TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label FCU PRODUCTION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FCU PRODUCTION. Papar semua catatan

Ahad, 8 Disember 2013

HAPPY ANNIVERSARY TO LANGKAWI STORY....




Before the mid 1980s in Langkawi, when somebody new just arrived at Jetty, people of Langkawi would greet them very well. They asked kindly where you're going. If you said  that you are going to Pak Mat house, they will reply with a question 'which Pak Mat?'. They seemed to know very well every person on the island. They helped you as much as possible to get you to the person's house. That was the spirit of the island that has long gone.


Before the mid 1980s in Langkawi, when somebody new just arrived at Jetty, people of Langkawi would greet them very well. They asked kindly where you're going. If you said that you are going to Pak Mat house, they will reply with a question 'which Pak Mat?'. They seemed to know very well every person on the island. They helped you as much as possible to get you to the person's house. That was the spirit of the island that has long gone.

Before the mid 1980s, when someone on the island was planning to have a feast (kenduri), everybody came forward to give help. Even at the market, when they knew about it, they would come to you and said, 'I would like to share kenduri'. So, they gave a lot of fish to you. That was the spirit of the island that has long gone.

Before the mid 1980s, transportation was limited and taxi was the main transportation. The taxi driver would pick up anybody along the way and filled up as many people as they can...not because of money but concerned about people waiting too long at the road. The passengers did not bother at all sharing sits. In fact, they felt grateful to be picked up. That was the spirit of the island that has long gone.

PHOTO LANGKAWI LAMA DAN BARU


LAPANGAN TERBANG LANGKAWI
Lapangan Terbang Langkawi ketika menjadi tuan rumah
perkhemahan RAAF. (1970)


Lapangan Terbang Langkawi. (1970)


Lapangan Terbang Langkawi sekitar tahun 1980an





HOSPITAL LANGKAWI
Klinik Kesihatan Kuah Lama

RUMAH yang pernah didiami mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 
ketika bertugas sebagai doktor di Hospital Langkawi pada era 50-an



Hospital Langkawi (2013)


PEKAN KUAH
Pekan Kuah - Kedai Guan Thong 1957


Pekan Kuah (1970)


Pekan Kuah (1970)


Keadaan Pekan Kuah pada tahun 1985



Pekan Kuah (2013)


DATARAN HELANG
Majlis perasmian replika helang oleh Dr Mahadhir dan sekarang
dikenali sebagai Dataran Helang.


Dataran Helang(2013)



Dataran Helang ( akan datang )


TASIK DAYANG BUNTING
Tasik Dayang Bunting


Tasik Dayang Bunting (1964)


Photos of Lake of the Pregnant Maiden, Langkawi
Tasik Dayang Bunting (2013)


TELAGA AIR HANGAT
Telaga Air Hangat (1964)


Telaga Air Hangat (2013)

MAKAM MAHSURI
Makam Mahsuri (1964)

Berdasarkan satu tulisan, Makam Mahsuri terletak di kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka, Langkawi. Ianya dijumpai di bawah pohon cenderai yang rendang yang juga dikelilingi oleh pokok rumbia. Terdapat sebuah perigi di kawasan berhampiran. Makan M19640ahsuri telah dibina semula oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1940-an.
Untuk rekod, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah merupakan Pegawai Daerah Langkawi yang ke-5 iaitu dari 8.2.1933 hingga 22.5.1934.


Perjalanan Tunku Abdul Rahman ke Makam Mahsuri




Makam Mahsuri (2013)

