TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rabu, 25 Disember 2013

HAVING FUN IN DOUGHNUT COOKING CLASS



Hanya beberapa hari lagi kita akan mengakhiri tahun 2013. Sejak kembalinya pelajar homeshooling kami dari Pahang 
(NATIONAL FIELD DAY DI TASIK BERJEMUR, PAHANG ) iaitu pada 14-16 September 2013, rentak homeschool kembali beroperasi seperti biasa. Setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana mengizinkan satu perjalanan homeschool dan roadschool yang menakjubkan di sepanjang tahun ini. Terlalu banyak peristiwa indah berlaku kepada FCU amnya dan kepada semua para pelajar FCUHOMESCHOOLING khasnya. Malah tahun 2013 mencatatkan perjalanan Penjelajahan Seluruh Semenanjung Malaysia yang paling kerap setakat ini. Sebulan kami di  Langkawi dan akan menghabiskan sebulan yang seterusnya di STATION FCU 2 iaitu di Pasir Gudang, Johor. Begitulah proses ulang alik yang telah membawa para pelajar menjelajah di tempat yang tidak pernah mereka terokai. Memang benarlah kata-kata jauh perjalanan luas pandangan. Perkembangan Adelyn dan Alyssa sangat menakjubkan dan mereka adalah baby yang dibesarkan di dalam penjelajahan ini. Bagaimanakah rasanya jika penjelajahan ini melangkah ke seluruh dunia pula? Inilah idaman kami dan sedang berusaha kearah itu di dalam minda. Keajaiban itu pasti berlaku sekiranya tenaga positive dihidupkan dan sentiasa bersangka baik (doa) bahawa  Allah mengizinkannya.


WE LOVE DOUGHNUT!!!
Who wants doughnut?
"Me..me..." Afiqah pasti menjerit-jerit sambil bertepuk tangan.
"I want....I want..." Afiq pula bersuara dengan lebih lantang.
"Alyssa love doughnut....hore" mencelah Alyssa dan pastinya Adelyn tidak mahu ketinggalan. Apa sahaja lagak abang dan kakaknya akan ditiru. Perkataan englishnya dapat berpatah-berpatah sahaja seperti "milk", "want", "come" dan "pray". Perkataan yang paling kerap disebutnya ialah " Allahada...(Allah ada). Tidak hairanlah perkataan ini adalah favouritenya kerana perkataan yang pertama kami ajar ialah "Allah" dan dia berjaya sebut semasa ibunya masih dalam pantang. Perkataan yang kedua kerap ialah "hot". Apa sahaja yang berkelip-kelip berwarna merah, dia akan kata "hot". Mungkin dia dapat ilmu ini dari pengalaman terpegang periuk letrik yang tengah on dan memang panas.

Membuat doughnut memang senang dan menyeronokkan. Ala-ala bermain dengan playdough kegemaran kanak-kanak. Sejak buat cooking class dengan cucunda, doughnut terap yang seragam dan licin permukaannya sudah tidak wujud lagi. Yang paling senang untuk kanak-kanak ialah gentel berbentuk panjang dan sambungkan kedua-dua hujungnya. Terciptalah doughnut yang berbentuk rugged dan crispy diluar dan lembut di dalam. Memang sedap.....sekali bancuh tepung mesti tidak kutang dari dua kilo.



HOMESCHOOL MENYEDIAKAN MEDAN PENGAJIAN YANG SEBENAR


Menumbuk dan menarik-narik dough yang tengah kembang memang seronok. Apalagi apabila mereka faham tentang fungsi yeast dan gas carbon dioksida yang menyebabkan dough itu kembang. Kitchen adalah satu medan yang penuh dengan ilmu sains. Oleh kerana homeschool tidak ada makmal sains seperti sekolah biasa, kami mengambil apa sahaja peluang yang ada di dapur untuk dijadikan bahan kajian. Inilah magic nya homeschool.

