TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label 4WD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 4WD. Papar semua catatan

Selasa, 4 Februari 2014

PENJELAJAHAN HUTAN GUNUNG RAYA

Kenangan manis camping dalam hutan Pahang masih segar dalam ingatan. Laluan 4WD dalam belantara Hutan Hujan Tropika ini ada saya muatkan dalam entry:

                            NATIONAL FIELD DAY DI TASIK BERJEMUR, PAHANG

Kali ini pula,kami menyertai Kelab 4WD Langkawi meneroka hutan Gunung Raya. Rupa-rupanya laluan hutan di Gunung Raya sangat mencabar dan sangat berlainan dengan hutan di Pahang. Kalau di Pahang, kebanyakan laluannya adalah yang telah di teroka oleh pembalak hutan tebal. Berlainan pula dengan hutan di Gunung Raya dimana pokok tumbuh melata hingga sangat sukar untuk dilalui oleh 4WD. Hutannya terdiri dari berbagai jenis fauna dan sungguh cantik dipandangan mata.

GUNUNG RAYA PANGLIMA LANGKAWI


Peta menunjukkan kedudukan FCU yang terletak tidak begitu jauh dari Gunung Raya

Dengan gagahnya Gunung Raya yang terletak di tengah-tengah Langkawi memantau segala tanah jajahannya. Begitulah layaknya kedudukan Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 881 meter (2,890 kaki) dari paras laut. Ada dua laluan untuk sampai ke kemuncak Gunung Raya iaitu
melalui jalan raya yang dibina dengan baik sekali dan melalui trek yang dibina khas yang merupakan anak-anak tangga Helang Seribu Kenangan. 

Sebenarnya Gunung Raya sangat dekat di hati kami dan merupakan medan untuk melatih kekuatan jiwa pada peringkat awal penubuhan FCU. Masa itu anak-anak masih bersekolah dan sangat bergiat dalam pertandingan Chess samaada bagi peringkat sekolah mahupun peringkat negara. Saya akan muatkan memori indah ini dalam entry yang akan datang Insyaallah. Paparan ini kelak pasti berguna buat generasi cucunda yang tidak melalui proses motovasi seperti ini.


Inilah lereng Gunung Raya yang berlatar belakang Pantai Tanjung Rhu. Hutan di Gunung Raya sangat terkenal kerana mempunyai khasiat dalam perubatan. Malah madu Gunung Raya juga menjadi pilihan warga Langkawi kerana rasanya yang unik. Disamping itu, Gunung Raya juga merupakan tempat pembiakan kebanyakan burung exotic Kepulauan Langkawi.



Kabus menyelubungi sebahagian besar kawasan puncak Gunung Raya. Memang sejuk dan nyaman suhu di puncak yang indah ini. Kita akan berpeluang melihat panorama kawasan sekeliling Gunung Raya yang pasti membuat hati teruja dengan lingkaran sungai dan sawah terbentang luas.




Inilah trek anak tangga Helang Seribu Kenangan yang mempunyai 4287 anak tangga. Pendakian hingga ke puncak akan mengambil masa 2 jam lebih sekiranya tanpa henti. Aktiviti ini sangat mencabar dan memerlukan persediaan  fizikal yang kuat untuk sampai ke puncak. Oleh itu tidak digalakkan mendaki dalam kumpulan yang kecil kerana bimbang berlaku kemalangan. Sepanjang perjalanan ke puncak, kita akan terpegun dengan keindahan alam hutan dimana berbagai species terbentang di depan mata. Sekiranya kita arif dengan tumbuh-tumbuhan, kita berpeluang untuk menjumpai Tongkat Ali yang banyak tumbuh melata di dalam hutan ini. 


Inilah pandangan dari Menara Tinjau Gunung Raya dan menjadi kemestian bagi pengunjung yang ingin berada di tempat yang paling tinggi di seluruh kepulauan Langkawi. Jalan raya yang berliku-liku ini akan membawa anda sampai ke kaki gunung. Pemandangan indah dapat dinikmati di sepanjang perjalanan ini.


Para pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10 dan akan dihidang dengan minuman panas pilihan sambil menikmati pemandangan indah dari puncak menara. Memang berbaloi...


Puncak Gunung Raya dapat dilihat dengan jelas dari tingkat atas LOG HOUSE yang sedang dibina oleh crew FCUPRODUCTION. 





PENEROKAAN GUNUNG RAYA OLEH KELAB 4WD LANGKAWI

Berkumpul di kaki Gunung Raya sebelum memulakan ekspedisi di awal pagi.


Laluan awal adalah sangat santai kerana terdapat jalan sempurna di sekitar ladang getah tua.


Walaupun dimana berada, FCUPRODUCTION sentiasa sibuk mengambil shot yang menarik untuk diuatkan dalam video kelak.




Meredah sungai di bahagian yang cetek. Ketika ini Langkawi berada dalam musim kemarau dimana hujan jarang turun.


