TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 3 Disember 2015

CARA MENJAGA ORKID DAN MENGATASI PENYAKIT ORKID


Apakah elemen-elemen penting untuk mendapat orkid yang hidup subur, sihat dan seterusnya menghadiahkan kepada anda satu jambangan bunga yang indah dan tahan lama. Sebenarnya terdapat banyak cara dan panduan untuk memiliki orkid yang subur. Namun begitu terdapat 4 elemen yang secara puratanya memang memenuhi segala keperluan ilmu yang harus ada pada setiap penanam orkid yang berjaya. Panduan ini hanya sesuai untuk orkid di iklim panas seperti Malaysia. Sudah tentu bagi orkid di kawasan sejuk memerlukan panduan yang berlainan. Tanpa ilmu di dada anda pasti akan mengalami saat kecewa apabila orkid mati begitu sahaja atau pun terpaksa bersabar menunggu pohon orkid yang tidak kunjung berbunga.


1. PENYIRAMAN
Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !
Di atas adalah satu  petua yang popular  dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang  melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah  anda ‘menjemput’ penyakit  kepada koleksi orkid anda.  Ini kerana orkid mampu menyimpan air  di dalam bebawangnya  seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa
Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

b. Media tanaman digunakan
Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah  kurang daripada media yang cepat kering.

c. Iklim mikro
Bermaksud adalah  iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang.  Penyiraman di waktu tengahari  akan  menyebabkan  air yang bertakung di celah daun   akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur akibat dari proses pemanasan air oleh matahari.
Teknik penyiraman boleh digunakan  secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.

2 . PENGUDARAAN
Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur  orkid  yang tidak terlalu padat atau membekal  pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.


3.  PEMBAJAAN
Pembajaan adala sesuatu  yang mesti diberi  kepada tanaman  termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup  orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?
‘WEAKLY,  WEEKLY‘
Di atas adalah satu lagi  petua yang  bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan  baja yang rendah  untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan  menggunakan kepekatan  tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah  dan merugikan anda.

Panduan memilih baja
Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis  cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual  untuk pilihan pengguna.  Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.Biasanya pada  label baja akan tertera Asemua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.

Contoh: Baja A (Baja untuk pembungaan)
N P K  +TE  :  13 27 27   1%
Ini bermakna baja A mempunyai  13% unsur Nitrogen
                                                       27% unsur Posforus
                                                       27% unsur Kalium
                                                       1% unsur TE
 Unsur surih TE adalah keperluan sampingan sahaja. Boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan  utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.                    
Baja A adalah baja untuk menggalak pembungaan kerana mempunyai kandungan Fosforus dan Kalium yang tinggi. Sebaliknya sekira anda ingin membesarkan pokok anda, perlu memilih baja yang mengandungi kandungan kadar unsur Nitrogen yang lebih tinggi dibandingkan dengan unsur Fosforus dan Kalium.
Memang banyak terdapat berbagai jenis baja baik yang organik mahupun yang bukan organik. Ini
bergantung kepada pilihan anda dan anda akan belajar melalui pengalaman.

Antara contoh dari penanam orkid ialah baja organik ‘B’GREEN  seaweed’
Baja organik ‘B’GREEN  seaweed’  adalah untuk  memberi pertumbuhan yang sihat manakala ‘B’GREEN bloom & fruit’ pula untuk  membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

B’GREEN seaweed   adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana  ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi  beberapa hormon semulajadi yang amat  diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi  elemen sebagai  anti  beberapa penyakit  bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.
B’GREEN bloom & fruit  adalah campuran  baja bukan organik  N P K  +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan  untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan  nutrien oleh  tumbuhan.

Terdapat juga penggemar orkid yang menggunakan baja kimia hijau dan merah. Baja hijau mempunyai kadar unsur Nitrogen yang tinggi. Baja ini adalah untuk kesuburan daun manakala baja merah pula adalah untuk kesuburan bunga dan mempunyai kadar unsur Posforus dan Kalium yang tinggi. Ambil satu sude teh baja hijau dan satu sudu teh baja merah dan campurkan dengan satu baldi besar air. Kemudian ambil setengah tutup racun serangga jenama CH MALAXION 570E dan kacau hinga sebati. Masukkan ke dalam tong semburan dan sembur sekali seminggu. Ada juga yang menambah baja organik setelah semburan. Tabur baja tahi kambing ke dalam pasu bagi menguatkan akar pokok orkid dan menggalak tumbesaran pokok orkid.


