TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label travel and learning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel and learning. Papar semua catatan

Rabu, 18 Julai 2012

FCUHOMESCHOOL STUDENTS ARE HAVING A FUN AT REGENCY RESORT, GUNUNG JERAI


  
( GUIDANCE CORNER )
 
Ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh FCUHOMESCHOOLING sejak ia ditubuhkan. Walaupun filem ini sangat simple dam straight forward, namun ia adalah langkah pertama yang sangat bermakna bagi saya sebagai tenaga pengajar. Dengan lahirnya filem pertama ini, bermakna satu lagi syllabus dikenalkan dalam pembelajaran homeschool kami iaitu PERFILEMAN. Saya suka memilih nama yang gah dah hebat setaraf universiti walaupun saya sendiri sebagai tenaga pengajar baru merangkak untuk menguasai kemahiran photography dan juga teknik mengedit video. Nama besar ini adalah pemangkin bagi saya untuk terus berusaha ke depan dan membawa pelajar-pelajar homeschool kami ke taraf international.  Mengapakan saya memilih PERFILEMAN sebagai salah satu ilmu yang penting untuk pelajar kami terokai. Sememangnya antara sebab yang paling kukuh ialah kerana ianya sangat selari dengan bisness keluarga kami iaitu FCUPRODUCTION. Jawapan yang lebih terperinci akan saya masukkan dalam entry yang akan datang, Insyaallah.


KEBEBASAN MUTLAK HOMESCHOOL
Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana telah diizinkan Allah untuk terjun ke bidang ini. Usia homeschool kami sebenarnya sudah menjangkau 32 tahun 
(MENGAPAKAH PERLU HOMESCHOOL?) dan kami mula homeschool secara rasmi (minta kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia) sejak tahun 2009. Sejak dari itu bermulalah perjalanan homeschool kami yang penuh dengan keseronokan meneroka ilmu Allah yang penuh kepelbagaian sesuai dengan keperluan semasa. Tiada lagi homework yang membebankan dan merugikan ruang masa, tiada lagi aktiviti sekolah yang menyebabkan anak-anak seharian di sekolah dan yang paling besar ialah peperiksaan yang memalsukan kehebatan anak kita yang sebenarnya. Malah ilmu yang ditimba di rumah lebih luas skopnya mengikut daya kreativiti pendidik. Selain dari subjek yang biasa diajar di sekolah, kami telah menambah beberapa lagi subjek lain seperti:

1- PERFI.LEMAN
2- ASTRONOMI
3- FCUMEDIC
4- THE ART OF COOKING
5- ONLINE BUSINESS

Insyaallah, FCUHOMESCHOOLING akan terus maju ke depan dengan banyak lagi ilmu Allah yang akan diterokai.



DI SEBALIK FCUHOMESCHOOLING VIDEO

FCUHOMESCHOOL STUDENTS ARE HAVING A FUN AT REGENCY RESORT, GUNUNG JERAI dirakam secara spontan tanpa skrip semasa cucu-cucu FCU meneroka taman permainan di Regency Resort. Setelah dikumpulkan semua video-video dan dijadikan sebuah filem homeschool, saya dapati ianya banyak membantu kami mengecam peribadi pelajar kami. Short film di bawah memaparkan Alyssa sebagai watak utama dengan sokongan watak penting Afiqah dan Afiq yang banyak menghidupkan filem ini. Ketika short film ini dirakam, Alyssa baru saja menyambut harijadi pertamanya dan sememangnya dia tidak dapat bertutur secara sempurna lagi. Namun begitu kami dapati dia cuba menggunakan bahasanya tersendiri umpamanya dalam video  

ALYSSA LOVES DRINKING VIRGIN COCONUT OIL TO BOOST HER IMMUNE

Alyssa menggunakan perkataan "AWANK" bagi perkataan coconut oil. Begitu juga dalam short film ini, dia menggunakan perkataan " Ah....ah...." bagi menyatakan hasratnya untuk berenang. Walaupun dia tidak dapat bertutur dengan sempurna, Alyssa faham dengan apa yang kita tuturkan kepadanya. Oleh kerana kami banyak berinteraksi dalam bahasa Inggeris dengan Alyssa, dia dapat faham bila saya kata " It's dangerous, you cannot swim". 

