TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 28 Oktober 2014

KERABU BERONOK HIDANGAN EXOTIK PULAU LANGKAWI


Siapa pernah melihat Beronok? Beronok atau timun laut (sea cucumber) ini banyak terdapat di Pulau Langkawi yang bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelancongan malahan mempunyai banyak rahsia tentang kehidupan laut yang masih belum diketahui ramai ini. Pertama kali saya melihatnya, aduh geli sungguh. Rupanya memang macam lintah besar. licin dan susah untuk dipegang. Warnanya kelabu kehitam-kehitaman dan agak kemerahan sedikit. Kalau dulu, memang tiada harganya kerana terlalu senang untuk mendapatkannya. Sebelum Pantai Cenang disentuh pembangunan, beronok akan memenuhi pantai hingga susah untuk kita berjalan. Kutip sahaja tiada siapa akan charge harganya. Sebab itulah tiada siapa yang menjualnya kerana pasti tak laku kan...Bagi penduduk tempatan, mereka lebih suka mengutip beronok segar yang akan tercampak ke atas pantai bila ombak memecah badai. Mereka hanya perlu membasuh pasir yang melekat pada beronok dengan air masin dan terus memakannya. Kanak-kanak yang bermain di tepi pantai pula terpaksa memijak sahaja beronok yang banyak terdampar di atas pantai.

Namun pemandangan ini sudah tidak lagi wujud. Ini adalah cerita lama kerana suasana Pantai Cenang sudah berubah rupa. Pantai-pantai itu sudah ditambak untuk pembangunan seperti Langkawi International Airport dan hotel-hotel sekelilingnya. Panorama mengutip beronok di atas pantai sudah berlalu. Kalau hendak cari juga, terpaksa meredah air laut setakat pinggang. Memang agak susah untuk mendapat beronok sekarang dan kalau ada orang jual pun dengan harga yang agak mahal.

Beberapa tahun yang lampau, juadah kerabu beronok adalah sesuatu yang mesti apabila penduduk tempatan membuat kenduri kendara. Masa berlalu, suasana juga berubah dan kerabu beronok makin menjadi asing dalam majils kenduri kerana tidak mudah untuk mendapatkan hidupan laut ini dalam jumlah yang banyak.

Selain beronok pantai, ada juga beronok yang hidup dalam selut. Pantai Langkawi rata-rata terbahagi kepada dua jenis. Satu pantai putih bersih dan keduanya pantai berselut yang banyak ditumbuhi oleh pokok bakau. Pantai di belakang rumah kami ini jenis berselut tetapi selutnya hanya setakat atas sedikit buku lali sahaja. Kalau pakai selipar, memang susah nak berjalan. Sebaiknya pakai bot atau kaki ayam sahaja seperti kebanyakan penduduk tempatan. Bukan sahaja beronok tetapi berbagai hidupan laut dapat dicari dalam selut ini seperti siput sedut, kepah dan remis. Selalunya waktu pagi ketika air tidak pasang lagi, ramai juga penduduk tempatan yang mencari sesuatu dalam selut ini untuk dijadikan hidangan keluarga. Ketika anak-anak dalam peringkat belasan tahun dulu, mereka kerap juga membawa balik sebaldi kepah untuk dibuat goreng bersambal.

Kerabu beronok adalah makanan esotik penduduk Pulau Langkawi. Juadah ini hanya terdapat di Pulau Langkawi dan memang tidak sah kalau anda menjejak Pulau Langkawi tanpa menjamah hidangan ini. Sekarang ini kita sudah dapat merasanya dengan membelinya di beberapa restoren yang ada menyediakan hidangan exotik ini. Rasanya memang sedap bak kata orang, sekali cuba mesti nak merasa lagi. Memang kecor air liur dibuatnya. Misterinya beronok ini ia tidak mungkin boleh dimasak. Apabila terkena sahaja haba, beronok akan bertukar jadi air masin. Sebab itulah ia hanya sesuai untuk dibuat kerabu dengan mempelam muda ke...atau betik muda, jantung pisang, daun selom, pucuk gajus dan ulam-ulaman lain. Tektur beronok memang rangup krup krap dan sedikit kenyal bila dikunyah ala-ala tulang ayam lembut. Memang lain dari yang lain sebab itu dinamakan hidangan esotik. Adalah rugi kalau tidak mencubanya apabila melancong di Langkawi, tanah tumpahnya darah Masuri.