4,  KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK ORKID
Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. ssu Ini kerana ia mempengaruhi kualiti  hidup  orkid  dan mungkin yang lebih  penting anda mungkin kehilangan orkid anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada  bawaan 4 elemen:
a) Serangan serangga
b) Serangan kulat
c) Serangan bakteria
d) Serangan virus

Kemahiran mengenal penyakit  memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala sesuatu penyakit itu mempunyai  tanda yang sama  untuk bawaan  virus atau bakteria atau kulat.


a) SERANGAN SERANGGA
Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang  biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :
a. Semut
e. White flies
b. Aphid
f. Mites
c. Lipas
g. Scale insects
d. Kumbang
h.  Siput

1) Kumbang 
(Oulema pectoralis, Apogonia spp Gonophora xanthomala dan Callispa duodecima culata)


Kumbang menghisap nutrient pada daun hingga jadi kering 


Kumbang Oulema pectoralis

Memasang jaring netting atau pokok penghalang di sekeliling ladang. Sembur racun seperti carbaryl, trichlorphon dan gamma BHC pada kadar 0.1% a.i. Semburan preventif dilakukan pada peringkat berbunga. Trips Anaphotrips corbetti Sembur dengan racun seperti dimethoate pada kadar 0.1% a.i Teritip Diaspis boisduvallis dan Parlatoria proteus Sembur racun seperti dimethoate atau white oil pada kadar 0.1% a.i


2) Hamama 
(Dolichortetranychus dan Tetranychus spp).


Sembur dengan racun hamama seperti dicofol atau white oil pada kadar 0.1% a.i atau tetradifon pada kadar 0.01% a.i

3) Siput dan lintah bulan
Serangga perosak ini selalu menyusahkan pencinta orkid. Ia sering ditemui pada dirumah-rumah orkid, di mana keadaan lembap sangat sesuai untuk meneruskan kehidupan mereka. Siput-siput kecil boleh membahayakan pokok dengan memakan sulur akar. berlainan dengan siput yang lebih besar dan semua saiz lintah bulan (slugs), akan makan dan mengunyah akar dan tunas/pucuk baru, sering menyebabkan luka besar dalam jangka masa satu malam.

Simptom-
Tunas/pucuk yang telah dimakan akan mengeluarkan zat pekat untuk mengisi lubang (kesan dimakan). Jika tidak dirawat, ianya akan membusuk dan mengakibatkan pertumbuhan pokok terbantut. Keringkan lubang tersebut dengan kain kering kemudian disalut dengan belerang untuk pertanian. Ianya dapat mengeringkan kesan luka pada pokok dan mencegah dari dijangkiti kuman serta kulat. Lubang tersebut boleh disembuhi tetapi kesannya parut tetap ada dan kekal walaupun tak sedap mata memandang.

Kawalan-
Ada banyak bentuk kawalan siput, lintah bulan dan kodok. Terdapat satu cara mudah jika anda hendak menggunakan kaedah bukan kimia, iaitu secara alam semulajadi. Anda hanya perlu meletakkan hirisan buah epal di dalam pasu yang anda syaki adanya siput ini berkeliaran. Pada keesokkan harinya anda akan terkejut, seolah-olah ada satu pesta pada hirisan buah epal tersebut.

Satu lagi cara ialah dengan merendam pasu ke dalam larutan mercaptodimethur pada kadar 0.1% a.i. Letakkan umpan metaldehyde pada laluan siput dan lintah bulan.



Siput babi bertelor di bawah daun orkid


Lintah bulan


Daun pokok bunga bakawali yang menjadi mangsa lintah bulan

Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan.  Mereka biasa  terdapat di bawah daun  orkid  dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:

Aphid

Terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun 
dan celahan daunan dan batang orkid


White flies
Seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok 
di belakang daun. Ia menyerang orkid yang mempunyai 
daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, 
Catasetum dan Coelogyne.