Sebaik sahaja mendengar larangan saya, dia terus beralih ke tangga, satu alternatif lain untuk mencapai hasratnya untuk berenang. Pada masa itu, Afiqah dan Afiq berada di bahagian lain. Ini bermakna pilihannya untuk menaiki tangga tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Jelas Alyssa berwatak tidak cepat putus asa dan berani mengambil risiko demi memenuhi apa yang dihajatnya. Inilah PINPOINT yang perlu kita gunakan dalam mendidiknya. Sikap positive ini perlu dipupuk lagi agar tidak hilang semasa proses membesar. Kalau hendak melarangnya pun apabila dia inginkan sesuatu yang bersifat negative, mestilah mengambil kira wataknya yang tidak mengenal putus asa dan berani. Dengan ini, anak-anak kita tidak akan mati semangat dengan tindakan-tindakan kita yang sering terbabas kerana kita tidak kenal sifat semulajadi anak-anak kita.



Semasa saya merakam video ini, saya hanya mengikut sahaja Alyssa dan Afiq naik tangga tanpa memberi arahan atau larangan. Setelah sampai di bahagian atas, Afiq hanya meninjau-ninjau ketinggian gelongsor yang terus menjunam ke dalam kolam renang. Sebaik sahaja Afiq berlalu, tanpa teragak-agak Alyssa terus memanjat benteng gelongsor dan berhasrat untuk slide down ke kolam yang diidam-idamkan sejak dari awal kami sampai. Memang terkejut juga saya dengan tindakan Alyssa yang diluar dugaan itu.Cepat-cepat saya capai bajunya agar dia tidak terus tergelongsor. Sebenarnya saya boleh saja biarkan Alyssa merasa impact pilihannya untuk menggelongsor kerana kolam itu tidak dalam pun. Kita boleh lihat hasilnya samaada dia akan menangis ketakutan atau masih boleh ketawa penuh keriangan. Faktor cuaca yang sejuk di pergunungan Jerai dan hari sudah hampir senja membuat saya memilih untuk mencapai Allysa sebelum dia menjunam ke dalam kolam. Memang dia seorang yang berani!!.Masyaallah....




Afiqah walaupun masih kecil tapi  peranannya dalam homeschool kami memang besar. Dia adalah idola bagi Afiq dan Alyssa. Apa sahaja yang dilakukan oleh Afiqah, pasti akan jadi ikutan cucu berdua ini. Dalam  pertuturan Bahasa Inggeris pun, Afiqah telah banyak mempermudahkan matalamat kami untuk membolehkan pelajar bertutur dalam tiga bahasa. Oleh kerana Afiqah fasih berbahasa Inggeris (taraf kanak-kanak), dengan sendirinya Afiq juga dapat menguasai bahasa ini secara natural kerana sentiasa berinteraksi dengan Afiqah. Nampaknya Alyssa juga tidak terkecuali dan sudah faham apa yang kita tuturkan dalam bahasa Inggeris walaupun baru setahun umurnya. Alhamdulillah....Inilah kekuatan homeschool di mana apabila kita dapat tapak yang kukuh (Afiqah), usaha seterusnya menjadi mudah.

Afiqah memang seorang yang ceria dan kreatif dan seorang kakak yang penyayang. Selalu sahaja dia beralah dengan Afiq yang lebih dominant (mungkin kerana dia seorang lelaki) dalam banyak perkara. Dalam video ini, Afiqah menyanyi secara spontan sahaja dan mencipta melodi dan lyric sendiri. Tidak hairanlah kalau Afiq memandang tinggi pada Afiqah kerana memang dia seorang pelajar yang berbakat. Masyallah...Alhamdulillah !!



