Semua kanak-kanak suka pada keseronokan tidak kira samaada mereka bersekolah biasa ataupun homeschool. Masih saya ingat zaman persekolahan dulu yang penuh dengan kenangan indah. Berbagai aktiviti disediakan oleh pihak sekolah untuk para pelajarnya termasuk hari sukan, hari penyampaian hadiah dan aktiviti luar sekolah. Kami tidak menidakkan hak para pelajar kami untuk berseronok sesama mereka seperti menari dan menyanyi. Ini adalah satu naluri biasa bagi manusia untuk bergembira asalkan masih dalam keizinanan syariat Islam. Aktiviti-aktiviti sebegini biasanya kami tidak membimbing mereka. Mereka bebas untuk mengikut kreativiti mereka sendiri. Biasanya mereka akan mencari idea melalui internet. Kami hanya memastikan mereka selamat dan terkawal. Afiqah, Alyssa dan Adelyn sangat meminati tarian ballet. Mereka mengikuti beberapa video yang mengajar tarian ini pada peringkat awal. Biasanya Afiqah yang akan mengajar Alyssa dan Adelyn mengikut apa yang dia faham dari video yang ditonton. Saya hanya tersenyum gelihati melihat gelagat mereka. Afiq yang tidak memihati tarian ini pun terpaksa mengikut juga...mungkin dia tidak mahu ketinggalan. Apa yang saya perhatikan, tarian ini memerlukan balancing pada pergerakan badan mereka. Bagus juga untuk pergerakan sendi-sendi dan urat mereka agar tidak tegang. Mereka melenturkan badan mereka ke kiri dan kanan dan melompat mengikuti naluri mereka sendiri. Saya pasti aktiviti-aktiviti sebegini akan meninggalkan kesan yang positive dalam pembesaran mereka. Hilai ketawa mereka akan terus bergema menghiasi kenangan indah pembelajaran homeschool.
Untuk menari ballet, mereka memerlukan kasut khas yang membolehkan
mereka meluncur tanpa banyak geseran. Afiqah mendapat idea untuk
menggunakan plastik beg sebagai kasut ballerina.
Afiqah berjaya memujuk Afiq untuk turut serta dalam kelas ballerinanya.
Besarnya kasut ballerina Alyssa...Bimbang tersadung masa menari nanti.
Akhirnya jumpa juga plastik kecil untuk dijadikan kasut Alyssa.
Adelyn juga tidak ketinggalan. Bagaimana agaknya
Adelyn menari nanti.
Alyssa dan Adelyn memerhati cikgu Afiqah mengajar mereka tarian ballet.
Memang ada gaya penari ballet....
Sempat saya ambil video kelas tarian ballet mereka yang dikendalikan oleh Afiqah. Afiqah hanya berjaya memujuk Afiq untuk memakai kasut tetapi gagal untuk ajak Afiq menari bersama. Afiq terlalu malu...Tarian ini hanya sesuai buat perempuan...Itulah pendapat Afiq. Bagus Afiq kerana ada pendirian sendiri dan tahu apa yang bagus buat dirinya. Memang saya rasa terhibur menonton video ini. Gelagat mereka sangat menggelikan hati. Apa tidaknya....setiap kali mereka berpusing pasti mereka akan terpijak kaki Afiq yang menjadi penonton pertunjukkan mereka. Mana Adelyn? Tadi dia dah pakai kasut ballet...tapi tak pula dia ikut menari. Hmm....ini mesti kes menangis sebelum pertunjukkan.
Hari Sabtu merupakan hari persekolanan yang relax buat para pelajar kami. Pada hari ini mereka digalakkan membaca sebanyak buku cerita yang mereka boleh. Selain dari Reading Day, hari Sabtu juga adalah hari melukis dan craft tangan.
,
Kali ini Afiqah mahu mengendalikan Art Class dan para pelajarnya adalah Afiq, Alyssa dan Adelyn. Walaupun usia masih muda, Afiqah telah menunjukkan kematangan dalam mengajar. Inilah yang kami mahu kerana matalamat utama pembelajaran homeschooling kami adalah untuk melahirkan tenaga pengajar buat generasi yang akan datang. Saya hanya pantau pembelajaran mereka bersama Afiqah dari jauh. Segalanya berjalan dengan baik sekali, malah kelihatan mereka semua sangat enjoy.
Afiqah menyusun meja-meja para pelajarnya dan menyediakan bahan-bahan
yang akan digunkan dalam kelasnya.
Bersemangat betul dia...Siap tulis besar-besar Art Class By Afiqah.
Inilah semangat guru muda Afiqah. Kali ini mereka akan buat
butterfly house dari kotak.
Kelas sudah bermula. Afiq dan Alyssa senang saja ikut arahan dan duduk di tempat
masing-masing. Hanya Adelyn yang tidak mahu ikut arahan seperti selalu.
Biasanya bila saya yang conduct kelas, Adelyn dengan senang hati ambil
tempat di meja hujung sekali. Mungkin dia rasa Afiqah sebaya dengannya dan
bukan guru sebenar. Akhirnya Afiqah mengalah dan biarkan pelajar
yang paling kecil ini bermain puzzle kegemarannya.
Senang saja idea buat rumah dari kotak ini. Cuma tambah atap dengan
manila card dan lekatkan dengan gam. Jadi....semua orang boleh buat termasuk
Alyssa. Bagus juga idea Afiqah ini.
Masing-masing bersungguh-sungguh untuk menyiapkan rumah rama-rama..
Lihatlah betapa "cantiknya" Alyssa mewarna atap rumahnya.
Yang paling penting dia mahu buat sendiri.
Beginilah suasana kelas homeschooling setiap hari. Kami tidak pernah
melarang mereka dari berbual, menyanyi dan apa-apa sahaja
semasa kelas berlangsung, asalkan mereka
menyiapkan kerja mereka.