Sekarang, Langkawi sudah berkembang maju dan telah dinobatkan sebagai Bandaraya Pelancongan. Perusahaan Perlancongan Langkawi telah menyediakan banyak peluang pekerjaan baik bagi warga Langkawi, mahupun buat warga lain seluruh pelusuk Malaysia. Warga asing juga ramai yang jatuh cinta dengan keharmonian dan keindahan Langkawi Pulau Lagenda, lalu menetap di sini. Perkembangan ini telah membawa budaya hidup orang bandar ke Langkawi hingga semangat setiakawan dan mesra kian luput. Masing-masing dengan kehidupan sendiri tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada masyarakat sekeliling. Menyedari betapa pentingnya semangat lama terus dipupuk demi keharmonian dan kebahagiaan warga Langkawi terutamanya penduduk tempatan, kami (FCU) telah mengambil langkah menghidupkan kembali semangat yang kian hilang ini dengan mewujudkan LANGKAWI STORY khas buat Warga Langkawi pada 8.12.2010. Kini sudah 3 tahun LANGKAWI STORY menjadi penghubung silaturrahim kepada Warga Langkawi dan menjadi medan untuk berkongsi cerita, meminta pertolongan, nasihat menasihati sesama saudara dan  apa sahaja yang boleh mengikat kasih persaudaraan sesama kami. Kami juga tidak menepikan warga asing samaada yang sudah menetap di Langkawi mahupun pencinta Langkawi yang berada di luar sana dengan mewujudkan page khas buat mereka iaitu 
A NEW WAY OF SEEING LANGKAWI. Apabila ahlinya meningkat ke angka 5,000 orang, LANGKAWI STORY 2 pula menyusul. Hingga kini, 15,292 orang telah "like" page LANGKAWI STORY
                  




Selamat Datang ke Group Langkawi Story:
Langkawi Story ialah media yang menyediakan pada anda berita-berita sekitar Langkawi. Sila kunjungi http://www.langkawistory.com/untuk ketahui lebih lanjut. Demi menaikkan nama Langkawi sehingga ke seluruh dunia, kami menyediakan 2 bahasa iaitu bahasa melayu dan english. sSelain itu, kerjasama anda amat kami hargai. Maklumkanlah pada kami apa yang menarik di kawasan anda. Kemungkinan, maklumat anda dapat kami kongsikan dengan semua. Terima kasih.


Admin bergambar dengan Dato Ir Nawawi Ahmad, AHLI PARLIMEN LANGKAWI 
(berbaju merah berdiri ditengah)    


Selasa, 27 Ogos 2013

A VISIT FROM POLISH HOMESCHOOLING FAMILY

On the second Hari Raya, FCUHOMESCHOOLING became more lively and meaningful when our family received a visit from a Polish family. Head of the family, David and his wife Yola described the visit was more of a family relationship because they feel a special warmth of our family. According to the couple, the situation in Malaysia is not much different with their hometown in Poland. In terms of exchange also, they did not facing any problem because Malaysian money and Poland money has the same value.



Yola decide to become full-time housewives in order to educate her two children at home. Previously, she was an officer at a bank in Poland. According to her, , she wants to continue her work in future when the children are grown up.




Homeschooling  brings  good apportunity  to the kids to have a universal friendship.Prior to this, we have been visited by two homeschooling families.
The first one is from Swiss family:
 TOP TO TOP IS HERE WITH US


The second one is from Australia:
SIRI 2 (RAKAN HOMESCHOOL):  CACATAN PENJELAJAHAN


This sweet relationship will not just stop here because the latest technologies allows 
them to keep in touch via skype.




Only in a short time, the children already able to communicate very well though 
Laura was not so fluent in English. Bonsai garden became their favorite 
where they explored the life of insects and snails that crawled between the 
stones and flower pots. Amazing children !!




Afiqah introduced a wide variety of fish species found in the pond to Laura.




Actually Danial can walk already just like Adelyn, but he prefer to crawl on our 
suspension bridge. Perhaps by crawling around the garden, he could see things  better especially the fishes in the pond. 



Adelyn who is almost the same age as Daniel, was really attached  to Yola.
The visitors who come to our house often attracted to the warmth shown 
by Adelyn. Although they are of different races and colors, Adelyn 
does not hesitate to greet our guests from Poland and 
mingle in her baby language.


Where Alyssa ..? Perhaps with her mother in a kitchen, preparing dishes for the guests. Alyssa indeed has a different personalities compare to Adelyn.  She is a bit shy espeally to the strangers.