Red Mite


Warna kemerahan di belakang daun, Belakang daun akan menjadi 
kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. 
Ia suka keadaan yang kering


Scale Insect





Warna kuning keputihan  di atas daun dan batang pokok orkid.


Thrip





Warna agak coklat di atas daun  orkid.


b) SERANGAN KULAT

1) Reput Umbut/Reput Hitam 
(Phytophthora Phytophthora palmivora)


Cattleya sp.:
Pandangan dekat reput hitam yang disebabkan oleh 
Phytophthora cactorum


Cattleya hybrid. 
White mycelium yang mengandungi sporangia 
Phytophtora palmivora boleh dilihat pada hujung pseudobulbs.


Lihatlah tompok seperti daun ini telah direndam 
air dalam waktu yang lama

Simptom-
Pangkal daun yang diserang kelihatan seperti tompok yang terendam air. Ia merebak dan bertukar menjadi perang kehitaman. Serangan pada akar akan merebak ke batang dan daun dan bahagian yang diserang menjadi nekrotik.

Kawalan-
Musnahkan bahagian berpenyakit. Baiki pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan siraman air di kala suhu rendah atau musim hujan. Elakkan anakbenih terkena hujan, guna plastik tra-telus sebagai pelindung hujan. Sembur racun kulat sistemtik seperti metalaxyl digilir dengan racun sentuh seperti mancozeb. Matalaxyl digunakan pada dahan pucuk yang diserang.

Read More
http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/pp/pp26000.pdf
http://www.ctahr.hawaii.edu/oc/freepubs/pdf/RES-129.pdfhttp://www.ctahr.hawaii.edu/oc/freepubs/pdf/RES-129.pdf


2) Bintik Hitam Bunga 
(
Curvularia eragostidis, colletotrichum gloeosporioides dan Botrytis sp.)





Simptom-
Serangan bermula dengan bintik perang kecil pada ranggi dan kelopak bunga. Penyakit ini selalu menyerang pada Dendrobium dan Phalaenopsis terutama jenis putih.

Kawalan-
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti mancozeb atau thiophanatemethyl sebagai kawalan kimia.


3) Bintik Hitam bunga/Polinium hitam 
(Fusarium monilliforme)
\





Simptom-
Serangan akan mengakibatkan polinium bunga menjadi perang dan hitam dan ini menyebabkan bunga cepat pudar, layu dan memburuk. Penyakit ini akan lebih ketara bila ada serangan teritip pada kudup bunga.

Kawalan-
Kawal teritip dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.

4) Reput Sclerotium/Reput Pangkal dan Akar



Simptom-
Kulat mula menyerang di bahagian akar dan daun merebak ke pangkal pokok. Bahagian diserang menjadi perang dan reput. Serangan akan merebak ke pangkal batang dan daun di bahagian bawah. Daun menjadi kekuningan dan gugur. Dalam keadaan cuaca yang sesuai sklerotia seperti biji sawi boleh dilihat di bahagian pangkal pokok.

Kawalan-
Lindungi anak benih dengan menggunakan bumbung polyvinyl di musim hujan.Musnahkan anak pokok berpenyakit. Jangan gunakan baja organan berlebihan. Kawalan kimia menggunakan benomyl. Kerat pokok berpenyakit dan rendam dalam racun kulat seperti captan.


5) Bintik Daun Cercospora 
(Cercospora dendrobii)





Simptom-
Tanda penyakit berbeza mengikut jenis orkid. Pada Oncidium bintik kecil kurang drpd 1mm terdapat pada permukaan bawah daun. Pada Dendrobium bintik bulat berwarna kuning berukuran 1 cm garis pusat. Spora hitam terdapat dibawah permukaan daun.

Kawalan-
Musnahkan bahagian yang diserang. Elak dari menyiram berlebihan. Jarakkan tanaman. Sembur racun kulat seperti benomyl atau mancozeb.

6) Antraknos 
(Colletotrichum gloeosporiodes)



Senang untuk dikenal pasti dari bentuk spora yang 
tersusun secara cecincin


Pokok orkid ini sudah diserang hingga ke batang pokok. 
Cara terbaik ialah dengan menghapuskan pokok tersebut sebelum 
menjangkiti pokok orkid yang lain.