Memang menjadi rezeki kami bila ada jiran yang memberi sebesen beronok. Mereka meredah persisiran pantai dekat Langkawi International Airport dimana kedalaman airnya setakat dada.Mereka terpaksa meraba beronok dengan kaki dan menyelam untuk mengambilnya. Beronok-beronok ini akan dicucuk dengan tali yang diikat disekeling pinggang mereka. Boleh bayangkan betapa rumitnya untuk mendapat beronok. Mungkinkah generasi yang akan datang berpeluang merasa hidangan esotik ini?


Inilah rupa beronok yang masih segar yang dapat dilihat dari rupa bentuk macam timun. Lama kelamaan, rupa beronok ini akan jadi leper kerana sebahagian airnya telah hilang. Tengoklah rupanya tetapi jangan terhenti pada rupa kerana rasanya memang sedap dan penuh dengan khasiat. 


Ini adalah kali pertama generasi cucunda FCU melihat beronok. Kami mengambil peluang untuk menjadikan beronok bahan untuk kajian sains pelajar cilik ini. Memang kelakar melihat gelagat mereka sebaik sahaja melihat rupa beronok. Lihatlah mulut Alyssa yang ternganga kerana rasa terkejut dan geli geleman.Afiq yang paling berani dan mula memegang hidupan laut ini. Inilah agaknya perbezaan anak lelaki dengan anak perempuan.


Adelyn memang lebih berani dari Alyssa. Sebaik sahaja dia melihat Afiqah mula memegang 
beronok, dia pun tidak mahu ketinggalan. Cuma Alyssa yang masih terbeliak matanya 
dan teragak-agak untuk mencuba. 


At last.... Alyssa juga turut memegang beronok yang licin itu. Pembelajaran menjadi lebih seronok bila kami bercerita tentang habitat species ini dan bagaimana untuk mendapatkan beronok. Kami biarkan sahaja mereka memicit-micit beronok itu dan memancut keluar air. Berbagai-bagai soalan mereka tanya termasuk apa pemakanan mereka dan bagaimana mereka membiak. Terdapat berbagai jenis sea cucumber dan bentuk juga berlainan seluruh dunia. Cuma beronok ini sahaja yang banyak terdapat di Pulau Langkawi.



Yang besar dan berwarna kemerah-merahan itu adalah beronok 
yang sudah matang. Teksturnya sungguh liat dan 
tidak boleh dimakan. Yang kecil-kecil sikit tu...
memang rangup.


RESEPI KERABU BERONOK

Bahan-bahan:

1 kg beronok- yang telah dipotong dan dibersihkan
1/2 ikat pucuk gajus dihiris nipis
1/2 ikat kacang panjang dihiris nipis
1/2 biji kelapa parut untuk dibuat sambal
1/2 biji kelapa parut untuk dibuat kerisik
2 ulas bawang besar dimayang nipis 
5 biji cili padi (ikut kesukaan anda)
5 biji cili kering
1/2 cawan serbuk beras (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus)
1/2 sudu besar lada hitam
Sebesar ibu jari belacan
Sebiji lemon atau limau nipis
garam
gula

Tip Memasak Kerabu Beronok:

1-Jangan basuh beronok yang telah dipotong sehingga saat nak buat kerabu, kerna beronok ni akan menjadi hitam sedikit jika dibasuh terlalu awal..

2- Beronok tak boleh di masak diatas api kerna ianya akan menjadi air laut balik apabila di masak di atas api.

3-Kebiasaannya beronok di buat kerabu sahaja.

Cara-cara:
1) Cucuk belacan dengan garfu dan bakar seketika di atas dapur gas. Pusing-pusingkan garfu itu agar belacan dibakar dengan sempurna. Bila bau harum semerbak dan warnanya bertukar cokelat, belacan itu sudah dibakar dengan sempurna.
2) Tumbuk belacan, cili api, cili kering dan lada hitam hingga lumat. Masukkan kelapa parut ke dalam lesung dan ditumbuk lagi hingga agak hancur dan sebati.
3) Sangai bahan-bahan di atas di dalam kuali hingga agak garing. 
4) Gaulkan semua bahan dan pastikan beronok yang paling akhir.
5) Tambahkan sedikit garam dan gula serta perahkan lemon hingga semuanya cukup rasa. Paling sedap dimakan dengan nasi panas. 


Oleh kerana beronok ini sangat licin dan liat, mestilah menggunakan 
pisau yang tajam untuk membelahnya. Kita akan dapati hanya ada air 
dan sedikit selut di dalam perut. Tak jumpa pun perutnya. Sebab 
itulah boleh dimakan terus bila dikutip dari pantai. 
Masyaalllah ciptaan Allah !! 


