TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 30 Jun 2014

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1435 HIJRAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM




 Bulan Rejab dan Syaaban sudah berlalu dan kini kita berada di ambang Ramadhan yang mulia. Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan kita untuk menjadi tetamu bulan yang menjadi penghulu segala bulan ini. Oleh kerana kami sudah berpuasa selama dua bulan berturut-turut, tidak menjadi kesalahan untuk terus berpuasa tanpa sempadan hari menjelang bulan Ramadhan. Ini adalah kami sudah niat untuk berpuasa selama tiga bulan penuh iaitu dari bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan Al-Mubarak. Bagi mereka yang berpuasa tidak penuh selama dua bulan sebelum Ramadhan, adalah haram untuk berpuasa pada hari akhir bulan Syaaban (iaitu sehari sebelum menjelang Ramadhan). Ini adalah untuk kita membezakan puasa bulan biasa dengan puasa bulan Ramadhan. 

Amalan  berpuasa selama tiga bulan berturut-turut ini adalah amalan tetap FCU sejak dari dulu lagi. Keberkesanan kerohanian dapat dirasai dan memang banyak membantu dalam menjalani kehidupan di atas dunia sebagai khalifah Allah. Tentu sekali impak kerohanian ini turut diserap oleh generasi cucunda tersayang. Mereka membesar dalam taman kerohanian yang penuh kasih sayang. Semoga udara kerohanian ini dapat membentuk jiwa-jiwa suci yang terus subur hingga mereka menemui Allah. Inilah antara senjata yang perlu kita ada untuk membenteng diri dan keluarga dari anasir kebathilan yang mempunyai seribu tipu daya untuk memusnahkan kita. Kuasa kerohanian pasti mengatasi segala kuasa yang ada dan itulah janji Allah buat umat yang bertakwa. 

SOLAT TARAWIH
Suasana solat Tarawih bersama cucu-cucunda sangat meriah. Solat Tarawih pada malam 1 Ramadhan disambut dengan penuh keterujaan jiwa kanak-kanak. Sedikit pun mereka tidak merungut tentang solat yang panjang, malah turut menghafal bacaan selepas setiap rakaat. Bacaan Solat Tarawih dalam Rumi yang kami paparkan dalam entry kali ini adalah khas buat Afiqah dan Afiq yang kurang fasih membaca jawi. 

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Rasulullah SAW. bersabda; 
“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: 
“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.” (Riwayat Bukhari).

TUJUAN
1)Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2)Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
3)Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”  Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

BACAAN SURAH
1)Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
2)Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:

photo : dari Shafiqolbu

3.  Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.
Cara melakukan solat terawih seterusnya boleh didapati di sini. Di samping itu kami juga memaparkan Bacaan Solat Tarawih dalam Rumi kerana masih ramai lagi mereka yang tidak begitu mahir membaca Al-Quran.

BACAAN SOLAT TARAWIH DALAM RUMI

Bacaan sebelum memulakan Solat Terawih


Bilal
SUBHAANAL MALIKIL MA' BUUD
"Maha Suci Tuhan Pemilik (alam) yang disembah (dipatuhi)"

Jemaah
SUBHAANAL MALIKIL MAUJUUD- SUBHAANAL MALIKIL HAI-YILLAZII LAAYANAA- MUWALAA YAMUUTU, WALAA-YAFUU-TU-ABADA, SUBBUU-HUN-QUDDUUSUN, ROBBUNAA-WAROBBUL-MALAA-IKA TIWARRUUH. SUBBAHAA-NALLAHHI-WALHAMDULILLAHHI-WALAA-ILAHA-ILLALLAH-HUWALLAH-HUAKBAR. WALAAHAW-LAWALAA-QUWWATA-ILLAA-BILLAA-HIL-'ALIYYIL-'AZIIM
"Maha Suci Tuhan Pemilik yang disembah, Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan Kami dan Tuhan para malaikat dan roh. Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong"

Bilal
ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Jemaah
ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Bilal
ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA
 WAMAULAANAA MUHAMMAD
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada junjungan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad"

Jemaah
ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Bilal
ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WANABIYYINAA WAHABIIBINAA WASYAFII'INAA WADZUKH-RINAA-WAMAULAANAA MUHAMMAD
"Ya Allah, karuniailah kesejahteraan atas junjungan kita. Nabi kita, kekasih kita, dan yang mensyafaatkan kita (kelak) dan pertaruhkan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad"

Jemaah
ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)

Bilal
AS-SOLAATUT-TARAAWIIHI-JAMI’AHTU-ROHIMA-KUMULLAAH
"Kerjakanlah shalat Tarawih semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kamu sekalian"




Jemaah
AS-SOLAATULA-ILAHAILLALLAH-
LAILA-HAILLALLAHHU-WAHDAHU-LAASYARIIKALAH, LAHULMUL-KUWALAHUL-HAMDU-YUHYI-WAYUMIITU-WAHUWA-'ALAAKULI-
SYAI-IN QODIR

