TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Saturday, July 2, 2011

TRAVEL AND LEARNING TO KAMPUNG GAULAN, KENINGAU, SABAH.

( GUIDANCE CORNER )

Semasa belajar Bahasa Malaysia pagi tadi, kami terserempak dengan perkataan jemur, salai dan sidai. Hafidz kurang arif dengan perkataan salai. Yang dia tahu ialah pisang salai yang mana dia pernah makan dan tidak berapa gemar dengan rasanya. Untuk menambah kefahamannya, saya beri beberapa contoh dan cerita tentang perkataan salai. Antara cerita yang paling dia teruja ialah kisah mengenai getah keping salai. Pelajaran bahasa ini membawa kami dalam time machine meneroka sekitar tahun 1968. Masa itu umur saya baru 7 tahun dan tinggal di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

Pada hari raya puasa yang ketiga tahun tersebut, nenek telah membawa saya menziarahi saudara mara di Kampong Bukit Abal. Memang berbezalah suasana kampung tersebut dibandingkan dengan  tempat saya iaitu persisiran pantai yang sentiasa bergema dengan ombak membadai pantai. Kebanyakan penduduk Bukit Abal adalah penoreh getah. Kebun-kebun getah memang banyaklah... dan yang paling nostalgia ialah bau kampung tersebut. Memang berbeza dengan bau kampung ikan kami. Bau getah salai yang rata-rata jadi aktiviti penting penduduk di kampung itu memberi trade mark yang masih saya ingat hingga sekarang. Bahagian dapur rumah saudara itu sangat luas jika di bandingkan dengan ruang dapur rumah kampung kami. Terdapat banyak kayu panjang yang di rentang  hampir dengan atap zinc dapur. Di situlah mereka menyalai kepingan-kepingan getah hingga terbit aroma kampung tersebut. Pada mulanya saya tak berapa biasa dengan bauan tersebut tapi setelah seminggu jadi tetamu, hidung saya dah mula sebati dengan aroma getah itu. Agaknya seandai mereka bertamu ke Pantai Irama, pasti aroma shock  menerjah mereka dengan bau angin pantai dan aroma ikan dan udang yang dijemur oleh nelayan di tepi pantai. Cuti sekolah 2 minggu itu cukup untuk saya meneroka kampung tersebut dan mengikut saudara menoreh getah, mengutip getah scrub buat bola mainan dan bermain-main dengan machine perah getah keping.

Kesian Hafidz...terlopong dia dengan cerita-cerita yang tak pernah dia lalui itu. Untuk menambah kefahaman dan imaginasinya tentang kepingan getah salai ini kami melawat sebuah kampung yang jauh ke pendalaman Sabah iaitu Kampung Gaulan secara maya. Adalah rezeki Hafidz melihat machine ringkas untuk memerah air dan menipiskan kepingan getah itu. Memang antiklah machine ini dan saya sendiri pun tak pernah tengok lagi dah sejak dua menjak ni...Jom kita sama-sama saksikan.....


                                                           Ini adalah peta Kampung Gaulan, Keningau, Sabah


Inilah jalan raya untuk masuk ke Kampung Gaulan yang terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Keningau. Kampung Gaulan merupakan sebuah kampung yang terpencil di daerah Keningau.


Inilah rupa mesin pengapit kepingan getah yang terdapat di Kampung Gaulan tersebut. Menurut Hafidz dia pernah ternampak mesin ini di rumah salah seorang kawannya tetapi dia tidak tahu apakah fungsinya.






