TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Memaparkan catatan dengan label bonsai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonsai. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2022

REFORMED THE BONSAI TREE BY HAFIDZ

TARIKH : 2 May 2010
Untuk mendapat sepohon bonsai yang berkualiti, memerlukan usaha yang gigih dan juga masa yang lama. Paling-paling tidak, kita memerlukan lima tahun untuk menghasilkan sepohon bonsai secara purata. Namun begitu bagi sesetengan pokok, mungkin mengambil masa berbelas tahun baru nampak kecantikan seni bonsai yang tinggi. 

Antara proses yang mesti dilalui dalam pembentukan bonsai ialah memotong mana-mana dahan yang kita tidak perlu agar bentuk bonsai nampak lebih menarik. 



Ini adalah kedudukan asal pokok yang bermula dari sebatang ranting dan membesar dan meranting.


Pokok dikeluarkan dari pasu asal dan diubah ke pasu baru. Asalnya tumbuh menegak tapi kini diubah kedudukannya membaring dan ditonjolkan akarnya untuk menjadi sebahagian dari design  bonsai ini.




Dengan yakin Hafidz memotong dahan yang tidak diperlukan.









Akhirnya dari pokok asalnya, bonsai ini sudah menjadi satu design yang baru.




Khamis, 27 Februari 2014

YOUNG SIFU HAFIDZ TEACH HOW TO MAKE TANUKI


Bonsai adalah merupakan salah satu dari subjek pembelajaran homeschool kami. Kegiatan bonsai bermula dari seawal pagi dan berlanjutan hingga ke lewat malam. Sentiasa ada sahaja ahli kami yang beraktiviti dengan bonsai samaada buat prunning, mendawai, reporting dan sebagainya. Sekarang ini, halaman Garden House kami sudah penuh dengan bonsai yang sudah siap. Manakala pokok-pokok yang sedang dalam pembikinan sudah pun memenuhi ruang lantai Beach House yang tengah dalam pembinaan. Setiap hari ada sahaja penambahan baru pada koleksi bonsai kami samaada berbentuk hadiah dari rakan bonsai Langkawi atau kami mencari sendiri di sekitar Langkawi. Memang selayaknya kami mencari sebidang tanah untuk buka nursery bonsai memandangkan semua ahli yang ramai ini sangat meminati bonsai. Insyaallah...ini adalah perancangan jangka panjang dan Hafidz yang saya gelar Young Sifu menyambut baik cadangan ini. Bukan sahaja untuk bonsai, dia juga berminat untuk membuka ladang buah-buahan. Masyaallah....hati saya yang juga merupakan seorang peminat bumi hijau menjadi mekar sekali dengan segala perkembangan anak-anak terutamanya dikalangan pelajar homeschool kami.

Pengalaman Young Sifu Hafidz dalam bonsai memang saya akui hebatnya (diambil kira dengan usia mudanya). Dia berkecimpung dalam bonsai seawal umur enam tahun, iaitu  dengan mengikuti abang-abang ke lokasi mencari bonsai di hutan. Pendedahan awal ini berlanjutan hingga dia mula mempunyai bonsai sendiri seawal umur 9 tahun. Manakala saya  sebagai pengajar homeschool yang baru dua tahun menjadi penggiat bonsai, sudah tentu tidak setanding Hafidz yang sudah luas pengalamannya. Hafidz menjadi tempat rujukan saya dan seringkali juga dia membuat kelas kepada pelajar kami yang lain. Gelaran Young Sifu yang saya labelkan pada Hafidz memang sesuai sekali dan semoga gelaran ini akan membawa berkat dan suatu hari nanti dia menjadi seorang Sifu Bonsai yang hebat di sisi Allah.

CARA MEMBUAT TANUKI
Tanuki adalah satu seni bonsai yang kian mendapat tempat di hati penggiat bonsai. Perkataan Tanuki adalah  berasal dari Jepun yang bermakna Japanese Racoon Dog. Binatang ini terkenal dalam cerita rakyat mereka yang mempunyai kebolehan untuk bertukar rupa kepada bentuk lain. 

