalam arus kehidupan yang serba canggih dan mempunyai tahap keyakinan diri yang penting. Tiada siapa yang akan melebelkan pencapaian mereka itu sebagai A, B, C dan sebagainya.



AFIQ'S CREATION

Setiap individu itu memang unik dan berlainan antara satu sama lain. Keistimewaan mereka juga dikurniakan Allah dalam berbagai bidang. Ibubapa yang homeschoolkan anak-anak mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk mengenal anak mereka dari berbagai segi. Mereka sentiasa berdamping dengan anak-anak untuk memahami diri anak tersebut. Jesteru itu mereka akan nampak segala keistimewaan dalam diri anak mereka hinggalah ke sekecil-kecil benda. Tiada satu pun yang tercicir dalam perkiraan mereka. Walaupun ada anak yang berupaya membaca pada umur 3 tahun dan ada pula yang agak lewat hingga ke umur 12 tahun, tetapi kedua-dua anak yang berbeza ini tetap di dalam gred A. Sering anak-anak yang agak slow dalam bidang akedemik mempunyai kebolehan lain seperti lebih prihatin, rajin menolong, teliti dalam pekerjaannya dan penyabar.

,
Afiq (9) mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan Alyssa 
dan Adelyn. Apa sahaja yang Afiq buat, tentu sahaja akan diikuti 
oleh Alyssa (3) dan Adelyn (2). Dengan sendirinya Alyssa dan Adelyn 
telah mempertingkatkan diri mereka tanpa sebarang usaha kita. 
Pemikiran mereka juga sudah tidak lagi seperti umur mereka sebenar. 



Ini adalah aktiviti bebas iaitu di luar kelas homeschool. 



Oh...rupanya Afiq melukis sepasang outfit yang lengkap baju dan seluar. 
Siap dengan "bow-tie" dan kepala tali pinggang yang berbentuk reben. 
Apabila ditanya apa benda dibawah kepala tali pinggang tu... 
"Zip" jawabnya. Detailnya pengamatan Afiq hingga zip itu
 kelihatan agak kelakar. Good job...Afiq !!



Ah...rupanya out fit itu untuk Alyssa. Patutlah ada warna 
pink..( warna kegemaran Alyssa). Apalagi..Alyssa pun 
mencuba out fit yang glamour sangat ni dengan hati gembira. 



Do you like it ?
.."It looks funny" Jawab Alyssa sambil membuat muka cute.

Inilah beberapa keletah kelakar pelajar homeschool kami. Memang tidak kering gusi kita melayan mereka. Ada sahaja aksi-aksi dan penerokaan mereka yang membuat kita terhibur. Pendek kata....homeschool itu senang dan menguntungkan sekira kena caranya.

Khamis, 19 Disember 2013

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) 2013


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 19.12.2013 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.


Butiran lengkap berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut: 
Tarikh dan Masa Peperiksaan :19 Disember 2013, Masa:  2.00 petang
Tempat: Pusat Peperiksaan (Wilayah) Utara, Tengah, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak 
Tarikh Permohonan Dibuka : 11 Oktober 2013 
Tarikh Tutup Permohonan : 1 November 2013, 5:00 petang 

Sehubungan dengan itu, Institut Sains Angkasa (ANGKASA) dengan kerjasama kumpulan penyelidikan Radio Amatur telah mengadakan Kelas Persediaan Secara Percuma bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil peperiksaan tersebut. 


Selamat Berjaya FCU Guys
Dua dari ahli FCU telah menduduki peperiksaan ini dan Alhamdulillah telah lulus dan bakal memperoleh LESEN B RADIO AMATUR . Pada 19 Disember 2013, seramai enam orang lagi ahli FCU akan turut menduduki peperiksaan yang akan berlangsung di:


Dewan Peperiksaan (Aras 4)
Sunway Carnival Convention Centre
Sunway Carnival Mall
13700 Sebarang Jaya
Pulau Pinang 

Oleh kerana umur minima untuk menduduki peperiksaan ini adalah 14 tahun, kami telah menyerapkan Hafidz untuk bersama-sama abang-abangnya. Pada kebiasaannya hanya orang dewasa yang memerlukan lesen radio amatur sesuai dengan keperluan semasa. Jarang sekali untuk para pelajar turut menduduki peperiksaan radio amatur (RAE).