Dari kecil lagi Alyssa menunjukkan ciri-ciri seorang yang teratur dan berhati-hati. Dia akan memilih laluan yang lebih selamat apabila hendak melangkah dan akan simpan semua barang mainannya selepas bermain. Bukan itu sahaja, dia akan pilih mainan yang tertentu untuk beg yang berlainan. Sekiranya kita ubah, dia akan pastikan barang mainan itu akan berada dalam beg yang telah ditentukan olehnya. Sikap ini memang berlainan dengan sikap Afiqah yang selalu kehilangan barang-barang kepunyaannya samaada sebab tersalah letak ataupun tidak kemas balik selepas bermain. Sikap hati-hati ini dapat jelas kita lihat apabila matanya dapat menangkap sekilas pandang tissue yang dibuang oleh Afiqah semasa berbuai. Memang dia hendak ambil tissue itu tapi....mungkin kerana Afiqah tengah berbuai, dia mengambil langkah untuk terus berjalan. Dalam perjalanannya mata Alyssa terpandang kepada tempat gelongsor yang berwarna warni itu. Dia berhasrat untuk bermain di situ setelah hampa untuk turut sama berbuai dengan sepupunya. Namun...langkahnya terhenti sebaik sahaja Afiqah menjerit
 " It got many spider everywhere. Look at up there...SPIDER..SPIDER..."
Sebenarnya Afiqah tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan Alyssa. Afiqah tidak berwatak sedemikian, malahan selalu sahaja memberi motivasi kepada adik-adiknya dan menjaga keselamatan mereka. Afiqah hanya menyatakan sesuatu yang benarl. Mungkin dia sudah terjumpa spider dekat tempat gelongsor semasa dia bermain sebelumnya. Yang lucunya...Alyssa terus tergamam kerana dia faham apa yang diperkatakan oleh Afiqah. Sifat hati-hatinya menyebabkan dia menukar arah dari tempat gelongsor yang gah dan menarik ke permainan goyang-goyang yang jelas lebih kecil dan agak jauh juga dari situ. Jelas disini, watak seseorang kanak-kanak akan membantunya membuat keputusan yang betul dalam insiden hariannya. Sebab itulah sangat penting kita membetulkan apa-apa yang negative dalam diri anak-anak kita agar mereka tidak terpesong dalam kehidupan dewasanya. Semua ini memerlukan pemerhatian yang teliti dari para ibubapa. Adakah kita mempu untuk melakukannya sekira anak-anak kita seharian tidak di samping kita kerana memenuhi tuntutan akademik yang makin hari makin banyak mengambil ruang masa. Inilah antara sebab yang paling penting mengapa kami homeschool anak-anak kami.



Inti pati pembelajaran homeschool kami ialah untuk membentuk anak-anak yang cintakan Allah. Sedari kecil lagi kami mengajar bahawa Allah berkuasa dalam semua perkara. Kalau mereka jatuh, Allah yang mentakdirkan kejadian itu atas sebab kecuaian mereka atau dosa-dosa mereka. Kami ajar mereka berkata "Innalillah..." dan sebagainya.

Apabila Afiq perasan seluar dan bajunya basah akibat dia berbuai atas buai yang basah,
dia berkata " Oh My God Allah... You basah my shirt..!!" Walaupun tanggapannya tidak betul, sekurang-kurangnya dia sudah dapat kaitkan apa yang berlaku adalah dengan kehendak Allah juga. Hakikatnya kalau dia tidak berbuai, tentu baju dan seluarnya tidak basah.

Seterusnya Afiqah menjerit penuh teruja " Thank You Allah...." menzahirkan rasa terima kasih kepada Sang Pencipta Alam Semesta atas izinNya dia dapat sampai ke Regency Resort. Sepanjang perjalanan memang itulah yang paling kami tekankan iaitu bersyukur kepada Allah yang memberi dan pinta pada Allah sekira berhajat kepada sesuatu baru boleh minta kepada ibubapa. Anak-anak kecil umpama span yang menyerap apa sahaja pengaruh di sekelilingnya. Kita ibubapalah yang bakal mencorak pengaruh itu agar mereka menjadi insan terbilang di sisi Allah.




Nikmatilah short film pertama FCUHOMESCHOOLING ini:





Berikutnya adalah video pertama FCUHOMESCHOOLING yang telah dirakam pada tahun 2010. Ketika itu Afiqah berumur 6 tahun dan Afiq pula berumur 4 tahun.



Jumaat, 29 Jun 2012

SIRI 19 (BUMI BERTUAH TANJUNG PIAI ) : CACATAN PENJELAJAHAN FCU KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

( GUIDANCE CORNER)

Rupanya sudah enam bulan berlalu sejak tarikh akhir kami membuat penjelajahan seluruh Semenanjung. Namun begitu, segala memori begitu segar dalam ingatan bagai baru saja melewati tempat-tempat yang telah dijajah itu. Hingga kini barulah Allah mengizinkan saya mencoret sebahagian lagi siri penjelajahan yang begitu bermakna bagi pembelajaran homeschool kami terutamanya dalam pelajaran geography dan sejarah. Memang berbaloi saya membuat lapuran agak terpeinci dalam setiap entri siri penjelajahan tersebut kerana anak-anak sering merujuk kembali coretan tersebut dalam kelas homeschool kami. Alhamdulillah...semoga Allah memberi keberkatan di dalam ilmu yang dicoretkan ini.