Akhirnya Adelyn sedar bahawa dia tidak mempunyai rumah rama-rama. Mulalah
dia hendak mengacau Alyssa. Kelihatan mukanya masam kerana dimarahi
oleh Alyssa. Lepas tu...uncle pula marah dia sebab nak rampas
rumah rama-rama Alyssa. Apa yang Adelyn boleh buat
hanyalah menjeling geram....Kasihan.!! Cikgu Afiqah tidak
bagi pun kotak pada Adelyn kerana dia tidak mahu ikut
cakap Afiqah. Semoga Adelyn belajar dari
kesilapannya. Okey..Adelyn, lain kali kena ikut
cakap cikgu Afiqah baru dapat apa orang lain dapat.
Dalam masa sekejap sahaja, dah siap rumah kotak mereka. Memang
simple tapi menarik. Siap ada pasu bunga
depan rumah.
Inilah butterfly yang akan mendiami rumah kotak itu. Saya rasa kagum
dengan keupayaan Afiqah mengeluarkan idea untuk kelasnya.
Kedua-dua rumah dan rama-rama itu sangat senang
untuk Afiq dan Alyssa membuatnya. Walaupun
senang tapi sangat menarik sekali.
Saya merakam video ini tanpa mereka sedari. Beginilah suasana sebenar homeschooling kami. Memang berbeza dengan suasana persekolahan bisasa kerana mereka bebas untuk buat apa sahaja. Dengan ini kita telah memupuk perkembangan kreativiti mereka tanpa had. Mereka juga tidak ada rasa malu atau segan kerana hanya bertiga saja. Lagu yang dinyanyikan pun adalah spontan dari mereka.
Pada saya, tarikh 31 Ogos sangat membawa pengertian yang besar dan bayak memori indah telah dilakarkan dalam kehidupan saya. Sudah 57 tahun kita merdeka dan kini Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dalam berbagai bidang.
Laungan "Merdeka...merdeka,,,merdeka" dari Allahyarham Tengku Abdul Rahman juga telah tersemat di hati saya ketika saya masih kecil. Malah lagu-lagu patriotik lama begitu sebati dengan jiwa dan membawa rasa betapa bangganya diri ini dilahirkan di Malaysia. Syukur kehadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan kepada Malaysia jiwa-jiwa pejuang yang telah sanggup menempuh jalan sukar untuk menrealisasikan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.
Semasa saya membesar dulu, segala kemudahan teknologi dan gadget-gadget moden seperti iPad dan sebagainya tidak wujud. Tidak bayak rancangan hiburan di kaca tv. Dengan itu rancangan perarakan national kemerdekaan setiap 31 Ogos adalah antara rancangan yang paling menarik. Mentelah itu, saya pasti terpaku di depan tv pada setiap tahun semasa membesar dulu. Pada saya, semua inilah yang menjadi antara faktor akan kecintaan saya pada Malaysia, tempat tumpahnya darah ku.
Generasi muda sekarang, terutamanya generasi cucunda FCU memang tidak tahu menahu tentang kemerdekaan negara Malaysia. Mereka juga tidak pernah tahu tentang penjelajahan British dan Jepun kerana semuanya sudah tersedia dengan hebatnya sejak mereka lahir. Pasti sekali jiwa kecintaan mereka pada negara Malaysia tidak seperti generasi dahulu yang dapat melihat jatuh bangunnya perjalanan negara kita. Inilah yang mesti diisi dalam jiwa mereka supaya mereka merasa bersyukur dengan anugerahNya. Siapalah kita tanpa Malaysia yang aman sejahtera ini. Bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita ditakdirkan menjadi rakyat Palestian, Syria dan negara-negara Islam yang lain seperi Pakistan. Sudah tentu kehidupan kita tidak seindah sekarang. Pengertian sebagai generasi merdeka inilah yang saya cuba semaikan ke dalam jiwa bersih suci cucunda FCU. Malah membawa imaginasi mereka kembali ke zaman perjuangan untuk mendapat kemerdekaan.
SEMANGAT PATRIOTIK
Sehari sebelum tarikh 31 Ogos, Afiqah ada menyatakan keinginannya untuk melihat Perarakan Merdeka di Langkawi yang akan berlangsung di sekitar Pekan Kuah. Oleh kerana pada awal pagi tanggal 31 Ogos itu hujan, kami hanya menonton Perarakan Merdeka di TV 3. Memang banyak juga info yang dapat kami sampaikan kepada para pelajar terutamanya Afiqah dan Afiq.
Oleh kerana hanya pada hari Jumaat sahaja FCUHOMESCHOOL cuti, maka pada hari ini pembelajaran berjalan seperti biasa.
Kelas istimewa ini adalah berkenaan kemerdekaan Malaysia yang telah berlaku 57 tahun yang lalu. Selain melukis bendera Malaysia, kami juga menceritakan sedikit sebanyak berkenaan British dan Jepun.
Afiqah banyak bertanya tentang bagaimanakah sambutan hari kemerdekaan semasa saya kecil dulu...Memang seronok dan happening. Zaman dahulu, keadaan di Malaysia adalah lebih aman dan jarang berlaku perompakan, pencurian dan pembunuhan. Malah jarang kedengaran kejadian penculikan. Tidak seperti sekarang di mana kita mesti sentiasa berwaspada kerana apa sahaja boleh berlaku. Kanak-kanak juga mesti dipastikan berteman samaada di taman permainan atau di shopping komplex.
Pada setiap malam kemerdekaan, kami akan berarak dari sekolah masing-masing bersama sebuah tanglong setiap murid. Kami akan berjalan mengelilingi bandar Bachok dan berhenti di Padang Istiadat di mana perayaan di adakan. Memang cantik sekali perarakan tanglong itu kerana suasana di sekitar jalan raya agak gelap. Lampu jalan tidak seperti sekarang yang terang benderang sepanjang jalan. Jauh-jauh, adalah disediakan sebuah lampu jalan. Ah....memang indah memori itu!!