Surat lulus permohonan menduduki peperiksaan "Radio Amateur Emateur


FCUHOMESCHOOLING Dan Peperiksaan
Bermula dengan anak sulung kami, Nur Siti Fatimah yang memegang Diploma Sains Komputer (UPM) dan terus terjun ke bidang pekerjaan dan berakhir sebagai Pengurus Pizza Hut Cawangan Kuala Lumpur dan mendapat gelaran Manager Of The Year. Selepas melahirkan anak kedua (Afiq), Nur menumpukan kepada perniagaan keluarga iaitu FCUMIRACLE. Anak kedua pula seorang jurutera (UTHM)dan kini sebagai Freelancer dan sedang bekerja dengan sebuah syarikat luar negara (ALSTROM). Anak ketiga adalah lepasan Ohio State Universiti (Jurutera) dan kini juga bersama membangunkan perniagaan keluarga iaitu FCUPRODUCTION. Anak keempat pula dalam bidang Architecture (UIA) dan juga bersama mengembelingkan tenaga dalam perniagaan keluarga. Anak kelima juga keluaran UTHM dalam bidang kejuruteraan dan bersama membangunkan keluarga. Dua anak perempuan kami yang masih belajar iaitu Intan yang mengambil PhD (Mathematik) di UTM dan Asilah yang mengambil Master (Kejuruteraan) di United Kingdom. Tiga anak kami yang kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan ke universiti walaupun mendapat tawaran ke universiti. Mereka belajar di rumah dalam banyak jurusan yang mereka minat melalui internet. Semua pembelajaran adalah berpusat kepada perniagaan keluarga terutamanya FCUPRODUCTION.

Kesemua mereka mendapat sentuhan homeschool. Kami sudah memulakan homeschool anak-anak secara sepenuhnya pada 1980. Saya ada membuat entri sejarah homeschool kami dalam MENGAPAKAH PERLU HOMESCHOOL?. 

Seterusnya kami telah mengambil keputusan bahawa Tajrid, Hafidz dan generasi seterusnya 
(Afiqah, Afiq, Alyssa dan Adelyn) untuk homeschool sepenuhnya. 
FCU (Family Chess University) memainkan peranan dalam membentuk kehidupan anak-anak mengikut cara Islam. Keluarga besar FCU adalah sebuah keluarga yang sentiasa meneroka ilmu Allah yang tiada penghujungnya. Konsep belajar hingga keakhir hayat adalah teras utamanya dan kami tidak mahu anak-anak terperangkap dengan sistem pembelajaran sekolah biasa kerana banyak ilmu tidak dapat dimenafaatkan dalam kehidupan biasa. Ilmu hanya untuk lulus peperiksaan dan sebahagiaan besar berlalu begitu sahaja dan lupa ditelan zaman. Manakala pembelajaran seumur hidup diFCU, segala ilmu yang dipelajari akan dikembangkan 
dan diguna dalam kehidupan. FCUPRODUCTION adalah satu contoh kepada pembelajaran homeschool yang berjaya. Tanpa pembelajaran di universiti, mereka telah berjaya hingga dapat kepercayaan badan koperat untuk menghasilkan video yang bermutu. Keyakinan kami tanpa goyah tentang pembelajaran sendiri dan dengan pertolongan Allah, kejayaan pasti dapat dikecapi. Pada mereka yang mempunyai keinginan untuk homeschool anak-anak, teruslah melangkah tanpa ragu-ragu. Percayalah, anak-anak akan membesar dalam didikan yang teratur dan pasti berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Pelajar homeschool kami hanya akan menduduki peperiksaan yang tertentu sahaja dimana kelulusan peperiksaan tersebut diperlukan dalam kehidupan seharian seperi RAE (Radio Amatuer Examination). Mereka juga berpeluang mengikuti kursus-kursus yang dapat memahirkan mereka dalam bidang yang diceburi. Kami juga tidak menolak peluang untuk mereka ke Open University sekiranya mereka berminat apabila mereka dewasa.  


Suasana Pembelajaran Dihari -hari Akhir Menjelang Peperiksaan

Pengetahuan dan pengalaman abang-abang yang telah banyak belajar tentang elektrik kejuruteraan di universiti memang sangat membantu Hafidz dan Tajrid untuk memahami tentang radio amatur. Ilmu radio amatur memang sangat luas, sesuai dengan penggunaannya di serata dunia terutamanya apabila berlaku bencana alam dan peperangan. Dalam suasana bencana yang besar itu, selalunya semua perhubungan akan terputus dan akan menyulitkan usaha menyelamatkan mangsa bencana. Di waktu yang runcing ini, radio amatur dapat beroperasi walaupun dalam jarak yang jauh seperti antara benua. Dengan adanya code-code antarabangsa, segala message dapat disampaikan dengan baik walaupun antara dua bangsa
yang berlainan. Semua message ini disampaikan tanpa sebarang kos, tidak seperti dalam penggunaan taliphon,handphone, fax dan sebagainya. Hanya mereka yang lulus peperiksaan yang disediakan oleh SKMM(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dapat memohon lesen A atau lesen B dan dapat beroperasi sebagai Ham



Persediaan dilakukan dalam masa hampir dua bulan setelah kami mula berdaftar dengan SKMM. Sebelum ini, mereka banyak mentelaah secara persendirian dan hanya berbincang apabila tidak faham. Hafidz dan Tajrid diberi perhatian khas oleh para pengajar FCUHOMESCHOOLING kerana mereka tidak didedahkan kepada pembelajaran physic tingkatan empat ke atas secara langsung. Peluang keemasan ini diambil sebaik mungkin untuk memasukkan pengetahuan elektrik dan bukan hanya
untuk lulus peperiksaan RAE.  



 Pengetahuan elektrik dalam radio amatur  setaraf ilmu yang dipelajari di universiti. 




