TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 30 Januari 2014

HADIAH BASIKAL BUAT PARA PELAJAR FCUHOMESCHOOLING


Sempena tahun baru 2014, FCUHOMESCHOOLING terus mengorak langkah kehadapan. Kejayaan persekolahan dalam tahun 2013 sangatlah merangsangkan. Hanya kehadrat Ilahi dipanjatkan segala kesyukuran di atas segala nikmat pembelajaran terutamanya Roadschooling yang telah banyak membuka minda para pelajar. Para pelajar telah didedahkan dengan perbagai bentuk adventure termasuk berkhemah di dalam hutan. Kesinambungan dari itu, kami telah menghadiahkan setiap seorang dari mereka sebuah basikal yang bersuaian dengan umur mereka. Rezeki dari Allah ini adalah untuk para pelajar homeschool kami meluaskan lagi penerokaan mereka dengan alam sekeliling. Dengan adanya basikal ini, kami akan membawa mereka meneroka kampung-kampung di sekeliling tempat tinggal kami. Kalau dulu mereka menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan menaiki kereta, kini mereka menjelajah perkampungan di Langkawi dengan basikal mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih seronok kerana mereka boleh berinteraksi secara terus dengan apa yang mereka lihat dan alami sepanjang penerokaan nanti. Mereka akan didedahkan dengan kehidupan penduduk sekitar dan mengenali mereka dengan lebih dekat.


             
Betapa gembiranya mereka .....


Thank you Allah...Thank you FCU...Kalimat inilah yang kami tekankan setiap kali mereka mendapat sesuatu walaupun sesuap nasi. Kesyukuran kepada Allah diatas setiap nikmat. Dengan ini kita memupuk jiwa dan rohani mereka tentang siapakah Tuhan dan siapakah hamba. Segala permintaan hanyalah ditujukan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Akidah ini perlu ditanam hingga sudah menjadi darah dan daging anak-anak kita.


BELAJAR MENUNGGANG BASIKAL DI PEKAN RABU

Pekan Rabu terletak tidak berapa jauh dari rumah kami. Pemandangan di sini sangat permai dan indah. Terdapat satu kawasan yang luas dan selamat di hadapan Pekan Rabu yang sangat sesuai untuk pelajar kami belajar menunggang basikal.
Tayar kecil tambahan banyak membantu Afiq dan Alyssa untuk latihan mengayuh basikal dan belajar mengimbang badan mereka. Secara tidak langsung mereka akan berkeyakinan untuk mencuba tanpa tayar sokongan kelak.


Basikal Afiqah pula tanpa tayar sokongan kerana dia sudah cukup besar untuk menempuh cabaran. Bantuan dari uncle sangat membantu dan dalam masa beberapa jam berlatih, Afiqah sudah berjaya menunggang sendiri. Dapat saya bayangkan betapa gembiranya mereka. Pengalaman ini sangatlah penting buat setiap anak-anak. Kita sendiri masing-masing mempunyai memori indah pertama kali menunggang basikal. Masyaallah.....




Kayuh Alyssa kayuh....






Adat belajar menunggang basikal...pasti ada masanya akan terjatuh.



KASIH SAYANG KELUARGA
Pembesaran anak-anak mestilah diiringi dengan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Sokongan moral ini sangat penting untuk mereka terus berjaya dalam kehidupan. Pada mulanya hanya empat orang dewasa sahaja mengiringi para pelajar ke padang Pekan Rabu. Satu jam kemudian, para uncle yang lain juga datang untuk sama-sama memberi semangat kepada para pelajar. Suasana menjadi sungguh meriah dan memori manis ini akan terpahat dalam sanubari mereka sampai bila-bila. Sesungguhnya kasih sayang ini akan menjadi baja yang mujarab dalam perkembangan setiap anak-anak kita. Walau hanya dengan basikal, impaknya sangat besar dalam kehidupan mereka.


     Keluarga FCU yang besar sangat membantu dalam setiap pembelajaran FCUHOMESCHOOLING. 


Mereka adalah antara tulang belakang pengajar di homeschool kami. Tajrid (tengah) adalah produk petama FCUHOMESCHOOLING. Kini dia adalah seorang anak muda yang berkeyakinan tinggi dan bertanggung jawab dalam segala aktiviti di FCU.


Pemandangan indah di Pekan Rabu. Kami sangat bertuah menjadi warga Langkawi yang di kelilingi oleh pantai yang cantik dan juga pulau-pulau.


Hanya kepada Allah dipanjatkan kesyukuran atas segala nikmat. Sememangnya persekitaran Kepulauan Langkawi sangat membantu pembelajaran homeschool kami. Udaranya yang bersih dan segar menghidupkan jiwa. Memang layaklah Kepulauan Langkawi diberi status "Global Geopark" oleh UNESCO dan merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan yang ke52 di dunia.



Setelah puas bermain, basikal-basikal diangkut pulang ke Teratak FCU. Aktiviti keluarga sebegini memang menambat ikatan kasih sayang yang sangat diperlukan dalam membesarkan anak-anak.





Adventure 4WD di semarakkan lagi dengan tampalan sticker-sticker pada kereta. Memang menambah seri lagilah wira-wira kami.


Ini pula adalah barisan basikal untuk pelajar yang lebih besar. Para pengajar juga berpeluang untuk bersiar-siar sambil exercise. Mungkin suatu hari nanti dapat cycle sekeliling Langkawi bersama anak-anak. Tentu happening bagi warga emas seperti kami.......

THANK YOU ALLAH...THANK YOU FCU



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...