Lakaran bendera Malaysia untuk para pelajar membuat rujukan. Sebelum mereka mula melukis, saya menerangkan sedikit sebanyak tentang lambang yang terdapat pada bendera ini. Sebenarnya saya sendiri juga teruja kerana dapat menambah info tentang lambang ini yang sudah saya lupa. Sepanjang kelas ini berlangsung, saya pasang lagu kebangsaan kita iaitu LAGU NEGARAKU.
LAMBANG DAN WARNA PADA BENDERA MALAYSIA;
Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas negeri di Malaysia dan ibu negeri.
14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur.
Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan.
Warna putih melambangkan kesucian.
Warna merah melambangkan keberanian.
Suasana pembelajaran yang santai dan fun. Susun atur ini sentiasa berubah mengikut mood pelajar.
Adelyn dan Alyssa masih kecil untuk melukis gambar bendera ini dengan sempurna. Jadi saya tolong lukiskan buat mereka. Saya juga membantu Adelyn mewarnakan bendera itu agar hasil lukisannya tidaklah terlalu ketinggalan dari hasil lukisan Afiqah, Afiq dan Alyssa. Dengan cara ini kita telah menaikkan self esteem mereka pada tahap yang tinggi. Mereka tidak rasa terpinggir dan rasa sama taraf dengan Afiqah dan Afiq.
Alyssa sangat teliti orangnya. Walaupun masih kecil,
tapi dia sudah dapat mewarnakan bendera dengan baik.
Akhirnya empat bendera Malaysia dapat dihasilkan oleh pelajar kami.
Saat yang paling bahagia bila melihat betapa riang dan bangganya mereka mengibarkan bendera malaysia diiringi oleh lagu nyanyian Sudirman. Pasti sekali akan menjadi satu memori indah dalam kehidupan mereka. Kita sebagai pendidik mesti mencuba sedaya upaya untuk mewujudkan memori indah dalam hidup.
Kalau setahun lalu, Alyssa masih kecil dan Adelyn masih baby. Tahun ini mereka sudah faham apabila kita memberi arahan, jadi kami ambil kesempatan untuk merakam video mengenai hari kemerdekaan, Kali ini kami ketengahkan FCUHOMESCHOOL ENGLISH CLUB sebagai wadah penyampaian video ini. Insyaallah...Kami juga akan menubuhkan kelab bahasa lain seperi Arab, Mandarin, Korea dan Jerman. Ini adalah keperbagaian yang kami cuba wujudkan untuk memperkasakan homeschool kami.
Ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh FCUHOMESCHOOLING sejak ia ditubuhkan. Walaupun filem ini sangat simple dam straight forward, namun ia adalah langkah pertama yang sangat bermakna bagi saya sebagai tenaga pengajar. Dengan lahirnya filem pertama ini, bermakna satu lagi syllabus dikenalkan dalam pembelajaran homeschool kami iaitu PERFILEMAN. Saya suka memilih nama yang gah dah hebat setaraf universiti walaupun saya sendiri sebagai tenaga pengajar baru merangkak untuk menguasai kemahiran photography dan juga teknik mengedit video. Nama besar ini adalah pemangkin bagi saya untuk terus berusaha ke depan dan membawa pelajar-pelajar homeschool kami ke taraf international. Mengapakan saya memilih PERFILEMAN sebagai salah satu ilmu yang penting untuk pelajar kami terokai. Sememangnya antara sebab yang paling kukuh ialah kerana ianya sangat selari dengan bisness keluarga kami iaitu FCUPRODUCTION. Jawapan yang lebih terperinci akan saya masukkan dalam entry yang akan datang, Insyaallah.
KEBEBASAN MUTLAK HOMESCHOOL
Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana telah diizinkan Allah untuk terjun ke bidang ini. Usia homeschool kami sebenarnya sudah menjangkau 32 tahun (MENGAPAKAH PERLU HOMESCHOOL?) dan kami mula homeschool secara rasmi (minta kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia) sejak tahun 2009. Sejak dari itu bermulalah perjalanan homeschool kami yang penuh dengan keseronokan meneroka ilmu Allah yang penuh kepelbagaian sesuai dengan keperluan semasa. Tiada lagi homework yang membebankan dan merugikan ruang masa, tiada lagi aktiviti sekolah yang menyebabkan anak-anak seharian di sekolah dan yang paling besar ialah peperiksaan yang memalsukan kehebatan anak kita yang sebenarnya. Malah ilmu yang ditimba di rumah lebih luas skopnya mengikut daya kreativiti pendidik. Selain dari subjek yang biasa diajar di sekolah, kami telah menambah beberapa lagi subjek lain seperti:
1- PERFI.LEMAN
2- ASTRONOMI
3- FCUMEDIC
4- THE ART OF COOKING
5- ONLINE BUSINESS
Insyaallah, FCUHOMESCHOOLING akan terus maju ke depan dengan banyak lagi ilmu Allah yang akan diterokai.
DI SEBALIK FCUHOMESCHOOLING VIDEO
FCUHOMESCHOOL STUDENTS ARE HAVING A FUN AT REGENCY RESORT, GUNUNG JERAI dirakam secara spontan tanpa skrip semasa cucu-cucu FCU meneroka taman permainan di Regency Resort. Setelah dikumpulkan semua video-video dan dijadikan sebuah filem homeschool, saya dapati ianya banyak membantu kami mengecam peribadi pelajar kami. Short film di bawah memaparkan Alyssa sebagai watak utama dengan sokongan watak penting Afiqah dan Afiq yang banyak menghidupkan filem ini. Ketika short film ini dirakam, Alyssa baru saja menyambut harijadi pertamanya dan sememangnya dia tidak dapat bertutur secara sempurna lagi. Namun begitu kami dapati dia cuba menggunakan bahasanya tersendiri umpamanya dalam video
Alyssa menggunakan perkataan "AWANK" bagi perkataan coconut oil. Begitu juga dalam short film ini, dia menggunakan perkataan " Ah....ah...." bagi menyatakan hasratnya untuk berenang. Walaupun dia tidak dapat bertutur dengan sempurna, Alyssa faham dengan apa yang kita tuturkan kepadanya. Oleh kerana kami banyak berinteraksi dalam bahasa Inggeris dengan Alyssa, dia dapat faham bila saya kata "It's dangerous, you cannot swim".
