TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label Afiqah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Afiqah. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Julai 2016

FCUHOMESCHOOLING FUN TIME


Semua kanak-kanak suka pada keseronokan tidak kira samaada mereka bersekolah biasa ataupun homeschool. Masih saya ingat zaman persekolahan dulu yang penuh dengan kenangan indah. Berbagai aktiviti disediakan oleh pihak sekolah untuk para pelajarnya termasuk hari sukan, hari penyampaian hadiah dan aktiviti luar sekolah. Kami tidak menidakkan hak para pelajar kami untuk berseronok sesama mereka seperti menari dan menyanyi. Ini adalah satu naluri biasa bagi manusia untuk bergembira asalkan masih dalam keizinanan syariat Islam. Aktiviti-aktiviti sebegini biasanya kami tidak membimbing mereka. Mereka bebas untuk mengikut kreativiti mereka sendiri. Biasanya mereka akan mencari idea melalui internet. Kami hanya memastikan mereka selamat dan terkawal.

Afiqah, Alyssa dan Adelyn sangat meminati tarian ballet. Mereka mengikuti beberapa video yang mengajar tarian ini pada peringkat awal. Biasanya Afiqah yang akan mengajar Alyssa dan Adelyn mengikut apa yang dia faham dari video yang ditonton. Saya hanya tersenyum gelihati melihat gelagat mereka. Afiq yang tidak memihati tarian ini pun terpaksa mengikut juga...mungkin dia tidak mahu ketinggalan. Apa yang saya perhatikan, tarian ini memerlukan balancing pada pergerakan badan mereka. Bagus juga untuk pergerakan sendi-sendi dan urat mereka agar tidak tegang. Mereka melenturkan badan mereka ke kiri dan kanan dan melompat mengikuti naluri mereka sendiri. Saya pasti aktiviti-aktiviti sebegini akan meninggalkan kesan yang positive dalam pembesaran mereka. Hilai ketawa mereka akan terus bergema menghiasi kenangan indah pembelajaran homeschool.


Untuk menari ballet, mereka memerlukan kasut khas yang membolehkan 
mereka meluncur tanpa banyak geseran. Afiqah mendapat idea untuk 
menggunakan plastik beg sebagai kasut ballerina.


Afiqah berjaya memujuk Afiq untuk turut serta dalam kelas ballerinanya.


Besarnya kasut ballerina Alyssa...Bimbang tersadung masa menari nanti.


Akhirnya jumpa juga plastik kecil untuk dijadikan kasut Alyssa.


Adelyn juga tidak ketinggalan. Bagaimana agaknya 
Adelyn menari nanti. 


Alyssa dan Adelyn memerhati cikgu Afiqah mengajar mereka tarian ballet.


Memang ada gaya penari ballet....


Sempat saya ambil video kelas tarian ballet mereka yang dikendalikan oleh Afiqah. Afiqah hanya berjaya memujuk Afiq untuk memakai kasut tetapi gagal untuk ajak Afiq menari bersama. Afiq terlalu malu...Tarian ini hanya sesuai buat perempuan...Itulah pendapat Afiq. Bagus Afiq kerana ada pendirian sendiri dan tahu apa yang bagus buat dirinya.


Memang saya rasa terhibur menonton video ini. Gelagat mereka sangat
menggelikan hati. Apa tidaknya....setiap kali mereka berpusing
pasti mereka akan terpijak kaki Afiq yang menjadi penonton pertunjukkan mereka. Mana Adelyn? Tadi dia dah pakai kasut ballet...tapi tak pula dia ikut menari. Hmm....ini mesti kes menangis sebelum pertunjukkan.