Mengimbau kembali entri saya dalam
ada menceritakan bagaimana rancangan kami ke Cameron Highland berubah  ke STATION 2 FCU pada tanggal 3.1. 2012 (Selasa). Setelah beberapa hari berehat di Pasir Gudang, kami sekeluarga kembali menjelajah dalam wira-wira yang sudah ternanti-nanti untuk menyusur bumi Johor pula.

SABTU (7.1.2012)
Dari pagi lagi kami sudah bersiap sedia. Semua orang teruja untuk meneruskan penjelajahan setelah beberapa hari berada di STATION 2 FCU. Kali ini kami akan ke suatu tempat yang mempunyai pengertian yang besar dari sudut geographi iaitu THE SOUTHERN MOST TIP OF MAINLAND ASIA.


1-  PEKAN FRANCAIS MARA PULAI
2-  PEKAN NANAS
3-  TAMAN PERINDUSTRIAN
4-  MASJID RIMBA TERJUN

PERJALANAN KE TANAH TERSELATAN BENUA ASIA
Jolokan ini cukup gah untuk memasyhurkan Tanjung Piai sebagai satu destinasi perlancungan di Johor. Ia terletak dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor , Malaysia. Saya sebagai tenaga pengajar FCUHOMESCHOOL, mengambil kesempatan untuk menjadikan perjalanan ini sebagai satu pembelajaran yang bermakna kepada pelajar kami. Setiap lokasi yang menarik di sepanjang perjalanan, bersama kami amati buat bahan rujukan dikemudian hari. Seperti biasa, peta memainkan peranan yang penting untuk memberi gambaran jelas tentang destinasi yang telah kami jelajahi kepada anak-anak.

Kami bertolak tepat pada pukul 12. 00 tengahari setelah makan terlebih dahulu. Kami melintasi Bandar Sri Alam Masai yang cantik dengan gubahan taman sepanjang jalan.

Deretan pokok palma di sepanjang jalan kelihatan sungguh unik dan menarik sekali.

Seterusnya kami melalui Pekan Francais Mara Pulai yang terletak di lokasi strategik  berkeluasan 2.3 hektar dengan kos RM 8.8 juta. Tetapi sayang pekan ini agak lengang setelah hanya beberapa lot perniagaan beroperasi. Info dari Berita Harian On-line mungkin menjelaskan apa yang kami lihat.

Sebuah tugu nenas yang besar terletak di hadapan Public Bank di Pekan Nanas 
menjadi tumpuan para pelajar ketika kami melintasi lokasi ini.


Pekan Nanas adalah pusat industri nenas sekitar tahun 1970an bagi negeri Johor. Pengurangan peruntukan keluasan tanah bagi penanaman nenas sejak akhir-akhir ini, menyebabkan industri ini tidak lagi menjadi keutamaan di bandar ini. Tidak lama kemudian kami melintasi Taman Perindustrian Pontian.
Di sepanjang jalan banyak terdapat berbagai kilang yang bersekala besar dan kecil. Di sini para pelajar dapat menbuat pemerhatian bahawa tidak banyak penempatan rumah penduduk didirikan. Tentu sekali kerana udaranya yang kurang bersih akibat dari kilang-kilang yang bercambah di tepi-tepi jalan. Sepanjang penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia ini, jarang kami melihat bandar yang teratur seperti yang dipamerkan di daerah ini di mana setiap tempat ada pengkhususan nasing-masing. Memang satu contoh yang baik bagi menjaga kebersihan alam sekitar.







Kami melewati Masjid Rimba Terjun sebelum sampai ke Tanjung Piai. Reka bentuk masjid ini memang cantik dan menarik.






TANJUNG PIAI ( THE SOUTHERN MOST TIP OF MAINLAND ASIA )




 MERCU TANDA TANJUNG PIAI

(latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur)




Peta dunia dan peta Malaysia tertera dengan jelasnya di mercu tanda Tanjung Piai yang diperbuat dari gentian konkrit mesra alam setinggi 20 m dan 10 m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda ini menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya. Kira-kira 526 hektar daripada kawasan taman negara ini meliputi hutan bakau, manakala bakinya dataran berlumpur. Dua pelepah Paku Piai Raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai.

