TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
HAFIDZ YOUNG SCIENTIST

I am Hafidz, the young scientist.This blog is about my exciting homeschooling journey.It will remains as my sweet memories forever. Glad to share the special moments with you !!!


Tuesday, July 5, 2011

HOMESCHOOL ACTIVITIES IN MY BIG CLASSROOM

( GUIDANCE CORNER )

Kampong Bakau Tepi Laut adalah sebuah kampong yang pada asalnya adalah sebuah kampung nelayan. Kawasan pantainya dipagari oleh pokok-pokok bakau yang mencecah usia melebihi separuh abad menjadikan ianya sungguh unik dan menarik umpama satu taman bonsai gergasi di tepi laut. Pertama kali pindah ke sini, yang paling memikat hati ialah apabila air laut mula memenuhi ruang sekelilingnya. Cantik sekali dengan ombak putih memecah pantai menghiasi panorama indah Kampung Bakau Tepi Laut.
Memang sesuai sekali namanya. Masyaallah !!



1) PEMANDANGAN HALAMAN BELAKANG RUMAH KETIKA AIR SURUT

Rumah kami terletak di atas pantai ini. Bila air pasang dua kali sehari, kami boleh memancing ikan melalui tingkap ke...pintuke....tapi biasanya kat berandalah. lebih santai. Inilah halaman belakang rumah kami. Lautan di depan tu...adalah laluan kapal besar, feri, bot-bot nelayan dan juga perahu kecil. Nun jauh di sana kelihatan  2 kapal besar dan 2 kapal kecil. Memang asyik memerhati kapal-kapal ini mudik ke hulu dan ke hilir. Yang di tengah itu adalah Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan tasik air tawar yang membiru dan idaman pasangan  yang belum dapat cahaya mata. Dikatakan airnya jika diminum, boleh membantu mereka yang masih tak dapat anak. Wallahualam..... Mungkin ada dah yang mencuba dan Allah izinkan....Memang banyak pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi. Semuanya 99 buah pulau. Ketika ini waktu pagi dan air masih surut. Jadinya...ada padang yang luas di halaman belakang rumah. Apalagi....banyak aktiviti yang boleh kami buat untuk homeschooling.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Mencari siput dan kerang yang menghuni di lapisan bawah pasir.( DONE )
2- Buat penyelidikan tentang ketam-ketam kecil yang mempunyai satu sepit yang sangat besar.(K.I..V)
3- Buat penyelidikan tentang ikan belacak yang sangat menarik kerana mampu berjalan atas pantai.(K.I.V)
4- Buat penyelidikan tentang pokok bakau dan peranannya pada habitat pantai ini. (K.I.V)
5- Buat penyelidikan tentang berbagai species siput yang banyak melekat pada pokok bakau dan enak sekali rasanya. ( DONE )
6- Meneliti kapal-kapal yang mudik dengan binocular. Ini yang paling seronok kerana kita dapat lihat dengan
jelas kapal-kapal tersebut. Berangan belayar dalam kapal besar suatu hari nanti. Insyaalllah !! (DONE)



2) PEMANDANGAN HALAMAN BELAKANG RUMAH KETIKA AIR PASANG
Menjelang pukul sepuluh pagi, air laut mula pasang.Waktu ini banyak ketam-ketam dan ikan kecil seperti belanak dan belukang mula meniti air hingga ke pantai.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Merentang pukat yang disokong pancang-pancang kayu untuk menjerat ketam seperti dalam gambar diatas.( DONE)

2- Menjala ikan seperti belanak dan belukang.(DONE)

3- Menyiring udang kecil. Ini ikut musim udanglah....(K.I.V)



3) PENGGUNAAN BOT DALAM PEMBELAJARAN HOMESCHOOL KAMI

 Yang paling dekat sekali tu....bot kamilah. Dengan bot inilah kami teroka pulau-pulau disekitar Langkawi mencari pokok bonsai. Kadang-kadang kami pergi menangkap ikan di lautan. Hidup di Pulau Langkawi memang penuh dengan penerokaan lautan dan daratan kerana pulau ini sangat kaya dengan fauna dan  floranya.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Meneroka lautan dari pulau ke pulau mencari bonsai dan akar kayu berubat.( DONE )
2- Mencari coral untuk aquarium air masin di pantai yang telah dikenal pasti. (DONE )
3- Belajar mengemudikan bot dengan pantauan abang-abang.( DONE )
4- Berlumba berenang dan menyelam dengan abang-abang hingga ke tengah laut.( DONE )
5- Memancing ikan. Memang best dan Hafidz memang kaki pancing cuma tak berpeluang memancing ditempat-tempat lain lagi.( DONE )
Meneroka alam ciptaan Allah


Ini ketika air pasang dalam. Nun jauh di sana kelihatan Jeti Kuah. Penduduk kampung ini sering ke sana hanya menggunakan bot masing-masing. Sekejap dah sampai jika dibanding jalan darat. Apabila ada event yang penting-penting, selalulah ada bunga api di pekan kuah. Kami boleh nikmati kecantikan bunga api dari beranda dapur. Memang cantik sekali.