Simptom-
Kecederaan berbentuk bintik bulat dengan spora-spora hitam yang tersusun secara cecincin.

Kawalan-
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti benomyl atau mencozeb.


7) Jelaga Hitam 
(Cladosporium sp. Polychaeton sp Trichomerium grandisporum dan Phragmocapnias betle)






Simptom-

Penyakit kelihatan seperti jelaga hitam yang menyeliputi permukaan bahagian daun/pokok. Kulat membiak pada rembesan yang dikeluarkan oleh serangga seperti koya, kutu thrips dan kutu daun.

Kawalan-
Kawal serangga dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.

.
c) SERANGAN BAKTERIA
Biasanya tanda penyakit  orkid disebabkan  bakteria  meyamai  dengan penyakit bawaan kulat. Biasanya penyakit  bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak  berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah  reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan  pengudaraan yang  kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
Antara penyakit  bawaan bateria adalah:
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.










Simptom-
Penyakit bermula dengan bintik kecil yang basah berwarna hijau pucat hingga kuning perang dengan tepinya warna hijau tua. Dalam keadaan cuaca lembab dan panas, bintik ini cepat merebak ke serata daun. Bahagian yang diserang biasanya kelihatan basah dan reput. Penyakit ini boleh merebak ke bahagian batang dan akar mengakibatkan pokok mati.

Kawalan-
Potong bahagian yang diserang dengan pisau bersih. Elak menyiram berlebihan. Elak dari melukakan pokok terutama di musim hujan. Baiki sistem pengaliran air dan pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan baja nitrogen dan lebihkan baja kalium.


4. Virus
Penyakit bawaan virus adalah yang paling kritikal berbanding yang lain. Antara jenis-jenis virus yang biasa menyerang orkid ialah virus tobacco mosaic , Virus cymbidium mosaic, Virus cymbidium necrotic ringspot dan virus odontoglossum ringspot. Adalah penting bagi kita untuk mengenali tanda-tanda awal serangan virus dan seterusnya mencegah penularan virus tersebut.

Tanda-tanda serangan virus boleh dikenal pasti seperti pertumbuhan yang tidak normal yang seterusnya pokok menjadi lemah dan tidak sihat, pertumbuhan batang yang tidak lurus dan bantut.

Tanda-tanda pada daun termasuklah bintik-bintik hitam atau kuning biasanya berbentuk bulat atau mozek dan kakisan pada permukaan daun.

Tanda-tanda lain termasuklah pengurangan bilangan dan pembantutan batang, daun dan putik bunga, pengurangan kualiti warna bunga dan keguguran putik bunga. Walau bagaimana pun tanda-tanda serangan mungkin berbeza antara genus.

Virus boleh dipindahkan daripada pokok yang telah dijangkiti melalui pelbagai cara seperti serangga perosak contohnya apid dan kutu trip. Melalui peralatan mekanikal yang digunakan seperti pisau yang digunakan untuk memotong mana-mana bahagian orkid, melalui debunga dan juga melalui sentuhan. Pokok yang telah diserang oleh virus tidak boleh dirawat lagi dan harus dimusnahkan dengan cara membakarnya.


Oleh itu, untuk mengurangkan atau mencegah jangkitan virus kita mesti mengawal serangga perosak, mensterilkan peralatan memotong sama ada dengan menggunakan alkolhol atau panaskan di atas api sehingga mencapai suhu 100 darjah Celcius dan boleh juga dirawat dengan menggunakan air panas.
Terdapat pelbagai jenis tanda penyakit, bergantung kepada jenis virus yang menyerang.Serangan virus akan menyebabkan tanda-tanda penyakit berikut: - Perubahan warna bunga (color breking) - pucuk berputar - daun capuk - tangkai bunga pendik - daun berkerekot - bantut - mozek dan jalur pada daun

Ringspot:

 Ring spot pada Dendrobium

 Ring spot pada Phalenopsis



Mosaic Virus:

Cymbidium Mosaic Virus

Kawalan-
Musnahkan pokok berpenyakit dan asingkan dari pokok sihat. Bersihkan alatan seperti pisau, gunting untuk elakkan jangkitan.
Bersihkan dengan salah satu berikut:
1- rendam alat dalam larutan 2% NaOH dan 2% formalin selama 5 saat.
2- rendam dalam 10% klorox
3- panaskan alatan dengan api.
4. Rumpai Sembur dengan racun seperti glyphosate (0.6kg/ha) atau glufosinate .