Sweet Memories Remain Forever...
Semoga bertemu lagi. Mereka sekeluarga menaruh harapan tinggi untuk menerima kunjungan kami di Poland pula. Insyaallah....Selepas ini mereka akan ke Pulau Pinang sebelum berlepas ke Jepun. Jelajah ke benua Asia ini telah dirancang selama dua tahun untuk membuat persiapan keewangan, mental dan juga fizikal.  Penjelajahan mereka kali ini adalah merangkumi Singapura, Malaysia, Thailand (Koh Lipe), Indonesia(Bali) dan akhir sekali ialah Japan ( Tokyo) . Mereka abadikan kenangan manis perjalanan ini di dalam blog mereka iaitu CRAZY FAMILY TRAVEL

                                                                                               
Beberapa photo mereka sepanjang 7 minggu penjelajahan benua Asia yang saya ambil di     www.crazyfamilytravel
    MARIANA BAY (SINGAPORE)

                                                                                                                                                                               L EGOLAND JOHOR BHARU (MALAYSIA)       


          PETRONAS TWIN TOWER (KUALA LUMPUR)





    BALI (INDONESIA)




    BALI (INDONESIA)





    PARADISE ISLAND LANGKAWI (MALAYSIA)






    HARI RAYA CELEBRATION WITH FCU PRODUCTION FAMILY ( LANGKAWI)





    CROCODILE FARM (LANGKAWI)


    PULAU BERAS BASAH (LANGKAWI)





    BUTTERFLY FARM ( PENANG)





    KOH LIPE (THAILAND)







    KOH LIPE (THAILANDDD)








    TOKYO (JAPAN)

    For more information, you can get it here CRAZY FAMILY TRAVEL



    Isnin, 7 Mei 2012

    SIRI 17 ( STATION 2 FCU) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.




    (GUIDANCE CORNER)

    MEMORI KHAS BUAT TATAPANMU WAHAI PENJAGA LANGKAWI



    1.1.2012 (AHAD)

    Pengalaman tinggal di kawasan pendalaman masih lagi manis dalam memori. LAMAN EJO adalah destinasi yang pertama kepada pengalaman ini setelah berkali-kali mendiami penginapan tepi laut di sepanjang musafir panjang FCU. Untuk destinasi  seterusnya, kami akan ke Jimah Lama untuk menghirup udara segar pendalaman Negeri Sembilan.


    Dari peta ini, sebenarnya kami membuat bulatan dari Port Dickson, Sri Menanti dan Jimah Lama. Perjalanan kali ini merentas hutan dan bukit bukau nan menghijau. Terasa sejuk mata memandang dan minda juga turut merasa lapang dengan aura warna hijau di sepanjang jalan.


    Sebaik sahaja kami memasuki kawasan Jimah Lama, susunan pokok kelapa sawit menggamit lambaian selamat datang kepada wira-wira kami yang mula menyusur agak perlahan. Memang dapat dirasakan kelainan dua aura yang dipancarkan antara dua suasana ini iaitu ladang getah di LAMAN EJO dan ladang kelapa sawit di Jimah Lama. Maha kuasa Allah yang mencipta segala kelainan untuk kita beroleh segala rahmat dan berkatNya.


    Ketiga-tiga wira kami yang sedia berkhidmat ini akhirnya memasuki perkarangan KAK ANI HOMESTAY. Homestay ini juga dikelilingi hutan belantara seperi LAMAN EJO, dimana tiada satu rumah jiranpun di sekelilingnya. Memang agak jauh juga rumah yang terakhir kami jumpa sebelun meneroka ke kawasan ini. Inilah privasi yang menjadi idaman kami sekeluarga untuk berehat dan melapangkan minda. Apalagi dengan kelainan reka bentuk rumah ala English dan Jepun  yang menarik sekali. Hampir kesemua dindingnya dihiasi dengan kaca yang mana mendedahkan segala aktiviti penghuninya. Oleh kerana tiada penghuni lain di sekeliling, tidaklah rasa kekoknya. Memang cantik berdinding kaca begini tapi...untuk memelihara aurat, kaum ibu tetap bertudung kecuali dalam bilik tidur sahaja. Inilah yang dikatakan pengalaman........bertudung dalam rumah sendiri. Ha..ha...ha...


    Seperti juga di LAMAN EJO, kami masak sendiri selama 2 hari penginapan di homestay ini. Ruang dapur yang disediakan sangat selesa dan penuh dengan kelengkapan asas. Afiq dan Afiqah sangat teruja untuk buat cooking class for homeschool. Kebanyakan rempah yang disediakan adalah herba Mat Salleh seperti oregano, thyme dan rosemarry. Tak ada bunga lawang, pelaga hindi dan jintan. Boleh agak bahawa tuan rumah ini banyak masak western style.


    Menikmati hidangan makan pagi yang simple....nasi goreng kampung.



