TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label R: fish_Brazillian gravy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label R: fish_Brazillian gravy. Papar semua catatan

Rabu, 11 Januari 2017

GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 5 (IKAN KEMBONG BAKAR BUMBU PEDAS DAN MOQUECA BAIANA)



GABUNGAN LAUK PAUK HARIAN 5:


INTERNATIONAL CUISINE (BRAZILLIAN DISHES):
Moqueca Baiana

INTERNATIONAL CUISINE (INDONESIAN DISHES):
Ikan Kembong Bakar Bumbu Pedas


Salam sejahtera buat ibu-ibu di luar sana. Bagaimanakan perkembangan pembelajaran anak-anak semua. Mengajar sendiri di rumah sememangnya sangat mencabar penggunaan ruang masa kita. Segala aktiviti menyelenggara rumahtangga terutamanya menyediakan makan minum seharian terpaksa di rancang sebaik mungkin agar proses homeschooling tidak tergendala. Saya sendiri sering buntu memikirkan apakah sajian seterusnya supaya keluarga kita tidak rasa jemu kerana menyantap sajian yang hampir sama setiap hari. Justeru itu, GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN ini saya nukilkan khas buat rujukan saya sendiri dan juga buat para ibu-ibu yang sibuk dengan menyelenggarakan homeschool setiap hari.


INTERNATIONAL CUISINE (BRAZILLIAN DISHES):
Moqueca Baiana


Sajian ini sangat mudah dan murah. Rasa dan rupanya seakan-akan gulai kari kita tetapi  dalam versi Brazil. Sajian ini tidak menggunakan rempah kari, sebaliknya rasa capsicum, daun ketumbar dan serbuk jintan putih serta masam tomato menyerlahkan personalitinya. Memang sedap dan penuh dengan fibre yang diperlukan oleh anak-anak yang membesar. Rasanya tidak pedas. Namun begitu sekiranya puan sekeluarga adalah peminat makanan pedas, tidak salah kita menambah beberapa biji cili api sebagai penyudahnya. Saya sudah nukilkan resepinya dalam entri 


Sebagai penambahan kepada resepi di atas, kali ini saya masukkan beberapa biji bendi. Rasanya masih sama kerana bendi tidak mempunyai rasa yang dominant. Bendi adalah sayur kegemaran anak-anak. Dengan ini mereka sudah jatuh cinta dengan Moqueca Baiana sama seperti cintanya pada gulai kari. Semoga sajian ini menambahkan CINTA KEPADA ALLAH.


INTERNATIONAL CUISINE (INDONESIAN DISHES):
Ikan Kembong Bakar Bumbu Pedas


Sememangnya Malaysian dan Indonesia adalah serumpun. Bahasa kita juga sama cuma ada sedikit kelainan.Kita masih dapat memahami apa yang diperkatakan sekiranya kita pergi melancong ke Indonesia, sama seperti warga Indonesia yang melawat negara kita. Maka tidak hairanlah makanan kita seakan sama. Namun, jika diteliti dengan halus, sememangnya ada kelainan dari segi penggunaan bahan. Ikan Kembong Bakar Bumbu Pedas ini juga nampak seperti biasa seperti yang kita selalu nikmati. Namun penggunaan bahannya nyata ada perbezaan seperti daun serai, daun kemangi, daun salam dan kemiri.



Ikan ini sangat istimewa kerana gandingan berbagai jenis daun seperti daun serai, daun bawang, daun kemangi (selasih), daun salam dan balutan daun pisang membuatkan rasanya sangat berlainan dari ikan bakar biasa. Walla....super delicious! Adakah anda peminat makanan exotic ? Bagi saya ikan bakar ini memang boleh dimasukkan dalam kategori itu. Cubalah....pasti anda jatuh cinta.

Bahan-bahannya:
6 ekor ikan (borek, pelata, selayang)/ 8 kepingan ikan besar
1 biji limau nipis
garam secukupnya
1 sudu gula untuk mengimbangi rasa pedas dan masin
daun pisang secukupnya yang telah dilayur terlebih dahulu
lidi atau pencongkil gigi untuk menyemat

1) Bahan untuk dikisar halus:

1 cm lengkuas
5 biji buah keras
1 ruas jari kunyit hidup
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili api merah (ditambah jika mahu lebih pedas)
1 kiub ayam knorr (optional)

2) Bahan yang dicampurkan dalam bahan yang telah dikisar di atas:

2 daun bawang, dipotong 1 inci panjang
4 daun salam (saya guna daun salam kering..bay leave)
Segenggam daun selasih (thai basil)
2 helai daun serai yang disimpul

Cara-caranya:
1- Kelar ikan beberapa tempat yang sesuai untuk memastikan rempah masuk kedalam isi ikan. Tetapi awas jangan sampai hancur isi ikan dan ikan sudah tidak nampak cantik ketika menghidang.