Sumber rujukan:
http://edis.ifas.ufl.edu/pdffiles/pp/pp26000.pdf
http://duniabungahiasan.blogspot.my/2013/09/penyakit-penyakit-orkid_1.html
http://orkid-rimba.blogspot.my/2012/05/pengurusan-perosak-tanaman-orkid.html
http://hybridorchid.blogspot.my/2011/09/pengelasan-mengikut-cara-pertumbuhan.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm



Jumaat, 27 November 2015

CARA-CARA PENJAGAAN ORKID DAN PEMBIAKAN ORKID


ORKID antara tanaman hiasan yang popular dan digemari kebanyakan pemilik kediaman.
Ia juga tidak sukar ditanam dan aspek penjagaannya juga lebih kurang sama dengan tanaman hiasan lain. Perkara paling penting adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman hiasan itu.
Sudah tentu ia memerlukan persekitaran yang sesuai dan perlu disiram atau dibaja secukupnya.
Apabila rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyeleng¬garaan yang betul dilakukan, orkid di kediaman anda pasti sentiasa hidup subur.

Rata-rata orkid boleh dikatogerikan kepada dua iaitu orkid tulen dan orkid hybrid. Orkid hybrid lebih popular dan diminati ramai diatas beberapa faktor iaitu:

•Warna bunga yang lebih menarik
•Bunga yang tahan lama
•Pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
•Harga yang murah berbanding orkid liar
•Saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
•Sesuai untuk jualan keratan bunga

JENIS-JENIS ORKID YANG BANYAK TERDAPAT DI MALAYSIA
Terdapat beberapa jenis orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;
•Dendrobium
•Phalaenopsis
•Arachnis
•Vanda
•Cattleyan
•Oncidium

CABARAN MENANAM ORKID
Sesuatu sudut yang biasa akan jadi luar biasa hanya dengan adanya satu gubahan orkid. Beranda rumah yang di hiasi dengan tanaman orkid akan nampak lebih berseri, apalagi sekiranya orkid itu sedang berbunga. Malah orkid menjadi pilihan majlis besar-besar terutamanya yang melibatkan peringat international.

Keunggulan orkid membuat ramai penggemar tidak berani untuk menanamnya, Sebenarnya tidak sukar menanam orkid apabila kita mempunyai pengetahuan yang luas. Lain jenis orkid memerlukan cara penjagaan yang berlainan. Kita perlu peka tentang keperluan air siramannya, banyak mana pencahayaan matahari yang diperlukan, bajanya dan jenis-jenis penyakit yang akan mengganggu. Setelah cukup adab tertibnya, kita hanya perlu melakukan rutin yang sama sahaja sepanjang pembesaran orkid tersebut. Saat yang paling indah ialah bila orkid kita mula berbunga. Bunganya pula boleh bertahan hingga sebulan, menghiasi perkarangan rumah. 

MEDIA PENANAMAN ORKID
Penanaman orkid memerlukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.
Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan:

1) PECAHAN BATU BATA




Antara media yang popular dan mudah diperoleh. Biasanya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Ia dicampur bersama dengan pecahan arang.


Teknik menggunakan:


i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.


ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.


iii.Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.


iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.



Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.


2) PECAHAN ARANG

Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Boleh digabungkan dengan media batu bata




Teknik menggunakan: 


i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).


ii. Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.


iii.Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.


3) SERBUK KAYU

Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan dalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.


Teknik menggunakan:


Gunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)
i. Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.
ii. Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

iii. Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah,campur bersama dengan media pasuan dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.

4) SPHAGNUM MOSS
Adalah sejenis lumut yang telah diproses dan merupakan  media popular dijadikan sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu menyimpan kelembapan dalam jangka masa lama. Ada juga yang menggunakan seratus peratus sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid jenis phalaenopsis. Ia bagi mengekalkan kelembapan dalam jangka masa lama kerana orkid jenis itu tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.