“Solatlah, Tiada tuhan melainkan Allah”
"Tiada Tuhan melainkan Allah; DiaNya Esa, tidak mempunyai sekutu; Dialah yang memiliki segala kerajaan dan segala pujian hanyalah untuk-Nya; Dia yang menghidupkan dan mematikan; Dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu"




Bacaan selepas rakaat ke 2, 6,10,14 dan 18


Bilal
FADL-LAM MINALLAAHI WANI'MAH
"Kemurahan Allah dan Nikmat-Nya"

Jemaah
WAMAGHFIRATAN WARAHMAH, LAA I-LAAHA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARIIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYII WAYUMIIT, WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI-IN QADIIR

"Dan ampuanan serta rahmatNya semoga dilimpahkan kepada kita, tidak ada Tuhan melainkan Allah, Ia Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala puji, dzat yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia atas segala sesuatuNya Maha Kuasa".

Bilal
ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA
 WAMAULANA MUHAMMAD
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada junjungan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad"

Jemaah
ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Bilal
ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WANABIYYINAA WAHABIIBINA WASYAFII'INAA WADZUHRINAA WAMAULAANAA MUHAMMAD
"Ya Allah, karuniailah kesejahteraan atas junjungan kita. Nabi kita, kekasih kita, dan yang mensyafaatkan kita (kelak) dan pertaruhkan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad"

Jemaah
ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Bilal
AL-BADRU MUHAMMAD
"Bulan purnama yang bercahaya, junjungan kami Muhammad"

Jemaah
SHOLLU-'ALAIH
"Kesejahteraan ke atasnya(Muhammad)"




Bacaan selepas rakaat yang ke 4,8,12,16 dan 20

Bilal
SUBHAANAL MALIKIL MA' BUUD
"Maha Suci Tuhan Pemilik (alam) yang disembah (dipatuhi)"

Jemaah
SUBHAANAL MALIKIL MAUJUUD- SUBHAANAL MALIKIL HAI-YILLAZII LAAYANAA- MUWALAA YAMUUTU, WALAA-YAFUU-TU-ABADA, SUBBUU-HUN-QUDDUUSUN, ROBBUNAA-WAROBBUL-MALAA-IKA TIWARRUUH. SUBBAHAA-NALLAHHI-WALHAMDULILLAHHI-WALAA-ILAHA-ILLALLAH-HUWALLAH-HUAKBAR. WALAAHAW-LAWALAA-QUWWATA-ILLAA-BILLAA-HIL-'ALIYYIL-'AZIIM
"Maha Suci Tuhan Pemilik yang disembah, Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan Kami dan Tuhan para malaikat dan roh. Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong"

Bilal
ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Jemaah
ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Bilal
ALLAH-HUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA
 WAMAULAANAA MUHAMMAD
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada junjungan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad"

Jemaah
ALLAH-HUMMA-SOLLI-WASALLIM-'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"

Bilal
ALLAHUMMA SOLLI 'ALAA SAYYIDINAA WANABIYYINAA WAHABIIBINAA WASYAFII'INAA WADZUKH-RINAA-WAMAULAANAA MUHAMMAD
"Ya Allah, karuniailah kesejahteraan atas junjungan kita. Nabi kita, kekasih kita, dan yang mensyafaatkan kita (kelak) dan pertaruhkan kita dan pemimpin kita Nabi Muhammad"

Jemaah
ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"






IMAM MEMBACA DOA


Bacaan sebelum memulakan rakaat ke enam.

Bilal
AL-BADRUL MUNIIRU SAYYIDINAA MUHAMMAD SHOLLU-'ALAIH
"Bulan purnama yang bercahaya, junjungan kami Muhammad, berselawat kamu ke atasNya"

Jemaah
ALLAAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALAIH
"Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atasnya (Muhammad)"



KUNJUNGAN ANAKANDA HELEN MENJELANG RAMADHAN

Setelah begitu lama memendam rindu, akhirnya dapat juga kami bertemu walaupun kunjungan kali ini hanya Helen seorang. Safari tidak dapat datang ke Langkawi bersama isterinya kerana mempunyai urusan penting di Kuala Lumpur. Mereka datang ke Malaysia hanya buat beberapa hari atas urusan kerja. Insyaallah akan berkunjung lagi ke Malaysia dengan lebih lama pada Hari Raya Aidil Adha kelak.

Helen adalah anak angkat kami ketika dia bekerja di Hotel Sheraton tidak lama dahulu. Ketika itu dia belum memeluk agama Islam. Hubungan kami sangat rapat dan penuh kasih sayang. Setelah berkahwin dengan pilihan hatinya, Safari dan memeluk Islam, hubungan kami menjadi bertambah erat. Perkahwinan bukanlah penyebab Helen memeluk Islam. Dia telah mula membaca Al Quran semasa remajanya  di Australia. Ikatan kekeluargaan antara kami hanya menyemarakkan lagi kecintaannya kepada Islam dan akhirnya sempurna sebagai muslimah apabila disunting oleh Safari.

