TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 3 Jun 2011

RACING WITH THE MOON

(GUIDANCE CORNER)



Kami memberanikan diri untuk introduce astronomy class to FCUHOMESCHOOLING. Oleh kerana sekolah biasa tak ada kelas astronomy, tak pernah belajarlah apa-apa pun tentang astronomy sebelum ini Modal yang ada hanyalah minat yang mendalam untuk menjelajah alam semesta.

Have a faith in yourself
Hundred percent confident that you can do it
Hundred percent confident that Allah help you

Hafidz memang minat sangat. Dia yang paling teruja. Kalau tengok pada gambar header blognya, sahlah...dia ada cita-cita untuk jadi angkasawan. Bila homeschooling, masaalah utama ialah untuk buat experiment sains. Yang biasa-biasa bolehlah tapi bila memerlukan peralatan canggih seperti dalam makmal sekolah, tak mampulah nak sediakan. Dah lama dah Hafidz minta belikan microscope tapi tak jumpa lagi jualan lelong di internet. Kehulu ke hiliir, dia asyik bawa kanta pembesar itulah aje.....Asyik beli baru aje kerana asyik hilang!!

Alhamdulillah, astronomy adalah satu cabang sains yang hebat dan dengan mempelajari bidang ini, ruang kosong yang tak dapat kami penuhkan untuk Hafidz, dapat diisikan dengan sempurnanya. Memang dia berjiwa saintist. Antara sebab kami homeschool Hafidz ialah untuk beri dia ruang untuk teroka bidang ini tanpa risau akan homework melambak atau membuat persediaan peperiksaan. Selalunya bila sebut saintist, orang akan terbayang seorang prof. atau paling-paling tidak bertaraf PHD. Itu adalah standard yang direka oleh sesetengah pihak dan kini  fahaman itu dah jadi sebati dengan manusia sejagat. Kita refer balik zaman awal penemuan sains. Masa itu tak banyak sekolah apalagi universiti. Kebanyakan mereka adalah homeschool aje. Tak perlu ada gelaran seperti sekarang untuk mereka terus meneroka ilmu Allah hinggalah apa yang ada sekarang. Berpegang kepada cara bagaimana pengetahuan sains mula dikenalkan, kami tidak teragak-agak untuk membimbing seorang saintist muda meneroka tanpa sempadan.

Sejak bermulanya kelas astronomi, berbagai-bagai soalan yang Hafidz tanya. Mulalah buka youtube dan buat research. Almaklumlah....cikgunya pun buta astronomi. Yang penting...kena layan soalan anak-anak tak kira senang atau susah. Jawapan tak tepat pun tak mengapa yang penting kita hargai usaha mereka. Sama-sama kita ajak mereka berfikir dan berbincang. Sokongan seperti ini sangat bermakna buat anak-anak untuk mereka terus berkembang maju dan berkeyakinan tinggi. Antara soalan yang pelik-pelik Hafidz tanya ialah...

" Kalau kita berlari dalam 30 batu sejam, siapa yang lebih laju dibanding dengan bulan mengelilingi bumi? Boleh kira tak?"

Terdiam aku seketika. Ini mesti dia dah pernah berlari waktu bulan terang dan dia nampak seolah-olah bulan mengejarnya. Aku pun ada pengalaman macam tu...masa kecil dulu tapi tak terlintas pula nak kira siapa yang lebih laju. Nampaknya dia lebih jauh berfikir dari aku. Ini petanda baik. Alhamdulillah.

"Boleh.....nak kena tahu jarak lilitan bulan mengelilingi bumi dululah... kita dah tahu bahawa bulan ambil selama 27.3 hari untuk mengelilingi bumi. Bila dah ada jarak dan masa, kita boleh kira kelajuan. Nanti kita search sama-sama."

Ada lagi yang lebih pelik dan tak masuk akal. Layan je lah. Ajak mereka sama-sama search internet dan berbincang. Usaha kita memang berbaloi dan tak payah tunggu lama untuk melihat hasilnya ke atas anak-anak. Daya hayalan mereka sangat tinggi dan sebenarnya fikiran yang menerawang inilah dan apabila difikir hingga jumpa penyelesaian dan diikuti dengan ujikaji secara saintifik, menghasilkan segala teknoloji canggih seperti yang ada sekarang.

Wallahualam


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...