TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 4 Januari 2014

GANDINGAN NASI ARAB DAN AYAM KABSAH YANG PASTI TIDAK DAPAT DILUPAKAN....



Adalah perkara biasa untuk  sesebuah keluarga yang ingin meraikan sesuatu samaada berita gembira, hari gembira, tetamu yang istimewa dan sebagainya akan memilih restaurant kegemaran yang menyediakan hidangan lazat seperti nasi beriani, ayam panggang dan sebagainya. 

Namun, kami lebih rasa istimewa sekiranya hidangan kegemaran disediakan oleh mereka yang menyayangi kita sepenuh hati. Apalagi, bertambahlah berkat hidangan itu apabila setiap langkah dimulai dengan lafaz bismillah dan selawat yang berpanjangan. Kali ini, dapur FCU menghidangkan Nasi Arab dan Ayam Kabsah untuk meraikan tahun 2014. Hidangan kali ini bersaiz kecil sahaja kerana sebilangan ahli berada di luar Langkawi. Pembelajaran step by step saya nukilkan khas untuk para pelajar kami dengan harapan pemakanan yang berzat dan berkat ini adalah modal untuk terus bergerak menuju kejayaaan dunia dan akhirat.


                           
BAHAN UNTUK REMPAH KABSAH
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu  besar cengkih
2 sudu  besar buah pelaga
2 sudu  besar lada hitam
2  bi ji buah keras

Kesemua rempah di atas disangai hingga berbau wangi dengan api yang sederhana lebih kurang 10 minit. Cara yang mudah untuk memastikan rempah yang disangai sudah sempurna ialah dengan memicit biji ketumbar. Apabila kita dapat menghancurkan dengan senang, bermakna rempah itu sudah boleh dikisar. Simpan rempah yang telah dikisar halus ke dalam bekas  kedap udara.



Rempah-rempah yang disangai hingga wangi dan garing.



Rempah homemade memang wangi dan sangat berbeza 
dengan yang dibeli dikedai. Masakan kita juga 
akan rasa lebih lazat.




CARA MEMBUAT AYAM KABSAH

1. Panaskan Air 1 liter di dalam periuk.
2. Mesin 1 bawang besar, 3 bawang putih dan 1 1/2 inci halia hingga hancur.
3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan bahan mesin di atas dan 2 sudu rempah           kabsah.
4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.
5. Selepas itu tapiskan stok ayam untuk digunakan memasak nasi Arab. 
6. Lumurkan ayam dengan bahan perap ayam seperti resepi dibawah. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit pada suhu 180 C. Lebihan bahan perap boleh di ulang sapu pada ayam yang tengah dimasak di dalam oven. 


Ayam direneh selama 15-20 minit untuk meresap
rasa rempah kabsah yang hebat ini. Masukkan seketul kiub 
ayam sekiranya mahu. Pastikan garam dan gula secukup rasa.
Inilah salah satu cara memerap ayam dengan cepat .



Pastikan ayam tidak terlalu masak kerana ayam itu akan 
keras selepas di masukkan ke dalam oven.



BAHAN UNTUK MEMERAP AYAM KABSAH
1 ekor ayam potong 6 atau ikut suka

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia di mesin
2 sudu rempah kabsah
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk cili
3 helai bay leaf 
1 kiub ayam knor
3 sudu sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Bahan yang perlu dikisar hingga halus.




Bahan kering( serbuk kunyit dan serbuk cili) dicampur 
dengan rempah kabsah.



Kedua-dua bahan dicampur untuk memerap ayam.




Masukkan rasa masin dan manis secukupnya agar ayam rasa enak 



Lihatlah betapa garingnya kulit ayam yang penuh dengan rasa  
bahan perap, manakala isinya pula lembut dan juicy. 


BAHAN UNTUK NASI ARAB
3 cawan beras Basmathi
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
7 biji buah pelaga, 
5 kuntum cengkih 
3 kuntum bunga lawang
5 biji lada hitam
3 inci kulit kayu manis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato di dadu
1 batang lobak merah didadu
segenggam kismis hitam
sedikit saffron(atau pewarna kuning)

1. Beras direndam 20 minit.
2. Tumiskan buah pelaga, lada hitam dan cengkih.
3. Masukkan bahan mesin dan tumiskan hingga wangi.
4. 3 cawan stok biarkan mendidih dan masukkan beras yg direndam tadi. Masak seperti           biasa.
5. Untuk mengkais nasi, gunakan batang chopstick untuk mengelakkan beras patah2.
6. Tutup api apabila nasi 3/4 masak.Taburkan safron dan kacau hingga warna sekata.
7. Air dalam pengukus dipanaskan terlebih dahulu iaitu ketika kita mula masukkan beras ke         dalam air stok ayam yang mendidih.
9. Masukkan nasi yang hampir masak ke dalam loyang pengukus. Kukuslah hingga masak.

Beras basmati yang direndam terlebh dahulu.



Antara bahan yang diperlukan untuk memasak nasi arab.




Bahan tumis


Masukkan beras yang direndam ke dalam air rebusan ayam 
yang tengah mendidih.


Lobak merah, tomato dan kismis akan menambahkan 
kelazatan nasi arab.



Sebaik sahaja nasi sudah kering dan masak 3/4 sahaja, masukkan
 bahan yang didadu. Taburkan saffron ke dalam nasi dan kacau 
hingga sebati. Boleh juga digantikan dengan kunyit 
serbuk. Jangan kacau terlalu laju dan lama kerana 
biji beras akan patah.


Buat lubang di serata permukaan nasi agar nasi arab cepat masak. Selain menggunakan loyang, kita boleh juga melapik bekas kukus dengan jala bermata halus. Cara ini akan lebih cepat kerana wap panas akan memasak nasi secara direct.



BAHAN UNTUK SOS SALATAH 
3 biji buah t omato masak
3 biji cili hijau
3 bawang putih
1/2 cawan yogurt
Gula secukup rasa
Garam secukup                                                        
Sedikit air
Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.








BAHAN UNTUK SOS ZABADI 
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot
Garam dan gula secukup rasa
Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.






NASI ARAB BERLAUKKAN AYAM KABSAH

 Sedulang nasi arab yang berhiaskan ketulan ayam kabsah.




Sepinggan rezeki Allah buat orang kesayangan



Hidangan mampu memberi satu kenangan manis untuk dikenang dan mengikat kasih sayang yang tidak mungkin dapat dibeli walaupun dengan segunung intan berlian.





Alhamdulillah.....segala kesyukuran ke hadrat Ilahi yang memberi rezeki.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...