Mereka perlu menjawab 100 soalan dalam masa 3 jam.Semoga segala usaha mereka mendapat berkat dari Allah dan diizinkan lulus dan mendapat lesen B. Hanya tinggal  sehari lagi untuk mereka mentelaah di saat akhir. Awal-awal pagi tadi mereka telah bertolak ke Pulau Pinang dan  bermalam disana sebelum menduduki peperiksaaan pada keesokkan harinya iaitu 19.12. 2013.



KANDUNGAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (100 soalan)
1. Peraturan dan Kondisi merangkumi merangkumi 20 soalan.
2. Prosedur Pengendalian dan Praktikal merangkumi 30 soalan.
3. Aspek Teknikal Dalam Bidang Elekronik & Komunikasi Radioa merangkumi 50 soalan.
    a. Peraturan Ohm (Ohm’s Law)
    b. Transistor, Rintangan, Kapasitor, Rektifier, Suis dan lain-lain(Transistor, Resistor, Capacitor,                      Fuse and etc.
    c.  Peranti (Solid State Device)
    d.  Penerima (Receiver)
    e.  Pemancar (Transmitter)
    f.  Propagasi dan Antena (Propagation and Antenna)
    g. Gangguan (Interference)
    h. Electromagnetic Compatibility (EMC)
     i  Pengukur (Measurement)
     j.  Asas (General)




Jumaat, 22 Februari 2013

ASAM GARAM FCU HOMESCHOOLING



Bermula pada tahun 1980, FCU HOMESCHOOLING terus mara ke hadapan dan menjadi resmi pada penghujung tahun 2009 apabila kami memohon dari pihak Kementerian Pejaran Malaysia. Contoh surat permohonan untuk homeschooling itu ada dalam entry 

A LETTER TO MINISTRY OF EDUCATION. 

Ketika itu kami mempunyai 4 orang pelajar iaitu Tajrid(14), Hafidz(10), Afiqah(6) dan Afiq(4). Allah menambahkan rezeki kami dengan kehadhiran Alyssa pada tahun 2011 dan kehadhiran Adelyn pada 2012. Syukur ke hadrat Illahi kerana pelajar kami sudah meningkat kepada 6 orang.

Sepanjang kami membuat homeschool ini, ramai juga orang bertanya tentang pengalaman kami dalam mengendalikan pembelajaran anak-anak di rumah. Yang terakhir ialah pertanyaan dari ahli blogger kita dalam entry HOMESCHOOLING CARA FCU. Semoga paparan tentang pengalaman kami yang tidak seberapa ini dapat sama-sama kita mertabatkan homeschooling di Malaysia.

KEPERLUAN ASAS UNTUK HOMESCHOOLING
Keluarga kami yang besar adalah merupakan satu bonus dalam pembelajaran di rumah. Kehadhiran cucunda tersayang memeriahkan lagi institusi homeschool kami. Ini tidak bermakna mereka yang mempunyai keluarga yang kecil  tidak akan berjaya. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Yang paling ketara apabila kami memberhentikan Tajrid dan Hafidz dari persekolahan biasa ialah dari segi keewangan. Biasanya apabila menjelang tahun baru saja, ratusan wang perlu di sediakan untuk membeli uniform baru, beg baru, buku bacaan dan buku latihan. Ini belum lagi peruntukan untuk bayaran tuition dan sebagainya. Homeschool memang menjimatkan wang dan masa kerana tidak lagi perlu menghantar dan mengambil anak ke sekolah. 

Kami tidak mempunyai bilik khas untuk pembelajaran. Biasanya kami belajar di depan komputer di ruang tamu. Sering juga ruang dapur menjadi bilik darjah terutamanya untuk Cooking Class. 





Peluang mengajar Sains kepada anak-anak diambil sebaik mungkin 
ketika cooking class. 



Afiqah dan Afiq belajar tentang kelebihan perubatan yang Allah 
berikan kepada perbagai jenis batu batan hiasan dalam pelajaran Geography. 
Homeschool memberi peluang kepada mereka untuk meneroka apa sahaja.




Hafidz dan Afiqah menanam halia dalam  kelas Medic. 





Medic class banyak mendedahkan mereka akan khasiat setiap ulam-ulaman yang 
kami makan seharian. Mereka sedang menanam cekur hitam yang sangat tinggi
nilai perubatan terutamanya bagi wanita baru bersalin.


Selain itu Bonsai Garden dan Backyard juga adalah merupakan makmal besar untuk pelajaran Sains. Alam persekitaran homeschool kami yang merupakan hutan Bakau dan lautan luas sangatlah  membantu pembelajaran homeschool. Kami banyak mendedahkan anak-anak kepada pembelajaran alam semulajadi dalam usaha untuk mereka mengenal dengan sebenar-benar kenal Tuhan yang mencipta seluruh alam ini. Pembelajaran kerohanian ini tidak mungkin kita perolehi di mana-mana sekolah atau universiti melainkan di tempat mengajian sufi sahaja. Inilah faktor yang paling besar mengapa kita perlu homeschool anak-anak kita agar kehidupan di dunia ini tidaklah sia-sia, malah menjadi jambatan untuk terus ke akhirat. 