    Suasana pagi dalam rumah ini sungguh cantik dan membuat hati begitu teruja. 
    Simbahan cahaya mentari yang penuh kebaikan itu menembusi dinding-dinding 
    kaca dan mencipta corak cahaya berselerakan di seluruh ruang yang ada.


    3.1.2012 (SELASA)


    KETENTUAN ILAHI BUAT KAMI

    Menjelang tengahari kami keluar dari HOMESTAY KAK ANI di Jimah Lama. Sebelum keluar, sempat masak dan makan kenyang-kenyang agar perjalanan jadi lebih lancar. Seperti biasa, kami tidak tahu destinasi seterusnya. GM sendiri pun tidak tetapkan destinasi tertentu untuk kami tuju. Tapi kami cuba meneka bahawa Cameron Highland berkemungkinan besar akan jadi destinasi kami berikutnya. Entah bagaimana, driver wira kami telah termasuk lorong yang salah dan kami sudah pun berada dilebuh raya arah ke Johor Baharu.

    Sebenarnya, senang sahaja untuk kembali di trek yang betuk untuk terus ke Cameron Highland tapi...
    seperti yang dinyatakan terdahulu, perjalanan ini banyak diserahkan pada aturan Allah. Perjalanan ini adalah perjalanan kerohanian walaupun pada pandangan luarannya seperti melancung ke seluruh Malaysia bersama keluarga. Kesilapan ini kami terima sebagai petunjuk untuk kami memilih destinasi seterusnya. Nampaknya kami akan ke STATION 2 FCU  yang terletak di Pasir Gudang. Inilah ketentuan Allah dan sesungguhnya pasti ada hikmah dan itulah yang terbaik buat kami sekeluarga.



    Di pertengahan jalan kami buat kejutan buat Intan yang sedang menyambung
    pengajian di peringkat Master dalam Math di UTM. Kunjungan kami sekeluarga 
    ternyata sangat mengembirakannya.


    Tengahari tu....kami menjamu selera di Mak Jah Cafe UTM.



    MENGAPA PASIR GUDANG?

    Sebelum ini dalam posting  SIRI 7 (MACHAP) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA ada kami menceritakan bagaimana kami telah keluar dari STATION 2 FCU secara mendadak di tengahmalam. Kami hanya berada di sana buat beberapa jam sahaja. Belum pun puas hati merasa aura rumah, kami  diperintah untuk berangkat dalam masa yang singkat. Ini adalah antara ujian kami perlu tempuhi dalam perjalanan kerohanian ini. Sebenarnya perjalanan ini penuh dengan peristiwa-peristiwa yang memberi pengajaran kepada semua ahli. Berbagai-bagai dugaan yang ditempuhi oleh hampir setiap individu dan semuanya mematangkan lagi kefahaman dan keimanan...Insyaallah. Kami tidak memapaparkan peristiwa-peristiwa tersebut dalam entri kerana semuanya adalah untuk privasi kami sahaja. Semoga Allah memberi keberkatan kepada kami dalam penjelajahan kerohanian yang panjang ini.

    SENARIO DI STATION 2 FCU

    Alyssa membaca buku dalam bakul mainan kegemarannya.


    Antara kerja harian Afiqah ialah menjemur dan mengangkat kain.Untungnya
     pembelajaran homeschool ialah anak-anak lebih didedahkan kepada kerja-kerja 
    rumah dan juga kepakaran rumahtangga. Mereka punya banyak ruang masa 
    untuk melakukan banyak aktiviti berguna baik untuk diri mereka dan juga keluarga.


    Apa pula kerja rutin Alyssa? Dia memang rajin menolong. Apa sahaja orang 
    dewasa buat, dia pun nak cuba. Sementara kakak angkat kain di penyidai , 
    Alyssa pula cuba susun kasut-kasut di depan pintu.


    Suasana STATION 2 FCU memang gersang tanpa pokok-pokok menghijau. 
    Kali ini kami akan tanam bonsai dan mewujudkan taman seperti 
    di STATION 1 FCU.


    Sementara anggota lain sibuk membersih halaman, Alyssa
     pula sibuk mengutip batu dan.....sedar-sedar dah masuk mulut.


    Alahai...kaki Alyssa masih pendek untuk kayuh sendiri. Brother Afiq memang 
    baik hati melayan Alyssa menolak basikalnya kemana dia nak pergi.