DI SEBALIK SEJARAH NAMA TANJUNG PIAI
Piai Raya merupakan antara paku-pakis yang boleh bertoleransi dengan kawasan air 
masin dimana ianya tumbuh di belakang pokok bakau dan tumbuh
 dalam kelompok rumpun sangat besar hingga 2 m tingginya.

Kegunaan Piai Raya:

1. Bahan makanan: Pucuk daun piai yang masih muda dapat dijamah mentah seperti salad atau dimasak untuk dimakan (Melayu, India, Sri Lanka). Daun-daun itu juga digunakan sebagai makanan lembu. Daun lebih tua apabila kering adalah seperti kertas dan digunakan penahan kebakaran bagi bumbung jerami (Vietnam Dan Pasifik). Serat-serat bagi daun lama juga digunakan untuk membuat tali.
2. Ubatan tradisional: Rizomnya ditumbuk membentuk adunan dan boleh merawat luka dan bisul (Melayu). Daunnya juga digunakan bagi menghentikan pendarahan.


Sebaik sahaja sampai di perkarangan Taman National Johor, penjual topi
telah berjaya menarik perhatian Afiqah, Afiq dan Alyssa dengan topi yang berbagai gaya.
Akhirnya kami membeli tiga topi sebagai ole-ole dari Tanjung Piai.


Papan tanda ini memang menjadi kemestian para pengunjung untuk
bergambar kenang-kenangan.


Masing-masing bergaya dengan topi yang baru dibeli tadi



 
 Afiqah sedang meneliti denai yang akan kami lalui di peta  Taman
National Johor yang tertera di sebuah papan tanda. Sepanjang
penjelajahan seluruh Semenanjung Malaysia ini kami banyak
mendedahkah penggunaan peta kepada para pelajar. Hasilnya sangat
menakjubkan kerana pantang melihat peta di mana-mana sahaja mereka
akan berminat untuk mengamati dan cuba memahami
simbol-simbol yang digunakan dalam peta tersebut.




Terdapat banyak kata-kata positive yang indah di sepanjang 
jambatan kayu menuju ke Komplex Pelawat.




Untuk meneroka hutan bakau dan sampai ke penghujung tanah benua Asia,
pengunjung dikenakan pembayaran sebayak MYR 5.00 untuk rakyat Malaysia
 dan MYR10.00 untuk pelawat asing .Car parking fee is MYR3.00 per car.



FunCUPRODUCTION CREW sedang bertugas di lokasi Komplex Melawat yang mempamerkan berbagai info tentang Taman Negara Tanjung Piai dan habitatnya. Mengapa perlu banyak kamera? Sebenarnya setiap orang ada tugas masing-masing. Ada yang ditugaskan mengambil photo secara menyeluruh sahaja. Ada yang ditugaskan ambil photo close up sahaja, ada pula yang mengambil video sahaja  dan berbagai lagi. Semua photo dan video ini akan digabungkan menjadi satu hasil kerja yang bermutu tinggi.



Antara bahan yang dipamerkan di Komplex Pelawat ialah berbagai jenis
hidupan cengkerang laut yang hidup di hutan bakau ini. Bagi kami yang sudah
lama mendiami Kampung Bakau Langkawi, memang sangat arif dengan
keenakan siput-siput ini. Kami hanya kutip di belakang rumah dan masak dengan
resepi yang hebat untuk mendapat rasa yang enak sekali. Boleh baca dalam entri
NEVER -ENDING ADVENTURES IN MANGROVE JUNGLE
untuk sama-sama menjelajah hutan bakau Kampung Bakau Tepi Laut bersama Hafidz.


Replika National Park Tanjung Piai yang terdapat di Komplex Melawat.



Suasana di Jambatan Hijau ini sungguh menarik kerana warna suasana sekitar
semuanya bertukar menjadi hijau. Bumbung jambatan inilah yang memainkan peranan
di sebalik keunikan ini. Kami meniti jambatan ini dari Komplex Melawat
untuk terus menjelajah Hutan Bakau yang luas itu.


MENEROKA WETLAND  OF TANJUNG PIAI




Perlu mengamati papan tanda arah trail yang akan kita lalui agar kita dapat sampai ke destinasi yang betul. Pemandangan sekeliling memang sama sahaja di sepanjang perjalanan.




Tanda jalur merah itu adalah trail yang kami gunakan untuk sampai ke Penghujung Tanah Besar Asia.