Sabtu, 17 Oktober 2015

ART CLASS BY AFIQAH



Hari Sabtu merupakan hari persekolanan yang relax buat para pelajar kami. Pada hari ini mereka digalakkan membaca sebanyak buku cerita yang mereka boleh. Selain dari Reading Day, hari Sabtu juga adalah hari melukis dan craft tangan. 
, 
Kali ini Afiqah mahu mengendalikan Art Class dan para pelajarnya adalah Afiq, Alyssa dan Adelyn. Walaupun usia masih muda, Afiqah telah menunjukkan kematangan dalam mengajar. Inilah yang kami mahu kerana matalamat utama pembelajaran homeschooling kami adalah untuk melahirkan tenaga pengajar buat generasi yang akan datang. Saya hanya pantau pembelajaran mereka bersama Afiqah dari jauh. Segalanya berjalan dengan baik sekali, malah kelihatan mereka semua sangat enjoy. 


Afiqah menyusun meja-meja para pelajarnya dan menyediakan bahan-bahan 
yang akan digunkan dalam kelasnya. 



Bersemangat betul dia...Siap tulis besar-besar Art Class By Afiqah. 
Inilah semangat guru muda Afiqah. Kali ini mereka akan buat 
butterfly house dari kotak.



Kelas sudah bermula. Afiq dan Alyssa senang saja ikut arahan dan duduk di tempat 
masing-masing. Hanya Adelyn yang tidak mahu ikut arahan seperti selalu. 
Biasanya bila saya yang conduct kelas, Adelyn dengan senang hati ambil 
tempat di meja hujung sekali. Mungkin dia rasa Afiqah sebaya dengannya dan 
bukan guru sebenar. Akhirnya Afiqah mengalah dan biarkan pelajar 
yang paling kecil ini bermain puzzle kegemarannya.


Senang saja idea buat rumah dari kotak ini. Cuma tambah atap dengan 
manila card dan lekatkan dengan gam. Jadi....semua orang boleh buat termasuk 
Alyssa. Bagus juga idea Afiqah ini.



Masing-masing bersungguh-sungguh untuk menyiapkan rumah rama-rama..



Lihatlah betapa "cantiknya" Alyssa mewarna atap rumahnya.
Yang paling penting dia mahu buat sendiri. 



Beginilah suasana kelas homeschooling setiap hari. Kami tidak pernah 
melarang mereka dari berbual, menyanyi dan apa-apa sahaja 
semasa kelas berlangsung, asalkan mereka 
menyiapkan kerja mereka. 



Akhirnya Adelyn sedar bahawa  dia tidak mempunyai rumah rama-rama. Mulalah 
dia hendak mengacau Alyssa. Kelihatan mukanya masam kerana dimarahi 
oleh Alyssa. Lepas tu...uncle pula marah dia sebab nak rampas
rumah rama-rama Alyssa. Apa yang Adelyn boleh buat
hanyalah menjeling geram....Kasihan.!! Cikgu Afiqah tidak
bagi pun kotak pada Adelyn kerana dia tidak mahu ikut
cakap Afiqah. Semoga Adelyn belajar dari 
kesilapannya. Okey..Adelyn, lain kali kena ikut
cakap cikgu Afiqah baru dapat apa orang lain dapat.



Dalam masa sekejap sahaja, dah siap rumah kotak mereka. Memang
simple tapi menarik. Siap ada pasu bunga 
depan rumah.


Inilah butterfly yang akan mendiami rumah kotak itu. Saya rasa kagum 
dengan keupayaan Afiqah mengeluarkan idea untuk kelasnya. 
Kedua-dua rumah dan rama-rama itu sangat senang 
untuk Afiq dan Alyssa membuatnya. Walaupun 
senang tapi sangat menarik sekali.


Saya merakam video ini tanpa mereka sedari. Beginilah suasana sebenar homeschooling kami. Memang berbeza dengan suasana persekolahan bisasa kerana mereka bebas untuk buat apa sahaja. Dengan ini kita telah memupuk perkembangan kreativiti mereka tanpa had. Mereka juga tidak ada rasa malu atau segan kerana hanya bertiga saja. Lagu yang dinyanyikan pun adalah spontan dari mereka.





