TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 19 Mei 2013

SAAT YANG BAHAGIA BUAT AFIQAH




 photo dcf0202c-5f7a-4c25-8d79-0542a7c1eebc_zpscd3b3851.jpg
Bulan Rejab 1434 adalah saat yang paling manis buat Afiqah. Pembelajaran Al-Quran dapat diikutinya dengan baik sekali dan kini telah mula membaca Al-Quran besar. Saya sebagai tenaga pengajar turut merasa  bangga dan bahagia dengan pencapaian Afiqah. Kejayaan ini menjadi satu dorongan buat Afiq dan Alyssa untuk mula membaca Al-Quran besar dalam usia yang lebih muda dari Afiqah.



 photo a0f373ab-51cf-4eae-9061-2bde0b3f8743_zpsa217689e.jpg
Membaca Al-Quran di dalam taman bonsai adalah antara kegemaran Afiqah. FCUHOMESCHOOL sangat menekankan pembelajaran Al-Quran kepada pelajarnya. Kami menggalakkan mereka untuk menghafal Al-Quran agar kebesaran Allah dihayati dan segala ajaran di dalamnya dapat diamal.


PUASA 3 BULAN

Tahun Hijrah 1434 adalah merupakan tahun kedua bagi Afiqah berpuasa 3 bulan penuh bersama ahli keluarga. Dua tahun yang lepas iaitu ketika dia berumur 7 tahun, dia hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan dan puasa selang seli dalam bulan Rejab dan Sya'ban. Dengan kerelaan hatinya sendiri, Afiqah mahu join puasa beramai-ramai. Kisah ini ada diceritakan dalam entri : 
HOMESCHOOL MEMBENTUK ANAK-ANAK YANG CEMERLANG.
Tahun ini dia sudah cukup berpengalaman dan matang mengharungi dahaga dan lapar ketika berpuasa.

Terpegun saya bila dia berkata" We are so lucky because Malaysia rains alot. Just imagine how thirsty those who leave in desert".
Kata-kata ini keluar dari mulutnya bila dia rasa amat dahaga. Sudah 9 hari dia berpuasa bulan Rejab tahun ini. Syabas Afiqah! Semoga Allah jadikan dirimu seorang hamba yang dikasihiNya.

Antara kata-kata lain yang sering saya dengar dari Afiqah:
We are so lucky to have internet while many people in this village don't have.

We are so lucky to have a house near the beach while many others who don't even touch the sea.(Dia refer pada negara yang duduk di tengah-tengah benua seperti negara Kazakhstan dan Afghanistan)

We are so lucky to have such a large family while others are orphan.
Even ketika tengah makan nasi berlauk ayam, dia akan berkata 
"We are so lucky to have chicken for our dinner while many other don't have enough money to buy it."

Kata-kata ini sangat bermakna buat saya kerana sebelum ini Afiqah sering membazir makanannya begitu sahaja hinggalah saya menceritakan kepadanya bahawa setiap butir nasi itu akan menangis dan mengadu kepada Allah tentang pembaziran Afiqah. Allah tidak sayang kepada mereka yang tidak bersyukur.

Biasalah budak-budak zaman sekarang...hendak apa sahaja, dengan senang sahaja dipenuhi oleh kedua orang tua mereka. Mungkin orang tua mereka juga mempunyai alasan yang kukuh seperti:

1) Dulu semasa mereka kecil, kehidupan kedua orang tua mereka susah dan banyak keinginan mereka terpendam saja. Mereka tidak ingin anak mereka merasa keperitan yang pernah mereka rasai semasa kecil kerana kini mereka sudah senang.

2) Kebahagiaan mereka adalah apabila melihat anak-anak mereka gembira. Segala rengetan anak pasti diberi perhatian agar mereka dapat mendengar hilai ketawa anak-anak tercinta. Segala permintaan anak-anak pasti dipenuhi kerana anak-anak adalah sumber kebahagian mereka.

3) Ibubapa terlalu sibuk bekerja mengejar dunia hingga tiada masa untuk membelai anak-anak. Lantas mereka menukar belaian yang tidak mampu mereka berikan dengan wang ringgit agar anak akan bahagia dan tidak kisah mereka kekurangan belaian.

4) Kemana hendak dihamburkan kekayaan yang menimbun kalau tidak pada isteri dan anak-anak. Harta yang tidak habis dimakan itu pasti ditinggalkan juga bila mati.

5) Ibubapa yang berpendapat bahawa mendidik anak mestilah ikut aliran zaman. Kalau kebanyakan orang beri anak-anak mereka handphone, ipad dan segala bagai walau usia anak baru setahun jagung, mereka juga berbuat demikian agar anak mereka tidak ketinggalan zaman.