Wira kami yang sudah di lumuri selut hutan Gunung Raya.


Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. 



Hanya enam orang ahli FCU (termasuk boss...) yang mengikuti ekspedisi ini. Mereka membina pondok ringkas yang beratapkan kanvas dari batang pokok di sekitar. Kehidupan singkat dalam hutan ini akan menjadi selesa bagai di rumah dan akan terus berjasa kepada sesiapa yang bakal meneroka kawasan hutan ini kelak.



Kawasan sekeliling di bersihkan terlebih dahulu agar selamat dari gigitan ular dan binatang kecil lain termasuk serangga yang berbisa.


Mengemas barang-barang keperlan yang dibawa dari rumah.


Ahli ekspedisi membina khemah masing-masing di tempat pilihan hati.


Memang sukar untuk mendapat tapak khemah yang rata dan selesa untuk tidur kerana permukaan bumi hutan yang tidak sekata. Dengan membina teratak ringkas seperti ini pasti kita tidak akan menghadapi masaalah sakit belakang bila berkhemah beberapa hari dalam hutan.

Wah....betapa nyenyaknya beradu di dalam hutan. Suasana yang sangat berlainan dari bilik tidur kita di rumah. Udara bersih dan nyaman angin gunung yang menyejukkan suhu sekeliling. Muzik hutan yang tidak pernah sunyi dari sahutan penghuninya memang memberi kelainan kepada pengunjungnya.


Memang santai.....



Perut dah berkeroncong dan badan dah penat menebas hutan untuk buat teratak. Apalagi....Hafidz selaku Chef terhormat FCU memulakan tugasnya.


Kalau dalam hutan yang jauh dari pasaraya dan kedai runcit, memang mee segera menjadi pilihan untuk mengisi perut. Memang tak adalah...mee gulug ke..mee hailam ke...Yang penting perut kenyang untuk meneruskan penerokaan hutan.


Wala.......Siapa lapar sila datang makan cepat. 
Siapa lambat...kena masak sendirilah... 


Perut sudah kenyang....Apalagi, inilah masanya untuk Hafidz hadhamkan mee segera dengan zikir sambil berayun di dalam hutan Gunung Raya. Kenangan yang pasti menjadi memori indah. Bersyukurlah dengan nikmat Allah!!



Dalam hutan pun...boleh layan video....!!


Anak beranak sedang menikmati makanan yang dibawa dari rumah.


Betapa jernihnya air sungai yang mengalir di Gunung Raya ini. Perkhemahan tidak akan lengkap tanpa sebatang sungai untuk bermandi -manda. 


Pasangan berbangsa Jerman ini turut memeriahkan ekspedisi ini.


Anak lelaki tunggal pasangan ini (tengah) juga homeschool. Pasangan ini sering berpindah dari satu negara ke satu negara atas tuntutan pekerjaan. Dengan itu homeschool adalah yang terbaik buat anak mereka.


Abang-abang  : Apa masakan istemewa yang Hafidz hidang ni.....
Hafidz           : Nasi panas, sardin goreng bersambal, masak asam speecial & ikan bakar.
                      Sesiapa yang hendak makan berkuah, ada sup dalam belanga yang tertutup tu.....
Abang-abang  : Bertuahlah kami ada Chef Hafidz. Mesti sedap ni... Jom makan. Thank you!!!


Pada sebelah malamnya pula Hafidz menolong abang-abang dengan penggambaran. Adventure seperti ini memang banyak membantu mematangkan Hafidz yang sedang meningkat remaja. Sebenarnya banyak yang dapat dipelajari dari penerokaan  hutan. Bukan sekadar berkelah dan menikmati kehidupan hutan sahaja. Hafidz yang sudah berjinak-jinak dengan pemanduan 4WD, akan beroleh kemahiran memandu secara lasak di dalam hutan. Di samping itu, hutan adalah merupakan makmal yang besar dan penuh dengan fauna yang berguna dalam perubatan. Ekspedisi selama tiga hari dua malam ini sudah cukup untuk memuaskan hati para  pencinta alam.
BYE.....  Jika diizinkan Allah, kami akan sampai lagi!!

Isnin, 7 Oktober 2013

TRANSFORMATION OF FOUR WHEEL DRIVE AND ROADSCHOOLING.

Tarikh Rabu, 21 Dec. 2011 adalah merupakan satu turning point dalam pembelajaran FCUHOMESCHOOLING. Kenangan penjelajahan sulung ini telah saya abadikan dalam posting SIRI 1 (BERANGKAT): CACATAN PENJELAJAHAN FCU SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

Sejak tarikh tersebut kami telah membuat penjelajahan demi penjelajahan ke merata tempat seluruh semenanjung. Pembelajaran sudah tidak lagi hanya bertempat di STATION 1 FCU( LANGKAWI) atau di STATION 2 FCU (PASIR GUDANG, JOHOR). Biasanya kami akan berada di Langkawi selama sebulan dan akan berada di Johor pula selama sebulan. Perjalanan pergi balik dari Langkawi ke Johor akan mengambil masa selama dua minggu. Ini bermakna kami berpeluang membuat ROADSCHOOLING dalam setiap perjalanan yang panjang itu. Sepanjang persinggahan di mana-mana homestay, chalet, apartment dan hotel, semuanya banyak memberi impak kepada pembelajaran kami. Tempat-tempat yang dilawati juga telah mematangkan para pelajar dalam tempoh 2011 hingga 2013.