4) HUTAN PAYA  BAKAU YANG MENJADI IKON KAMPUNG KAMI

Inilah medan berenang kami sekeluarga. Semuanya pandai berenang . Memanglah patut pun....rumahpun dalam lautan..Bila berpeluang..terjun aje...dan selam macam ikan. Alhamdulillah.....satu nikmat yang sungguh hebat.


Inilah antara bonsai gergasi yang hidup dalam laut bila air pasang. Usia pokok ini memang dah lama mungkin melebihi 10 tahun kerana lilitan batang yang besar tu....Biasanya Sang Helang membuat sarang di puncak pokok yang tinggi ini.







Kedua-dua gambar ini adalah hutan paya bakau yang terdapat di sekeliling rumah saya. Memang asyik kalau
kita meneroka sekitar hutan ini kerana terlalu banyak species haiwan yang hidup di habitat ini.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Membuat pemerhatian dari masa ke semasa bilangan species hidupan yang menghuni hutan bakau ini (DONE)
-Buaya Muara ( NO)
-Ketam Rebab (  YES )
-Ketam Lumpur ( YES )
-Ikan Belacak (  YES )
-Udang Kara ( NO )
-Ular Bakau ( YES )
-Lotong Kelabu ( NO )
-Memerang Licin ( YES )
-Biawak ( YES )
-Kelawar ( YES )

2- Membuat kajian terhadap kehidupan burung-burung yang banyak bersarang
di dahan bakau. ( DONE)

Antara burung-burung yang biasa kelihatan di sekitar ini ialah:
-Burung Bangau Kecil dan Bangau Besar ( YES )
-Burung Pucung Keladi ( YES )
-Burung Helang ( YES )
-Burung Madu ( YES )
-Burung Murai Bakau ( YES )
-Burung Pekaka Sungai ( YES )
-Burung Merbah (  YES )


 5) PEMANDANGAN GARDEN DI DEPAN RUMAH:

16 tahun dahulu, semasa mula-mula menghuni rumah yang penuh berkat  ini, kami terpaksa mengharung air laut sebelum menjejakkan kaki diberanda depan. Masih ingat lagi anak perempuan yang sulung selalu basah kain  baju kurung uniform sekolahnya kerana tidak cukup tinggi. Itupun dah di angkat tinggi-tinggi kain itu. Merungutlah dia...hari-hari. Kami pun buat titi kayu dari daratan hingga ke beranda. Bila anak-anak lelaki dah besar, kami buat projek besar anak-beranak. Mula dari ruang beranda, kami bena tembok batu di bawah rumah yang cukup tinggi hingga air pasang yang paling tinggi pun tak dapat melepasinya. Tembok ini seperti kotak besar hingga ke daratan. Inilah 2 kolam ikan air tawar kami dimana sebuah jambatan gantung batu merentang di tengah-tengahnya dari daratan hinggalah ke beranda depan. Di sekeliling kolam itu kami timbun tanah dan terbentuklah sebuah taman seperti yang ada sekarang. Sebab itulah halaman belakang adalah lautan dan halaman depan adalah sebuah taman bonsai. Rumah yang penuh berkat ini tidaklah besar tapi cukup selesa untuk menampung satu keluarga besar. Alhamdulillah...




Taman yang dahulunya adalah sebahagian dari lautan.






Simbahan mentari pagi menceriakan suasana taman.


AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Mempelajari berbagai jenis tumbuhan yang berbunga dan tidak berbunga dan perbezaan dari segi daun dan akar.( DONE )
2- Mempelajari cara untuk menyemai, memangkas, tut dan kahwinkan pokok . ( DONE)
3- Memberi tanggung jawab kepada Hafidz menyiram semua pokok dan membajanya serta mengenal pasti masaalah pokok.
4- Mempelajari semua style penanaman bonsai seperti Formal Upright, Informal Upright, Slanting Style,  Cascade dan Semi Cascade. (DONE)
5-Mempelajari semua proses dalam penanaman bonsai seperti prunning, wiring and potting.
( DONE )
6-Menyenaraikan semua pokok bonsai dan mengambil photo setiap perkembangannya. ( DONE )

6) KOLAM IKAN YANG DI HIASI DENGAN AIR TERJUN




Air terjun dibina untuk masuk kedalam kolam ikan. Bunyi deruan airnya cukup
menenangkan hati disamping negative ionsnya yang sangat baik untuk kesihatan
dan tumbuhan.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Membuat kajian kesan ions negative yang dihasilkan oleh air terjun kepada tumbuhan di sekelilingnya. (K.I.V)
2-Menyenaraikan semua pokok dalam taman dan mencari nama saintificnya serta kegunaan dalam perubatan.(K.I.V)
3-Mengikuti dengan teliti pembesaran ternakan dalam kolam ini seperti Kelah, Kalui, Jelawat, Cengas dan Kura-kura.( DONE )





UNTUK LIPUTAN YANG LEBIH LENGKAP SILA LAYARI






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...