Asas kepada Tanuki ialah memberi hidup kembali kepada batang pokok yang sudah mati. Batang pokok yang mati tetapi cantik diberi kehidupan baru dengan menambah sebatang pokok hidup lain. Pokok yang hidup itu dilekatkan hingga lama kelamaan menjadi bersatu dan nampak seolah-olah pokok mati itu kembali hidup semula. 

Hafidz mengajar asas menanam pokok bonsai sebelum memulakan membuat Tanuki. Pasir sungai sangat sesuai dengan bonsai yang baru ditanam. Pasir ini kami cari di sungai sekitar Langkawi.


Masukkan pasir sungai ke dalam pengayak


Siramkan air kepada pasir untuk mengeluarkan butiran pasir yang halus.


Kita hanya memerlukan butiran yang kasar sahaja supaya tiada air bertakung dan 
dalam masa yang sama masih lembab untuk menumbuhan akar baru.


Siapkan pasu yang sesuai untuk pokok yang ingin ditanam. 
Pastikan  terdapat lubang air yang secukupnya pada pasu tersebut. 
Pasu diatas adalah buatan sendiri daripada semen. Insyaallah dalam 
entri akan datang Hafidz akan ajar cara membuat pasu bonsai.


Hafidz memotong plastik penutup lubang yang berfungsi sebagai penghalang  pasir jatuh dari pasu dan juga menjadi saringan kepada aliran air dalam pasu. Kelihatan Afiqah sedang memberi sepenuh perhatian kepada sifu nya. Penghadhaman ilmu ini sangat penting kerana Afiqah pula akan menjadi guru kepada pelajar yang lain. Beginilah sistem pembelajaran homeschool kami menghidupkan segala ilmu yang dipelajari. Kami menggalakkan setiap pelajar menjadi guru kepada pelajar yang lain apabila mereka sudah berkebolehan dalam sesuatu ilmu. Dengan ini, ilmu yang dipelajari bukan satu bahan hafalan tetapi menjadi satu amalan yang berpanjangan dan hidup segar dan mekar berbuah sepanajang hayat. Inilah ilmu yang diberkati dan menjadi penyuluh menuju Allah.


Batang mati ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Usianya memang lama dan sangat keras. Anak-anak menjumpainya terdampar di sebuah pulau di sekitar perairan  Langkawi  semasa membuat aktiviti mencari
bonsai beberapa tahun yang lalu. Lenggok batangnya sangat cantik dan terdapat ukiran-ukiran di sepanjang batangnya yang mungkin terhasil dari hakisan lautan bertahun-tahun. Akhirnya batang ini menjadi pilihan Hafidz untuk dihidupkan kembali. Hafidz memilih Bebuas Taiwan untuk menjadi teman sejiwa batang mati ini. Bebuas Taiwan mempunyai daun yang kecil dan sangat cantik untuk dijadikan bonsai.       


Batang pokok Bebuas Taiwan ini dimasukkan kedalam ukiran di sepanjang batang mati. Oleh kerana  batang mati ini sudah mempunyai banyak ukiran semula jadi, tidak perlulah kita bersusah payah mengorek. Batang Bebuas akan membesar dan memenuhi ruang yang  ada hingga kelihatan seperti pokok sejati. Pada peringkat awal penanaman, kita perlu mengikat batang Bebuas Taiwan kepada batang mati dengan dawai berlapikkan lipatan kain agar ikatan dawai tidak melukakan batang BebuasTaiwan.


Setelah dua tahun berlalu, batang Bebuas Taiwan ini  telah membesar dan memenuhi ruang lubang yang ada. Tibalah masanya kita membuka ikatan pada batang mati. Batang mati yang cantik ini benar-benar telah dihidupkan kembali. Photo ini diambil pada awal Januari 2014.

