TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 30 September 2015

MARI BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK


Siapa antara kita yang yang tidak pernah bermain congkak? Rasanya mustahil untuk generasi tahun 90han kebawah untuk terlepas memainkan permainan congkak. Masa dahulu kita tidak ada komputer di rumah yang membolehkan kita bermain berbagai-bagai permainan internet. Komputer hanya wujud di syarikat-syarikat besar dan bentuknya juga tidak secantik sekarang. Biasanya sangat besar seperti kotak dan tidak mempunyai sebarang perisian yang menyeronokkan seperti sekarang.Zaman tanpa handphone dan tablet serta gadget telah memberi peluang kepada kanak-kanak generasi itu menikmati berbagai permainan traditional seperti Congkak, Cari Cucu, Batu Seremban, Galah Panjang dan Ting-ting Bulan.


PERMAINAN CONGKAK
Antara kelebihan homeschool ialah para pelajarnya tidak mempunyai sebarang kerja sekolah yang perlu disiapkan setelah sessi pembelajaran berakhir. Ini memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dunia luar yang sangat menyeronokkan bagi mengisi pembesaran mereka. Kami memperkenalkan permainan congkak kepada mereka dan membeli peralatan congkak moden melalui online.

Congkak moden yang berwarna warni ini cantik sekali dan menarik  minat kanak-kanak 
untuk bermain. Buah congkak juga direka seperti bentuk gula-gula kegemaran 
kanak-kanak. Memang berbeza dengan buah congkak generasi dahulu yang 
hanya terdiri dari batu-batu kecil yang dikutip ditebing sungai ataupun 
dari biji buah asam jawa dan sebagainya.


Kalau ada anak-anak kecil yang masih belum mengerti 
perbezaan buah congkak dan gula-gula, perlulah 
diambil perhatian. Mereka boleh tercekik 
bila tertelan buah congkak yang berwarna warni ini.


Congkak yang kami beli ini mempunyai 7 lubang. Ini bererti setiap lubang akan diisi 
dengan 7 biji buah congkak. Setiap belah papan congkak ada 7 lubang dan 
memerlukan 49 biji buah congkak. Dengan itu kita perlu menyediakan 98 biji buah
 congkak untuk bermain congkak 7 lubang. Ada dua lubang besar disetiap kiri 
pemain. Mereka akan mulakan dari kanan dan  bergerak ke arah kiri. Pada mulanya 
dua lubang ini kosong dan akan bertambah sebiji buah congkak setiap kali 
pemain melintasinya. Ketika ini Afiqah dan Afiq baru mula bermain dan 
dalam setiap lubang besar mereka yang dipanggil "rumah" hanya ada 
satu biji buah congkak. Bilangan ini akan bertambah setiap kali mereka 
melintasi "rumah" masing-masing.


Afiqah terpaksa berhenti bermain apabila lubang terakhir dia masukkan buah berjiran dengan lubang yang kosong. Ini bermakna dia sudah kehabisan buah untuk teruskan permainan. Afiq terus bermain dan sekiranya Afiq tahu strategi untuk congkak buah 7, dia akan habiskan semua  buah congkak dan masukkan ke dalam "rumah"nya dan Afiqah tidak berpeluang untuk menyambung permainan ini. Ini bermakna Afiq telah memenangi permainan ini. Kelihatan Afiqah begitu asyik meneliti setiap perjalanan Afiq agar Afiq tidak boleh mengelat (menipu). 

Nampaknya Afiq masih tidak pakar dengan strategi congkak lubang 7
 ini kerana Afiqah berpeluang untuk meneruskan permainan . Ketika ini Afiq 
terpaksa berhenti setelah kehabisan buah ketika bermain tadi. Strategi 
congkak buah 7 berlainan dengan strategi congkak buah 8 atau 9. Kita perlu 
menghafal lubang mana perlu dimulakan dalam setiap permainan congkak. 
Sebab itulah permainan congkak ini dapat meningkat perkembangan 
otak anak-anak kita. Wah.....Adelyn juga berminat demgan permainan ini. 


(Gambar: Ihsan google)
Zaman dahulu kita hanya bermain congkak tanah. Kita boleh buat 
congkak 9 lubang atau 10 lubang ikut suka hati. Buahnya pula boleh guna 
guli atau biji buah getah.


ASAL USUL PERMAINAN CONGKAK

Congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.

Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di Kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.


Pada zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Di zaman teknologi ini Terdapat juga permainan congkak dalam talian yang telah dicipta.


Bentuk papan congkak yang dimainkan oleh golongan bangsawan.



 Berbagai bentuk ukiran papan congkak telah direka termasuk
bentuk bangau menyudu. 



Papan congkak bentuk kuda kepang. 



Permainan congkak boleh dimainkan oleh setiap lapisan 
masyarakat tanpa had peringkat umur.



KELAS MELUKIS DI DAPUR


Assalamualaikum semua terutamanya para ibu yang sedang sibuk menguruskan pembelajaran homeschool anak-anak mereka. Sudah agak lama FCUHOMESCHOOLING tidak bersiaran. Aktiviti homeschool berjalan seperti biasa dan memang banyak photo-photo aktiviti mereka yang tersadai dalam folder. 

Jagung rebus adalah makanan kegemaran kami semua. Namun begitu,,,agak sukar untuk mendapatkannya di Langkawi. Maksud saya, ia tidak dijual setiap hari di pasar. Jarang-jarang sekali muncul di pasar dan bila berpeluang, kami tidak akan lepaskan peluang menikmatinya.



Buang lapisan kulit jagung bahagian luar. Tinggalkan sedikit
kerana rasa kulit luaran jagung akan memaniskan jagung rebus.
Masukkan air hingga paras jagung dan rebus. Masukkan sedikit garam untuk
mendapat rasa yang lebih enak. Bila dah  masak, boleh dimakan 
begitu sahaja ataupun dibakar. Sapukan sedikit mejerin atau mentega 
dan panggang atas api yang sederhana hingga jagung kelihatan 
lebing garing. Wah...makan ketika panas adalah 
yang terbaik.



Kami sering mengadakan pembelajarn di ruang dapur teruatamanya apabila ada bahan
makanan yang mereka minat seperti jagung ini. Masing-masing memilih
jagung untuk menjadi bahan pembelajaran mereka.


Masing-masing melukis jagung dengan menggunakan pensil dan mengikut saja bentuk 
jagung yang diletak di atas kertas. Hanya Adelyn yang asyik memerhati 
kakak dan abangnya.


Walaupun masih kecil, Adelyn dah dapat idea bagaimana 
hendak melukis jagung. Dia banyak meniru gaya Afiqah dan Afiq. 
Pembelajaran homeschool serentak sebegini banyak 
membantu perkembangan anak-anak kecil kita tanpa 
banyak usaha. Mereka belajar melalui persekitaran dan
rakan-rakan sekeliling. 




Dengan sedikit pertolongan dari Afiqah, Adelyn sudah 
berjaya melukis jagung bersama kulitnya. Seronok betul Adelyn
meneroka ilmu baru ini.



Alyssa dah mahir dan tahu apa yang perlu dia lakukan. 
Becok mulutnya memanggil Adelyn agar meniru cara
dia melukis. Memang gamat jugalah suasana di dapur 
kami bila buat kelas homeschool. Kita pula rasa terhibur
dengan gelagat mereka yang memang lucu.


Masa untuk mewarnakan jagung.....


Di penghujung pembelajaran, semua orang akan menayangkan hasil kerja untuk
diabadikan dalam blog homeschool kami. Adelyn menayangkan kertas kerjanya 
yang sedah terkoyak dan remok-remok. Itulah yang terbaik dari Adelynl


Hasil kerja Alyssa. Apabila ditanya mengapa jagung itu berwarna merah dan 
tidak kuning. Menurut Alyssa, jagung rebus itu telah disapu jem strawberry..
Masuk akal juga......



..
Afiq dengan hasil kerjanya....


Hasil kerja Afiqah.Selain gambar jagung..ada pula gambar kartun
sebagai penambah seri.Warna yang digunakan
lebih menarik dari adik-adiknya....


Kelas yang berlangsung selama 1 jam itu sangat seronok. Pembelajaran serentak memang memberi impak yang mendalam dalam jiwa anak-anak. Kelainan peringkat umur itu memberi satu suasana pembelajaran yang positive dimana yang kecil akan meniru gaya kakak dan abang, manakala si abang dan si kakak pula seronok membantu dan menunjukkan kepakaran mereka. Walaupun mereka homeschool, tetapi mereka berpeluang merasa suasana bilik
darjah yang mempunyai ramai murid-murid.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...