Selasa, 13 Oktober 2015

PROJEK AFIQAH DAN ALYSSA: BISKUT NESTUM RANGUP


Main masak-masak adalah satu permainan yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Zaman sudah berubah dan bentuk permainan masak-masak juga sudah berbeza dengan generasi dahulu. Kalau dahulu zaman 60an, setiap petang selepas sekolah, mesti main masak-masak. Zaman tanpa internet
bagai itu memang memberi laluan seluas-luasnya kepada penerokaan permainan ini. Biasanya aktiviti ini dimainkan bersama kanak-kanak lain sekampung. Memang meriah sekali. Kuali dan periuk yang sudah tidak diguna kan menjadi peralatan utama. Biasanya bata akan digunakan sebagai tungku dapur. Siap ambil bawang dan cabai sebagai bahan dalam masakan. Pendek kata segala lebihan emak masak di dapur akan jadi bahan untuk main masak-masak. Sekali-sekala jari akan terkena api atau periok panas. Biasalah tu.... Lama kelamaan kita jadi mahir dengan penggunaan api dapur.

Jarang kanak-kanak zaman sekarang berpeluang untuk merasa kemeriahan main masak-masak seperti ini. Zaman berubah dan suasana juga berubah. Zaman teknoloji tinggi kini membuat kita rasa masa dalam satu hari begitu singkat. Kanak-kanak tidak mempunyai banyak peluang untuk meneroka semua ini terutamanya bila kerja sekolah menimbun setiap kali pulang dari sekolah.

MAIN MASAK-MASAK VERSI TERKINI
Cooking class adalah antara mata pelajaran yang paling digemari oleh pelajar kami. Kami sangat menitik beratkan pembelajaran sara diri seperti memasak, menjahit, berniaga, bertukang dan banyak lagi sebagai asas pendidikan homeschool. Kali ini mereka main masak-masak membuat biskut nestum yang rangup. Proses membuat biskut memang senang. Afiqah sudah mahir membuat sesetengah biskut yang senang-senang dan kali ini dia mengajar Alyssa pula. Proses pembelajaran begini memang meninggalkan kesan yang mendalam dan kekal dalam ingatan mereka. Sebenarnya mereka tidak menganggap proses ini sebagai satu tugasan tetapi sebagai satu permainan yang dinamakan main masak-masak. Memang benarlah...bila mereka rasa jemu, terpaksalah kita pula menerap dan membakar biskut-biskut itu. Apa yang penting, proses pembelajaran sudah berlangsung dan mereka akan menjadi bertambah bagus dari masa ke semasa hinggalah mahir dalam membuat kek dan biskut. Kita perlu bersabar dengan keletah anak-anak agar minat yang bertunas akan terus hidup dan berpucuk. Satu ketika nanti....tidak mustahil mereka akan mengusahakan perniagaan sendiri yang maju dan berjaya.

Semangat sebeginilah yang selalu kami tiupkan ke jiwa mereka. Sentiasa memberi gambaran secara besar tentang segala yang mereka pelajari. Ini bererti tiada satu pun pembelajaran menjadi sia-sia. Inilah sasaran kami sebagai pembimbing kepada para pelajar kami.




Pada permulaannya...Alyssa jadi penolong Afiqah. 
Jadi tukang bagi tepung untuk Afiqah gelek.



Alyssa terpegun dengan kepakaran Afiqah menerap biskut.
Diperhatikan dengan teliti segala perbuatan Afiqah.


Oo....That's easy. Let me try sis......




"Wow....my two flower biscuits"
Pada mulanya Alyssa hanya penyet tepung dengan 
tapak tangannya sahaja.



Setelah berkali-kali mencuba menggunakan kayu penggelek, 
akhirnya dia berjaya menghasilkan banyak biskut sekali gus. 
Seronok betul dia.....




Sedulang biskut nestum rangup tersedia untuk dibakar. Sebaik sahaja masak...
mereka makan hingga habis. Bila dah boring buat biskut.....
mereka tinggal segala kerja untuk kita sudahkan..






 CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)

Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum 
1 1/2 tsp serbuk penaik ( diayak dengan tepung diatas)
1 cawan bijirin NESTUM original  (dikisar halus)
1 cawan bijirin NESTUM original  (tak perlu dikisar)


Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B


Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya

Cara penyediaan :
1) Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
2) Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
3) Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. 
4) Terap dengan acuan yang digemari.
5) Tabur nestum sebagai hiasan.
6)Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



Ahad, 4 Oktober 2015

DESIGN PAPER BAG UNTUK PASARAN


Semoga semua homeschooler di Malaysia khasnya dan di mana sahaja berada, sentiasa maju ke hadapan dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Yang paling penting dalam mengendalikan sesebuah homeschool ialah anak-anak kita seronok belajar dan pembelajaran berlaku dalam suasana santai dan meriah. Elakkan pembelajaran dalam suasana stress baik untuk anak kita mahupun buat diri kita sendiri. Kadang-kadang kita sebagai ibu, mahu anak kita cepat pandai dan jadi yang terbaik. Untuk mencapai misi tersebut kita memaksa anak-anak kita untuk berusaha lebih.

Hakikat sebenarnya...kita tidak mahu anak kita ketinggalan dari standard yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Segala pujian atau segala keritikan terhadap anak kita, akan terpalit pada ibubapa juga. Kita menumpang bangga dan itulah sebenarnya yang berlaku. Kita merasa bahagia sekali sekira anak kita mendapat keputusan cemerlang. Malah turut merasa malu sekira anak kita tercorot kebelakang. Padahal....erti kejayaan sebenarnya jauh telah terpesong dari apa yang difaham oleh masyarakat sekeliling. Seandainya anak kita dapat grade A sekarang, tidak semestinya dia akan terus dapat grade A dalam kehidupannya kelak. Malah ramai mereka yang tercorot semasa dibangku sekolah telah berjaya menjadi usahawan berjaya dalam kehidupan sebenar. Keperibadian mereka itulah sebenarnya yang akan menentukan dimana mereka akan berada kelak.

Pelajar FCUHOMESCHOOL sangat suka pada pelajaran kreativiti. Mereka suka berkarya bersama-sama sambil berceloteh itu dan ini. Gelak ketawa dan gurau senda memeriahkan lagi pembelajaran. Kali ini kami sediakan peralatan untuk membuat paper bag. Mereka diberi tugasan untuk design paper bag yang bakal dipasarkan kelak. Beri bayangan pada mereka bahawa mereka adalah ahli perniagaan yang akan menjual paper bag. Mereka  mempunyai kilang untuk mengeluarkan paper bag yang cantik dan berkualiti. Idea sebegini membuat mereka sangat teruja dan merasa diri mereka dihargai dan penting.

Komputer banyak membantu dalam pembelajaran homeschool. Dengan sendirinya mereka mempunyai kemahiran untuk mencari idea bagi projek paper bag. Galakkan mereka berbincang
sesama sendiri. Sebenarnya banyak pembelajaran tidak langsung dapat kita suntik dari projek seperti ini. Di sinilah kita sebagai pengajar mempunyai peluang untuk memasukkan elemen-elemen yang baik bagi mempertingkatkan jati diri anak-anak.


MENCARI IDEA DI INTERNET

Afiq dan Alyssa sedang berbincang dan mencari idea untuk projek paper bag.


Galakkan mereka memberi komen dalam setiap gambar paper bag yang mereka tengok. 



MENENTUKAN DESIGN YANG BAKAL DIPILIH

Afiqah memilih konsep bunga dan reben.


Afiq pula dengan konsep reben


Alyssa pula dengan konsep cup cake. 



PERLAKSANAAN  PROJEK PAPER BAG

Peralatan yang mereka siap sendiri. 

























DESIGN HEBAT PAPER BAG BUAT PASARAN

Menurut Alyssa cup cake nya berbentuk kartun pakai kaca mata hitam. 
Oo...begitu. Bagus juga idea ini kerana bentuk cup cake biasa dah 
jemu dan old fashion. Memang kanak-kanak juga mampu memberi 
idea yang bernas jika diberi peluang, Dia juga mengambil 
idea elemen reben dari Afiq. Syabas Alyssa....good work!



