TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label homeschooling class. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label homeschooling class. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2022

REFORMED THE BONSAI TREE BY HAFIDZ

TARIKH : 2 May 2010
Untuk mendapat sepohon bonsai yang berkualiti, memerlukan usaha yang gigih dan juga masa yang lama. Paling-paling tidak, kita memerlukan lima tahun untuk menghasilkan sepohon bonsai secara purata. Namun begitu bagi sesetengan pokok, mungkin mengambil masa berbelas tahun baru nampak kecantikan seni bonsai yang tinggi. 

Antara proses yang mesti dilalui dalam pembentukan bonsai ialah memotong mana-mana dahan yang kita tidak perlu agar bentuk bonsai nampak lebih menarik. 



Ini adalah kedudukan asal pokok yang bermula dari sebatang ranting dan membesar dan meranting.


Pokok dikeluarkan dari pasu asal dan diubah ke pasu baru. Asalnya tumbuh menegak tapi kini diubah kedudukannya membaring dan ditonjolkan akarnya untuk menjadi sebahagian dari design  bonsai ini.




Dengan yakin Hafidz memotong dahan yang tidak diperlukan.









Akhirnya dari pokok asalnya, bonsai ini sudah menjadi satu design yang baru.




Ahad, 11 Disember 2016

GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 1 ( CA KHO TO DAN GORENG KANGKONG BELACAN)



GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 1:

MALAYSIAN CUISINE:

Goreng Kangkong Belacan

INTERNATIONAL CUISINE (VIETNAMESE DISHES):
Vietnamese Caramelized Fish (Ca Kho To)


"You Are What You Eat"
Memang benar kata-kata ini. Sekali imbas saja kita dah dapat buktikan. Kalau makan banyak terutamanya makanan yang penuh kalestrol..badan akan jadi belon. Kalau ambil pemakan yang banyak kandungan gula...kemungkinan akan mengidap kencing manis. Banyak lagi pairing yang lain yang berlaku di sekeliling kita. Kita tidak dapat melarikan diri dari kemungkinan-kemungkinan ini kerana memang kita makan setiap hari untuk melangsungkan kehidupan.

Ibu sebagai house management perlu bijak mengendalikan pemakanan keluarga. Nampak senang tetapi hakikatnya memeningkan kepala untuk menentukan apakah menu yang sihat dan sesuai dengan selera keluarga. Apalagi bagi ibu-ibu yang mengendalikan homeschooling, masa sangat berharga kerana tugas mengajar mesti jadi agenda utama. Apa nak masak ni.... semalam dah masak kicap. Hari sebelumnya dah masak gulai. Asyik-asyik menu yang sama je. Memang menjemukan...Kalau tukang masak dah jemu, apalagi tukang yang memakan masakan itu..lagilah jemu jelak. Searchlah internet..dapat satu resepi yang sesuai dengan bahan masakan yang ada dalam stok di dapur. Tapi apa pula pasangannya yang sesuai? Kena fikir lagi...kadang-kadang tak ada idea pun...

Saya sendiri pernah mengalami situasi begini. Search sana search sini.. akhirnya saya sedar bahawa untuk memasak dengan bijak agar keluarga kita sihat dan juga cerah pemikiran memerlukan ilmu yang mendalam, Menu perlu variety agar menggamit selera dengan ongkos yang tidak membebankan perbelanjaan rumah tangga. Sedikit sebanyak pencarian ilmu itu telah menukar cara saya menyediakan menu harian dimana saya akan selitkan menu antarabangsa agar keluarga kita yang menjamah juadah itu menjadi lebih terbuka pemikiran mereka. Anak-anak juga dapat kita dedahkan pada nama-nama negara yang kita suntingkan resepi tersebut. Bukan setakat selera antarabangsa dapat kita serapkan, malahan ada resepi tertentu yang mempunyai sejarah bagi negara tersebut. Alangkah indahnya sebagai seorang ibu yang memasak dan juga dapat menceriakan suasana di meja makan dengan ilmu yang menarik tentang apa yang dihidangkan kepada anak-anak tersayang. Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada, saya melakarkan gabungan-gabungan lauk pauk harian yang simple dan interesting buat tatapan bersama. Gabungan-gabungan ini sangat penting bagi saya sendiri sebagai rujukan kemudian hari dalam menentukan apakan gerangan juadah untuk keluarga setiap hari. Istimewa saya tujukan gabungan-gabungan ini buat anak-anak perempuan saya yang sudah berumah tangga dan para menantu, juga buat pembelajaran para pelajar FCUHOMESCHOOL khasnya. Alhamdulillah...