1- TRAIL TO THE TIP OF MAINLAND ASIA (653 m)
2- JAMBU LAUT TRAIL(1800 m)
3- MONKEY TERRITORY TRAIL
4- BEBARU TRAIL (600 m)


Tanjung Piai National Park ini dijaga dengan baik dari ganguan manusia. Suasana sekeliling sungguh harmoni. Pemandangan hijau pokok bakau sungguh menyejukkan mata kami.





FCUPRODUCTION CREW tidak bergerak serantak. Ada yang sudah kedepan dan ada
yang berada di belakang. Tugas mereka yang paling penting ialah merakam segala hidupan
yang terdapat dalam hutan bakau ini.




Sepanjang penjelajahan ini, Hafidz sentiasa mendapat
bimbingan cara untuk merakam photo dan video yang berkualiti.


Pondok perhentian rehat banyak disediakan di sepanjang trail ini. Bagi mereka yang tak biasa jalan jauh, pondok ini memang sangat membantu. Ini juga bermakna para pelawat tidak perlu risau jika cuaca tiba-tiba berubah dan hujan turun dengan lebatnya. Suasana sekitar memang sunyi dan para pelawat juga tidak tentu ramai pada masa tertentu. Oleh itu, memang dicadangkan datang dalam kelompok yang ramai seperti bersama keluarga atau persatuan. Untuk sampai ke Tip terselatan benua Asia dan balik kembali ke Komplex Melawat pun dah satu kilometer jauhnya. Perjalanan ini memang mengambil masa yang agak lama tapi menyeronokkan terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan hutan bakau.




Inilah monyet (long-tailed macaque) yang mula-mula menyambut kami. Mukanya comel dan kelihatan tenang sahaja. Kedatangan kami tidak membuat dia ketakutan. Mungkin sudah terbiasa dengan kunjungan para pelawat sebelum ini. Kami agak monyet ini adalah betina kerana tidak begitu aggressive.



Yang ini pula mengintai-ngintai di sebalik pokok. Gayanya macam memerhati beg-beg kami. Mungkin dia tengah aim sesiapa yang ada bawa makanan. Sebab itulah para pengunjung dilarang membawa sebarang  bentuk makanan atau mengunyah makanan ringan sewaktu meneroka hutan ini. Memang bahaya sebab mereka akan cuba rebut dari kita. Pernah terjadi waktu kami sekeluarga mendaki telaga tujuh. Monyet jantan tiba-tiba muncul di depan kami dan cuba rampas beg yang mengandungi keropok. Untuk menjaga keselamatan kami, terpaksa bagi beg tersebut. Ingatkan akan selesai masaalah. Rupanya banyak monyet-monyet lain yang bersembunyi sebelum ini keluar dan cuba merampas beg makanan tersebut. Riuh rendah hutan sekeliling dengan "peperangan" sesama monyet. Mungkin ada monyet yang tercedera dalam perebutan itu. Cepat-cepat kami berlalu dari situ bimbang monyet yang gagal dalam perebutan itu akan cuba dapatkan makanan yang lain dari kami.  


Ha..ha..Tiba-tiba sahaja monyet seekor ini muncul di depan kami. Yang menggelikan hati ialah lagaknya macam nak tunjuk body kepada kami. Walaubagaimana pun kami cepat-cepat berlalu kerana kemungkinan monyet ini nak kencing. Hai..boleh bayangkan betapa malangnya jika terkena pancutan air kencing monyet.



Akhirnya terserempak dengan monyet jantan yang besar. Gayanya macam nak serang kami
dengan menunjukkan taring tajamnya dan mata putihnya. Bayangkan kalau kita hanya seorang
diri atau dalam kumpulan kecil yang hanya perempuan. Monyet jantan tidak berani jika ada
lelaki dalam group. Jadinya...hanya setakat lagak nak serang sajalah....


Besar juga saiz ikan belacak yang berjaya kami rakam ini. Ikan belacak di belakang rumah kami agak kecil saiznya. Ikan ini sangat istimewa kerana mampu bertahan lama tanpa air. Sekali tengok macam ada kaki yang sebenarnya ialah sirip. Sebenarnya ikan ini ada keupayaan menyimpan air dalam insang dan bernafas melalui kulit. Masyaallah...Terpegun Afiqah dan Afiq mendengar penerangan tentang kebolehan ikan ini.






Hafidz menunggu kelibat biawak air ini untuk dirakam dalam kameranya tetapi tak berhasil.
Mungkin kedatangan kami yang agak ramai ini menakutkan biawak air yang memang banyak
dalam hutan ini. Sebab itulah kalau kita hendak melihat semua binatang yang tinggal
di habitat ini, kena tunggu lama sikit baru berhasil.