Kami sering membuat kelas pagi di backyard kami yang mengadap laut. 
Selain menghirup udara laut yang segar, mereka juga dapat kebaikan matahari pagi.


Suasana pembelajaran yang sangat santai dan menyeronokkan.

Keperluan asas yang lain ialah sebuah white board, peta-peta, globe dan beberapa peralatan musik seperti piano, drum, gendang dan recorder. Kami hanya membeli buku rujukan bagi setiap pelajaran sebagai pedoman untuk mengajar. Kami bebas dari syllabus sekolah biasa. Apa yang hendak diajarkan kepada anak-anak adalah mengikut tuntutan terkini dan apa yang mereka pilih. Teknoloji komputer memang banyak membantu dan anak-anak diajar untuk meneroka sedalam-dalamnya dalam satu-satu ilmu.  Kadang-kadang kami ajar ilmu sains tingkatan empat pada anak-anak darjah lima apabila diperlukan. Skop pembelajaran anak-anak menjadi sangat luas tanpa sempadan. Ini akan membentuk minda mereka menjadi luas dan seterusnya memupuk keyakinan diri yang tinggi.




White board selalu digunakan dalam pembelajaran homeschool kami. White board yang mudah alih ini akan sentiasa bergerak ke sana kemari mengikut pilihan tempat anak-anak belajar. Kadang-kadang ke Taman Bonsai dan adakalanya ke backyard. Afiqah paling gemar menggunakannya kerana dia sangat berminat untuk menjadi guru. Dia adalah bakal guru 
kepada generasi FCU HOMESCHOOL seterusnya.



Sudah lima kali Afiqah membuat penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia bersama ahli FCU yang lain. Penjelajahan ini berfungsi sebagai percutian dan juga ROADSCHOOLING kepada para pelajar kami. Ternyata sekali Afiqah begitu mahir dengan nama tempat dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Kami  banyak menggunakan segala video dan photo yang diambil semasa penjelajahan untuk refresh kembali ingatannya pada setiap tempat yang telah dilawati.




ADAKAH HOMESCHOOL ITU SENTIASA MANIS ?

Tiada yang senang di dunia ini. Ujian dari Allah itu akan memantapkan lagi hambanya sekiranya kita hadapi ujian itu secara positive.

Saya sebagai suri rumah sepenuh masa, sering menghadapi masaalah kesuntukan ruang masa untuk mengajar. Selalunya saya sediakan kepada mereka aktiviti-aktiviti yang boleh mereka buat sendiri dan hanya perlu dipantau dari jauh. 



Aktiviti sebegini dapat membantu anak-anak fokus kepadan daya kreativiti mereka.
Dengan ini anak-anak tidak akan terbiar di waktu kita sangat sibuk 
atau terpaksa menguruskan urusan lain yang lebih penting.


Kami juga sering mengadakan projek homeschooling semasa tenaga pengajar ada urusan yang tidak dapat ditangguhkan atau ada tetamu yang bertandang. Projek ini seratus peratus diberi kebebasan kepada pelajar untuk memilih apa yang mereka mahu lakukan dan kita hanya menyediakan segala peralatan dan memberi bimbingan dari jauh. Aktiviti seperti ini memupuk keyakinan kepada para pelajar untuk memperlihatkan bakat dan idea-idea mereka.


Ada masanya homeschool  tidak bejalan dengan lancar terutamanya bila kita tersangat sibuk. Masa itulah kita bagi mereka holiday agar mereka tidak boring. Kami tidak ada holiday tertentu seperti sekolah biasa. Persekolahan berjalan seperti biasa melainkan pada hari Jumaat dan Sabtu. Walaupun semasa penjelajahan seluruh Malaysia yang kerap kami lakukan, kami tetap membuat ROADSCHOOLING. Ini bermakna mereka belajar sambil bercuti.




Setiap kali mereka ingin bermain rumah khemah ini, mereka terpaksa memasang sendiri. Rangka rumah khemah ini terdiri dari batang-batang besi yang berbeza panjangnya mengikut ukuran rumah itu. Mereka perlu mahir dan mempunyai penelitian yang tajam untuk mendirikan rumah khemah ini. Pada peringkat awal dulu, Afiqah selalu menangis setiap kali mahu mendirikan rumah khemah ini kerana kami enggan menolong.
Akhirnya dia berjaya mendirikan rumah ini dalam masa yang singkat setelah berjaya membuat pengamatan. Setelah puas bermain masak-masak dan cikgu-cikgu, ketiga-tiga mereka termasuk Alyssa mesti kemas balik dan simpan khemah dalam beg. Dengan tidak secara langsung kita telah mengajar mereka disiplin, pengamatan dan kesabaran. Pada peringkat awalnya agak susah juga, maklumlah mereka masih kanak-kanak. Apabila kita tetap bertegas, mereka akan ikut syarat yang telah ditetapkan kerana tiada cara lain lagi untuk mereka meneruskan keinginan mereka untuk bermain.   


