TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Friday, July 22, 2011

E-BOOK HAFIDZ SIRI 1 : 1001 KISAH TAULADAN



Ini adalah siri E-BOOK saya yang pertama di mana saya isikan dengan 1001 kisah tauladan yang menarik. Siri tauladan ini saya petik dari pembacaan saya di internet dan dari buku-buku terpilih. E-BOOK ini adalah antara kurikulum FCUHOMESCHOOLING. Saya tujukannya khas buat anak buah yang tersayang.......
 
-Afiqah The Genius
-Afiq The Brilliant
-Alyssa The Amazing


Selamat Membaca!!!
Semoga kita semua diberkati Allah.
AMIN



1- PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.


Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. meneka pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya.

"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)." Jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah SAW bagaimana dengan bapaku?"

Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil
Baginda SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.


************************************



 Setiap amalan kita samaada baik atau jahat akan dihitung di akhirat kelak, walaupun sebesar kuman.



Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!! 
Jadilah kanak-kanak yang hebat agar bila dewasa kelak akan jadi hamba Allah yang juga hebat.




2- KISAH PENDITA YANG INSAF

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal. Pada suatu hari, dia tersesat jalan dan terserempak dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian). Bertanya rahib Nasrani, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Jawab Ibrahim, "Ya, aku tidak akan menghalang kehendakmu itu."
Maka berjalanlah mereka bersama-sama selama tiga hari tanpa makan dan minum. Lalu berkatalah rahib Nasrani,"Tiadalah ingin aku memberitahumu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun berdoa kepada Allah,"Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau malukan aku di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar.



Mereka pun makan dan minum dengan gembira. Kemudian mereka sambung perjalanan selama tiga hari lagi tanpa makan dan minum. Lalu berkatalah Ibrahim,"Hai rahib Nasrani, berikanlah aku makanan yang kamu ada. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan sebelum ini.
Hairanlah Ibrahim lalu berkata, "Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahu perkara sebenarnya."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah tilikan makrifah engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. 


 Sesungguhnya aku telah membuang masa dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah Allah memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah 
mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

Selepas itu mereka meneruskan perjalananhingga ke Mekah dan mengerjakan haji.Dengan takdir Allah, rahib itu telah meninggal dunia. Ibrahim merasa sangat dukacita atas pemergian sahabatnya. Pada 
malamnya dia bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik dan memakai pakaian sutera yang indah."

Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankahengkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah   terhadap engkau?"

Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkanNya semua itu kerana aku bersangka baik  kepada-Nya. Dia menjadikan aku bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat." 





************************************

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan.

Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!! Selalulah muafakat dan janganlah bergaduh sesama sendiri ya..








3- KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S


Pada suatu ketika ketika Nabi Daud A.S sedang membaca kitab az-Zabur di suraunya, dengan tiba-tibadia terpandang seekor ulat merah pada debu.Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yangdikehendaki Allah dengan ulat ini?"


Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

  "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan
kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu
walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya berselawat setiap malam sebanyak 1000 kali." 

Kemudian dia  pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar akudapat faedah darimu?"

 Akhirnya Nabi Daud A.S bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. kerana memandang remeh terhadap ulat tersebut.



************************************


Kita tidak boleh memandang remeh kepada orang lain kerana setiap ciptaan Allah itu tidaklah sia-sia.


Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!! 
Janganlah memandang remeh sesama kalian kerana kalian adalah kanak-kanak yang sangat hebat. 








4- JIBRIL A.S. BERJUMPA DENGAN KERBAU, KELAWAR DAN CACING


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril A.S. untuk menanyakan pada kerbau, kelawar dan cacing samaada mereka senang dengan ciptaan Allah SWT terhadap mereka.




Malaikat Jibril A.S. pun pergi menemui kerbau yang sedang berendam di sungai dan berkata, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?" Si kerbau menjawab, "MasyaAllah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau daripada aku dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril A.S. menemui seekor kelawar yang sedang bergantung di dahan sepohon pokok dan berkata,"Hai kelawar apakah kamu senang dengan ciptaan Allah SWT sebagai seekor kelawar?". "Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab kelawar.





Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah dan berkata, "Wahai cacing, apakah engkau senang dengan ciptaan  Allah SWT sebagai seekor cacing?". Si cacing menjawab, "Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikanNya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".
 



***************************************
Manusia dicipta untuk jadi hamba kepada Allah dan khalifah atas muka bumi. Kita akan ditanya dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan.

 Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!!
Jangan nakal-nakal tau. Maafkan uncle sebab selalu "buli-buli sayang" kalian semua.








 ( GUIDANCE CORNER )

Ini adalah pelancaran sulung E- BOOK HAFIDZ  SIRI 1 dan akan diikuti dengan siri-siri seterusnya dengan izin Allah jua. Oleh kerana kemampuan yang terhad (almaklumlah....kadang-kadang Hafidz rajin dan kadang-kadang tak ada mood. So tak payahlah paksa...). Sebenarnya SIRI 1 ini belum siap lagi. Masih ada lagi 6 kisah tauladan yang belum dimuatkan kerana lukisan-lukisannya masih terbengkalai. Berdoa sajalah agar Hafidz bermotivasi tinggi dan ilham melukis kerap-kerap datang menjengok kotak fikirannya.

Memang minat saya membuat buku-buku  bacaan untuk anak-anak. Ini bermula dari awal kami homeschool abang dan kakak Hafidz lagi. Ketika itu ( sekitar tahun 1980han ), untuk cari buku kanak-kanak yang menarik dan penuh dengan gambar berwarna-warni agak sukar. Kalau adapun...harganya sangat mahal. Lagi pun bila anak ramai, kita akan berkira untuk keluarkan duit kepada sesuatu yang boleh direka sendiri. Tabiat ini terus menerus hingga sekarang. Buku-buku yang dihasilkan adalah berkisar pengalaman anak-anak dan ragam mereka dalam keluarga. Memang menjadi kenangan buat mereka apabila mereka besar. Buku-buku itu menjadi koleksi keluarga dan digunakan hingga kini.

Penggunaan komputer menyenangkan pembikinan sesebuah buku dengan panggilan e-book. Memang jauh senangnya dibandingkan buku biasa. Saya dapati banyak ilmu yang perlu dikuasai dalam pembikinan e-book antaranya PHOTOSHOP. Memang sangat bagus menjadikan pembikinan e-book sebagai kurikulum HS. 
Lagipun kanak-kanak memang suka melukis kartun dengan warna yang menarik. Hobi ini saya terapkan kedalam pembikinan e-book oleh Hafidz sendiri. Pada peringkat awal, kita kena pantaulah tapi....lama-lama dia pasti mahir dan tinggi harapan saya agar dia dapat hasilkan e-book yang lebih canggih dimasa hadapan.
 



DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...