TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 5 Jun 2011

SHORT FILM : HOW TO ENJOY YOUR LIFE.

( GUIDANCE CORNER )





Salam sejahtera  semua (terutama kepada para surirumah sepenuh masa)
Ini adalah suasana semasa FCUPRODUCTION crew membina rumah tahun lepas. Memang mereka berdepan dengan kerja berat dari pagi hingga ke petang. Namun, situasi stress itu tidak mereka biarkan membelenggu kehidupan harian mereka. Selingan-selingan seperti di atas kerap berlaku dan memang cukup menggelikan hati. Lawak betul cara Hafidz dan Tajrid menari. Ini dinamakan tarian hentam keromo.
Janji enjoy !!


Masa dok search internet bab streess, terjumpalah forum ni...Mengenai stress seorang surirumah sepenuh masa. 

"Assalamualaikum Saya ingin bertanya: bagaimana mengatasi masalah suri rumah A yg sudah bosan dan fed up dgn kerjaya dan titlenya sbg suri rumah Sebelum ini, A adalah seorang ibu bekerjaya di sebuah jabatan kerajaan dgn posisi yg agak tinggi. Tetapi skrg, A telah menjadi suri rumah sepenuh masa kerana beliau mengikuti suaminya melanjutkan pelajaran di luar negara, negara X, yg menggunakan bahasa Y yg sukar difahaminya A merasakan hari2 yg dilalui adalah penuh kebosanan. Pelbagai cara telah beliau usahakan utk memanfaatkan masa beliau spt memasak resepi2 baru, menjahit, dll..tetapi kebosanan beliau tetap tidak dapat diatasi. Jadi, A mengubati kebosanannya dgn menonton drama2 dan movies sehingga banyak masanya dihabiskan di depan tv, sehingga kerja2 rumah sering terbengkalai. A merasakan kerjaya sbg suri rumah sangat tidak glamour, bosan dan dipandang rendah oleh masyarakat. Belaiu juga merasa tertekan kerana terpaksa duduk di rumah melayan karenah anak2 24 jam, dan tiada rakan2 di luar rumah, kerana masalah bahasa, berbanding ketika beliau bekerja di tanahair. Kadangkala, kerana terlalu tertekan dgn karenah anak2nya, A melepaskan geram terhadap anak2nya, dan bertukar menjadi ibu yg kejam. A menyedari bahawa tindakannya itu salah, tetapi dia tidak tahu bagaimanakah cara lain utk mengurangkan rasa tertekannya itu. A cuba berbincang dgn suami ttg perasaan dan masalahnya, tetapi suaminya terlalu sibuk dgn studinya, dan tidak mahu melayan A. A dan keluarga akan pulang ke tanahair pada 2011. Jadi, sementara itu, bagaimanakah A ini harus menggunakan waktu terluangnya dgn baik, mengubati rasa bosan dan fed upnya itu dan berusaha menjadi ibu yg baik? Sekian Terima kasih"



Bayangkanlah....Kita ingatkan sangat seronok dapat hidup diluar negara. Apalagi jika ikut suami dan dengan anak-anak sekali ikut. Tengok secara luaran memang seronoklah tanggapan kebanyakan orang. Bila selidik cara mendalam, tak sangka begitu stress masaalah ibu ini. Agak-agak bagaimana kita akan buat sekiranya kita berada dalam situasi beliau? Terasa sangat bersyukur kepad Allah dengan kehidupan seharian kita apabila melihat kesusahan orang lain. Sebenarnya banyak kita boleh baiki dan ubah cara pemikiran agak dapat terbalikkan yang buruk kepada yang terbaik.

1. Merapatkan diri dengan Allah. Banyakkan berdoa dan sentiasa berdoa minta bantuan Allah. Pasti Allah akan berikan melalui pemikiran positive kita, pandangan positive kita dan Allah akan tunjuk melalui peristiwa-peristiwa sekeliling kita dan mencetuskan ilham dalam diri kita. Ini belum lagi kita baca buku-buku keagamaan. atau buku-buku motivasi. Hanya dengan berdoa bersungguh-sungguh tak kira waktu mana. Masa selepas solat ke....tengah makan ke...tengah masak ke...dan yang paling rapat dengan Allah ialah ketika perasaan tengah down gila berdepan dengan kerja rumah yang tak kehabisan atau berdepan dengan sikap anak-anak yang terlalu menguji. Pasti dapat bantuan dari Allah bila air mata menitik semasa berdoa dengan penuh ikhlas dan harapan dan baik sangka pada Allah.

2. Sekiranya masih lagi buntu setelah puas berdoa, bermakna Allah mahu kita check diri kita. Itu tanda Allah sangat sayang kepada kita dan mahu kita jadi yang terbaik. Dosa-dosa kita antara penyebab doa tak dimakbulkan dan bantuan tak kunjung datang.Pertamanya dosa dengan suami. Inilah penghalang utama seorang surirumah yang sentiasa berdamping dengan keluarga dan tidak banyak sosial. Ini kena check balik buku agama tentang adab-adab isteri dengan suami dan tanggung jawab isteri terhadap suami.Di sinilah syaitan akan bisikkan bahawa asyik-asyik siisteri aje yang kena betul....dan membawa pemikiran kita mengkritik peribadi suami kita yang juga mengjengkelkan dan dua kali lima aje dengan kita. Antara sebab seorang suami tak jadi suami yang baik ialah kerana isterinya tidak soleh. Terbaliklah pula tu.....tapi hakikatnya begitulah kerana isteri adalah tulang belakang suami. Bila kita ubah, insyaalllah....suami akan terpanggil untuk berubah berganda lagi dari si isteri.

Kalau baca forum di atas, memang banyak cadangan-cadangan dari pembaca untuk isteri malang ini. Apa pula cadangangan anda?

Wallahualam Bi Sawab.




DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...