Setelah di basuh bersih, potong kecil-kecil. Kita akan dapati saiz beronok makin mengecil setelah dibelah. Ini adalah kerana kandungan utama beronok adalah air. Kalau dimasak, semua isi yang kenyal ini akan bertukar menjadi air. Fakta ini membuat para pelajar kami hairan dan tertanya-tanya mengapa jadi begitu. Oleh kerana tiada fakta terperinci di dalam internet, terpaksalah kami bagi teori tentang air batu yang direbus, pasti akan bertukar menjadi air, Barulah mereka puas hati tetapi masih lagi kehairanan.






Kelapa parut disangai dengan api sederhana agar tidak hanyit. 
Jika kita blend kelapa yang sudah digoreng itu semasa masih
 panas, memang cepat ia bertukar jadi kerisil yang sempurna.


Kalau kita blend kering pun boleh tetapi rasanya kurang enak.



Kelapa parut dtumbuk bersama cili kering, cili api, belacan 
dan lada hitam.


 Bahan yang ditumbuk disangai hingga agak garing.


Ulam-ulaman yang digunakan dalam membuat kerabu. 
Kita boleh saja menukar dengan ulam yang lain seperti 
betik muda, mempelam muda dan jantung pisang.


Kerisik dan beras goreng yang sudah dikisar halus menunggu 
untuk dicampur dengan bahan-bahan lain.


Bahan-bahan yang digunakan boleh diubah ikut kesukaan hati tetapi 
secara kasarnya beginilah ratio antara sambal kelapa, pucuk gajus, 
bawang besar mayang dan kacang panjang.


Setelah digaul sebati dan diperasakan garam dan gula, air lemon 
atau limau nipis akan menambahkan kehebatan hidangan exotic 
dari Pulau Langkawi ini.


Kerabu beronok



Kerabu beronok ini kami gandingkan dengan gulai lemak kadok pisang muda. Wah...memang menyelerakan dan sangat sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dari bandar yang agak susah untuk mencari pisang muda dan daun kadok. Inilah makanan orang pulau.....


Selera orang Pulau Langkawi yang pasti menjilat jari. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas segala rezeki. Semoga rezeki ini diberkati.


sumber: google
Anda pasti terkejut apabila anda berada di sebuah restoran di Trengganu
dan memesan bronok. Usah harap untuk mendapat kerabu bronok 
tetapi anda akan dihidang dengan kueh sagu. Lain tempat lainlah pula namanya.
Bagaimanalah agaknya penduduk di sana mendapat nama bronok bagi kueh
sagu ini. Mesti ada cerita di sebalik nama ini. Wallahualam.




Sabtu, 25 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H/2014M




FCUHOMESCHOOLING mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca. 1 Muharram 1436 Hijrah adalah saat yang baik untuk kita menilai pencapaian zahir dan batin kita. Semoga kita sentiasa berhijrah dari kehidupan yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Sabtu, 4 Oktober 2014

SIFAT 20


Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib. Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu nafsiah, salbiah, ma'ani atau ma'nawiah.

MENGAPA SIFAT ALLAH ADA DUA PULUH?
Kadang kala ada pertanyaan, “Mengapa sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf hanya dua puluh sifat? Bukankah sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Asma’ al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan?”.

“Perlu diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah tidak membataskan sifat-sifat Allah kepada dua puluh kerana sifat dua puluh itu adalah sifat Dzat Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syart al-Uluhiyyah). Sedangkan sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af`al (sifat yang berkaitan perbuatan) Allah ta`ala. Dan sifat-sifat af`al Allah itu jumlahnya banyak serta tidak terbatas.”

MENGAPA WAJIB MENGETAHUI SIFAT 20?
Dalam ma`rifatullah, Mazhab Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah telah mengetengahkan pemahaman terhadap konsep sifat 20 yang wajib bagi Allah. Konsep ini sangat masyhur dan wajib diketahui oleh setiap individu muslim yang mukallaf. Untuk mengetahui mengapa, liihat di sini.