Sebaik sahaja mendengar larangan saya, dia terus beralih ke tangga, satu alternatif lain untuk mencapai hasratnya untuk berenang. Pada masa itu, Afiqah dan Afiq berada di bahagian lain. Ini bermakna pilihannya untuk menaiki tangga tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Jelas Alyssa berwatak tidak cepat putus asa dan berani mengambil risiko demi memenuhi apa yang dihajatnya. Inilah PINPOINT yang perlu kita gunakan dalam mendidiknya. Sikap positive ini perlu dipupuk lagi agar tidak hilang semasa proses membesar. Kalau hendak melarangnya pun apabila dia inginkan sesuatu yang bersifat negative, mestilah mengambil kira wataknya yang tidak mengenal putus asa dan berani. Dengan ini, anak-anak kita tidak akan mati semangat dengan tindakan-tindakan kita yang sering terbabas kerana kita tidak kenal sifat semulajadi anak-anak kita.
Semasa saya merakam video ini, saya hanya mengikut sahaja Alyssa dan Afiq naik tangga tanpa memberi arahan atau larangan. Setelah sampai di bahagian atas, Afiq hanya meninjau-ninjau ketinggian gelongsor yang terus menjunam ke dalam kolam renang. Sebaik sahaja Afiq berlalu, tanpa teragak-agak Alyssa terus memanjat benteng gelongsor dan berhasrat untuk slide down ke kolam yang diidam-idamkan sejak dari awal kami sampai. Memang terkejut juga saya dengan tindakan Alyssa yang diluar dugaan itu.Cepat-cepat saya capai bajunya agar dia tidak terus tergelongsor. Sebenarnya saya boleh saja biarkan Alyssa merasa impact pilihannya untuk menggelongsor kerana kolam itu tidak dalam pun. Kita boleh lihat hasilnya samaada dia akan menangis ketakutan atau masih boleh ketawa penuh keriangan. Faktor cuaca yang sejuk di pergunungan Jerai dan hari sudah hampir senja membuat saya memilih untuk mencapai Allysa sebelum dia menjunam ke dalam kolam. Memang dia seorang yang berani!!.Masyaallah....
Afiqah walaupun masih kecil tapi peranannya dalam homeschool kami memang besar. Dia adalah idola bagi Afiq dan Alyssa. Apa sahaja yang dilakukan oleh Afiqah, pasti akan jadi ikutan cucu berdua ini. Dalam pertuturan Bahasa Inggeris pun, Afiqah telah banyak mempermudahkan matalamat kami untuk membolehkan pelajar bertutur dalam tiga bahasa. Oleh kerana Afiqah fasih berbahasa Inggeris (taraf kanak-kanak), dengan sendirinya Afiq juga dapat menguasai bahasa ini secara natural kerana sentiasa berinteraksi dengan Afiqah. Nampaknya Alyssa juga tidak terkecuali dan sudah faham apa yang kita tuturkan dalam bahasa Inggeris walaupun baru setahun umurnya. Alhamdulillah....Inilah kekuatan homeschool di mana apabila kita dapat tapak yang kukuh (Afiqah), usaha seterusnya menjadi mudah.
Afiqah memang seorang yang ceria dan kreatif dan seorang kakak yang penyayang. Selalu sahaja dia beralah dengan Afiq yang lebih dominant (mungkin kerana dia seorang lelaki) dalam banyak perkara. Dalam video ini, Afiqah menyanyi secara spontan sahaja dan mencipta melodi dan lyric sendiri. Tidak hairanlah kalau Afiq memandang tinggi pada Afiqah kerana memang dia seorang pelajar yang berbakat. Masyallah...Alhamdulillah !!
Dari kecil lagi Alyssa menunjukkan ciri-ciri seorang yang teratur dan berhati-hati. Dia akan memilih laluan yang lebih selamat apabila hendak melangkah dan akan simpan semua barang mainannya selepas bermain. Bukan itu sahaja, dia akan pilih mainan yang tertentu untuk beg yang berlainan. Sekiranya kita ubah, dia akan pastikan barang mainan itu akan berada dalam beg yang telah ditentukan olehnya. Sikap ini memang berlainan dengan sikap Afiqah yang selalu kehilangan barang-barang kepunyaannya samaada sebab tersalah letak ataupun tidak kemas balik selepas bermain. Sikap hati-hati ini dapat jelas kita lihat apabila matanya dapat menangkap sekilas pandang tissue yang dibuang oleh Afiqah semasa berbuai. Memang dia hendak ambil tissue itu tapi....mungkin kerana Afiqah tengah berbuai, dia mengambil langkah untuk terus berjalan. Dalam perjalanannya mata Alyssa terpandang kepada tempat gelongsor yang berwarna warni itu. Dia berhasrat untuk bermain di situ setelah hampa untuk turut sama berbuai dengan sepupunya. Namun...langkahnya terhenti sebaik sahaja Afiqah menjerit " It got many spider everywhere. Look at up there...SPIDER..SPIDER..."
