TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 31 Disember 2013

THE LAST JOURNEY OF 2013


Menduduki peperiksaan RAE adalah sesuatu yang sangat bermakna buat FCUHOMESCHOOLING. Apatah lagi apabila ia merupakan event penutup tirai bagi 2013. Sesungguhnya ia adalah satu petanda yang sangat membanggakan bagi saya sebagai tenaga pengajar. Apa tidaknya, selama dua bulan kami berusaha menyediakan segala nota-nota dan kelas bagi kedua-dua pelajar homeschool kami. Mungkin bagi abang-abang yang telah melalui persekolahan hingga tingkatan lima dan universiti, peperiksaan besar adalah perkara biasa dan juga mereka sudah mempunyai ilmu physic asas. Peperiksaan ini telah mengisi diri Hafidz dan Tajrid dengan ilmu elektrik yang tinggi. Pada peringkat awal persediaan, saya sendiri tidak dapat menjawab contoh-contoh soalan RAE. Terlalu banyak istilah yang tidak pernah saya dengar terutamanya tentang peraturan dan pengendalian radio amatur. Peperiksaan ini telah mengheret saya untuk mengkaji dan belajar melalui internet agar dapat melengkapi diri kedua-dua pelajar homeschool kami. Alhamdulillah....usaha yang bersungguh-sungguh itu telah membuahkan hasil apabila kedua-dua mereka berjaya dengan cemerlang dalam setiap latihan peperiksaan yang kami adakan sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Sesungguhnya peperiksaan ini tidak boleh diambil mudah kerana ada rekod mereka diluar sana terpaksa mengambil sebanyak lapan kali baru lulus. Setelah berusaha sebaik mungkin, solat hajat adalah pelengkap yang terbaik. Inilah amalan saya setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan terutamanya "saat emas" iaitu ketika mereka tengah menjawab peperiksaan.


CASA PRIMA, SEBERANG JAYA

Bangunan pencakar langit 38 tingkat ini menjadi pilihan mereka
untuk menginap sebelum menduduki peperiksaaan.




Pemandangan dari beranda bilik penginapan mereka di tingkat 25.




Hafidz sempat merakam keindahan awan sisik ikan (Altokumulus) 
yang menghiasi langit Casa Prima.




Penginapan di Casa Prima diisi dengan persediaan terakhir.


19 DESEMBER 2013, SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE, SEBERANG JAYA


Memastikan apa yang perlu dibawa ke dalam dewan peperiksaan tidak tercicir.


Memang berasap juga kepala otak untuk menghafal berbagai fakta berkenaan radio amatur.



Lima dari enam FCU GUYS yang sudah tidak sabar-sabar untuk menjawab soalan peperiksaan. 



Di saat akhir begini, ada yang mengambil peluang untuk berbincang sesama mereka.




Ada juga antara mereka yang lebih suka berbincang dalam kumpulan yang lebih kecil.
Inilah ragam terakhir sebelum melangkah ke dewan yang akan memahatkan
punggung mereka di kerusi selama 3 jam.



Seramai 400 orang calun peperiksaan sedang mendengar taklimat sebelum menjawab soalan peperiksaan.


Hampir kesemua mereka adalah orang dewasa. Mendedahkan Hafidz dan Tajrid dalam dunia orang dewasa akan membuat mereka lebih matang. Kejayaan dalam peperiksaan ini pasti sekali akan menambah keyakinan diri mereka untuk melangkah jauh ke depan.


KAWASAN REHAT DAN RAWAT GURUN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah selesai menjawab soalan peperiksaan RAE dan masing-masing memberi feedback yang positive. Banyak soalan yang berkaitan dengan apa yang telah mereka bincang bersama ada dalam kertas soalan. Setelah berusaha sedaya upaya, selebihnya
adalah tawakkal ke hadrat Ilahi.