2- Masukkan bahan kedua di atas kedalam bahan kisar. Sapu bahan yang telah disatukan itu kepada semua ikan dengan rata dan sebatikan rasanya. Tipsnya jangan terlalu masin kerana akan menghilangkan rasa manis ikan. Begitu juga dengan rasa masamnya jangan terlalu kuat hingga hilang rasa asli rempah. Perap ikan selama 10 minit.

3- Bungkus ikan dengan daun pisang satu persatu. Bakar ikan hingga masak. Biasanya mengambil masa selama 20 minit.


Gandingan yang lengkap dan menyelerakan



Hidang panas-panas. Heaven!! Tiada tandingan masakan air tangan sendiri jika 
dibandingkan dengan hidangan hotel 5 bintang.



Pasti sekali doa sebelum makan akan ,melengkapkan hidangan ini dan doa selepas makan mencantikkan lagi kehidupan kita. Semoga rezeki Allah ini menjana segala aliran darah 
dan urat saraf kita sekeluarga kearah menjadi insan yang mengenali 
Pemberi Yang Maha Pemurah. Amin.


Jumaat, 23 Disember 2016

GANDINGAN LAUK PAUK HARIAN 2 (MOQUECA BAIANA, IKAN GORENG, SAMBAL BELACAN DAN ULAM)


GABUNGAN LAUK PAUK HARIAN 2:

MALAYSIAN CUISINE:

Ikan Goreng
Ulam-ulaman
Sambal Belacan

INTERNATIONAL CUISINE (BRAZILLIAN DISHES):
Moqueca Baiana
\



IKAN RAMBAI

Fresh from market.. the skin is shiny, the eyes are clear and the smell is hmm..just like the ocean. Ikan ini memang sedap isinya. Nak masak apa ya..Terbaiknya masak kari atau asam\pedas. Kepalanya besar..memang sedap meratah. Kalau goreng..memang rugilah sebab isi dan kulit bahagian kepala akan jadi kering. Tapi jemulah gulai kari, dah kerap sangat. Kena cari alternatif lain yang seakan-akan gulai kari ikan.

Yes..Moqueca Baiana memang sesuai. Pronounced “mo-KEH-kah Bay-yana”. Bagaikan nak tergeliat lidah menyebutnya. Rasa masakan ini seakan-akan kari tapi version lain. This stew is one of the most famous dishes of Brazil. The words Bay-yana itself implies the traditional of Bahia state, north of Brazil.

MOQUECA BAIANA



Moqueca Baiana




Antara bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan-bahannya:

10 ketulan ikan yang digoreng tidak garing (saya gunakan ikan bahagian kepala)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 capsicum warna merah, hijau dan kuning
2 batang daun bawang
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk cili
400 ml santan pekat
1 cawan air atau fish broth
2  biji tomato (boleh kurangkan sekira tidak suka masam
2 sudu besar tomato puri (boleh kurangkan sekira tidak suka masam)
1 sudu besar serbuk lada hitam
0.5 cawan daun ketumbar yang dicincang kasar
8 cili api merah di ketuk (optional:bagi yang suka pedas)
garam dan gula secukup rasa anda
minyak untuk menumis

Cara-caranya:


1) Bawang putih dan bawang besar didadu halus. Tomato didadu kasar. Capsicum dipotong besar ikut kreativiti sendiri dan daun bawang dipotong 1 inci panjang.

2) Tumis bawang putih hingga wangi dan diikuti pula bawang besar. Apabila kedua-dua sudah bertukar perang, masukkan cili serbuk, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam bersama sedikit air agar rempah tidak hangus.

3) Masukkan santan dan air atau fish broth. Kacau hingga mendidih. Masukkan ketulan ikan dan tomato dadu serta perlahankan api dapur.

4) Masukkan capsicum,daun bawang dan daun ketumbar. Perasakan dengan gula dan garam. Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas.


 Tumis bawang putih dan bawang merah hingga 
perang dan wamgi. 


Seterusnya masukkan serbuk cili dan serbuk jintan 
putih dengan sedikit air. Santan dimasukkan apabila 
bau semerbak memenuhi ruangan dapurl


Oleh kerana anak-anak gemar makan ikan goreng, saya memilih bahagian 
kepala saja untuk dimasukkan ke dalam kuah. Kulit ikan dibahagian kepala 
akan melembiut dan sangat sedap untuk meratah.



Gabungan hidangan kali ini cukup berselera, Ikannya digoreng dengan bawang putih dan kunyit serta
garam. Gayakan dengan sepinggan sambal belacan dan ulam ulaman. Rasa unik jintan putih dan capsicum memang menyerlahkan personaliti Moqueca Baiana. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...