Pada awal 2013 kami telah mula membuat transformasi kepada 3 wira kami yang telah banyak berjasa sepanjang penjelajahan ini. Kalau dulu mereka hanya meluncur laju di atas jalan-jalan seluruh Semenanjung Malaysia. Kini, kami melangkah selangkah lagi dengan meneroka jauh ke dalam hutan dimana wira-wira ini terpaksa melalui jalan yang tidak menentu dan melintasi sungai yang deras untuk membawa kami meneroka hutan-hutan di Malaysia. Pembelajaran ROADSCHOOLING kami menjadi lebih rancak dan lebih bermakna terutamanya kepada Alyssa dan Adelyn yang membesar di atas jalan. Tentu banyak sekali input perjalanan yang telah mereka serap ke dalam minda mereka dan semua ini adalah modal berharga yang tidak mungkin dapat dijual beli. Insyaallah, akan saya kongsi sedikit sebanyak tentang penjelajahan belantara Semenanjung Malaysia dalam posting yang akan datang. Pengalaman perjalanan bahaya di dalam hutan sangat penting buat kami dalam persediaan untuk menrealisasikan cita-cita kami menjelajah dunia melalui jalan darat pada masa akan datang. Semoga Allah mentakdirkan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Saya pasti, pembelajaran generasi FCU akan lebih bermakna dengan segala pengalaman yang bakal mencorak kehidupan mereka. Bila? Kita hanya bisa merancang dan selebihnya adalah kuasa Allah.


TRANSFORMASI WIRA-WIRA FCU





Hafidz (sedang mencangkung) banyak belajar tentang cara-cara penambahan peralatan kereta 4WD. Insyaallah FCU guys akan membuat sendiri segala penambahan ini pada masa akan datang. Buat masa sekarang, mereka mesti menambah banyak lagi ilmu tentang pembinaan kereta dan spare partnya. Dalam usia 13 tahun, Hafidz telah mempelajari banyak ilmu yang hanya digali oleh orang dewasa. Pembelajaran skil kehidupan sebeginilah yang membuat pembelajaran sekolah biasa tidak dapat menandingi pembelajaran homeschool. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat disangkal kerana homeschool mengajar ilmu yang dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. 

Dalam kamus pembelajaran mereka tidak wujud istilah ilmu dipelajari hanya untuk dihafal dan dilupakan selepas itu. Mereka belajar sesuatu yang perlu mereka gunakan dan ilmu itu terus berkembang dari level diploma ke level ijazah dan terus ke level pakar iaitu PhD. Ini telah kami buktikan dalam FCUPRODUCTION di mana semua crewnya adalah self learning at home (homeschool). Hanya dalam beberapa tahun sahaja mereka sudah berjaya meletakkan taraf mereka ke peringkat profesional dimana syarikat-syarikat besar seperti SHELL, SIMEDARBY, MMHE (Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd) dan syarikat persendirian luar negara yang beroperasi di Malaysia telah menggunakan khidmat mereka untuk membuat video korporate syarikat masing-masing. Saya sebagai ibu merasa sangat bangga dengan pencapaian mereka dan kejayaan ini telah meletakkkan taraf homeschool di Malaysia ke satu level yang lebih tinggi.


 
Hasil transformasi dengan izin Allah jua....

 
Hasil transformasi dengan izin Allah jua....


  
Wira-wira kami masih "manja" lagi ketika ini kerana hanya menyusur jalan raya yang luas dan hebat tanpa apa-apa halangan. Tayar-tayarnya masih mencengkam tar dan bukan selut di hutan. Badan mereka juga sangat mulus tanpa calar duri-duri bertam dan tumbuhan liar yang menghiasi hutan belantara. Mereka juga belum bertarung dengan jalanan yang berlopak dalam dan sungai deras yang boleh membalikkan mereka.

   
Ketika ini juga, mereka belum lagi kami uji sejauh manakah kehebatan mereka meredah hutan belantara dan melindungi kami hingga sampai ke destinasi dengan selamat. Allah jua menentukan segalanya.

MONSTERS ON THE ROAD
Video FCUPRODUCTION: Sebahagian dari ahli kelab 4WD LANGKAWI yang membuat perjumpaan menyusur jalan raya di Pulau Langkawi.

*Please watch in HD by clicking HD at the bottom right corner of the video...... Sila lihat video di dalam HD dengan klik HD di kanan bawah pada video.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...