Alyssa juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti memasang khemah.


Setelah siap mendirikan rumah khemah ini mereka akan main masak-masak sambil membaca buku. Kami banyak mendedahkan pembelajaran secara tidak langsung agar mereka rasa seronok tanpa di arah.

Tiadalah daya upaya kami melainkan semuanya dengan izin Allah. Pergantungan kepada Allah sangat penting. Doa adalah senjata yang paling mujarab.



TANAMKAN PERASAAN CINTAKAN HOMESCHOOL 
Melalui pengalaman, jangan biarkan homeschool tidak terurus buat masa yang panjang. Kalau persekolahan biasa, pelajar akan berpeluang bercuti selama seminggu, kadang-kadang dua minggu dan bila hujung tahun, mereka relax hingga sebulan. Berlainanan pula dengan homeschool. Bila dah lama relax dan asyik main saja, sangat susah untuk menarik mereka untuk menumpu pada pelajaran semula. Berbeza dengan homeschool,persekolahan biasa tidak menghadapi banyak masaalah kerana pelajar terpaksa mengikut rentak disiplin sekolah dan akan didenda jika tidak menyiapkan kerja sekolah. Mereka malu alah pada rakan-rakan dan akan ikut sahaja apa yang telah ditetapkan. Manakala dalam suasana homeschool, bukanlah satu tindakan yang bijak untuk mendenda anak-anak kita yang malas belajar. Elakkan mereka memberontak kerana akan menyebabkan mereka rasa tertekan untuk belajar. Atas faktor inilah, tidak pantas pembelajaran homeschool dibiarkan terbengkalai lebih dari seminggu.

Kami sentiasa mencari jalan agar mereka rasa seronok menimba ilmu dengan memberi penerangan tentang mengapa perlu belajar dan jadi orang berpengetahuan tinggi. Kami selalu memberi  gambaran betapa mereka sangat bertuah kerana terpilih oleh Allah untuk melalui pembelajaran di rumah. Bagi mereka contoh yang realistik hingga mereka sangat mencintai homeschool dan yakin bahawa inilah yang terbaik buat mereka. Saya selalu ajak mereka buat blog walking ke blog-blog homeschool lain yang sebaya dengan mereka samaada dalam dan di luar negara. Ini juga memberi peluang kepada mereka untuk berkenalan dengan rakan homeschooling di serata dunia dalam halaman comment. Walaupun usaha itu nampak sangat simple tetapi memberi impact yang besar kepada jiwa mereka. Saya juga menceritakan sejarah homeschool yang biasa diamalkan oleh anak-anak raja dan golongan bangsawan pada zaman dahulu.


Antara rakan homeschool kami ialah Cassandra yang merupakan seorang warga Australia yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan warga Mesir. Mereka juga homeschoolkan keempat-empat anak mereka di Adelaide, Australia.
Musa adalah anak ketiga mereka.


Sansabila adalah anak keempat yang menjadi sangat rapat dengan Afiqah dan Afiq. 
Kelihatan mereka sedang mencari ulat dalam 
Taman Bonsai dengan menggunakan kanta pembesar.


Yang paling penting, mereka sangat banggakan homeschool mereka dan mencuba untuk sama-sama memertabatkan kemajuan dan kejayaan FCU HOMESCHOOLING . Kita sudah tidak perlu memaksa mereka untuk belajar bila mereka sendiri ingin maju ke depan.




CORAK PEMBELAJARAN YANG SENTIASA BERUBAH
Semakin lama kita buat homeschool, kita akan belajar cara yang betul dan tepat untuk anak-anak kita. Pengalaman sangat penting untuk kita memahami keperluan setiap anak kerana mereka mempunyai kebolehan dan personaliti yang berbeza. Dengan ini, tidak ada satu pun homeschool di dunia ini yang serupa. Kita boleh ambil contoh-contoh dari hmeschool lain tetapi perlu disuaikan dengan suasana rumah dan diri anak-anak kita. Pada peringkat awal dulu, kami ajar banyak mata pelajaran setiap hari.
 

DECEMBER 2009




Jadual ini berubah pada setiap minggu kerana bergantung kepada kelapangan guru yang akan mengajar. Waktu itu abang-abang yang sudah lepas belajar banyak menolong. Masa berlalu dan abang-abang mula sibuk dengan FCU PRODUCTION yang kini dengan izin Allah telah established. Usaha terus dipertingkatkan lagi untuk menggali lebih banyak ilmu penggambaran agar kualiti setanding dengan production terkenal di luar negara. 


JADUAL FCU HOMESCHOOLING 2013

Kami hanya mengajar 3 mata pelajaran setiap hari. Pada waktu petangnya ada kelas music iaitu piano dan keseluruhan waktu malam adalah untuk Al- Quran. Tidak setiap hari dapat memenuhi apa yang dirancang kerana saya adalah seorang suri rumah kepada satu keluarga yang besar. Kadang-kadang Hafidz juga ada aktiviti  membina rumah dan penggambaran. Selepas sahaja habis belajar setiap hari, kami serapkan Hafidz kepada FCU MIRACLE untuk membantu perniagaan on-line kami.