Sebenarnya Afiqah tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan Alyssa. Afiqah tidak berwatak sedemikian, malahan selalu sahaja memberi motivasi kepada adik-adiknya dan menjaga keselamatan mereka. Afiqah hanya menyatakan sesuatu yang benarl. Mungkin dia sudah terjumpa spider dekat tempat gelongsor semasa dia bermain sebelumnya. Yang lucunya...Alyssa terus tergamam kerana dia faham apa yang diperkatakan oleh Afiqah. Sifat hati-hatinya menyebabkan dia menukar arah dari tempat gelongsor yang gah dan menarik ke permainan goyang-goyang yang jelas lebih kecil dan agak jauh juga dari situ. Jelas disini, watak seseorang kanak-kanak akan membantunya membuat keputusan yang betul dalam insiden hariannya. Sebab itulah sangat penting kita membetulkan apa-apa yang negative dalam diri anak-anak kita agar mereka tidak terpesong dalam kehidupan dewasanya. Semua ini memerlukan pemerhatian yang teliti dari para ibubapa. Adakah kita mempu untuk melakukannya sekira anak-anak kita seharian tidak di samping kita kerana memenuhi tuntutan akademik yang makin hari makin banyak mengambil ruang masa. Inilah antara sebab yang paling penting mengapa kami homeschool anak-anak kami.
Inti pati pembelajaran homeschool kami ialah untuk membentuk anak-anak yang cintakan Allah. Sedari kecil lagi kami mengajar bahawa Allah berkuasa dalam semua perkara. Kalau mereka jatuh, Allah yang mentakdirkan kejadian itu atas sebab kecuaian mereka atau dosa-dosa mereka. Kami ajar mereka berkata "Innalillah..." dan sebagainya.
Apabila Afiq perasan seluar dan bajunya basah akibat dia berbuai atas buai yang basah,
dia berkata " Oh My God Allah... You basah my shirt..!!" Walaupun tanggapannya tidak betul, sekurang-kurangnya dia sudah dapat kaitkan apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah juga. Hakikatnya kalau dia tidak berbuai, tentu baju dan seluarnya tidak basah.
Seterusnya Afiqah menjerit penuh teruja " Thank You Allah...." menzahirkan rasa terima kasih kepada Sang Pencipta Alam Semesta atas izinNya dia dapat sampai ke Regency Resort. Sepanjang perjalanan memang itulah yang paling kami tekankan iaitu bersyukur kepada Allah yang memberi dan pinta pada Allah sekira berhajat kepada sesuatu baru boleh minta kepada ibubapa. Anak-anak kecil umpama span yang menyerap apa sahaja pengaruh di sekelilingnya. Kita ibubapalah yang bakal mencorak pengaruh itu agar mereka menjadi insan terbilang di sisi Allah.
Nikmatilah short film pertama FCUHOMESCHOOLING ini:
Berikutnya adalah video pertama FCUHOMESCHOOLING yang telah dirakam pada tahun 2010. Ketika itu Afiqah berumur 6 tahun dan Afiq pula berumur 4 tahun.
Kebanyakan pembelajaran untuk Afiqah, Afiq dan Alyssa adalah diterjemahkan dalam bentuk permainan. Sememangnya adalah satu proses semulajadi bagi kanak-kanak suka bermain. Apa sahaja yang mereka buat, semuanya cenderung kepada bermain dan sering menimbulkan kemarahan di pihak ibubapa. Semasa bermain kanak-kanak mempertingkatkan daya kreativiti mereka pada tahap paling maksima kerana mereka dalam keadaan gembira. Sayang sekali sekiranya kita terpaksa menghadkan peluang keemasan ini dengan aktiviti pembelajaran secara paksa seperti kerja sekolah yang terlalu banyak dan kelas tiution yang membebankan. Zaman kanak-kanak mereka hilang begitu sahaja kerana mengejar pengertian "pintar" yang bersifat sementara. Akhirnya apabila besar, kepintaran itu hilang begitu sahaja kerana daya kreativiti tidak dipupuk semasa zaman kanak-kanak. Mereka menjadi mangsa pemikiran masyarakat sekeliling yang mentakrif perkataan "pintar" dengan pencapaian akademik semata-mata. Mereka tidak berpeluang menikmati zaman kanak-kanak seperti kebanyakan kita pernah rasakan dahulu . Apa sahaja permainan kampung pasti kita pelajari, setiap penjuru kampung kita jelajahi dan kita berpeluang mempunyai memori indah zaman kanak-kanak. Kita perlu bersikap adil kepada mereka dan tidak salah kita ubah suai cara penerokaan selari dengan kemajuan dunia sekarang.
PERMAINAN YANG DAPAT MENJADIKAN ANAK KITA LEBIH PINTAR
Berbagai jenis permainan kanak-kanak terdapat di pasaran yang dapat meningkat daya kreativiti anak-anak kita. Kami jarang membeli toys kepada anak-anak kerana selalu sahaja akan diubah suai hingga relai dan akhirnya terpaksa ke tong sampah. Selalunya kami membeli permainan yang boleh dimainkan oleh semua ahli keluarga seperti catur, puzzles, playstation dan alat sukan. Permainan ini tahan lama dan membuat mereka lebih matang dalam menjana keupayaan otak mereka.
Selalunya kami lebih cenderung menyediakan alat yang boleh mereka cipta permainan sendiri. Biasanya terdiri dari bahan terbuang seperti kotak, tin, tali dan peralatan rumah yang sudah rosak. Banyak alat permainan baru yang dapat mereka cipta dari bahan terbuang ini dan mereka juga merasa bangga dan seronok dengan kejayaan mereka. Insyaalllah akan kami kongsikan dalam entri yang akan datang.
"TRICK" UNTUK JADIKAN MASA BERMAIN SEBAGAI SATU PEMBELAJARAN
Anak-anak FCU suka bermain dan kami juga tidak kisah mereka bermain lebih banyak dari masa belajar formal. Inilah yang kami ingin rebut dari pembelajaran homeschool. Kedengaan sungguh anih jika kita bandingkan dengan konsep pembelajaran di sekolah biasa. Namun begitu, kita perlu bijak menggunakan masa bermain mereka agar mereka dapat faedah yang berganda iaitu keseronokan. pengetahuan dan kemahiran.