Kembali saya bawa Hafidz ke time machine tahun 1968.
Pagi-pagi lagi mereka dah mula bergerak ke ladang getah yang agak jauh juga dari rumah  mereka. Walaupun masih kecil, saya bertegas untuk ikut sama. Lagi pun, jika tinggal kat rumah, memang sunyi sebab semua orang pergi menoreh. Yang tinggal hanyalah moyang yang tersangat tua dan bongkok. Tapi masih boleh melakukan aktiviti sehariaan. Zaman dulu mana ada TV kat rumah orang kampung. Habis-habis, rumah cikgu adalah. Nak surf computer, macam mimpilah sebab memang tak wujud lagi. Sebelum pergi kami alas perut dengan nasi panas dan ikan pekasam puyu dan gulai lemak siput sedut (lebihan dari lauk semalam). Lauk itu jugalah mereka bawa untuk bekal yang akan dimakan beramai-ramai masa rihat. Bagi aku, cukup berselera macam piknik dalam hutan.

Hanya aku dan nenek yang tak pakai uniform. Mereka pakai baju luaran yang bertangan panjang dan tebal. Baju tu....memang antiklah sebab tak perlu basuh dan penuh dengan tumpahan susu getah.

Apabila mereka menceritakan tentang seorang penduduk yang dibaham rimau, aku terus terkepit aje dengan nenek bagaikan nak masuk ke dalam kainnya. Wal hal sebelum mendengar cerita tersebut, aku sentiasa terlari sana dan terlari sini macam lipas kudung. Memang banyak semak samun di sekeliling ladang getah tu.... dan kawasan sekeliling pun berbukit-bukau. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan maut dibaham rimau, mereka tetap pergi menoreh kerana hanya itu sahaja punca rezeki untuk sesuap nasi pagi dan petang. Kebun mereka pun tepi hutan. Kalau nak tebas semak samun tempat sang rimau mengendap, terpaksalah clear dengan hutan-hutan tu sekali. Sebab itulah mereka disarankan untuk membersih kebun mereka seperti dalam iklan di bawah.



Beginilah lebih kurang suasana kebun getah tersebut. Cahaya mentari pagi menyusup di celah-celah pokok getah. Bayangkan kalau sorang-sorang, memang seram dan menjadi intipan sang belang yang tengah bersembunyi di dalam belukar.


Semacamlah dengan nelayan di kampung ku. Walaupun terpaksa berdepan dengan gelora di lautan, mereka tetap membelah ombak untuk meraih rezeki di lautan luas. Tawakkal dan doa menjadi  senjata mereka . Masa tu....mana ada motobot berenjin. Semuanya guna dayung beramai-ramai berenjinkan tulang empat kerat.

Susu getah dikumpul dalam bekas kecil dibuat dari tin.

Dari bekas kecil itu, susu getah akan dikumpul pula ke dalam baldi sebelum ditakung.

Inilah rupa takungan susu getah untuk membuat kepingan getah.

Susu getah dituang kedalam takungan. Susu getah akan dicampur
dengan sejenis asid yang dinamakan cuka getah untuk
menjadikan susu getah tadi membeku dan mudah untuk digilis.

Susu getah yang telah membeku di dalam acuan papan tadi akan dikeluarkan
sebelum dimasukkan kedalam mesin gilis untuk membuang lebihan
air dan juga menipiskan kepingan getah serta menerap acuan
bunga pada kepingan getah itu.









Kepingan getah di keringkan dibawah sinaran matahari.
Rumah saudara tu....mereka salai dalam ruang dapur rumah.
Mungkin pada masa itu musim tengkujuh. Masih ingat lagi kalau musim
tengkujuh,hujan non stop selama seminggu dan tak berpeluang tengok
sang mentari langsung. Bila dah kering, kepingan getah
ini akan dikumpul dan dijual kepada pemborong.


FAKTA-FAKTA TENTANG POKOK GETAH:

1-  Pokok getah mula dijumpai di hutan Brazil. Kini pokok getah banyak ditanam di negara Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia.

2- Anak getah mula di bawa masuk ke Malaysia dari Brazil pada tahun 1877 daripada spesies Hevea Brasiliensis.

3- Pokok getah tertua Malaysia yang di tanam 119 tahun dulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar adalah daerah pertama penanaman pokok getah di negara ini



4- Malaysia merupakan pengeluaar getah yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...