Afiqah juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Senang-senang sahaja minta itu dan ini. Apa yang dibeli tidak dijaga pula tu...kata orang easy come easy go. Akhirnya kami mula menyekat apa sahaja permintaannya. Kami ajar dia bahawa hanya Allah tempat meminta. Setelah berkali-kali dia minta kepada Allah baru kami berikan. Setelah dapat, Afiqah kena panjatkan terimakasih kepada Allah terlebih dahulu barulah berterima kasih kepada orang yang menyampaikan permintaannya. Akhirnya dia sudah terbiasa dan nampak segalanya adalah dari Allah. 

Kami juga menggunakan pendekatan pemberian melalui pencapaian samaada dari segi pelajaran atau akhlaknya. Dengan ini dia lebih menunjukkan penghargaan dan lebih betanggung jawab dengan apa yang ada. Kami juga sering mendedahkan kesusahan orang lain seperti kanak-kanak Palestin, agar dia rasa bersyukur dengan apa yang ada. Sejak itulah kami mula mendengar kata-kata yang bernas darinya seperti yang saya tulis di atas.

Sesungguhnya anak-anak kecil itu umpama kain yang putih bersih. Kitalah yang akan mencoraknya ke arah kebaikan dan diredhai Allah.

Jumaat, 17 Mei 2013

THANK YOU GRANDMA !!!


Tarikh 16 Mei adalah satu tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh para pelajar untuk menghargai jasa guru. Begitu juga dengan suasana  di FCUHOMESCHOOL yang mempunyai seramai lima orang pelajar setelah Tajrid (18) menamatkan pengajian secara formalnya tahun ini. Namun begitu kelas berjalan seperti biasa kerana tiada apa-apa program khusus dijalankan.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar di Malaysia khususnya kepada para homeschoolar. Untuk menjadi guru kepada anak-anak sendiri bukannya senang kerana kita juga mempunyai tugasan sebagai suri rumah yang kerjanya tiada penghujung. Hanya mereka yang berjiwa kental dan mempunyai kesabaran yang tinggi boleh mengharung suka duka homeschool. Kalau tiada kemahuan yang tinggi, bisa sahaja homeschool terabai dan berlangsung sekerat jalan sahaja. Namun begitu pasti sekali di penghujung usaha yang murni ini, kita akan memetik dan merasa kemanisan buah pendidikan anak-anak kita yang talinya hingga ke akhirat.

Sebelum kelas dimulakan semalam, Afiqah telah menghulurkan kad HAPPY TEACHERS DAY berbentuk booklet buatannya sendiri. She gave me a big kiss and a warm hug. Apalagi...si Alyssa pun nak juga kiss and hug grandmanya. Air mukanya nampak terkilan kerana dia tidak menghadiahkan sebarang kad. Kasihan Alyssa....sekarang tengah belajar ABC, Insyaallah...tak lama lagi boleh buat kad untuk grandma.

Inilah rupa kad yang dibuat oleh Afiqah. Cantik dan kreatif sekali....

 photo e77ffe9a-4edb-498d-88c0-dcf7b3d5c88d_zpseee6698f.jpg



 photo c2548139-1c50-4022-b579-187389c1cd08_zpsf0c4d145.jpg




 photo b5a00520-f3ca-4774-88c1-e46a6c31f589_zps241efd91.jpg



 photo 2f64a956-932d-4f17-86ce-5d1515ac2244_zpsfb8d925b.jpg

"Uncle Hafidz...why you don't make any card for your mom, your own teacher!!" Afiqah menyapa Hafidz yang tengah surf internet.
" Ah..for me everyday is a teachers day...I kiss and hug my mom everyday !" Selamba saja Hafidz menjawab pertanyaan Afiqah.

Memang berbeza girl and boy.Selalunya girl lebih suka menzahirkan rasa hatinya dari boy. Mungkin bagi Hafidz yang sudah besar panjang, buat kad adalah agak girlish. Namun begitu..pendapatnya juga betul. Setiap hari adalah hari guru. Setiap selepas belajar Al-Quran, dia pasti mencium tangan dan pipi saya. Segala penat jerih mendidik larut dalam lautan kasih sayang orang yang kita didik. Memang berbaloi....

Hafidz sempat merasa pengalaman berada di bangku sekolah biasa hingga darjah empat. Sedikit sebanyak dia dapat melalui banyak peristiwa seperti menyambut Hari Guru, perkhemahan pengakap, Hari Sukan dan sebagainya. Saya banyak menceritakan perihal suasana persekolahan kepada Afiqah kerana dia sentiasa bertanya. Sedikit sebanyak dia dapat gambaran yang betul tentang dunia persekolahan biasa. Always at the end of the story, she will say that " Oh I am so lucky to school at home. I hate homework!!"