Kami pastikan buku-buku yang menarik dan menjadi kegemaran mereka juga turut jadi teman sepermainan. Permainan "berlakun" yang jadi kegemaran kebanyakan kanak-kanak menjadi senjata atau trick kami untuk memasukkan unsur pembelajaran yang berkesan. Kadang-kadang mereka berlakun jadi cikgu, ada masanya main jual buku dan kadang-kadang main imbang buku atas kepala. Pada mulanya kita sebagai pembimbing mestilah ikut serta dalam permainan mereka dan seterusnya mereka dah pandai reka macam-macam cerita permainan. Sedar tak sedar, anak-anak dah pandai baca buku tanpa banyak latihan macam di sekolah biasa. Read aloud bersama mereka juga menjadikan suasana membaca sambil bermain yang sungguh menyeronokkan.
HOMESCHOOL MEMBENTUK ANAK-ANAK BERDAYA KREATIF
Video dibawah dirakam dengan bersahaja tanpa ada apa-apa skrip terlebih dahulu. Begitu juga dengan video-video lain yang kami rakam buat rujukan kami sekeluarga. Sebenarnya banyak yang dapat kami pelajari dari video-video yang telah dirakam terutamanya dari segi perwatakan mereka yang menonjol. Dari rakaman video, dapat kita teliti kelebihan dan kekurangan anak-anak untuk kita jadikan rujukan dalam membentuk keperibadian mereka.
Dalam bilik mainan pun mereka mampu belajar dan kebolehan Afiqah membaca bahasa Inggeris juga membuktikan kebolehan anak-anak homeschool memang cemerlang. Kami tidak pernah membuat latihan khas membaca seperti di sekolah. Semua pembelajaran hanya secara santai dan banyak pendedahan kepada rancangan dalam bahasa Inggeris seperti kartun dan juga movie kanak-kanak. Di samping itu, anak-anak homeschool lebih senang bertutur dalam slang bahasa Inggeris yang tepat kerana mereka tidak terpengaruh dengan guru-guru yang mengajar dan juga pergaulan rakan sekelas. Malah mereka lebih advance dari lidah kita yang telah sebati dengan slang Inggeris ala Melayu.
Pernah ketika Afiqah berusia 6 tahun, kami telah menghantarnya ke kelas Piano. Kebanyakan guru yang mengajar di Sekolah Musik itu adalah berbangsa Cina. Lama kelamaan, kami dapati Afiqah banyak menambah perkataan "la" di setiap hujung ayatnya dan sesekali kedengaran slang orang Cina bercakap bahasa Inggeris. Pada mulanya kami hairan dari mana pengaruh ala Cina ini berjangkit pada Afiqah kerana kebanyakan masa dia hanya di rumah dan memang tiada seorang kawan pun yang berbangsa Cina. Memang susah hendak membetulkan cara dia bercakap hingga sering dia di tegur. Akhirnya baru kami perasan Afiqah meniru gaya cikgu piano kesayangannya bercakap apabila kami menjemput guru itu pada majlis hari jadinya. Hikmahnya, kami tidak meneruskan pembelajaran kelas pianonya semata-mata kerana pengaruh yang bakal berakar umbi dalam pertuturan Afiqah. Kami ambil inisiatif mengajar Afiqah sendiri dan menggalakkan dia belajar piano melalui internet.
Walaupun hanya sekali seminggu pembelajaran piano tersebut, tetapi pengaruh negatif cukup kuat mewarnai diri anak-anak kita. Bayangkan sekiranya di sekolah biasa, bukan hanya guru, tetapi rakan-rakan sekelas yang ramai tentu menggelapkan lagi corak yang cuba kita warnakan pada diri anak-anak. Pada pendapat saya, untuk membentuk anak-anak mengikut acuan kita, pengaruh-pengaruh dari luar perlu ditepis semungkin boleh.
This is a daily scenario of FCUHOMESCHOOLING READING TIME in the kids
playing room. As usual, the room is very noisy and interesting with the
behavior of these three students. Afiq likes to tease Afiqah when
Afiqah wants to do something. Alyssa as a music lover, always banging
something continuously as if she is a drumer in a concert really give a
beat to the room. Finally, Afiqah and Afiq are sitting on the floor and
absorb the adventures in their favorite story books.
Ketika ini kami masih lagi berkampung di STATION 2 FCU yang bertempat di Pasir Gudang, Johor. Agak lama juga kami tinggal di sini kerana FCUPRODUCTION sedang menyiapkan beberapa projek korporat video beberapa syarikat swasta sekitar Johor Baharu. Memang betul kata para Ilmuan bahawa bergerak itu membawa berkat. Perjalanan kerohanian ini memang mempunyai serapang banyak mata. Bukan sahaja kefahaman dan amalan kerohanian makin meningkat, mewujudkan pembelajaran yang membuka minda seisi keluarga , malah rezeki juga seolah-olah menanti kami untuk disunting. Begitulah ketentuan Ilahi dan kita sebagai makhluknya yang dhaif perlulah berdoa, berusaha dan tawakkal.
Sepanjang perjalanan di dalam wira-wira setia kami, banyak sessi pembelajaran secara santai dapat disampaikan kepada para pelajar FCUHOMESCHOOLING. Afiq, Afiqah dan Alyssa memang sentiasa bersama tenaga pengajar untuk diajar tanpa mengira waktu dan tempat. Bila terserempak dengan sesuatu yang menangkap minda kami, maka itulah topik pembelajaran buat cucunda tersayang. Berbagai-bagai soalan mereka ajukan apabila terlihat sesuatu yang mereka minat dan ingin tahu. Pada pandangan saya, perjalanan ini sangat berharga buat FCUHOMESCHOOLING kerana bukan senang untuk berkembara dalam bilangan ahli keluarga yang ramai dari datuk, nenek, ayah ibu dan cucu-cucu. Konvo kami sering melibatkan 3 buah kereta bila ayahanda dan bunda Alyssa bercuti hujung minggu.