Inilah rupa biawak air . Gambar ini adalah dari ihsan google.



Ketam Rebab (Fiddler Crab) memang banyak di belakang rumah kami apabila air laut surut. Kami cuba meninjau-ninjau kehadhirannya di hutan bakau ini...Susah juga nak jumpa. Sekali sekala baru ada seekor dua merayap atas lantai hutan. Mungkin yang lain tengah tidur dalam lubang mereka. Sepit yang besar digunakan sebagai senjata bila diserang manakala sepit yang kecil digunakan untuk makan. Apabila air pasang, ketam ini akan membuat perangkap udara dalam lubang mereka yang membolehkan mereka bernafas.
Hebat sungguh ciptaan Allah mencipta kepelbagaian ini.



 
Inilah dia Ketam Pepanjat (Tree Climbing Crab) yang berupaya memanjat tinggi apabila air laut pasang. Dalam bilik air kami selalu juga jumpa ketam ini. Kadang-kadang berbulan ketam ini mendiami bilik air kami dari kecil saiznya hingga besar saiznya. Ketam ini nampak jinak dan tidak merbaya. Biasanya ketam ini akan bersembunyi di belakang sinki dan mengutip sisa-sisa makanan yang terlekat di penjuru-penjuru.





 Kami cuba untuk rakam Burung Botak yang banyak mendiami hutan bakau
Tanjung Piai tapi tak berhasil.



Tinggi akar ini adalah 4.27 m dari aras tanah. Usia pokok ini memang dah lama kalau di kira dengan ketinggian akarnya. Belakang rumah kami memang banyak terdapat akar-akar macam ini...Memang unik dan menarik sekali. Bila air pasang dalam, boleh bertenggek atas akar ini untuk jadi flatform untuk terjun kelaut macam kolam renang. Memang best !! Terdapat lebih kurang 20 jenis pokok bakau dalam hutan bakau Tanjung Piai. Untuk mengenal setiap jenis memang memerlukan kepakaran kerana mereka tidak banyak berbeza. Hanya yang arif boleh berjaya. Hafidz memang arif tentang hutan bakau kerana selalu meneroka hutan bakau bila ada kelapangan.




TIP OF MAINLAND ASIA




Kejauhan kelihatan Globe Dunia yang dibina atas platform di Penghujung Tanah Besar Asia.


 
Rupa bentuk globe dari dekat.



Rupa bentuk globe sebelum digantikan dengan rekaan terkini.





Akhirnya kami sqampai juga ke destinasi yang memberi makna besar dalam Penjelajahan Seluruh Semenanjung Malaysia ini. Memang terasa gah kerana kini kami sedang berdiri atas penghujung bumi Benua Asia. Bagi Afiqah dan Afiq, pengetahuan geographi yang baru mereka pelajari ini sangat bermakna. Sebelum ini mereka tidak tahu apa-apa tentang pengertian perkataaan "benua". Kehadhiran banyak kapal-kapal besar di lautan waktu itu juga turut menjadi bonus dalam pembelajaran homeschool kami. Malaysia dipisahkan dengan Singapura oleh Selat Teberau. Perkataan Benua Asia, Tanjung, Selat, Pelabuhan dan Singapura akan menjadi topik pelajaran homeschool kami nanti . Insyaallah.....



Tajrid (16) adalah salah seorang pelajar FCUHOMESCHOOL. 
Dia juga adalah salah seorang jurukamera FCUPRODUCTION.



Cuaca yang baik semasa kami berada di Tip Tanjung Piai membolehkan kami melihat 
bangunan-bangunan pencakar langit di kota Singapura.



 
Beginilah besarnya kapal-kapal yang menuju ke pelabuhan Singapura.


"VENI, VIDI, VICI" adalah ayat Latin dan merupakan kata-kata Julius Caesar setelah berjaya dalam pertempuran dengan Pharnaces ll dari Pontus. Pertempuran ini telah berlaku pada 47 BC dalam bandar Zela. Sekarang tempat itu dikenali sebagai Zile, Turki.




Gambar kenangan FCU di PENGHUJUNG SELATAN TANAH BEAR ASIA. Memori indah ini kami hadiahkan kepada dua orang lagi ahli FCU yang menjadi galang ganti kami menjaga Langkawi.





Pemandangan dari platform 1. Memang curam tangganya.