Yes..dearest!! You are the luckiest princess in the whole world. Just remember that.... The whole universe is your classroom. Just open your heart and your mind to learn everything you want. It's all yours!!


Ahad, 12 Mei 2013

KELEBIHAN PUASA DAN IBADAT DI BULAN REJAB DAN BULAN SHA'BAN


( GUIDANCE CORNER )




Suasana di kedua-dua Station 1 FCU (LANGKAWI) dan  Station 2 FCU( JOHOR) pada  penghujung hari 1 Rejab sungguh meriah dengan berbuka puasa. Ini adalah amalan tetap FCU untuk berpuasa 3 bulan dari Rejab, Sya'ban dan bersambung ke Bulan Ramadhan.

Keistimewaan bulan Ramadhan sudah mula dapat dirasai sebaik sahaja kami mula bersahur pada 1 Rejab semalam. Keheningan malam yang di penuhkan dengan ibadat sangat menenangkan jiwa. Menghidupkan malam sepanjang 3 bulan ini sangat bermakna terutamanya menghayati Al-Quran dan solat Tahjuj dan Hajat.

Keberkatan amalan berpuasa 3 bulan sangat dirasai dalam menyatukan keluarga ke arah menjadi khalifah Allah. Puasa 3 bulan ini juga adalah merupakan modal kerohanian untuk kita mengharungi kehidupun yang penuh berkat selepas bulan Ramadhan hingga kita bertemu kembali bulan Rejab. 

Sabda Nabi s.a.w.: 
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan REJAB dengan malam ISRAK MIKRAJnya, 
Kemuliaan SYA'BAN dengan malam NISFUnya 
Kemuliaan RAMADHAN dengan LAILATUL-QADARnya.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)



ANTARA KELEBIHAN BERPUASA PADA BULAN REJAB
Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.


Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. 

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. 
Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, 

Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


ANTARA KELEBIHAN BERPUASA PADA BULAN SYA'BAN

1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya )

2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda : Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.
( Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)

3. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata : Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan.
( Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
4. Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam an-Nasai)

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
(Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani}

2.Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya ? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )

Penerangan Hadis

1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.

2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.

4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya.

5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.

7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.

8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.

9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

RUJUKAN:

1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah


PUASA SELEPAS NISFU SYA’BAN

Sabda Nabi s.a.w.;
إِذَا بقي نصفٌ من شَعبَانَ فَلاَ تصُومُوا
“Apabila berbaki separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Berdasarkan hadis ini dilarang berpuasa selepas nisfu Sya’ban bermula dari tanggal 16 haribulan hinggalah akhir bulan terutamanya sehari atau dua hari sebelum Ramahan (termasuklah hari Syak yang akan disebutkan nanti), sama ada puasa sunat atau puasa kerana ihtiyat (yakni dengan niat puasa Ramadhan sebagai berhati-hati) yang kebiasaannya berlaku di penghujung Sya’ban. Menurut Imam ar-Ruyani; mendahului Ramadhan dengan puasa selepas nisfu Sya’ban hukumnya adalah makruh. Adapun sehari atau dua hari sebelumnya, maka hukumnya adalah haram.

Namun menurut ulamak dikecualikan dari larangan berpuasa selepas Nisfu Sya’ban di atas orang-orang berikut;

1) Orang yang menyambung puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya’ban masuk separuh kedua (yakni sebelum tanggal 16 haribulan) sekurang-kurangnya puasa pada hari nisfu Sya’ban. Dan disyaratkan puasanya itu berterusan hinggalah ke penghujung Sya’ban.

2) Orang yang mempunyai kebiasaan puasa tertentu seperti puasa isnin dan khamis, puasa selang sehari atau puasa ad-dahri, kemudian puasanya itu secara kebetulannya melintasi hari-hari selepas nisfu Sya’ban.

3) Orang-orang yang berpuasa dengan bersebab seperti nazar, kaffarah atau Qadha’ (termasuklah qadha’ puasa sunat)


PUASA SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM RAMADHAN

Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan berdalilkan sabda Rasulullah s.a.w. iaitu;
لا تَقَدَّمُوا شَهرَ رَمضَانَ بصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمََيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
“Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Sebahagian ulama’ berpendapat; pengharaman tersebut adalah dengan niat ihtiyat kepada Ramadhan. 