Nafsiah

[dari zat itu sendiri]
Salbiah

[menafikan]
Ma’ani

[berdiri pada zat] 
Ma’nawiyah

[bersifat dengan sifat ma'ani]
WujudQidamQudratKaunuhu Qadiran
Baqa’IradatKaunuhu Muridan
Mukhalafatuhu LilhawadithIlmuKaunuhu ‘Aliman
Qiyamuhu BinafsihHayatKaunuhu Hayyan
WahdaniatSama’Kaunuhu Sami’an
BasharKaunuhu Bashiran
KalamKaunuhu Mutakalliman















TAKRIFAN:

1. Sifat Nafsiah – diri zat Allah swt, wujudNya tidak disebabkan oleh sesuatu sebab

2. Sifat Salbiah – menafikan perkara-perkara yang tidak layak bagi Zat Allah swt .

3. Sifat Ma’ani – sifat yang berdiri pada zat Allah swt, yakni sifat khusus yang dimiliki oleh Allah swt dan lazim melazimi pula ia dengan sifat ma’anawiyah

4. Sifat Ma’anawiyah – zat yang disebabkan suatu sebab akan wujudnya, yakni kelakuan zat atau fungsi zat yang mempunyai sifat ma’ani atau kelakuan sifat ma’ani yang digerakkan oleh zatNya.

SIFAT NAFSIAH:
Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.

Sifat ‘Wujud’ dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan Sifat Ma’ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat ‘wujud’ sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.  

1. Sifat WUJUD: Ada
Allah s.w.t. wajib memiliki sifat Wujud ertinya Allah s.w.t. itu wajib ada. Allah s.w.t. adalah sebagai Zat yang Wajibul Wujud ertinya Zat yang wajib adanya. Wujudnya Allah s.w.t. tidak diragukan lagi, kerana adanya Allah dapat dibuktikan dengan dalil Al-Quran dan Al-Hadith (dalil naqal) dan dapat dibuktikan dengan akal (dalil aqali)

Allah s.w.t. tidak ada yang menjadikan-Nya dan tidak pula Allah menjadikan diri-Nya sendiri. Adanya Allah tidak diduhului dengan tiada dan tidak diakhiiri dengan tiada. Dan mustahil Allah itu tiada. Wujudnya Allah s.w.t. mutlak ertinya adanya Allah s.w.t. itu wajib, dan mustahil jika Allah tiada ada. Kewujudan-Nya tidak dibatasi oleh sesuatu, waktu, keadaan mahupun tempat.

Wajib pada Syara’ atas tiap-tiap mukalah mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Allah Ta’ala dan tidak terima ‘Adam (tidak ada). Pengakuan didalam hati dengan tentu ada sungguh Allah Ta’ala itulah dinamakan wajib pada ‘aqal. Dan pengakuan tentu tidak, tiada Allah Ta’ala itulah dinamakan mustahil.


SIFAT SALBIAH:  
Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah s.w.t. Baqa’ ertinya kekal. Sifat ini menafikan sifat Fana’ ataupun binasa bagi Allah s.w.t. Fana' adalah sifat yang tidak layak bagi Allah s.w.t.

2. Sifat QIDAM: Sedia
Qidam ertinya ‘Sedia’, iaitu adanya Allah s.w.t. tidak dengan permulaan dan mustahil bagi Allah kalau berpermulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dia-lah yang awal dan Dia-lah yang akhir.

Qidamnya Allah, ertinya adanya Allah itu tidak bermula dan tidak berakhiran itu maksud tiada kesudahan bagi Allah. Adanya Allah jelas dan nyata dan menguasai atas segala yang batin atau mengetahui segala yang tersembunyi. Zat-Nya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui tentang-Nya.

Sifat Qidam merupakan Sifat Salbiah, iaitu menafikan atau menolak sifat yang berlawanan dengannya. Jika sudah terang dan nyata Allah bersifat Qidam ertinya tiada permulaan, bererti sifat Qidam itu sendiri menafikan sifat yang menjadi lawan dengannya, iaitu sifat Huduts atau baharu. Adanya Allah sudah tentu semenjak dari zaman Azali lagi iaitu sebelum segala sesuatu itu ada. Setiap insan wajib mengimani tentang kewujudan Allah itu tidak berpermulaan dan tidak pula akan berakhir.

Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh Sedianya Allah Ta’ala dan tidak terima Huduth (baharu atau berpermulaan). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Sedia itulah dinamakan dai wajib pada ‘aqal, dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak baharu itulah dimanakan dia mustahil pada ‘aqal.

3. Sifat BAQA’: Kekal
Allah s.w.t wajib mempunyai sifat Baqa’,ertinya kekal ataupun tidak berkesudahan, wujud Allah kekal untuk selama-lamanya, tidak ada batasan waktu ataupun masa. Orang yang beriman kepada Allah menyakini bahawa yang menciptakannya itu kekal tanpa berkesudahan, begitu juga harus dipercayai oleh setiap insan bahawasanya kehidupan makhluk akan berakhir dengan kebinasaan dan kehancuran, dan akan ia kembali kepada Allah s.w.t. Yang Maha Kekal.