Hafidz pula bersama abang-abangnya dalam kereta yang lain. Perjalanan ini betul-betul mematangkannya. Banyak yang dia belajar dari abang-abang cara untuk mengambil photo yang berkualiti. Sekali gus....cara untuk edit gambar dan video. Keperibadian abang-abangnya banyak membentuk Hafidz untuk jadi lebih dewasa dari rakan-rakan sebayanya. Memang berbaloi bersekolah di rumah jika dibandingkan dia bersekolah biasa. Banyak target-target kami sebagai pengajar sudah terlaksana dan kini Hafidz sudah diambang remaja yang memang banyak liku-liku kehidupan perlu dihadapinya.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR FCUHOMESCHOOLING
Ucapan tahniah ini adalah dari pelajar FCUHOMESCHOOLING kepada diri sendiri. Ia kedengaran sangat pelik tapi itulah yang berlaku. Buat sekian kalinya kami, pelajar FCUHOMESCHOOLING telah berjaya menerbitkan sebuah filem sulung kami. Filem ini memaparkan aktiviti pelajar homeschool kami iaitu Afiqah, Afiq dan Alyssa. Ini adalah hasil kerja students FCUHOMESCHOOL semata-mata, tanpa campur tangan FCUPRODUCTION. Walaupun filem ini banyak cacat celanya tapi ianya sangat membanggakan bagi beginers seperti kami. Saya sebagai tenaga pengajar, dan juga sebagai pelajar FCUHOMESCHOOL. Untuk mengajar mereka saya sendiri banyak belajar berbagai ilmu. Pembelajaran di rumah memang tiada hujungnya.
FILEM PERTAMA PELAJAR FCUHOMESCHOOL:
Ini adalah sebahagian dari SIRI PENJELAJAHAN FCU KESELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA. Penceritaan kami belum sampai di bahagian Regendry Resort Gunung Jerai lagi. Insyaallah akan kami buat liputan ringkas dalam siri perjalanan yang akan datang.
Seperti yang dipaparkan...Afiqah dan Afiq memang senang sahaja menyebut perkataan Allah dalam kehidupan seharian mereka. Memang pada mulanya kita ajar mereka semasa mereka kecil. Bila makin besar, kita akan dapati mereka kaitkan Allah dalam setiap peristiwa secara spontan sahaja. Amazingkan...didikan dari kecil yang berasaskan tauhid...!
MENGENAL DAN MENCINTAI ALLAH DALAM SETIAP TINDAKAN
Apabila kita homeschool anak-anak kita, yang paling ketara kebaikannya ialah anak kita sentiasa bersama kita. Jadi kitalah pendidik mereka sebaik sahaja mereka lahir di dunia dan seterusnya. Anak-anak kecil sangat senang terpengaruh dengan suasana sekeliling mereka. Setiap pengaruh itu akan berakar umbi dalam diri mereka dan akan terus berkembang hingga sukar untuk kita memadamnya . Kesan ini terus mempengaruhi mereka hingga mereka besar. Adalah agak mustahil untuk kita hapuskan pengaruh ini terutamanya mereka banyak habiskan masa mereka bersama rakan-rakan sebaya di sekolah dibandingkan dengan ibubapa yang sepatutnya mendidik mereka. Makin besar mereka makin kurang waktu mereka bersama kita. Cuba kira berapa jam sehari. Itu pun...setakat mereka hanya wujud di rumah tetapi hakikatnya mereka sibuk dengan kerja sekolah dan kita pula sibuk dengan kerja kita. Apahal??
Tanpa kita sedari, pendidik kepada anak-anak kita adalah rakan sebaya mereka . Sungguh malang sekali ........
Homeschool memberi peluang yang luas kepada kita untuk mengenalkan mereka dengan Pencipta Agung dalam setiap detik bersama anak-anak. Nama Allah diajar sebaik sahaja mereka lahir didunia. Memang kami usahakan agar perkataan pertama mereka sebut adalah "ALLAH ". Kesannya? Menyenangkan proses penerapan cinta pada Allah kepada mereka dalam didikan seterusnya. Memang berkesan.....!
Cara kami menanam kecintaan dan ketaaatan kepada Allah pada anak-anak:
Nak mula makan...
Mulakan sebut nama Allah
Masa makan atau situasi mereka mendapat sesuatu
Siapa yang bagi ni.....Allah!!
Bila mereka sakit atau dapat musibah (jatuh ke...)
Minta ampun dari Allah sebab tanda ada dosa
Doa pada Allah agar cepat sembuh..
Bila mereka menonton tv
Minta pada Allah ilmu yang baik dari apa yang ditonton
Bila mereka melihat benda cantik umpama pemandangan...
Puji Allah kerana segala ciptaaan adalah kepunyaan Allah.
Bila mereka inginkan sesuatu, suruh mereka minta pada Allah. Fahamkan bahawa hanya Allah yang dapat izinkan kita membeli apa yang mereka mahu. Hanya Allah yang izinkan kita ada rezeki (wang) untuk membelinya.
Bila apa yang kita rancang, contohnya nak bawa mereka bersiar-siar atau ke playground tapi tak jadi atas sebab hari hujan dan sebagainya. Beritahu mereka Allah tak izinkan dan mesti ada hikmah disebaliknya.
Bila mereka bergaduh sesama sendiri...