IKAN GOLOK AWAK
Inilah kali pertama saya melihat ikan golok awak. Memang besar dan beratnya 4 kilo lebih. Yang paling menarik ialah bentuk kepalanya yang seakan akan bentuk ikan flower horn. Patutlah namanya golok awak kerana memang ada seiras bentuk sebilah golok. Isinya juga sedap dan enak













CA KHO TO 
Setelah dipotong potong isinya, saya membahagikan kepada dua jenis masakan. Hari ini saya akan memasak satu hidangan international yang berasal dari Vietnam. Ca Kho To yang bererti caramelized fish adalah satu hidangan yang sangat terkenal di Vietnam. Sebenarnya masakan ini khas untuk ikan jenis cat fish. Oleh kerana agak sukar untuk dapatkan ikan jenis ini di Langkawi, saya cuba dengan ikan golok awak. Sememangnya sedap sekali... Melalui pembacaan saya, Ca Kho To memang terkenal dan digemari oleh warga barat hingga menjadi satu hidangan di restoran-restoran besar di bandar Perancis. Ini membuat saya  teruja dan mula mempelajari cara memasaknya di internet. Terdapat banyak resepi yang agak berbeza dari segi pengolahan cara memasaknya. Asalnya ikan ini direbus dengan air gula hingga kering dan menghasilkan ikan yang berkilat air gula diluar dan lembut di dalam. Oleh kerana selera keluarga saya lebih kepada ikan yang garing sedikit, saya olah resepinya kepada goreng separa masak dan ternyata sekali ahli keluarga tersayang sudah jatuh cinta dengan kelazatan Ca Kho To.

Bahan Utama:
12 keping ikan (Ikan tongkol, ikan pisang dan apa saja jenis ikan yang boleh dipotong jadi kepingan)

Bahan Perap Awal:
2 biji limau nipis (bagi yang tidak menggemari rasa masam pada ikan, boleh kurangkan)
2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam (garam yang sedikit ini hanya untuk melemakkan rasa ikan saja. Jangan sesekali memasinkan ikan dengan garam)




Mixed everything well and put aside. The thrilled of this cuisine is in the next step. 



Bahan Perap Kedua:
5 bawang besar
1/2 labu bawang putih
1/2 cawan sos ikan
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar gula putih
Segenggam cili api merah dan hijau



Dadukan bawang besar dan putih. Cili api dipotong pendek-pendek



Masukkan minyak dan gula kedalam kuali. Masakkan dengan
api sederhana. Sentiasa kacau minyak dan gula hingga gula
berubah menjadi warna perang  muda. Actually I love this  part. It is quite
trilled for me while waiting for the right moment to put chopped ingredients
to the brown larva. Don't ever leave the stove while doing this process or you will
end up everything in the dustbin. Pasti regret dan kena buat yang lain.
The burnt larva is very bitter.



The moment of truth! As you put the chopped things in the larva, quickly pour the fish
source to stabilize the mixture. Kalau lambat sikit...gula mula berketul dengan bawang. Walaubagaimana pun sos ikan itu akan meleraikan semua. Bila bawang sudah berbau harum dan warna keperang perangan, tutup api dapur dan sejukkan,






Masukkan bahan di atas yang sudah sejuk ke dalam dulang ikan yang telah diperap dengan limau nipis, lada hitam dan sedikit garam. Gaul rata-rata dan pastikan rasa masin ikan sudah
mencukupi. Sekiranya rasa masin kurang, tambahkan lagi sos ikan.
Pada saat ini kita tidak mahu ikan itu rasa manis lagi. Rasa manis ikan akan
bertambah setelah kita sira dengan gula merah kemudian nanti.
Kepingan ikan ini diperap lagi selama 1 jam atau lebih.
Seeloknya satu malam dalam peti ais.


Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dengan api sederhana. Apabila cukup panas,
masukkan kepingan ikan. Pastikan kepingan ikan itu bersih dari bahan
perapannya terlebih dahulu sebelum digoreng. Cara goreng begini tidak memerlukan
minyak yang banyak dan api yang besar. Perlahan-lahan ikan itu masak namun tidak
pula garing. Sebaik sahaja warna ikan kelihatan seperti di atas, angkat dan
toskan minyaknya.


Bahan Goreng:
15 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air
3/4 cawan gula merah




Mayang kedua dua bawang ini dan masukkan ke dalam
bekas yang berlainan.




Goreng bawang putih dulu hingga garing keemasan dan warna
coklat. Rasa bawang yang terlalu garing adalah pahit dan akan
merosakkan rasa lazat masakan inil



Proses yang sama dilakukan pada bawang merah yang telah
dimayang. Juga perlu dijaga agar bawang tidak terlalu
garing kerana ia akan berasa pahit.



Panskan air dan gula melaka. Apabila gula melaka sudah hancur, tapis terlebih
dahulu kerana bimbang ada pasir atau bahan asing dalam gula melaka. Teruskan proses
ini sehingga air gula mula pekat. Perlahankan api dapur.




Masukkan ikan yang digoreng tadi kedalam kuali yang  berisai air gula pekat. Pastikan kedua-dua belah ikan diselaputi air gula hingga warnanya keperang-perangan dan berkilat. Oleh kerana kepingan ikan saya bayak dan ruang dalam kuali terhad, saya ulangi proses ini sekali lagi hingga semua ikan telah berjaya mandi air gula melaka yang pekat.





Hmm....warna dan bau ikan ini pasti menggamit selera kita. Jangan gatal-gatal tangan pula mencubit isi ikan ini kerana masih ada proses yang belum selesai. Tak habis makeup lagi lah....tapi dah cun melecun. Pada pertama kali mencuba resepi ini, hati saya terdetik juga kerana bimbang ikan ini tak lalu untuk dijadikan lauk kalau sudah manis disira. Memang pun namanya dah menceritakan segalanya iaitu caramelized fish. Bagaimana kalau big boss tak lalu dan anak-anak complaint manis macam sira pisang. Alahai....resepi baru tentu kita tak tahu rasanya. It's worth trying right?




Setelah habis semua ikan disira, masukkan semua sisa-sisa yang masih banyak dalam bekas perapan ikan tadi kedalam kuali air gula merah yang masih panas. Masukkan gorengan bawang putih dan bawang merah serta lebihan minyak didalam kuali menggoreng tadi ke dalam kuali air gula pekat. Gaul rata-rata dengan api yang kecil sahaja. Masukkan kesemua kepingan ikan yang sudah disira tadi kedalam kuali dan balik-balikkan hingga sebati segala bahan. Hati-hati dengan ikan supaya tidak patah atau terkeluar isinya.


Bahan Hiasan:
Daun bawang dipotong  1 inci panjang
2 cili besar merah dimayang nipis.



Rasa masam limau nipis membangkitkan kelazatan ikan yang rasa manis dan masin. Manisnya bukan sebarang manis kerana sudah lalui proses caramelized dan masin juga bukan sebarang masin..tapi masin sos ikan yang menyengat selera. Bak kata orang...masam manis masin yang berpuaka. Sekali rasa pasti nak lagi. Permintaan anak-anak terhadap hidangan ini juga sangat kerap. Bahan masakan yang diperlukan juga murah sahaja,



Kali ini saya gandingkan Ca Kho To dengan masakan Malaysia iaitu kangkong goreng belacan.




Ca Kho To, kangkong goreng belacan, sambal cili api terangkat dan sepinggan nasi. 
Heaven...!!