Namun bagi ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie; pengharaman tersebut merangkumi juga puasa sunat kecuali dalam bagi tiga orang yang disebut tadi;

1) Orang yang menyambung puasa yang dilakukan sebelumnya

2) Orang yang puasa kerana kebetulan dengan kebiasaan berpuasanya.

3) Orang berpuasa dengan bersebab seperti puasa Qadha, Nazar dan sebagainya.



PUASA HARI SYAK

Dilarang berpuasa pada hari syak berdalilkan hadis dari ‘Ammar bin Yasir r.a. yang menceritakan;
من صَامَ اليومَ الَّذِي شُكَّ فِيهِ فقد عصَى أَبا القاسمِ
“Sesiapa berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya ia mengingkari Abal-Qasim (gelaran bagi Rasulullah s.a.w.)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)
Hari syak ialah hari ke 30 Sya’ban yang timbul syak atau keraguan di kalangan orang ramai; apakah ia masih bulan Sya’ban atau telah masuk bulan Ramadhan? Keraguan itu timbul kerana ada suara-suara yang memperkata atau menghebohkan bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan, namun tidak ada saksi yang adil atau yang boleh diterima yang memberitahu atau mendakwa ia melihat anak bulan itu. Hari syak ini diharamkan berpuasa sama ada dengan niat puasa Ramadhan sebagai ihtiyaht (yakni berhati-hati) atau puasa sunat. Jika ada yang berpuasa juga pada hari syak, puasanya batal dan ia berdosa. 

Walau bagaimanapun, dikecualikan larangan tersebut dari tiga orang yang disebut tadi.



JOM KITA BERPUASA BULAN REJAB, SYA'BAN DAN RAMADHAN!

Wallahu a’lam.
Sumber : www.e-mosque.com, www.ppdjasin.edu.my





Rabu, 8 Mei 2013

CONGRATULATIONS, INTAN! WE'RE PROUD OF YOU....



Pada 7 Mei yang lepas, UTM telah menyambut Majils Konvokesyen ke 50 dengan penuh gemilang. Detik bersejarah itu merupakan saat manis bagi FCU kerana salah seorang ahlinya telah berjaya menjadi seorang Master Mathematic. Kejayaan ini sangatlah bermakna bagi  menyemarakkan lagi kesungguhan pelajar FCUHOMESCHOOLING khasnya. Walaupun mereka belajar di rumah, kami tidak pernah menyekat mereka untuk mengejar cita-cita mereka. Malah kami sentiasa menggalakkan mereka untuk menjadi pakar dalam setiap apa yang mereka ceburi. Untuk menjadi pakar, kita tidak semestinya perlu memiliki segulung ijazah kerana teknologi terkini membolehkan kita mengaut sebanyak mana ilmu untuk dipraktikkan hingga membuah hasil yang cemerlang. Namun kepakaran yang diiktiraf seperti yang berjaya diraih oleh Intan ini lagilah bermakna buat dirinya. Yang paling penting ialah apa yang dapat kita sumbangkan kepada diri, keluarga, bangsa dan agama dari kepakaran yang diperolehi.




 photo 166b77cc-fd9a-47e8-a876-0957bd80bf6e_zps14f1a89e.jpg





 photo d945f9d2-2238-4d6b-bfae-68f3412a9c36_zps197a0a96.jpg
Intan mengucapkan setinggi kesyukuran atas kejayaan yang telah diizinkan Allah dan mengaminkan doanya agar Allah terus memberkati segala usahanya. Inilah kegembiraan seorang pelajar sebelum melangkah ke dalam dewan.


 photo 263c4048-e7d8-4389-a50a-31864e86ff7c_zpsb63a7722.jpg
Senyuman manis dari para pemegang Master sempena Majlis Konvokesyen UTM ke 50. Segala jerih sudah menghasilkan buah yang sangat manis dalam hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mencipta kejayaan yang selalunya diraih oleh golongan yang sudah berumur. Tahniah buat mereka dan semoga sentiasa dalam bimbingan Allah.




 photo 264436_655477244478305_1572728128_n_zps8ba0d148.jpg
                                     Saat-saat Intan menerima segulung Masternya......



 photo 95dc7eb7-b1e4-4fb7-832f-3175ffe43ab3_zpsae7563c0.jpg
Langkah seterusnya .....untuk memperolehi PhD in Math pula.
Insyaallah. Go Intan go....
We give you all the support dan always pray for you. 
You are the real diamond in our family.



Kenangan manis Afiqah dan Afiq bersama Intan pada 14 Mei 2011 
di Dewan Agong Tuanku Chanselor, Universiti Teknologi MARA Shah Alam 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...