Afiqah pula hanya diajar 2 subjek setiap hari dan ditambah aktiviti Writing and Reading setiap hari. Oleh kerana Afiqah seorang kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, seringkali homeschoolnya sampai kepetang. Undang-undang kami senang sahaja...selagi tidak siapkan kerja latihan homeschool, dia tidak di benarkan guna komputer, menonton tv dan bermain. Namun begitu, kami benarkan dia membaca buku. Ini adalah satu bentuk saikoloji yang kami gunakan ke atas Afiqah. Afiqah ada sikap tidak suka dikongkong.Baginya membaca itu tidak termasuk dalam jadual, jadi dia akan pilih untuk membaca dari menyudahkan apa yang disuruh. Kadang-kadang seharian dia habiskan masa membaca buku-buku koleksi kami dalam FCUHOMESCHOOL LIBRARY. Di akhir hari, dia terpaksa juga menyiapkan kerja homeschool kerana selepas asar dia mahu bermain atau keluar jalan-jalan ikut unclenya. Beginilah kami bina sikap membaca pada Afiqah hingga kini buku adalah kawan rapatnya. 




Afiqah belajar bermain drum dalam kelas music. Kami mendedahkan anak-anak kepada peralatan music untuk mengaktifkan sel-sel otak mereka menjadi cerdas selain menghafal Al-Quran dan bermain chess. Pendedahan kepada musik secara terkawal begini dapat meluaskan lagi minda mereka. 



Afiq ketika berumur satu tahun sudah mula berjinak-jinak dengan piano. Namun begitu kami tidaklah begitu menekankan kemahiran musik dalam kehidupan mereka. 



MEMBENTUK ANAK-ANAK MENGIKUT MINAT MEREKA

Untungnya homeschool dari sekolah biasa ialah kita sentiasa di samping anak-anak semasa mereka membesar. Dari kecil lagi kita sudah nampak keistimewaan mereka dan kita bebas untuk menerjunkan terus mereka kepada bidang yang mereka minati.

Anak-anak kami yang homeschool akan terus belajar secara teratur hingga umur 17 tahun iaitu persamaan dengan tingkatan 5. Namun mereka hanya belajar dengan saya hingga umur 15 tahun iaitu tingkatan 3. Selepas itu mereka bebas belajar sendiri apa-apa sahaja yang mereka minati. Contohnya Tajrid (17) sudah bebas untuk belajar sendiri. Oleh kerana beliau sangat minat bidang penyelenggaraan, dari awal lagi kami sudah bagi tugas penting kepada beliau dalam FCU MIRACLE. Kini Tajrid adalah salah seorang orang penting dalam perniagaan kami. Beliau juga menunjukkan minat yang mendalam dalam sejarah Islam. Kami memberi sokongan penuh dan menggalakkan beliau menjadi pakar sejarah Islam.




Tajrid (17) tahun sedang belajar menggunaka peralatan kamera dari abangnya. 
Homeschool telah membentuk personaiti dirinya dan menjadi lebih matang 
dari rakan sebayanya.


Hafidz pula menunjukkan minat yang mendalam dalam nature. Kalau ada kelapangan sahaja dia akan masuk hutan bakau dan mengambil video kehidupan dalam hutan tersebut. Sejak kami mula memperkenalkan FCU MEDIC dalam kurikulum homeschooling, minatnya dalam perubatan traditional makin berkembang. Seringkali dia akan bawa balik berbagai-bagai jenis herba tempatan untuk dikeringkan. Dengan senang hati dia akan menceritakan khasiat setiap satu herba tersebut. Minatnya membuat dia boleh hafal banyak nama dan kelebihan tanpa kita suruh. Kami menggalakkan dia terus belajar hingga mahir  dan luas pengetahuan dan dapat menafaatkan kepada masyarakat. 




Hutan Bakau inilah medan pembelajaran Hafidz yang banyak mempengaruhi minatnya kearah perubatan traditional. Terlalu banyak ilmu yang dapat digalinya sendiri dari fauna dan flora yang menghuni Hutan Paya Bakau ini. Pengetahuan kendiri ini diperluaskan lagi dengan research yang dilakukan sendiri di internet. Setinggi kesyukuran dipanjat ke hadrat Ilahi kerana dia sudah menunjukkan bunga-bunga untuk menjadi seorang saintist muda. Bunga itu pasti akan berkembang dan berbuah ranum di bawah payung homeschool kami. Insyaallah.


Sebenarnya hutan ini juga menyimpan banyak khazanah bonsai 
yang sangat cantik dan bernilai tinggi.



Hutan paya bakau sangat kaya dengan fauna dan flora yang dapat kita gunakan untuk kehidupan. Hafidz sering meneroka hutan paya yang terdapat disekitar kampung kami dengan tujuan pembelajaran kendiri. 