Pendakian yang memberi kepuasan hati.





Pembelajaran homeschool telah berjaya mempertingkatkan kemahiran 
Hafidz dalam bidang penerbitan. Sememangnya dia punya peluang yang
 besar untuk terus berkembang setaraf abang-abangnya.



Pemandangan dari Platform 1 ini sangat cantik dan nyaman sekali. Andai dibenarkan bawa makanan, 
memang hebat rasanya dapat berkelah di menara ini. Kita boleh nampak laut dari celah-celah pokok bakau. Kebanyakan pokok bakau di hutan ini sangat tinggi walaupun batangnya tidak besar dan tumbuh tegak. Berbeza pula dengan kebanyakan pokok bakau di hutan kampung kami. Kebanyakannya berbatang besar dan tumbuh berbagai gaya macam bonsai gergasi. Maha suci Allah atas segala kelainan dalam ciptaaanya walaupun dari species yang sama.

Sweet Memories Forever !!!


INFO TANJUNG PIAI BUAT HOMESCHOOLING
(semua photo-phota di bawah ini adalah dari ihsan google)

2- Jambu Laut Trail




Kita boleh menikmati pemandangan laut dengan jelas sekali. 
Pengunjung juga boleh memancing di sini.



Bila kita disekelilingi lautan begini, aktiviti yang paling menghidupkan
jiwa kita ialah berzikir dan berfikir tentang Allah. Semoga Allah
sentiasa merahmati kita semua.


Terdapat papan tanda arah bandaraya terkenal di dunia 
di tengah-tengah jeti.



Kita boleh agak ke arah manakah bandar-bandar ini terletak dan 
berapa jauhnya dari Jeti ini. Sungguh menarik !!



Terdapat banyak burung-burung laut bertenggek di akar dan 
batang pokok bakau.



3- Monkey Territory Trail (Not the real name)








Beginilah pemandangan di sepanjang trail ini. Penyambut tetamu setia
menunggu kedatangan para pengunjung dengan senyuman manis dan mesra.
Pastikan anda dalam kelompok yang ramai dan ada hero-hero bersama.
Namun begitu...kita tidak akan diganggu andai kita ikut peraturan
iaitu tidak membawa sebarang makanan
 (yang tersembunyi dalam beg sangkut tak pa kut...) atau
pun kelihatan mengunyah makanan.



Dalam senario ini, kelihatan monyet ini boleh hidup harmoni bersama manusia.
Lelaki ini sikitpun tak gentar menggunakan laluan yang sama dengan monyet.
Sekiranya seorang perempuan berjalan seorang diri seperti ini,
adakah masih boleh aman seperti ini ?







4- Bebaru Trail (600 m)

Jalur merah menandakan Bebaru Trail yang panjangnya hanya 
600 m dari Komplex Melawat. Di sinilah terletak kawasan perkhemahan
kepada sesiapa yang berminat untuk meneroka hutan bakau dan 
mengamatinya secara lebih terperinci. Memang seronok jika sekiranya
 perkhemahan inidijalankan dalam group yang ramai.




Inilah tapak perkhemahan untuk lelaki. Setiap petak
untuk setiap orang. Memang ada privasi!!




Ini pula tapak perkhemahan bagi perempuan. Pihak pengurusan
menitik beratkan soal keselamatan perempuan dengan 
mendirikan pondok yang berpintu.


Bekalan air paip juga disediakan untuk kemudahan 
para pengunjung. Peringatan untuk menjimatkan air turut 
diperingatkan kepada pengguna.



Bagi mereka yang suka adventure lebih mencabar, pihak 
pengurusan menyediakan laluan lumpur untuk diteroka.




Antara laluan yang mencabar untuk para pengunjung.



Titi yang diperbuat dari batang kayu juga turut mencabar 
keupayaan pengunjung.



Laluan ini yang paling mencabar kerana pengunjung akan berdepan 
dengan selut secara terus. Biasanya selut ini akan menenggelamkan 
hingga ke betis kita. Memang paling mencabar!!!




Menara yang terdapat di tapak perkhemahan ini cukup 
tinggi untuk meninjau suasana seluruh Tanjung Piai.


Pada saya, Tanjung Piai adalah satu destinasi yang tepat buat keluarga terutamanya bagi mereka yang tidak biasa dengan hutan bakau. Taman negara ini memberi satu pengalaman yang sungguh bermakna dan anda akan berasa seperti berada dalam satu alam lain. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...