Beritahu mereka Allah tak sayang mereka yang pentingkan diri sendiri
Pendek kata.....Kita asak pemikiran mereka dari kecil lagi bahawa Allah itu adalah segalanya. Allah ada di mana-mana dan Maha Pengasih dan Penyayang.
Bila mengajar mereka samaada sains, sejarah, geo dan sebagai....
Perkataan Allah sentiasa diselitkan kerana apa yang berlaku hanya dengan izinnya
Dengan sendirinya....mereka dapat merasakan Allah itu Maha Besar dan Allah ada segala-galanya. Masyaallah.....Memang berbeza dengan didikan di sekolah biasa. Berapa kerat aje guru yang dapat kaitkan Allah dengan apa yang diajarnya.
AFIQAH SEBAGAI GURU KECIL:
Dalam usianya yang masih mentah, gadis kecil Afiqah The Genius telah menunjukkan minat yang mendalam sebagai pengajar. Dia sering mempertunjukkan nilai-nilai yang baik buat Afiq dan Alyssa. Memang menjadi sasaran kami dalam FCUHOMESCHOOL, pelajar yang lebih besar menjadi guru kepada yang lebih kecil. Begitulah juga Hafidz banyak belajar dari abang-abangnya tentang berbagai-bagai ilmu. Dan kini Afiqah pula berperanan sebagai guru kepada adik dan sepupunya. Afiq dan Alyssa pula tidak ketinggalan menyertai apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Afiqah.
MEMANG AFIQAH BERBAKAT UNTUK MENJADI PENGAJAR YANG CEMERLANG BUAT FCUHOMESCHOOLING. VIDEO INI MEMPERLIHATKAN BAKATNYA .
Alyssa The Amazing girl. Memang dia seorang yang amazing. Pasti akan mengikuti kelas homeschool dan sentiasa mahu buat apa abang dan kakaknya buat. Kadang-kadang mereka terpaksa "lari" darinya kerana dia akan merampas apa yang kakak dan abangnya tengah baca. Bila tak dapat....pasti menangis.
Kemahuan Alyssa cukup kuat.....
AFIQ JUGA MEMPUNYAI BAKAT SEPERTI KAKAKNYA. VIDEO AFIQ MENGAJAR ALYSSA MELAKAR BULATAN.
.
VIRGIN COCONUT OIL MEMANG BAIK UNTUK MENINGKAT KEPERKASAAN TUBUH BADAN KITA. ALYSSA MEMANG SANGAT MENGGEMARINYA. SAKSIKANLAH BAGAIMANA ALYSSA MINUM VIRGIN COCONUT OIL.
Permainan LEGO adalah antara kegemaran mereka. Alyssa pun dah dapat cantum-cantum block lego dengan baik. Selalunya dia akan cuba runtuhkan apa yang kakak Afiqah dah bina dan cuba buat balik ikut versinya sendiri.
AKTIVI MEMBUAT GAM SENDIRI:
AKTIVITI BUAT PAPER BOWL
Menggunting kertas adalah aktiviti yang menyeronokkan bagi pelajar-pelajar ini.
Alyssa juga cuba menggunakan gunting buat pertama kalinya.
Terkial-kial dia cuba meniru abang dan kakaknya.
Terpaksa menunggu masa Alyssa tidur baru dapat buat paper bowl. Kehadhiran Alyssa memang akan menceriakan suasana kerana Alyssa akan rebut apa sahaja kakak dan abangnya pegang.
Peralatan yang digunakan dalam pembuatan paper bowl.
VIDEO AFIQAH DAN AFIQ MEMBUAT PAPER BOWL
AKTIVITI MEMBUAT KERABU PUCUK UBI
Memperkenalkan sayuran kampung kepada Afiq dan Afiqah. Mereka tak gemar makan buah peria kerana pahit. Ajar mereka cara untuk mengurangkan rasa pahit dengan merendam buah peria ke dalam air garam. Oleh kerana mereka tak pernah tengok pokok ubi kayu, terpaksa surf dalam internet untuk dapatkan image ubi kayu. Insyaallah satu ketika nanti akan tanam ubi kayu untuk mereka memerhati pembesarannya dan juga menikmati ubi kayu yang enak itu.
FCUHOMESCHOOLING menggunakan kaedah bersantai dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya. Cooking class adalah antara cara yang berkesan unuk mengajar sains kepada mereka. Kali ini memberitahu mereka mengapa kebanyakkan daun berwarna hijau. Juga apakah tugas klorofil kepada daun. Mereka juga teruja untuk sama-sama memotong sayur-sayuran.
Inilah hasil cooking class mereka hari ini....Kerabu pucuk ubi dan buah peria bersama ikan goreng. Nampaknya mereka tidak begitu menggemari rasa pahit kerabu ini. Namun begitu galakkan mereka rasa juga kerana lama kelamaan mereka akan suka juga. Biasanya apabila mereka besar sikit, mereka akan suka makan sayur-sayur.
Kami panggil sotong besar ini sotong plastik kerana rupanya memang seakan-akan sotong mainan aje...Para pelajar belajar rupa fizikal sotong dari dekat. Puas mereka membelek-belek sotong ini dan tanya macam-macam soalan. Ajar mereka tentang pemakanan seekor sotong dan habitatnya di dalam lautan. Begitu juga dengan fungsi dakwat hitam yang akan mereka sembur bila terasa terancam. Selebihnya saya tunjuk info dalam internet berkenaan sotong.
Wah...bukan main lagi kedua-dua chef cilik ini. Tugas mereka ialah memotong sotong ini untuk dibuat sambal tumis sotong. Memang sesuai sangat digandingkan dengan kerabu pucuk ubi dan buah peria.
Selain dari belajar, para pelajar kami juga bebas untuk bermain. Bagi kami, mereka banyak belajar melalui permainan yang direka sendiri seperti main masak-masak. Mereka bebas menggunakan medium tanah untuk kepuasan permainan mereka.