Antara kelas yang paling diminati oleh anak-anak ialah "TRAVEL AND LEARNING". Pelajaran ini meliputi banyak subjek seperti sejarah, geographi dan budaya tempatan sesuatu tempat. Pengembaraan melalui alam maya juga boleh memberi kepuasan dan membuka minda anak-anak.
Walaupun kaki belum lagi menjejak di tempat tersebut, namun kita sudah kenal dan seolah-olah sudah sampai di tempat tersebut. Pada saya pelajaran ini sangat sesuai dan banyak kebaikannya kepada pelajar homeschool terutamanya bagi pelajar yang suka menjelajah seluruh dunia. Angan-angan disimpan dan akan jadi kenyataan pada suatu hari nanti. Insyaallah!!
TANDOOR TRADITIONAL DAN MODEN
Semasa menjelajah India secara maya dalam pelajaran kami tempuh hari, anak-anak tertarik dengan oven tanah liat ataupun lebih terkenal dengan nama TANDOOR. Mereka merasa sangat teruja dengan bentuk oven tersebut yang diperbuat dari tanah liat dan bagaimana senangnya segala makanan boleh dipanggang termasuklah roti yang hanya ditempek didinding tandoor. Keterujaan mereka telah mencetuskan idea untuk mencipta sebuah tandoor untuk cooking class. Segala perancangan masih di peringkat mencari bahan yang sesuai. Saya yakin mereka pasti boleh membuat tandoor itu suatu hari kelak kerana bahan-bahannya boleh dibeli dari kedai. Mungkin tanah liat itu boleh digantikan dengan bahan lain kerana di kawasan pantai bakau ini mustahil akan peroleh tanah liat melainkan selut air masin sahaja.
Tandoor berasal dari Iran dan telah dikembangkan ke Timur Tengah dan Tengah Asia oleh orang Arab. Kemudiannya penggunaan tandoor menjadi sangat terkenal di Pakistan, Bangladesh dan India Utara. Dari sumber lain pula mengatakan tandoor berasal dari penduduk asli Thar Desert yang menggali lubang dalam tanah dan menghidupka api dalam lubang tersebut untuk memasak makanan mereka.
1) TANDOOR TRADITIONAL
Kayu api digunakan dalam tandoor traditional dan makanan terus dipanggang
di atas api terseebut. Bentuk tandoor yang silinder dan panjang itu dapat
perangkap haba panas dengan lebih baik dan mempercepatkan proses
memasak makanan. Suhu dalam tandoor ini boleh
mencecah hingga 480 Celcius (900 F)
Dari dapur inilah terbit resepi ayam tandoori apabila seorang rakyat tempatan India telah membakar ayam yang telah diperap dengan rempah dan yogurt. Kelazatan ayam tandoori yang dimakan dengan roti nan itu menjadi terkenal seluruh dunia. Sajian ayam tandoori sudah tidak asing lagi di Malaysia dan boleh diperolehi di mana-mana restauran Mamak atau India. Dari ayam tandoori ini jugalah wujudnya beberapa resepi-resepi masakan India yang lain seperti Ayam Tikka Masala yang tidak kurang hebat rasanya.
PEMBUATAN TANDOOR TRADITIONAL
Tandoor traditional dibuat dari tanah liat secara manual.
Keratan Rentas Tandoor Traditional
Keratan rentas sebuah tandoor arang
3) TANDOOR ELEKTRIK
Tandoor elektrik mula mengambil tempat di restoran kerana ianya lebih efficient dan mudah dikendalikan tanpa banyak kotoran seperti asap dan abu. Namun begitu kelazatan makanan yang dipanggang dengan tandoor elektrik tidak dapat menandingi makanan yang dipanggang dengan tandoor traditional dan arang
AYAM TANDOORI
Untuk menjadikan kelas "Travel and Learning" menjadi lebih seronok, saya telah membuat cooking kelas ayam tandoori kepada anak-anak. Kelas ini mendapat sambutan hingga sudah beberapa kali ayam tandoori menjadi hidangan keluarga. Sebelum ini ada saya buat entry tentang
"Travel and Learning" menjadi satu keseronokan kepada kami sekeluarga terutamanya para pelajar homeschool. Cooking Class ini dibentangkan step demi step agar anak-anak senang ingat dan turut menjadi bahan rujukan kepada saya apabila ingin memasak makanan-makanan tersebut.
