TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label PAVLOVA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAVLOVA. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2014

MANISNYA KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) 2013-2


23. 1. 2014 MALAM JUMAAT
" Hafidz lulus....." Kedengaran tempikan gembira dari ruang tamu. Ketika itu aku sedang memasak makan malam di dapur. Untuk memastikan apa  yang aku dengar, cepat-cepat aku menerpa ke ruang depan dan kelihatan anak-anak sudah penuh mengerumuni salah sebuah komputer.
"Tajrid juga lulus...." Suasana gembira memehuhi segala ruang yang ada. 
"Semua lulus......" Pemberitahuan yang terakhir ini, betul-betul membuai rasa kegembiraan  yang tak terhingga di hati seorang ibu yang saban hari menunggu saat ini.

"Syukur Alhamdulillah...." Ungkapan keramat membalas segala pemberian Ilahi. Hanya dengan izinNya jua segala keputusan menjadi kenyataan. 

" Hang Hafidz...nanti karang lulus, berhamburanlah air mata hang sujud syukur.....Walaupun hang sekolah kat rumah je...tak ada apa yang boleh sekat kejayaan hang" Masih kedengaran kata-kata semangat dalam loghat Kedah dari ayahanda , pembimbing kehidupan keluarga FCU. Sejenak pemikiranku mengimbas kembali memori manis ketika keenam-enam anak bertungkus lumus di saat-saat akhir persediaan peperiksaan RAE. Sempat saya rakam saat indah ini dalam entri PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE).

Sekujur itu juga, kedua-dua pelajar sulung FCUHOMESCHOOLING (Tajrid dan Hafidz) terus menyentuhkan dahi mereka ke lantai ruang tamu tanda kesyukuran atas nikmat Allah, Tuhan sekelian Alam.
Apakah lagi yang didambakan oleh seorang ibu, melainkan melihat anak-anak membesar penuh keimanan kepada Allah. Aku juga turut sujud syukur di sisi mereka, penuh kehambaan dan sangat terasa betapa agungnya sifat Rahman Allah kepada hambaNya yang lemah ini.

Berita gebira ini turut dikongsi bersama warga Langkawi di facebook.

Antara komen-komen tahniah dari friends LangkawiStory

\\

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN  RAE BAGI ENAM ANAK
Add caption

Add caption





















KENDURI KESYUKURAN
Kegembiraan ini kami raikan dengan juadah istimewa buat keluarga tersayang. Seperti  biasa masakan bunda menjadi keutamaan dan keistimewaannya pasti tidak dapat ditandingi oleh mana-mana restoran diLangkawi. 
Air tangan bunda bersambut selawat keatas Junjungan Nabi dan setiap gerakan dimulai dengan kalimah Bismillah. Masyaallah....Indahnya Islam yang merangkumi setiap aspek kehidupan hingga ke sekecil-kecil perkara.


NASI ARAB DAN AYAM KABSAH
Oleh kerana kesedapan nasi Arab dan ayam kabsah masih lagi terasa di lidah, saya memilih untuk memasaknya sekali lagi. Entri penuh bersama resepinya ada saya tulis disini.


Antara bahan-bahan yang digunakan untuk Nasi Arab dan Ayam  Kabsah



PAVLOVA OH....PAVLOVA
Aduhai Pavlova kecintaan kami. Sememangnya Pavlova sudah bertahta di hati kami dibandingkan dengan Tiramisu atau Cheese Cake. Anak-anak sangat menggemarinya termasuklah big boss kami. Rasanya baru sahaja saya membakar Pavlova semasa birthday Afiqah awal Januari ini. Atas permintaan bakal doktor kami Intan Liyana yang sedang bercuti dua minggu di Langkawi, maka dapur FCU sekali lagi menghidangkan kek yang cantik dan lazat ini.


Saat yang paling dinantikan oleh semua.....Lepas sapu whipping cream, tabur buah....boleh makan dah....



Kali ini kami berpeluang menikmati pavlova yang dihias oleh Intan. Dari awal pagi membakar hingga ke malam hari baru dapat 4 biji pavlova. Setiap pavlova yang paling bawah (yang sedang dihias) memerlukan 4 jam untuk masak dengan sempurna. Temperature yang digunakan hanya dalam lingkungan 100 celcius hingga 130 celcius bagi 2 pavlova ini. Dua pavlova yang paling atas itu pula (yang berwarna agak perang) menggunakan temperature 140 celcius dan masa yang diambil untuk membakar adalah lebih kurang 3 jam. Pavlova perang ini tidak begitu manis dan rasanya juga tidak macam marshmallow.  Pavlova yang berwarna putih pucat (paling bawah) ini memang manis dan rasanya bagai marshmallow. Bila dah ramai anak, berbagailah seleranya dan sebagai ibu....kepekaan ini adalah sangat penting demi kepuasan anak-anak tersayang.    