Sebaik sahaja mereka selesai, kedua-dua wira yang setia terus meluncur 
menuju ke Kedah. Oleh kerana mereka hanya berenam, perjalanan 
kali ini cukup selesa. 



Penggunaan radio amatur menghubungkan antara dua kereta 
sepanjang perjalanan.



Hafidz dan abang-abangnya sampai di R&R Gurun lebih kurang pukul enam petang. Sememangnya Kawasan Rehat dan Rawat yang disediakan setiap  80-100 kilometer perjalanan lebuh raya sangat bererti kepada pemandu jarak jauh. Kemudahan seperti gerai makan, surau dan bilik air dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya dapat berehat dengan selesa sebelum meneruskan perjalanan yang panjang.



Mereka memilih untuk bermalam di kawasan R&R itu sahaja. Saya dan pelajar homeschool lain juga pernah bermalam di R&R Macap, Johor semasa penjelajahan sulung dahulu iaiu awal tahun 2012. Memang seronok kerana dapat melihat bulan dan bintang sebagai peneman tidur. Memang ramai juga pengunjung-pengunjung lain yang memilih adventure seperti ini. Lagi pun memang tidak berbalui untuk menyewa penginapan sekiranya pagi-pagi lagi kita sudah memulakan perjalanan.


Suasana Kawasan Rehat dan Rawat Gurun di waktu malam



Berpeluang melihat buggi dari dekat. Binaannya sangat hebat dan sangat sesuai 
untuk meneroka hutan.



Buggi ini ditarik oleh pemiliknya menuju Thailand. Tayar buggi direka untuk off road 
sahaja, jadi tidak sesuai untuk meluncur di atas jalan raya seperti kereta biasa. 




Tidak cukup dengan hanya meninjau, mereka turut mengambil peluang untuk mencuba kehebatan buggy setelah mendapaat izin dari pemiliknya.





Pada keesokan harinya, mereka bertolak dari R&R Gurun menuju ke Langkawi. Alhamdulillah, mereka sampai di destinasi terakhir mereka iaitu negeri Perlis pada waktu tengahari. 



LANGKAWI  RO-RO

Roll-on/roll-of (RORO atau ro-ro) adalah sebuah kapal yang boleh memuat kenderaan yang boleh bergerak masuk dan keluar kapal dengan sendiri tanpa bantuan crane. Kenderaan itu termasuklah automobiles, trucks, semi-trailer, trailers dan kereta. Langkawi Ro Ro telah mula beroperasi  pada 3 September 2013 yang lalu.

Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak:
RM 180 untuk sehala
RM320 bagi dua hala
Caj adalah termasuk seorang pemandu
Caj bagi penumpang lain ialah RM 38 



Wira kami meluncur memasuki perkarangan  Jeti Kuala Perlis



Bersedia untuk masuk ke Langkawi Ro Ro



Langkawi Ro Ro bersedia untuk bertolak



Pandangan dari tingkat atas Langkawi Ro Ro



Bilik kawalan Langkawi Ro Ro



Lautan bagai terbelah dua. 




Merakam keindahan lautan di Kepulauan Langkawi



Kelibat bangunan-bangunan tinggi mula nampak apabila Ro Ro makin mendekati Pulau Langkawi



Menjadi kegemaran kami sekeluarga menikmati secawan kopi panas sambil memerhati kapal-kapal dan bot nelayan belayar melintasi lautan di depan rumah. 




Langkawi Ro Ro melintasi rumah FCU sebelum sampai ke Pelabuhan Tanjung Lembung. Bangunan yang berwarna merah di belakang rumah FCU itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Menghulu. Inilah sekolah Tajrid dan Hafidz sebelum mereka memulakan             homeschooling. Kedua-dua sekolah ini terletak di atas bukit. Para pelajar akan dapat menikmati pemandangan lautan semasa  belajar. Memang indah sekali.....

                                 
SALAM SEJAHTERA PENUTUP TIRAI 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...