FCUHOMESCHOOLING COOKING CLASS
Ini adalah cooking class yang terbaru dan ketika ini hanya enam orang ahli FCU yang tinggal sementara yang lain sedang membuat penjelajahan buat kali keempat ke seluruh Semenanjung Malaysia. Missi utama kali ini ialah membawa pulang seorang lagi ahli baru FCU ke STATION 1 FCU. Saya akan membuat entry tentang ahli baru ini dalam post yang akan datang.
Resepi Ayam Tandoori Exotic FCU:
Resepi ayam tandoori exotic ini dicipta setelah beberapa kali mencubanya dengan menggunakan bahan-bahan dari beberapa resepi ayam tandoori yang terkenal. Hasil dari percubaan beberapa kali itu telah menghasilkan hidangan yang sungguh lazat dan penuh perisa tanpa bahan perasa. Kami sekeluarga sangat menggemari hidangan ayam tandoori exotic hingga menjilat jari.
Rempah Ratusnya:
2 ekor ayam besar
3 labu bawang besar
15 ulas bawang putih
7 biji buah keras
6 biji buah pelaga
2.5 inci halia
1.5 sudu makan garam (ikut cita rasa)
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili
2 biji buah lemon
2 ikat daun ketumbar
2 ikat daun pudina
2 sudu marjerin
2 sudu sos tiram
1 sudu serbuk lada sulah
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk kulit kayu manis
1 sudu biji sawi
1 sudu biji halba(ditumbuk terlebih dahulu sebelum dikisar)
1 cawan susu segar atau cair
4 sudu madu atau brown sugar. (ikut cita rasa).
pewarna merah penaik seri
Cara Membuatnya:
Ayam dicincang dengan hujung pisau agar dapat meresap rempah yang diperap.
Proses ini dilakukan terutamanya apabila ayam diperap dalam masa yang singkat.
Daun pudina adalah antara bahan yang paling penting untuk memerap ayam.
Gabungan dengan yogurt, perahan limau dan rempah masala membuatkan
rasa ayam tandoori sangat kelasik dan unik.
Serbuk cili kering, kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk kulit kayu manis, halba dan biji sawi (ditumbuk terlebih dahulu) di gaul bersama ayam dan diperap. Memang terbuktilah rasa exoticnya setelah gabungan rempah ratus ini bermesra dengan ayam untuk beberapa jam. Walaubagaimanapun jangan dimerinate terlalu lama (melebihi 12 jam ) kerana ayam akan rasa kurang enak walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Susu segar yang diperah limau boleh menggantikan tairu untuk bahan perap.
Saya hanya gunakan susu cair dalam tin kali ini.
Bawang besar, bawang putih, halia, daun ketumbar dan daun pudina dikisar
bersama susu yang telah diperah limau.
Aroma ayam tandoori mula semerbak apabila bahan-bahan
ini mula dikisar.
Akhir sekali masukkan gabungan madu, sos tiram, marjerin
dan buah pala(ditumbuk lumat) menambahkan
lagi rasa exoticnya ayam tandoori ini.
Bahan perapan di gaul bersama ayam . Tambah garam dan gula
ikut selera masing-masing. (Yogurt masih beku sebab terlupa keluarkan
dari peti ais terlebih dahulu)
Perap ayam yang sudah
dicampurkan dengan rempah untuk lebih
dari 5 jam. Lagi lama lagi bagus terutamanya semalaman
di dalam peti ais.
Saya bakar sekejap di atas dapur dengan api perlahan.
