TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 18 Jun 2011

THE GRENADE SHORT FILM

( GUIDANCE CORNER )


Berlakun dalam short films FCUPRODUCTION adalah salah satu curriculum dalam homeschool kami. Adakah ini satu langkah untuk menjadikan mereka artis tanahair? Sama sekali tidak.

Ini adalah salah satu latihan untuk memantapkan lagi pencapaian FCUPRODUCTION selain video-video yang kami sajikan dalam Langkawi Story. Antara wawasan kami adalah untuk menerbitkan filem dokumentari yang dapat dipasarkan diperingkat antarabangsa. Latihan berlakun adalah antara salah satu langkah menuju wawasan ini. Kami juga telah mencuba buat pertama kalinya membuat voice over sendiri  dalam short documentary film bertajuk " EARTH DAY IS EVERYDAY ". Saksikan....






Kami percaya langkah kecil ini akan mengorak dengan lebih jauh dalam masa yang terdekat untuk menrealisasikan wawasan tersebut.


Apahal pula dengan gelagat dua orang pelajar FCUHOMESCHOOLING ini? Mereka adalah antara crew FCUPRODUCTION yang banyak menolong di belakang tabir terutamanya dalam event yang besar-besar di Langkawi. Antara kebaikan dari aksi-aksi ini adalah meningkatkan keyakinan diri dan membuang rasa gemuruh bila berdepan dengan orang ramai. Personaliti mereka juga telah banyak berubah ke arah lebih positive.



Si Hafidz ni...sedang mencuci habuk dan mengelap cermin tingkap kereta. Sempat juga dia membelek muka dengan cermin tingkap kereta. Hai !! Teringat zaman remaja dulu....memang pantang tengok cermin tak kiralah kat mana, mesti tak lepas peluang membelek muka. Perasan sungguhlah! Agaknya ini adalah antara perangai remaja-remaja yang tengah cari identiti diri. Biasalah tu......Habis cuci luar tingkap, Hafidz cuci bahagian dalam pula.Tiba-tiba lalulah seorang pemuda di tepi kereta. Nampak aje cermin kereta, hai....tak lepas peluang belek muka dan rambut. Lagi pun tuan punya kereta tak adakan, bolehlah tumpang semangkuk bercermin diri. Nampaknya gelagat tengok cermin di kalangan remaja adalah global. Boleh juga kita nak test kesahihan teori ini dengan meletakkan sebuah cermin besar di tempat awam di mana ramai remaja lalu lalang. Kedudukan cermin itu janganlah open sangat, nanti mereka malu untuk membelek. Cari lokasi yang agak terlindung tapi terbuka. Macam mana tu..? Maknanya para remaja boleh nampak dengan jelas wujudnya cermin itu dan agak tersorok hingga mereka rasa orang tak perasan sangat mereka tengah membelek muka ke.., rambut ke.. atau pun baju yang mereka pakai. Lepas tu.....letaklah hidden camera. Pasti dapat merakamkan gelagat lucu seperti dalam video ini.

Berbalik pula kepada pemuda ini yang bernama Tajrid. Sambil membelek, dia mendengar lagu melalui MP3.
Habis membelek dia pun meneruskan perjalanannya untuk  pulang kerumah. Sebaik sahaja mendengar lagu Grenade oleh Bruno Mars, Tajrid ubah fikiran dari meneruskan perjalanannya. Apalagi, cermin kereta jadi sasaran untuk berlatih menyanyi. Oleh kerana cermin kereta itu tidak membenarkan orang luar nampak apa yang ada di dalam "tinted car", dia tak perasan dengan Si Hafidz yang sedang bengang memerhatikan gelagatnya.Yang lucunya, apabila pemuda itu berlalu saja, Si Hafidz pun keluar check. Barulah dia tahu kenapa pemuda itu sungguh confident menyanyi penuh gaya.

Moral dari short film:
Tajrid dan Hafidz sedar akan kelemahan para remaja iaitu suka perasan. Bukan senang untuk keluar dari sikap global ini tapi bila dah tahu tu....mereka akan lebih cepat mengenali diri mereka dan cuba untuk berubah.




DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...