Apa-apa sahaja yang dianggap biasa oleh pelajar sekolah, bagi mereka sudah luar biasa. Mereka akan bertanya berbagai-bagai soalan dan terus bertanya walaupun sudah diberi jawapan. Mereka seolah-olah ingin jawapan yang lain kerana jawapan yang diberi tidak masuk logik pada pemikiran mereka. Kadang-kadang mereka cuba reka jawapan yang lain dari apa yang kita terang. Kami hanya mampu tersenyum simpul melihat gelagat mereka. Bila tidak puas hati, mereka cuba cari diinternet. Contohnya apabila kita beritahu bahawa harimau adalah kucing yang besar. Maksudnya harimau adalah dalam kumpulan kucing. Ikut logik akal mereka, harimau lebih hebat dari kucing jadi tidak patutlah harimau duduk dalam kategori kucing. Seolah-olah harimau itu adalah pengikut kucing dan kucing adalah ketua kepada harimau. Maka berlakulah perbahasan yang berpanjangan dan akan berhernti apabila mereka baca kenyataan di internet.

Pembelajaran sebeginilah yang dipanggil sebenar-benar pengajian. Mereka ada banyak masa untuk "berfikir" dan "menilai" dan seterusnya "menyelidik" sendiri apabila rasa sangsi. Yang pentingnya kami tidak meletakkan imej bahawa tenaga pengajar adalah orang yang tahu segala-galanya. Kami juga belajar bersama mereka dan sentiasa membaca untuk menambah pengetahuan. Seringkali kami juga belajar dari mereka apabila mereka menyelongkar internet. Dengan ini kita telah memupuk keyakinan diri dan rasa kepuasan yang tinggi ke dalam diri anak-anak.

Saya adalah pelajar sekolah biasa semasa membesar dahulu. Perjalan pengajian yang dilalui oleh saya sangat jauh bezanya dengan apa yang dilalui oleh mereka. Saya hanya perlu faham dan cuba untuk memberi jawapan yang betul apabila menjawap soalan peperiksaan. Adalah menjadi tanggung jawab seorang pelajar sekolah biasa untuk menyiapkan segala kerja sekolah yang bertimbun dan mengikuti segala macam program kurikulum sekolah. Semua kesibukan ini yang telah mengambil segala ruang masa saya semasa membesar telah melenyapkan keinginan untuk memikirkan logik atau tidak jawapan sesuatu persoalan. Lulus dengan cemerlang adalah matalamat dan segala usaha mestilah kearah itu. Sangat berbeza dengan pelajar FCUHOMESCHOOLING yang sentiasa ingin mencari jawapan yang lebih baik sekiranya mereka rasa tidak logik mengikut pemikiran mereka. Hasilnya, pembelajaran berkembang dari satu topik ke satu topik yang lain tanpa ada noktah. Begitulah ilmu Allah hidup dalam sanubari mereka dan sentiasa mereka rasa ajaibnya ciptaan Yang Maha Berkuasa!!! 

                           

FUN TIME DURING COOKING CLASS



Wah ....gembiranya mereka apabila kita menyediakan sebagian dough untuk
 mereka membuat reka cipta


Adelyn juga tidak ketinggalan dalam mencipta bentuk dough yang diidamkan....Ramas dan kemudian penyet dan ramas balik...Oh Adelyn...


Akhirnya...Adelyn test rasa doughnut mentah....



Oleh kerana Adelyn tidak berjaya menghasilkan apa-apa ciptaan, brother 
Afiq telah menghadiahkan Adelyn satu rekaan yang diberi nama ADELYN.




AFIQ BEN TEN....Nama kegemaran Afiq. 





Setelah mereka itu dan ini, akhirnya Afiqah berakhir dengan TWO HEARTS AND ME. 
Tentulah dua hati itu adalah untuk orang yang paling penting dalam hidupnya.



Ini pula hasil ciptaan Alyssa yang diberi nama CUTE ALYSSA. 




Inilah hasil dari dua kilo tepung yang diuli dengan penuh kasih sayang buat keluarga besar FCU.




At last.....a big, soft and  crispy doughnuts for everybody.