Ini adalah pemandangan di belakang rumah kami yang mengadap terus ke lautan. Rumah kami yang terletak di dalam lautan apabila air pasang dalam memang menjadi satu kelebihan kepada pembelajaran homeschool. Di samping menjadi sebuah kolam renang tanpa sempadan, para pelajar juga berpeluang untuk meneroka lautan. 


MENGGALAKKAN PENGUASAAN BAHASA ASING

Antara ciri yang penting bagi mereka yang homeschool ialah kebolehan menguasai lebih dari satu bahasa. Selain bahasa Malaysia, anak-anak kita mesti boleh bertutur dalam bahasa lain dengan baik. Afiqah dan Afiq adalah generasi pertama yang homeschool sejak dari awal. Kami mengambil peluang ini untuk membolehkan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik sejak kecil. Oleh kerana mereka tiada pengaruh lain selain kami, usaha murni ini berjalan dengan lancar sekali. Mereka lebih fasih dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu terutamanya Afiq (7) tahun. Kami tidak bimbang tentang penguasaan Bahasa Malaysia kerana lambat laun mereka akan memperolehinya kerana hakikatnya mereka berbangsa Melayu dan tinggal di Malaysia. Apabila mereka besar, pasti sekali mereka dapat menguasai bahasa Melayu sama seperti bahasa Inggeris dan kedua-duanya akan seimbang. Kami juga menggalakkan bahasa Arab terutamanya ketika belajar Al-Quran.

Oleh kerana jadual pembelajaran kami tidak sepadat pembelajaran persekolahan biasa, kami mempunyai banyak masa untuk pelajar kami mempelajari bahasa asing sendiri. Hafidz sangat berminat dalam bahasa Russia dan Afiqah pula dalam bahasa Jepun. Kemudahan applikasi dalam phone pintar memudahkan segala peroses pembelajaran kendiri ini.  Setakat ini perkembangan bahasa Russia sangat menggalakkan . Hafidz sudah boleh menulis dan membaca dalam bahasa Russia secara beginner. Dia juga sering mengikuti berita-berita Russia di Internet bagi memahirkan penguasaan dalam bahasa Russia. Afiqah juga tidak mahu ketinggalan. Pencapaian Hafidz memberi semangat untuk dia berusaha lebih gigih agar dia juga dapat menguasai bahasa Jepun. Beginilah semangat pembelajaran itu dapat berkembang apabila masing-masing tidak mahu ketinggalan. Afiq masih lagi peringkat memerhati. Afiqah sering mencabarnya dan mengatakan dia perlu tahu banyak bahasa agar senang bila melancung kelak. Terkebil-kebil mata Afiq bila dicabar begitu. Indahnya...pembelajaran di rumah.


PELUANG MERANTAU BERSAMA ANAK-ANAK

Semua orang mengimpikan untuk menjelajah seluruh dunia. Kadang-kadang peruntukan sudah ada dan peluang juga sudah terbentang luas tetapi terpaksa dibatalkan kerana anak-anak sedang bersekolah terutamanya yang bakal mengambil peperiksaan besar seperti SPM.

Bagi mereka yang homeschoolkan anak-anak, peluang ini mesti diambil sepenuhnya. ROADSCHOOLING adalah pengalaman yang terbaik dan terindah buat anak-anak dan juga satu kenangan seumur hidup. Oleh kerana kita tidak mengeluarkan belanja yang banyak bila anak-anak homeschool, mulakan menabung untuk perancangan hebat meneroka dunia.


Setakat ini kami baru dapat membuat penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan izin Allah, penjelajahan ke6 baru sahaja sampai ke destinasinya. Kami meneroka setiap ceruk Semenanjung dalam usaha serampang banyak mata. Jauh perjalanan, luaslah pemandangan dan bertambahlah rezeki Allah kepada kita. Alhamdulillah....




Kenangan manis yang tak mungkin padam selamanya. Photo ini dirakam 
ketika kami mengunjung Tanjung Piai, Johor.

'Cita-cita ditanam dan minda merancang. Satu hari nanti, pasti dunia akan dapat diterokai dengan izin Allah"


PELUANG KE UNIVERSITI
Kami bersikap adil kepada pelajar homeschool kami. Sekiranya mereka berminat dan sanggup berusaha, tiada halangan untuk mereka mengambil peperiksaan dan terus melangkah ke depan. Buat masa ini pun kami mempunyai seorang wakil yang sedang mengambil PHd dalam bidang Matematik iaitu Intan Liyana.
Kami ada memperkatakan berkenaan beliau dalam entri

CONGRATULATION TO YOU SIS ON YOUR BIG DAY


CONGRATULATIONS INTAN, WE ARE PROUD OF YOU.....

Bagi kami, di mana-mana sahaja kita boleh jadi pakar. Tidak semestinya kena pergi ke Universiti untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Kami galakkan mereka untuk pergi jauh dan letak sendiri taraf mereka setinggi yang boleh. Kalau menghafal Al-Quran, biarlah sampai jadi Al-Hafidz.Kalau belajar bonsai, mestilah sampai ke tahap Sifu Bonsai. Kalau meneroka perubatan traditional, maka hendaklah sampai di panggil Tabib.