Kehidupannya sebagai saudara baru tidak mendapat tentangan dari ahli keluarga di Australia. Malah mereka tinggal berdekatan dengan ibubapa Helen di Adelaide, Australia.


Seorang yang sangat lemah lembut dan penuh kasih sayang.




Bersama Alyssa ....


Homeschool bersama Helen.....


Ikatan kasih sayang hingga ke syurga....


Photo ini diambil pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010. Kemeriahan sambutan hari raya bersama Safari dan Helen ada saya muatkan dalam 2010 EID MUBARAK'S MEMORIES.....SO SWEET!!!.


Ketika ini Helen belum lagi memeluk Islam tetapi sudah menjadi ahli keluarga FCU. 
Betapa mesranya Helen mendukung Hafidz yang baru berusia 6 bulan.



Hafidz berusia 2 tahun dalam pangkuan Helen.


Hafidz ketika berusia 2 tahun (2000). Cepatnya masa berlalu dan kini Hafidz sudah berusia 15 tahun. 


Doa kami kepada anakanda Helen sentiasa dihati. Semoga anakanda menjadi hamba Allah yang diredhai dan mencintaiNya melebihi segala cinta. Semoga anakanda suami isteri bahagia dunia dan akhirat. Amin....


Jumaat, 13 Jun 2014

BUKU CACATAN DI ANGKAT PADA MALAM NISFU SYAABAN









Alhamdulillah dengan izin Allah jua, kita ditakdirkan sampai juga untuk sama-sama menghayati malam Nisfu Syaaban iaitu jatuh pada 15 Syaaban 1345 Hijrah bersamaan 13 Jun 2014. Secara tepatnya, sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada hari Khamis dan Malam Jumaat ini, kita sudah berada dalam zon Nisfu Syaaban. Rejab sudah berlalu dan kini pertengahan Syaaban mewarnai kehidupan kita. Tidak lama lagi Ramadhan Al Mubarak akan menerima kita sebagai tetamunya. Semoga kita semua dapat meningkatkan kerohanian kita sepanjang tiga bulan yang sangat disebut-sebut oleh junjungan Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

Sememangnya terlalu banyak nikmat kerohanian sepanjang ketiga-tiga bulan ini. Sudah menjadi amalan tetap FCU untuk menghidupkan ketiga-tiga bulan ini dengan berpuasa 3 bulan berturut-turut. Keberkatan dan manisnya nikmat iman dapat dirasai dalam usaha menjadi keluarga yang diredhai Ilahi.

Nisfu Syaaban,adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dgn buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Pengertian am Nisfu Syaaban dlm bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:



Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam, berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” 
(HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:

- Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
- Lailatul Baraah (malam pelepasan),
- Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
- Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
- Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
- Lailatul Syafaah (malam syafaat)
- Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
- Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang                  menghidupkan malamnya.


TERBUKA PINTU LANGIT

Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit;




TIDAK AKAN DIAMPUNKAN DOSA 
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang;

- Menyekutukan Allah dengan sesuatu,
- Tukang sihir dan ahli nujum,
- Derhaka terhadap ibubapa,
- Peminum arak,
- Penzina,
- Pemakan riba,
- Pembuat firnah,
- Suka bermusuhan,
- Menipu dalam perniagaan.
- Memutuskan tali silaturrahim.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Darpada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang bermusuhan).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

CARA MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN 
Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban), bersolat. Sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan jari itu   bergerak. Kemudian aku kembali dan  aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan, aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung kepada Mu daripada Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapaMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku:

“Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”
Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a.
“Malam ini adalah nmalam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar),  melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

Janganlah memohon hanya kepada tiga perkara, malah mohonlah apa saja asalkan perkara yang diharuskan. Sebaiknya, mohonlah ditambahkan keimanan dan kecintaan kepada Allah. Hanya iman yang bertambah akan terus subur dan membawa kita ke arah kebenaran.

Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN


A) Baca Surah Yasin 3 kali:
Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:

- Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya’ban setiap satu dengan niat tersendiri.

Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha’ zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara’ (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid’ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya’ban ini dilakukan oleh para ULAMA’ zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi’in dari penduduk Syam.

Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahawa para tabi’in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma’dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya’baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi’in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan dua cara:

1) Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

2) Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi’in itu.

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara’. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara’. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya’ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na’udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.


Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya’ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

“Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
 Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

C. Solat-solat sunat:
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya’baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid’ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya’), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya’baan atau pada malam-malam yang lain.



Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.

Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Sumber:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=18265.0
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/6167-beribadah-a-membaca-yasin-3-kali-di-malam-nisfu-syaban.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...