RESEPI DOUGHNUT YANG GEBU DAN CRISPY

Bahan-bahan:
1 sudu besar gula pasir, setengah cawan air suhu biasa dan  1 cawan air suam kuku (panasnya boleh tahan dengan kulit kita. Jangan terlalu panas hingga mematikan yeast pula)
2 kilo tepung
2 peket yeast kering (Saya gunakan jenama Mauripan)
2 biji telur
2 sudu kecil garam halus
3 sudu mentega atau margerin
4 sudu besar susu tepung susu atau 5 sudu besar susu pekat manis
Air secukupnya.

CARA MENGUJI  YEAST (MATI ATAU HIDUP)
Sebelum kita mula membancuh tepung, pastikan yeast yang kita gunakan itu berfungsi/hidup. Terdapat dua jenis yeast di pasaran. Yeast kering boleh disimpan dalam suhu biasa tetapi yeast basah mesti di simpan dalam freezer untuk tahan lama. Untuk 1 kilo tepung kita memerlukan 1 peket yeast kering sahaja. Kalau kita guna yeast basah, kita mesti gandakan quantiti yang digunakan.
Yeast Basah


Yeast Kering




Yeat yang sudah kembang

Yeast di campur dengan gula dan setengah cawan air SUHU BIASA . Ini adalah untuk memsebatikan yeast dengan air hingga berbentuk cecair pekat. Pastikan yeast dikacau hingga hilang ketulnya. Selepas itu baru dicampur air SUAM KUKU untuk proses seterusnya.
Yeast akan kembang selepas 10 hingga 15 minit. Sebelumnya quantitinya hanya didasar bekas. Apabila sudah kembang, yeast akan memenuhi bekas seperti gambar diatas. Apa yang berlaku ialah yest telah diaktifkan oleh air suam kuku itu. Yeast itu makan gula dan mengeluarkan gas carbon yang banyak hingga memenuhi

SEKIRANYA YEAST TIDAK KEMBANG, BERMAKNA YEAST SUDAH MATI ATAU MASUK ANGIN. JANGAN GUNA YEAST INI DAN CARI YEAST  YANG LAIN.

Cara-cara:
1, Bancuh yeast dan pastikan ia kembang/hidup.
2. Panaskan mentega dengan api sederhana hingga cair.
3. Masukkan 1 kilo tepung ke dalam besen besar dan tuangkan mentega cair. Kacau-kacau dengan tepung hingga sebati. Masukkan 2 biji telur, gula, garam dan 1 cawan air. Ulilah tepung hingga garam sebati dengan tepung. Masukkan yeast yang telah kembang dan gaul hingga sebati dengan tepung. Pastikan yeast itu tidak bercampur dengan garam sebab garam boleh mematikan yeast yang hidup itu. Sebab itulah kita mesti pastikan garam itu betul-betul sebati dalam tepung sebelum mencampurkan yeast.Tambah lagi tepung dan juga air sedikit demi sedikit hingga terbentuk dough dan bekas yang digunakan bersih dari tepung sekelilingnya.Tinggal sedikit tepung untuk melapik doughnut agar tidak melekat pada dulang.
4. Ulilah tepung itu selama 15 minit hingga dough jadi lembut. Bancuhan jangan terlalu lembik untuk doughnut. Sekiranya kita mahu membuat roti, dough itu perlulah lebih lembik sedikit. Biarkan dalam besen yang ditutup dengan kain lembab ataupun cukup dengan menutup dengan dulang sahaja. Yang penting jangan biarkan ia terdedah dengan angin yang boleh mengeringkan dough.
5. Setelah saiz dough menjadi double, cucuk dough agar keluar gas carbon dioksida yang terperangkap.
6. Bentuklah dougnut mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Biarkan hingga bentuk doughnut kembang dua kali ganda saiz asalnya. Gorenglah dengan api perlahan. Kita boleh simpan doughnut yang telah digoreng separa masak di dalam freezer selama 2 minggu. Apabila ingin makan dougnut, atau ada tetamu tiba-tiba berkunjung, boleh keluarkan doughnut dan biarkan hingga ia jadi normal semula. Goreng dengan minyak yang banyak hingga warna keemasan. Kocakkan doughnut kedalam plastik atau container yang berisi gula halus. Dengan ini doughnut akan tersalut gula dengan rata.Insyaallah...rasanya masih sesedap doughnut yang fresh. Selamat mencuba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...