Hiasan pertama



Hiasan kedua



Hiasan ketiga




Memang berwarna warni.......Buah-buahan yang digunakan ialah strawberi, kiwi, anggur hitam dan mempelam siam. 



Hanya dalam masa sekejap sahaja semua pavlova ini akan selamat disantap oleh kami sekeluarga.



Bersyukurlah wahai anak-anak dan cucu-cucu.....Siapalah kita untuk mendapat segala nikmat yang tak terhingga ini. Masih ramai mereka diluar sana yang tidak berpeluang menikmatinya seperti kita. Setiap suapan mesti diiringi perasaan syukur yang tidak terhingga. Ingatlah kepada mereka yang tidak bernasib baik terutamanya anak-anak yatim di sekeliling kita. Bayangkan kita pula yang berada 
di tempat mereka.....(Bergenang air mata ibu yang mengandung.....)


LANGKAH SETERUSNYA....
Kami memerlukan surat rasmi keputusan peperiksaan RAE yang mungkin akan sampai dalam masa terdekat. Dengan adanya bukti bahawa kami lulus, barulah dapat memohon Apparatus Assignment  (AA) bagi mendapat sijil pengendali Radio Amatur Kelas B. Dengan lain perkataan, AA ini adalah merupakan lesen dalam pengendalian Radio Amatur. Pengendali Radio Amatur tanpa lesen tidak di benarkan dan merupakan satu kesalahan besar dan tindakan undang-undang yang melibatkan mahkamah akan diambil oleh SKMM. Antaranya...denda akan dikenakan dan segala peralatan radio yang canggih dan mahal itu akan dirampas. Jadi janganlah cuba-cuba untuk berjinak dengan radio amatur sekiranya tanpa lesen. Untuk mendapat lesen, kena lulus dululah....Oleh itu pengguna radio amatur bukanlah calang-calang orang dan mesti ada pengetahuan tentang peraturan dan juga pengendalian peralatan letrik yang caggih juga.

Dengan ini kelapan-lapan anak kami (semuanya lelaki) akan memohon untuk mendapatkan lesen dimana setiap lesen dikenakan bayaran RM 84 pada tahun permulaannya. Masing-masing mesti mula mereka call sign yang akan digunakan....Bagi lesen B, call sign akan bermula dari

9 W 2..........
Saya sangat berminat dengan call sign 9W2 Romeo Oscar Hotel. Ada juga antara kami yang sudah mengidam untuk mempunyai call sign 9W2 Foxtrot Charlie Uniform......
Semua call sign ini menggunakan fonetik abjad yang digunakan oleh para pengguna  Radio Amatur di seluruh dunia. Saya akan menulis berkenaan info-info penting Radio Amatur dalam entri yang yang akan datang, Insyaallah.....
Nampak kena cepatlah...agar nama call sign idaman tidak diambil orang.........
Challenge seterusnya ialah......belajar lagi untuk peperiksaan mendapat lesen A. Peringkat tinggi ini akan beroperasi melalui Morse Code dan di kalangan Radio Amatur antara bangsa.

CAYO.....FCU CAYO......!!

Sabtu, 11 Januari 2014

PAVLOVA FOR AFIQAH'S BIRTHDAY

Afiqah is a January girl. This Miss January is very active, creative and a kind sister to Afiq, Alyssa and Adelyn. We are very lucky to have her as the leader of this small group since she always full with bright and funny ideas especially during homeschool class. Infact, our everyday homeschool life won't be that interesting without her. Afiq, Alyssa and Adlyn are also as wonderful as their sister. Masyaallah.. Thank You Allah for the gift of these children to raise, this life to share and this spirit to enrich…

What do you want for your birthday?

Pavlova..... and I want to make it myself.
Malah pavlova adalah kegemaran seluruh keluarga FCU. Kelembutannya...keenakkannya....dan digabung dengan whipping cream and chosen fruits. Ah....memang patutlah harganya sangat mahal. Namun begitu kalau kita boleh buat sendiri, sangatlah membantu dan boleh makan dengan puas terutamanya apabila mempunyai keluarga ramai seperti kami. Saya pernah buat entri tentang pavlova dalam 
PAVLOVA WITH LOVE.



Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pavlova. 
Kami ubah suai resepi asal supaya dapat pavlova yang lebih besar.


Resepi Pavlova Besar:
7 biji telor sederhana besar ( Ambil telur putih sahaja)
4/5 cawan gula halus (rasanya tidaklah terlalu manis)
1 sudu besar essen vanilla
1 sudu besar cuka
2 sudu besar tepung jagung



Afiq dengan persediaan bahan untuk pavlova



Tengok tu...berebut-rebut mereka nak memukul telur putih. Di sinilah kita boleh mengajar tentang akhlak yang Allah suka. Mereka dapat belajar untuk bertolak ansur dan tolong menolong sesama sendiri.            