Teknik menggunakan:

i. Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Angkat dan biarkan sehingga ia terasa lembap.

ii.Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya.


5) 
POTONGAN BATANG PAKU PAKIS GAJAH 

Akar paku pakis mempunyai kebolehan untuk menyimpan air dengan lebih lama berbanding tunggul kayu. Oleh itu kadar penyiraman boleh dikurangkan. Gunakan spaghnum moss sebagai media sokongan. Ia amat sesuai untuk tanaman gantung.

Teknik menggunakan:

i. Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.

ii. Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda.Gunakan tali rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.


Paku pakis gajah


6) TUNGGUL KAYU 

Sesuai digunakan untuk penanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Mudah diperoleh di dalam hutan, di ladang sawit atau di tepi sungai. Pilih kayu yang tidak terlalu reput dan pastikan kayu tersebut bebas perosak seperti kulat dan anai - anai. Pelbagai olahan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan tunggul kayu. Gunakan spaghnum moss sebagai media sokongan dan membantu mengekalkan kelembapan kerana tunggul kayu akan kering dalam masa yang singkat.

Teknik menggunakan:

Sama seperti menggunakan poto¬ngan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.


7) POTONGAN DAHAN TEMBUSU
Sesuai untuk menanam orkid daripada famili bulbophyllum dan phalaenopsis. Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media itu. Ia mempunyai kulit tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.


8) PERLITE



Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid, ini kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Penulis menggemari media ini kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit dek kesan daripada penyiraman melampau.

Teknik menggunakan:

i. Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan kerana perlite yang berkeadaan kering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia sangat ringan. Dibimbangi memudaratkan kita apabila disedut. Tidak rugi kita berhati-hati.

ii.Isikan ke dalam pasu sehingga penuh.

iii.Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.


iv. Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggi dan besar saiznya.







9) TANAH CAMPURAN 


Orkid yang hidup di tanah memerlukan media itu. Bagi menyediakan tanah campuran penting bagi kita untuk mengetahui apakah nisbah yang sesuai, bahan apakah yang harus digunakan, adakah media tersebut dimampatkan atau tidak. Pemilihan ciri-ciri ini ditentukan oleh sifat pertumbuhan orkid tersebut. Antara contoh campuran yang biasa digunakan ialah kompos, perlite atau kerikil dan sekam padi dengan nisbah 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.




10) TIADA MEDIA

Bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan sebarang media. Teknik itu sesuai untuk orkid jenis vanda dan memerlukan kadar penyiraman lebih.




6. SABUT KELAPA
Penggunaan sabut kelapa sesuai untuk orkid bersaiz kecil. Digunakan kerana daya pegangan air yang tinggi, namun harus dikawal kelembapannya kerana boleh menyebabkan jangkitan kulat. Boleh juga digunakan secara gabungan dengan arang dan batu-bata.












PERSEDIAAN PERSEKITAN KEHIDUPAN ORKID
Orkid seperti tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan penyediaan teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.


TEKNIK TEDUHAN ORKID

a. Rumah teduhan
Teknik ini amat popular dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat beberapa jenis untuk pilihan penanam.

b. Tanaman bersama pokok teduhan
Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.

CARA PEMBIAKAN ORKID
Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok daripada jenis yang sama.

Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:
- pembiakan daripada anak benih
- pot komuniti
- pot individu
- pembahagian rumpun
- keratan daripada pokok induk

1-PEMBIAKAN DARIPADA ANAK BENIH
Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.

Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada ‘flask’.
Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid. Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid. Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.

Bahan bahan yang diperlukan;
1. Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)
2. Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan). Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.
3. Kertas suratkhabar

Caranya;
1. Keluarkan anak orkid dari botol. Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah disterilkan. Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.



2. Basuhkan anak orkid menggunakan air. Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.
3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.
4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)
5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)
6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)
7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.
8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.
9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid. Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.
Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid. Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.

2. POT KOMUNITI




Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di dalam ‘compot’ di nurseri orkid.Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’. Oleh itu bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid untuk menggandakan koleksi orkid anda.


3. POT INDIVIDU
Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar secara individu. Maka, anda juga boleh membeli orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.

4. PEMBAHAGIAN RUMPUN

Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan.
Keratan daripada pokok induk
Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar dipotong daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yang baru.


5. KERATAN BATANG







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...