Begitulah kami tanam harapan dan keyakinan diri kepada semua anak-anak. Hidup ini hanya sekali, maka jadilah kita sebaik-baik manusia. Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah manusia yang berguna kepada sesama manusia dan seluruh isi alam ini.


HADIAH TERBESAR DARI ALLAH
Mari kita renung hakikat kehidupan masyarakat sekarang. Usah dikatakan manusia sudah hidup tanpa menghiraukan jiran tetangga tetapi hakikatnya manusia sudah pun hidup tanpa menghiraukan ibubapa yang tua dan adik beradik yang susah. Suasana ini sudah menular begitu lama hingga menjadi darah daging masyarakat. Kita juga sudah terkelam mata untuk menilai semula sistem kekeluargaan Islam yang sebenarnya.

Dalam sesebuah keluarga itu, kita akan dapati tidak semua anak-anak menunjukkan pencapaian akedemik yang sama. Oleh kerana sistem pembelajaran sekolah biasa hanya menilai dari segi satu sudut sahaja, ada anak-anak istimewa bakatnya dipinggirkan dan akhirnya tertinggal. Mereka ini tidak berpeluang untuk menjejak kaki ke menara gading dan hasilnya termasuklah dalam golongan yang berpendapatan kecil setiap bulan. Anak-anak yang asalnya disuap dengan rezeki yang sama dan tidur beralaskan lantai yang sama semasa membesar, mula membina perantaraan antara satu sama lain bila mula melangkah ke alam dewasa. Yang berkedudukan tinggi akan membina istana mahligai dan berlumba menambah bilangan kereta. Yang tidak begitu berjaya hanya hidup sekadarnya walaupun hati meronta ingin persamaan. Lebih teruk lagi apabila pasangan hidup mereka jadi batu api bila tiba waktu adik beradik yang dalam kesempitan memohon pertolongan keewangan. Ketika inilah persaudaraan yang dititipkan oleh ibuayah dari kecil mula tercalar. Lebih teruk lagi sifat tamak bermaharajalela bila tiba masa pembahagian harta. Malah mereka sanggup bergaduh dan ada juga yang terkelam mata hingga sampai peringkat berbunuh-bunuhan sesama sendiri.


Bagaimana pula kisah ibubapa yang terlantar sakit sendirian, padahal punyai ramai anak-anak yang berjaya

di kota. Kiriman wang tidak dapat membalas jasa ibubapa walauapun anak-anak sudah mengupah pembantu rumah yang mampu bekerja tetapi tidak mungkin dapat membelai penuh kasih sayang di saat akhir kehidupan orang tua. Anak-anak lelaki yang soleh ini punyai pekerjaan yang tidak mungkin dapat ditinggalkan begitu sahaja. Apalagi bila isterinya juga bekerja hebat yang tidak mungkin dapat dilepaskan begitu sahaja untuk menjaga mertua. Pernah saya terbaca satu petikan di akhbar satu ketika dulu menceritakan berkenaan seorang perempuan tua kaya yang uzur mati sendirian. Dua hari kemudian barulah diketahui apabila orang gajinya balik dari bercuti di kampung. Kedua-dua anaknya sangat berjaya dan bekerja di luar negara. Apakata....ibubapa yang malang ini adalah kita?

Apabila kita homeschoolkan anak-anak, peluang terbentang luas untuk kita menerapkan segala nilai murni ke dalam sanubari mereka. Segala pekerjaan dibuat bersama tanpa mementingkan diri sendiri. Segala rezeki adalah dari Allah yang perlu dikongsi tanpa ada rasa pemilikan diri. Yang hebat membantu yang lemah hingga yang lemah juga berpeluang untuk duduk sama gah dalam barisan adik beradik. Mereka kukuh bagai satu barisan tentera di bawah arahan si ayah yang sentiasa ke depan dalam pimpinan Allah. Bayangkan barisan yang kukuh ini memulakan sesuatu perniagaan besar di bawah nama keluarga. Tidak mungkin ada tamak haloba sesama mereka apabila sudah disematkan iman sedalam-dalamnya seperti kisah para sahabat yang dahaga dalam satu peperangan. Masing-masing menolak pemberian air apabila mendengar rintihan saudara sebelah inginkan air. Akhirnya mereka semua syahid dalam usaha mendahulukan orang lain lebih dari diri sendiri.




Si abang membimbing Si adik dan Si adik pula menghormati Si abang dengan penuh kasih sayang. Anak-anak  sama-sama membina rumah yang penuh berkat dari titik peluh yang mengalir dengan niat yang sama iaitu semata-mata untuk Allah.

Andainya masyarakat Islam kini dapat mewujudkan unit kekeluargaan yang kukuh lagi beriman, tentu sekali kita sudah lama di mercu puncak dunia, menguasai segala yang ada seperti zaman kegemilangan Islam. Inilah yang dikatakan khalifah Allah di mana umat Islam yang jadi penentu dunia dan bukan pengikut seperti sekarang.



Wallahalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...