Afiq tukar perancangan dari elemen reben ke elemen huruf abjad. Bila ditanya mengapa tidak guna elemen reben...dia kata reben tak cool. Betul juga tu...sebab Afiq adalah lelaki dan bukan perempuan.Wah....dah cukup baguslah bila dia dapat buat reasoning dalam 
tindak tanduknya. Di sini kita dapat lihat bahawa dari projek paper bag yang 
simple itu kita sudah dapat menyuntik bayak pembelajaran jati diri 
dalam diri anak-anak.




Afiqah tetap dengan elemen bunga yang telah ditetapkan sebelum projek bermula. 



KELETAH ANAK-ANAK YANG MENCERIAKAN SUASANA













Rabu, 30 April 2014

APPLES SEASON






Melihat kepada epal-epal ini, terasa bagaikan mempunyai ladang sendiri. Ini hanya sebahagian  dari dua guni epal. Masyaallah....Rezeki dari Allah. Kami pula memang peminat epal hijau. Seharian menggigit epal... sudah dua hari namun epal masih lagi banyak di dapur. Rasanya manis dan rangup...dan kami dapat percuma. Hai..siapalah nak bagi percuma sedangkan harganya agak mahal di Langkawi. Lebih kurang 60 sen hingga 80 sen sebiji bergantung kepada saiz dan kesegarannya.

Ada lebam sikit-sikit di sebahagian buah epal. Itu sajalah kecacatannya yang sedikit pun tidak mencacatkan rasa atau rupanya apabila dikupas. Dengan perkataan lain...ini epal reject !! Menurut tuan kedai, masaalah ini berkaitan cara menyimpan epal yang tidak sempurna. Sebenarnya memang ada epal yang dijual dalam plastik dan di kupas serta dipotong. Kita hanya masuk ke dalam mulut sahaja. Mungkin tuan kedai ini tak cukup pekerja untuk menjual epal bentuk sebegini. Sudah menjadi rezeki kami. Sebenarnya masih berguni lagi epal yang lebam ini di kedainya yang bakal menjadi rezeki pelanggan lain yang sudi. Alhamdulillah..


Alhamdulillah ada juga anak dara sorang yang boleh tolong kupas 
kulit epal yang banyak ni..
Afiqah : Please not onion. I can't stand the tears. It hurts my eyes.




Apple girl....Lepas kupas, kena potong dan masak cepat. Kalau tidak apple 
akan cepat bertukar warna jadi brown. Sebahagian besar apple ini dibuat jem. Berbotol-botol jem apple dapat dihasilkan. Simpan dalam refrigerator agar tahan lama. Memang sedap dimakan dengan roti dan pan cake. Selebih dari makan mentah, saya masak filling apple pie. Mana-mana yang hampir rosak, tidak juga dibazirkan begitu sahaja. Alhamdulillah ...berjaya buat garbage enzime untuk dijadikan baja pokok dan juga sebagai bahan pencuci. 


APPLE FILLING FOR PIE


Selonggok apple di pilih ......



Kemudian dipotong kecil-kecil...



Masukkan gula perang dan gula putih serta secubit garam. Manisnya ikut suka. 
Kulit kayu manis memang sangat sesuai dengan apple. Daun pandan juga 
dapat menambah keharuman apple filling. Kacau hingga apple lembut. 
Air ditambah bila perlu sahaja agar filling tidak rentung. 



Apabila apple sudan hancur sedikit dan lembut, masukkan mentega beberapa sudu. 
Sukatannya ikut selera. Tepung gandum atau tepung jagung ditambah untuk memekatkan
filling. Sukatannya juga..ikut suka pekat. Saya masukkan empat sudu sahaja... 
sudah memadai.



Pastikan sentiasa kacau agar tidak hangit. Memang rosaklah rasa kalau terhangit. 
Apabila cukup likat kepekatannya....boleh angkat untuk disejukkan.



Rasanya memang berlainan dari jem apple... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...