Sabtu, 17 Oktober 2015

ART CLASS BY AFIQAH



Hari Sabtu merupakan hari persekolanan yang relax buat para pelajar kami. Pada hari ini mereka digalakkan membaca sebanyak buku cerita yang mereka boleh. Selain dari Reading Day, hari Sabtu juga adalah hari melukis dan craft tangan. 
, 
Kali ini Afiqah mahu mengendalikan Art Class dan para pelajarnya adalah Afiq, Alyssa dan Adelyn. Walaupun usia masih muda, Afiqah telah menunjukkan kematangan dalam mengajar. Inilah yang kami mahu kerana matalamat utama pembelajaran homeschooling kami adalah untuk melahirkan tenaga pengajar buat generasi yang akan datang. Saya hanya pantau pembelajaran mereka bersama Afiqah dari jauh. Segalanya berjalan dengan baik sekali, malah kelihatan mereka semua sangat enjoy. 


Afiqah menyusun meja-meja para pelajarnya dan menyediakan bahan-bahan 
yang akan digunkan dalam kelasnya. 



Bersemangat betul dia...Siap tulis besar-besar Art Class By Afiqah. 
Inilah semangat guru muda Afiqah. Kali ini mereka akan buat 
butterfly house dari kotak.



Kelas sudah bermula. Afiq dan Alyssa senang saja ikut arahan dan duduk di tempat 
masing-masing. Hanya Adelyn yang tidak mahu ikut arahan seperti selalu. 
Biasanya bila saya yang conduct kelas, Adelyn dengan senang hati ambil 
tempat di meja hujung sekali. Mungkin dia rasa Afiqah sebaya dengannya dan 
bukan guru sebenar. Akhirnya Afiqah mengalah dan biarkan pelajar 
yang paling kecil ini bermain puzzle kegemarannya.


Senang saja idea buat rumah dari kotak ini. Cuma tambah atap dengan 
manila card dan lekatkan dengan gam. Jadi....semua orang boleh buat termasuk 
Alyssa. Bagus juga idea Afiqah ini.



Masing-masing bersungguh-sungguh untuk menyiapkan rumah rama-rama..



Lihatlah betapa "cantiknya" Alyssa mewarna atap rumahnya.
Yang paling penting dia mahu buat sendiri. 



Beginilah suasana kelas homeschooling setiap hari. Kami tidak pernah 
melarang mereka dari berbual, menyanyi dan apa-apa sahaja 
semasa kelas berlangsung, asalkan mereka 
menyiapkan kerja mereka. 



Akhirnya Adelyn sedar bahawa  dia tidak mempunyai rumah rama-rama. Mulalah 
dia hendak mengacau Alyssa. Kelihatan mukanya masam kerana dimarahi 
oleh Alyssa. Lepas tu...uncle pula marah dia sebab nak rampas
rumah rama-rama Alyssa. Apa yang Adelyn boleh buat
hanyalah menjeling geram....Kasihan.!! Cikgu Afiqah tidak
bagi pun kotak pada Adelyn kerana dia tidak mahu ikut
cakap Afiqah. Semoga Adelyn belajar dari 
kesilapannya. Okey..Adelyn, lain kali kena ikut
cakap cikgu Afiqah baru dapat apa orang lain dapat.



Dalam masa sekejap sahaja, dah siap rumah kotak mereka. Memang
simple tapi menarik. Siap ada pasu bunga 
depan rumah.


Inilah butterfly yang akan mendiami rumah kotak itu. Saya rasa kagum 
dengan keupayaan Afiqah mengeluarkan idea untuk kelasnya. 
Kedua-dua rumah dan rama-rama itu sangat senang 
untuk Afiq dan Alyssa membuatnya. Walaupun 
senang tapi sangat menarik sekali.


Saya merakam video ini tanpa mereka sedari. Beginilah suasana sebenar homeschooling kami. Memang berbeza dengan suasana persekolahan bisasa kerana mereka bebas untuk buat apa sahaja. Dengan ini kita telah memupuk perkembangan kreativiti mereka tanpa had. Mereka juga tidak ada rasa malu atau segan kerana hanya bertiga saja. Lagu yang dinyanyikan pun adalah spontan dari mereka.