Bunyi gemersik kulit ayam dibakar dengan minyak dari
ayam itu sendiri memang menghiburkan.
Masak hingga ayam separuh masak.
Ayam tandoori separuh masak bersedia untuk dibakar dalam oven
Sapu lebihan rempah ke atas ayam sebelum dibakar. Oleh kerana ayam sudah
separuh masak, kita hanya bakar sekejap sahaja untuk memperoleh ayam
tandoori garing diluar dan juicy di dalam. Daging ayam lebih juicy dan
enak bila kita masak cara ini. Selalunya apabila kita bakar direct
dalam oven, daging ayam akan keras.
Ayam tandoori exotic yang sudah terhidang di atas meja untuk mereka yang tersayang. Masakan cara bakar memang bagus untuk kesihatan. Perahan limau yang bersifat alkali akan berganding dengan khasiat ayam yang bersifat asid. Keseimbangan ini sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Biasanya ayam tandoori dimakan dengan ulam seperti timun dan tomato yang bersifat alkali. Kali ini saya masukkan sayur-sayuran kedalam
kuah dhal kerana anak-anak sangat gemarkan gabungan ayam tandoori
exotic dan kuah dhal.
RESEPI DHAL SAYUR
Bahan Tumis:
8 biji bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih ditumbuk separa lumat (pecah-pecah sahaja)
2 inci halia dimayang halus
12 biji cili api
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
4 tangkai daun kari
3/4 peket besar serbuk kari daging
2 sudu makan serbuk jintan manis
Bahan dalam dhal:
3 cawan santan pekat
1 cawn santan cair
1 biji terung yang besar dibelah dua dan dipotong-potong
9 urat kacang panjang dipotong 4 cm panjang
3 biji kentang dibelah empat dan direbus separuh masak
1 biji lobak merah dipotong panjang
2 biji cili besar dbelah dua
2 labu bawang besar dipotong baji besar-besar
1/3 cawan kacang dhal yang sudah direndam
Inilah antara sayuran yang dimasukkan dalam dhal sayur.
Kita boleh masukkan apa-apa sahaja jenis sayuran kegemaran keluarga.
Tumis bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga
lawang hingga separa garing. Masukkan bawang merah, daun kari
halia dan cili padi. Tumis lagi hingga bau
wangi semerbak memenuhi ruang dapur.
Masukkan serbuk kari dan sedikit air ke dalam periuk. Sekiranya terlalu kering,
masukkan sedikit lagi minyak dan air hingga serbuk kari itu dapat dimasak
hingga garing (pecah minyak). Elakkan terlalu banyak minyak dan sekiranya
ini berlaku, kita boleh ceduk buang minyak yang terapung di permukaan
kuah setelah siap nanti. Ini adalah untuk kesihatan orang tersayang.
Masukkan serbuk jintan manis dan tumis hingga rempah
betul-betul masak. Proses ini mengambil masa antara 10- 15 minit.
Sebenarnya inilah rahsia kelazatan gulai kari. Sekiranya
rempah tidak betul-betul masak, kuah tersebut akan rasa
rempah mentah. Guna api sederhana dan kerap
dikacau agar tidak hangit.
Sayur yang pertama dimasukkan ialah terung kerana ia mengambil
masa yang agak lama untuk empuk. Masukkan santan serta kacang dhal dan kacau
sekerap mungkin. Elakkan santan jadi berketul kerana ianya
akan mengurangkan kualiti dhal kita. Setelah terung separuh masak,
masukkan kacang panjang, carrot dan bawang. Bila
sayur dah mula layu, masukkan kentang yang sudah
separa masak. Ini adalah untuk mengelakkan teruk
hancur dalam gulai yang akan
mengurang rasa lazat dhal.
Dhal yang penuh dengan sayuran ini sangat baik untuk mengimbangi makanan jenis berasid seperti daging dan ayam.
Resepi nasi briani ini boleh didapati dalam entri
AYAM GOLEK ISTEMEWA FCU , AYAM GOLEK BLACK PAPER ...