Inilah keindahan homeschooling. Pembelajaran bukan sahaja di meja tulis, tetapi proses ini sentiasa bersambungan antara bilik bacaan, ruang dapur mahupun di playground. Oleh kerana mereka tidak pernah didedahkan dengan cara belajar seperti di tadika mahupun di sekolah, pengertian "belajar" pada mereka sangat luas. Apa sahaja yang mereka lakukan dari bangun tidur hingga mereka melelapkan mata di malam hari, adalah proses pembelajaran. Yang paling penting, kita tidak memerlukan modal yang mahal untuk menyampaikan pelajaran kepada anak-anak. Cara kita menyampaikan pembelajaran itu yang penting.

1) Beri keistimewaan kepada anak-anak untuk memilih resepi (mereka akan rasa gembira dan bersemangat)
2) Suruh mereka dapatkan resepi dari internet (melatih mereka membaca dan pupuk keyakinan diri)
3) Biarkan mereka menyediakan segala barangan (melatih mereka menggunakan alat penimbang)
4) Biarkan mereka melakukan sendiri langkah-langkah memasak. Kita hanya pantau dan membantu.
5) Kejayaan mereka memasak apa yang mereka pilih adalah sangat penting walaupun rupa dan rasa tidak         sempurna. Perasaan gembira dan bangga dengan pencapaian diri akan memberi ruang untuk mereka terus     kehadapan. Lambat laun, mereka pasti dapat melakukan dengan sempurna.
6) Adalah tanggungjawab kita sebagai pembimbing untuk memasukkan iman dalam setiap tutur kata semasa     proses pembelajaran. Thank You Allah, Allah The Mighty, Allah The Merciful dan apa sahaja ayat tauhid     mestilah ditanam ke sanubari mereka hingga sebati dan menjadi darah daging mereka.



Akhirnya Afiq beralah. Oleh kerana Afiqah lebih tua, keistimewaan memukul telur didahulukan. Tambah lagi, kek ini adalah untuk harijadinya



Two amazing and sweet princesses at work!!

They always claim that they are a real princess...(children imagination). We always say that...real princess loves Allah, real princess loves housework, real princess loves learning and all the positive attitudes. Or else...you are the fake princess. Sebenarnya..walaupun dengan cara main-main, pembelajaran dan pendidikan masih dapat berlangsung dengan jayanya. Kanak-kanak suka berangan-angan dan kita boleh mengikut rentak mereka selagi tidak bersalahan di sisi Allah.



Telur putih dah kembang....Afiq dan Alyssa menunggu giliran dengan sabar. 
Afiqah pula asyik berceloteh dan berlagak bagai chef celebrity. Hmm....



At last, Afiiqah bagi Afiq peluang untuk memutar telur 



Alyssa juga ingin mencuba buat pertama kalinya mengguna mesin pemutar. Oleh 
kerana tangannya masih tidak begitu kuat, abang dan kakak membantu Alyssa 
menjayakan impiannya. Sikap saling tolong menolong dan kasih sayang 
sangat penting kita semaikan kepada anak-anak. Semoga
 mereka akan menjadi generasi Islam yang 
sangat mementingkan perpaduan ummah.



Mereka memberi penghormatan kepada Alyssa untuk memasukkan gula, tepung, esen vanilla dan cuka. Alyssa rasa sungguh teruja dan gembira sekali. Kanak-kanak cepat belajar dari perbuatan kita. Walaupun mereka masih kecil, mereka sudah pandai guna saikologi untuk menarik minat Alyssa untuk terus belajar memasak. 



At last, semua bahan sudah diadun dan meringue terhasil dengan sempurna. Hanya
 Afiqah boleh melakukan kerja memindahkan meringue dari periuk ke atas kertas 
pembakar. Kerja ini sangat rumit dan perlu langkah yang berhati-hati. Akhirnya
                           kita terpaksa menolong juga apa yang patut terutamanya 
untuk membentuk seperti sebiji kek.


Sang Puteri bersama  pavlova birthdaynya (belum dibakar).



Buah-buahan yang menjadi kegemaran kami sekeluarga setiap kali buat pavlova. Kali ini tanpa strawberri kerana stok tak ada di kedai. 



Tiga pavlova untuk orang dewasa dan empat mini pavlova untuk Afiiqah, Afiq, Alyssa dan Adelyn. Pavlova yang ada lilin itu adalah hasil tangan Afiqah.




Happy birthday my dearest Afiqah Sweet 10. Each candles represents five years.



Semoga Allah sentiasa membimbingmu seumur hayat.




Teddy bear kesayangan Afiah dan Alyssa yang juga pakai tiara 
macam tuan mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...