Sabtu, 30 Ogos 2014

SALAM SEJAHTERA BUAT PARA PEMBACA


Sejak bulan Rejab, saya sangat jarang membuat sebarang entri dalam blog ini. Itu pun berkenaan tarikh-tarikh penting dalam Islam. Tiada sebarang entri berkenaan homeschool sehingga kini. Sebenarnya perjalanan homeschool kami berjalan seperti biasa cuma sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan kami banyakkan aktiviti kerohanian. Dengan itu tidak ada banyak masa untuk lepak depan komputer.

Insyaallah...semoga perkongsian kali ini akan lebih kerap dan lebih diberkati oleh Allah dalam usaha kita mendidik generasi yang bakal menerajui kepimpinan kelak.

INDAHNYA PAGI
Para pelajar kami digalakkan untuk tidur awal agar dapat bangun awal pagi untuk aktiviti segar di tepi laut. Sementara menunggu kelas yang bermula pada pukul 9 pagi, banyak aktiviti luar dapat dibuat seperti cycling around the village, field trip and gardening.

Selepas solat subuh, Afiqah dan Afiq ada kelas Al-Quran. Oleh kerana mereka homeschool, tidaklah perlu mandi awal seperti mereka yang bersekolah biasa. Saya selalu atur pembelajaran santai ditepi laut agar mereka diterapkan dengan kecintaan pada alam sekeliling. Suasana hening dan tenang menyelubungi alam pagi yang masih lagi kelam-kelam menunggu sang mentari membuka matanya. Kicauan beburung pantai bakau cukup merdu dengan gabungan desiran ombak menghempas pantai. Ah! Memang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata segala yang terbentang oleh Pencipta. Jua tidak mungkin dapat dirakam dengan jelas apa yang dinikmati oleh mata kerana semuanya hidup dan mempunyai aura masing-masing. Hanya ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati semua ini.


Santapan mata dan halwa telinga pada setiap pagi kami.



Kekuatan homeschool ialah pada banyak membaca. Menyedari kelebihan kami yang tidak ada kerja sekolah, masa yang terluang akan sentiasa diisi dengan pembacaaan samaada di komputer mahupun dengan buku-buku kegemaran para pelajar. Sebolehnya saya aturkan sesuatu yang indah untuk mereka lalui agar keseronokan itu menjadi tabiat yang berterusan hingga mereka dewasa dan diturunkan pula pada anak-anak mereka. Childhood yang penuh dengan pengalaman indah sangat penting untuk anak-anak kita membesar dengan cemerlang.




Saya sendiri membesar dengan pembacaan penulis Enid Blyton. Disamping mempertajamkan kemahiran bahasa Inggeris, pengalaman indah sekumpulan kanak-kanak yang karekternya dihidupkan dalam penulisan Enid Blyton sangat membantu meluaskan pengetahuan kanak-kanak yang sedang membesar seperti Afiq dan Afiqah. 


Kerektor Kartun Tin Tin sebagai penyisat sangat disukai oleh Afiq. Kami yang 
menentukan bentuk bahan pembacaan mereka agar segala unsur negative dapat 
dielakkan. Namun begitu demi untuk memupuk minat suka membaca, siri kartun 
yang realistik dan membina pemikiran mereka tetap kami terima 
selagi ianya bertepatan dengan had yang telah ditetapkan. 




Afiqah pula mula menjejak alam remaja. Homeschooling telah banyak
menolong kami untuk membentuk Afiqah menjadi seorang gadis yang
mencintai Allah. Pergaulan yang hanya terbatas kepada ahli keluarga memang
sangat membantunya untuk tidak terikut-ikut dengan telatah gadis belasan
tahun. Kami menjadi contoh kepadanya dalam segala hal. Di samping
sering berbual dengannya, kami juga menyediakan bahan bacaan yang
berbentuk pengajaran dan pengalaman remaja lain yang berjaya.