    Inilah aktiviti yang tak mungkin tertinggal setiap hari kecuali hari hujan atau ada tuntutanyang tiba-tiba mendatang. Memang bagus permainan tradisional bangsa kita ni....setaraf dengan permainan antarabangsa yang lain. Nampak saja macam relax...tapi dalam masa 10 minit sahaja kita dah berpeluh sampai basah baju. Pergerakannya yang berbagai itu sangat baik buat badan kita.



    Biasanya  waktu malam dihabiskan dengan bersantai di ruang tamu. 
    Alyssa pula asyik berkepit dengan ayahandanya. Maklumlah....melepas 
    rindu dendam agaknya.




    HAPPY BIRTHDAY TO AFIQAH GENIUS (5th of JAN) !!!



    Tidak pun sampai seminggu kami menyambut harijadi Intan, kami sekeluarga sekali lagi memohon keberkatan Ilahi untuk Afiqah pula. Dah besar dah....Afiqah sudah genap 8 tahun usianya. Begitu cepat masa berlalu.....



    REAKSI 1


    REAKSI 2




    At last.......
    HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAREST SWEET AFIQAH.
    MAY ALLAH BLESS YOU AND ALWAYS IN HIS GUIDE.


    BIRTHDAY GIRL....




    Sweet memories forever



    Yummy.....



    ANOTHER BIRTHDAY CAKE IN JANUARY....


    This time....birthday ayahanda Alyssa pula (12th of January). Memang tak henti-henti makan birthday cake. Inilah untungnya big family. Suasana rumah tangga memang meriah dan ceria memanjang. Ada sahaja peristiwa indah mewarnai kehidupan.


    HAPPY BIRTHDAY AMAZING ALYSSA DARLING( 22nd of FEB ).....!

    Genap satu tahun Alyssa hidup di dunia ini. Kehadhirannya sungguh menceriakan lagi suasana keluarga FCU. Kecerdikannya setanding kakak dan abangnya .


    A real big birthday cake...for Alyssa


    Comelnya Tuan Puteri Alyssa ni....Dia dah faham erti birthday. 
    So this is your day dear!


     Inilah detik-detik sangat bahagia buat Alyssa dan ayahanda bunda. 
    Berkali-kali tiup barulah padam lilin nan sebatang tu.....



     Seronoknya Alyssa bila dipakaikan topeng mata tu.....


    Matanya besar dan bundar...dah jadi mata kucing ha...ha....



     HAPPY BIRTHDAY TO MUMMY ALYSSA....!!

    Seperti yang telah saya katakan dipermulaan entry ini...memang meriah mempunyai keluarga yang besar. Asyik sambut birthday tak habis-habis. Memanglah...kalau tak ada keluarga yang besar pun, kita masih boleh beli aje kek di kedai setiap minggu untuk menjamu selera. Nampak macam sama tapi hakikatnya adalah jauh berbeza. Auranya pun jauh berbeza walaupun hanya sejorong kecil sahaja setiap orang boleh merasa. Suasananya juga pasti berbeza dan keriangan yang diperolehi juga jauh lebih bahagia. Impak yang paling besar ialah nostalgia yang kekal dalam ingatan dan bisa menjasi therapi kepada keresahan dan permasaalahan yang bakal kita tempuhi dalam lingkaran kehidupan kita. Syukur kepada Allah kepada segala nikmatNya.

     Memang sedap kek pavlova ni...Inilah first time makan. 
    Harganya memang mahal tapi berbaloi dengan keistimewaannya.

    Kesedapannya membuat semua orang rasa nak makan
     sekeping lagi....Dah habis dah! Nampaknya semua orang 
    dah jatuh cinta dengan kek pavlova. Okeylah....kita buat sendiri 
    next time. Kalau ramai macam keluarga FCU ni....4 biji kek 
    barulah cukup. Insyaalllah kita akan buat nanti....




    PENGGAMBARAN DI STATION 2 FCU


    Action....Cut ! Begitulah berulang-ulang hingga letih juga dibuatnya. 
    Pokok pangkalnya kena sabar untuk hasilkan sesuatu yang bermutu.



    Untuk dapat view yang baik, kena guna lebih dari satu kamera. 
    Lagi banyak lagi bagus.


    JOM LAYAN SHORT FILM " CUP OF COFFEE "......

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...