Semoga website dan video youtube dibawah dapat menerangkan tentang Tanuki dengan lebih mendalam                                                
http://www.bonsai4me.com/AdvTech/ATLarchTanuki%20page1.htm





Tanuki ini telah diubah permainannya dari unformal upright kepada cascade. Perjalanan kehidupan satu-satu bonsai akan sentiasa berubah bentuknya mengikut cita rasa tuannya. Dua tahun dari sekarang, tanuki ini akan matang dan siap untuk dipamerkan di halaman Garden House. Buat masa ini dia menjadi penghuni Beach House menghirup bayu laut untuk terus membesar.






Ahad, 10 November 2013

YOUNG SIFU HAFIDZ AND BONSAI





Homeschooling kami memasukkan gardening sebagai salah satu mata pelajaran. 
Hafidz bebas untuk berkebun terutamanya apabila ada masa lapang. Dengan ini, 
para pelajar kami tidak ada masa untuk dibuang begitu sahaja. Kadang-kadang 
aktiviti berkebun akan berlanjutan hingga ke malam. Oleh kerana mereka 
tidak dibebankan dengan homework, segalanya berjalan dengan lancar.







Pakaian yang sesuai sangat perlu semasa membuat aktiviti di garden. 
Matahari yang terik akan menyelar kulit muka dan tangan.  



Bonsai memerlukan penjagaan yang teliti dan terancang.  
Tanpa ilmu kita mungkin akan menyebabkan pokok bonsai 
kesayangan mati begitu sahaja. 




Batang-batang pokok yang diambil dari hutan perlu di rendam 
di dalam air dan di pangkas dahan-dahan yang tidak berkenaan 
agar kita mendapat satu lenggok pokok yang menarik.




Antara cara penanaman yang diminati oleh Hafidz ialah bonsai dibatu. 
Akar pokok yang panjang dililit dibatu dan ditanam semula 
ke dalam pasu. Pokok ini dibiarkan tumbuh hingga berbulan-bulan 
dan apabila akar sudah matang dan melekat pada batu, pokok ini 
akan ditanam semula di dalam pasu kecil dengan menonjolkan 
seni akar yang melilit batu. Kita perlu sabar untuk melihat hasilnya.





Pokok hutan yang telah ditanam selama berbulan-bulan akhirnya diproses 
untuk mendapat satu bentuk yang sesuai dengan lenggok pokok. 
Pengalaman selama bertahun-tahun membuat Hafidz arif untuk 
menentukan dahan yang manakah perlu disimpan dan dibuang.


Memang tidak dapat dinafikan lagi akan keberhasilan homeschool. Kami bebas untuk membentuk kearah mana anak-anak itu bakal menguasai dunia mereka dan dunia sekeliling. Sedari kecil lagi, kami perlengkapkan diri anak-anak dengan segala ilmu kehidupan yang mana ilmu itu terus berkembang bersama usia mereka. Ilmu ini hidup dan terus berkembang hingga ke akhir hayat. Dalam usia muda lagi mereka sudah mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai personaliti yang utuh zahir dan batin. Kerohanian yang sentiasa dibajai dalam jiwa mereka akan menjadi satu bekal untuk mereka berjuang sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Kepada Allah sama-sama kita berdoa agar generasi Islam terus utuh dan berkembang untuk menguasai dunia ini. Amin.



Sabtu, 29 September 2012

WELCOME TO MY BONSAI GARDEN



Gardening is my greatest hobby. It is a great feeling to watch your garden turns into a paradise of flowers and green is every where. I can feel a kind of connection with the plants especially after watering them. It is a beautiful feeling that you just can't explain it.
In order to have a beautiful garden, I must know how to take care of it and feed the plant with a good fertilizer.

My dad bought this fertilizer a year ago. Once I objected the idea of buying it since it cost RM80 per bottle. Rm80 was a big money to spend just for a small bottle of this stuff. Now I have to admit that it is worth buying since we still have half of the bottle left after a year round. It is my routine to feed my garden every two weeks and to get rid all the insects that bother my plants.


I just need a little of it to feed the whole garden. 
It is a very powerful fertilizer indeed !!


It take hours to spray all the plants.My garden is my big classroom that teach 
me lots of thing especially patience and responsibility.




FCU BONSAI GARDEN












































































































































\
































HOME SWEET HOME


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...