KEMAHIRAN FOTOGRAFI




FCUPRODUCTION banyak mempengaruhi bentuk pembelajaran homeschool kami. Sangat penting buat kami menyediakan pelapis muda untuk meneruskan deligasi keluarga . Justeru itu setiap mereka kami sediakan sebuah kamera untuk mereka belajar sendiri teknik photo dan juga video. Begitu juga dengan Alyssa dan Adelyn yang baru mencecah 2 tahun. Minat yang dipupuk sejak dari kecil ini akan terus hidup dalam diri mereka dan berkembang maju. 



Pembelajarn yang berasaskan ilmu guna pakai adalah teras homeschool kami. Memang sangat berbeza dengan cara pembelajaran di sekolah biasa. Penerokaan kendiri sangat digalakkan kerana mereka akan belajar melalui pengalaman mereka. Ilmu yang dipelajari akan terus digarap hingga mereka menjadi pakar dan dapat dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Sememangnya kami tidak mengikuti syllabus sekolah biasa. Mana-mana pelajaran yang tiada kaitan dengan penggunaan terkini kami skip sahaja untuk laluan kepada ilmu yang lebih mesra dengan kehidupan mereka. Antaranya astronomi, perubatan traditional, bonsai, video making dan home business. Kami sudah libatkan Hafidz dalam bidang perniagaan sejak dia berusia sepuluh tahun lagi. Hasilnya, Hafidz mula faham akan tanggung jawabnya terhadap keluarga dan sedia berkorban demi kejayaan keluarga. Dia menjadi lebih matang jika dibandingkan rakan seusianya.




Homeschooling students juga seperti kanak-kanak lain yang suka bermain dan mempunyai hobi. Sememangnya mereka mempunyai banyak masa untuk bermain dan dalam setiap permainan kami akan selitkan nilai-nilai Islam seperti akhlak yang disukai Allah dan Rasulullah s.a.w. Menyanyi adalah antara hobi kegemaran mereka selain bersukan, melukis dan membaca. Kami biarkan sahaja mereka menghafal lagu-lagu yang mempunyai kata-kata yang baik terutamanya yang memuji kehebatan Allah. Aktiviti ini memang seronok kerana mereka dapat menyanyi bersama-sama ketika di dalam kereta, semasa bermain dan juga ketika di dalam kelas. Ada juga lagu yang mereka reka sendiri. Semua ini sangat penting dalam pembesaran kanak-kanak kerana daya kreativiti yang tinggi akan terus hidup dalam diri mereka hingga dewasa.

Jumaat, 28 Mac 2014

AFIQ GURU KECIL READ AND EASY


Sudahkah anak anda boleh membaca? Ini adalah soalan yang paling orang suka bertanya kepada ibu-ibu yang mempunyai anak seusia tadika. Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang masih tidak boleh membaca, sudah tentu akan rasa tertekan.

Bagi mereka yang sekolah di rumah, masaalah ini akan menjadi lebih kronik kerana suasana di rumah sangat jauh berbeza dengan sekolah.  Pada pendapat saya, sekiranya kita menggunakan kaedah yang betul dan buku yang tepat, masaalah yang besar ini akan menjadi senang sahaja.

Terdapat lapan buah buku nipis di mana pembelajarannya adalah secara berperingkat.
Juga disertakan sebuah CD dan kepingan kertas yang bertulis huruf kecil di atasnya.


Buku ini cukup senang...hingga Afiq (9 tahun) juga boleh mengajar 
sepupunya Adelyn (1 tahun). Malah...saya dapati Adelyn lebih 
cepat mengikut Afiq dibandingkan orang dewasa mengajarnya. 
Mungkin cara fonetik yang mengeluarkan bunyi pendek-pendek 
itu dianggap sebagai satu permainan baru bagi Adelyn. Sekali gus 
Afiq juga meningkat kerana dia sekarang sudah bertaraf 
guru kepada Adelyn.


Anak-anak gemar belajar di komputer. CD yang disediakan cukup 
membantu dan senang bagi kanak-kanak seawal setahun 
mengikutinya. Dengan adanya CD ini, kita tidak perlu bekerja 
keras kerana anak-anak sudah boleh belajar sendiri. 
Memang berbaloi kerana harganya juga murah.


CD ini disertakan dengan panduan mengajar dan lagu yang pendek 
dan senang diingat oleh kanak-kanak.


Bukunya juga berwarna-warni dan sangat senang untuk diikuti 
oleh kanak-kanak kecil.



Anak-anak dapat fokus dengan baik dan mengikut sahaja CD yang disediakan sambil membaca tulisan yang tertera di buku READ AND EASY. Paling mereka suka ialah lagu yang simple tapi menarik mengiringi pembelajaran. Lagi ramai pelajar lagi baik kerana suasana ceria akan membantu kanak-kanak suka belajar. Ibu, ayah, kakak dan abang boleh sahaja menjadi anak murid teman belajar anak kecil kita. Di samping pembelajaran di rumah, kita sudah berjaya mewujudkan satu suasana ceria. Inilah kebahagiaan bagi kita semua...RUMAHKU SYURGAKU pasti menjadi realiti.


Inilah suasana pembelajaran homeschool kami pada setiap hari. Saya merasa bersyukur kerana dianugerahkan Afiqah sebagai role model kepada adik-adiknya. Begitu juga saya rasa sangat bersyukur mempunyai cucu-cucu kecil yang memberangsangkan Afiqah untuk berdiri sebagai kakak yang bertanggung jawab kepada pembelajaran adik-adiknya. Bersyukur atas bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan Hafidz dan Tajrid sebagai pelajar awal homeschool kami. Tajrid sudah graduate dari homeschool sebaik sahaja beliau berumur 18 tahun. Kini...Hafidz pula adalah contoh kepada cucunda tersayang dan saya cukup bangga dengan pencapaiannya setelah meningkat remaja.


Untuk mengajar READ AND EASY kepada Alyssa dan Adelyn, saya memilih Afiq sebagai perantaraannya. Guru kecil ini merasa sangat bangga dan inilah masanya saya meletak Afiq sebagai seorang ketua. Dengan cara ini kita telah menaikkan self esteem anak-anak.


CIKGU AFIQ

Cikgu Afiq memulakan kelas dengan menulis perkataan "cab" di atas white board.



Saya hanya memerhati sahaja apa yang Afiq lakukan di dalam kelasnya. Segala idea adalah dari dirinya sendiri. Sememangnya Afiq mempunyai cara yang sangat berkesan dibanding dengan saya. Sebagai kanak-kanak, dia sangat peka apa yang diinginkan oleh Alyssa dan Adelyn. Beginilah homeschool....kadang-kadang anak kecil mempunyai idea yang lebih baik dan kita orang dewasa pula meniru caranya. Tiada apa yang salah. Dengan ini, kita telah menanam keterbukaan minda kepada anak-anak dari kecil lagi. Afiq berlakun jadi kereta (cab) sambil membunyikan fonetik keh..keh...eh...eh...dan beh...beh...c..a...b....Alyssa dan Adelyn meniru aksi afik dan turut sama membunyikan fonetik seperti Afiq. Mereka tidak menganggap bahawa ini adalah pembelajaran dalam kelas. Sebaliknya mereka menganggap ianya adalah satu permainan yang sangat menarik. Alhamdulillah...Cepatlah dapat membaca wahai cucu-cucuku....


Suasana menjadi lebih hangat apabila mereka mula menyanyi dan menari . Adelyn menempik-nempik dan kami semua ketawa besar...Ah! Indahnya homeschool. Saya sangat mencintai homeschool dan pasti anda di luar sana juga akan dapat merasakannya sekira mencuba.






Perkataan seterusnya adalah "cat".




Lihatlah betapa terujanya Adelyn mengikuti kelas abang Afiq.



Meja kecil homeschool kami ini sangat berjasa. Alyssa dan Adelyn tercari-cari huruf yang di tulis oleh Afiq.



Lihatlah betapa dedikasinya Cikgu Afiq dengan tugas yang diberikan. Bersedia untuk mengajar perkataan seterusnya tapi....hmm anak-anak murid sudah tinggalkan kelas. Cuba lagi lain kali...lama-lama mereka akan pandai membaca. Good work, Afiq !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...