Dengan mempercayai akan Allah mempunyai sifat Baqa’, ianya akan menguatkan keyakinan tentang adanya kehidupan di akhirat, sebagai meneruskan kehidupan di atas dunia yang fana’ ini. Kerana masih ada Pencipta Yang Maha Baqa’ yang mengaturkan tentang kehidupan di akhirat kelak.

Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah Ta’ala Kekal dan tidak menerima Fana’ (binasa). Pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh Allah Ta’ala bersifat Baqa’ itulah dikatakan wajib pada ‘aqal, dan pengakuan tentu didalam hati akan binasa Allah Ta’ala itu mustahil pada ‘aqal.

4. Sifat MUKHALAFATUHU LILHAWADITH: Berlainan dengan sekali makhluk
Allah s.w.t. bersifat Mukhalafatuhu Lilhawadith, ertinya Allah berlainan dengan sekalian makhluk. Sudah tentu mustahil bagi Allah menyerupai akan sesuatu. Sebab Allah tidak sama dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya, baik makhluk yang bernyawa ataupun tidak bernyawa. Berbeza Zat Allah dengan makhluk ertinya Zat-Nya tidak sama dengan makhluk. Berbezanya sifat-safit Allah dengan makhluk ciptaan-Nya maksudnya, sifat-sifat Allah tidak sama dengan makhluk.

Perbezaan Zat Allah dengan sesuatu yang baharu maksudnya bahawa Zat Allah tidak sama dengan benda lain yang diciptakan-Nya, yang memiliki zat yang baharu. Berbeza sifat Allah dengan sesuatu yang baharu juga tidak sama dengan sifat segala benda selain Allah. Begitu juga dengan perbuatan Allah, tidak sama dengan perbuatan baharu atau segala benda yang ada di alam ini.

Jika kita bayangkan Allah itu dengan sesuatu benda yang ada di alam ini bererti kita telah mempersekutukan Allah dengan yang lain, syirik hukumnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dalam menghayati sifat-sifat yang wajib bagi Allah ini, jangan sampai pemikiran dan minda kita dipimpin oleh syaithan, sehingga sampai pada peringkat mempersekutukan Allah. Na’zubillah.

Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta i’tiqad dan mengaku putus didalam hati akan tentu sungguh bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tiada menyamai-Nya (Mumathalatuhu Lilhawadith). 

Firman Allah Ta’ala:

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura, 11)


Dan bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan juga tidak menyamai-Nya itulah dikatakan sifat Mukhalafatuhu Ta’ala Lilhawadith dan makna bersalahan itu tiga perkara:

1) Bersalahan pada zat dengan makna Zat Allah Ta’ala bukannya Jirim yang bertempat walaupun dimana tempatnya makhluk itu semuanya jirim yang bertempat. Kalau bergitu tidak boleh dikatakan Allah Ta’ala itu bertempat dimana-mana tempat, maka jika didapati didalam Al-Quran atau Hadith barang yang memberi waham menyerupai dan bertempat maka dinamakan ayat itu ayat Mutashabihat dan Hadith Mutashabihat.

2) Dan bersalahan sifat itu ialah sifat-sifat Allah itu bukan ‘Aradh yang bertangkap pada jirim dan bertempat bersama dengan jirim. Kalau bergitu. Tidak bolehlah dikatakan Allah Ta’ala berhajat dimana-mana hajat dan sebagainya daripada sifat-sifat yang baharu. Dan bersalahan pada perbuatan itu ialah perbuatan Allah Ta’ala, bukan seperti perbuatan yang baharu. Kerana perbuatan Allah Ta’ala menjadikan yang tiada itu ada, dan bukan pula perbuatan Allah Ta’ala itu daripada yang baharu.

3) Dan dalil bersalahan Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamai itu ialah kita fikir, jikalau Allah Ta’ala tidak bersalahan bagi segala yang baharu, nescaya adalah Ia menyamai dengan sesuatu yang baharu ini, maka jika menyamai dengan yang baharu tentulah Ianya baru seperti itu juga dan iaitu bathal kerana telah terdahulu bersifat Qadim dengan dalil-dalil yang nyata maka tetaplah Allah Ta’ala bagi segala yang baharu dan tidak menyamainya itulah pengakuan yang sebenar.


5. Sifat QIYAMUHU BINAFSIHI: Berdiri dengan sendiriNya.
Qiyamuhu Binafsihi maksudnya berdiri dengan sendiriNya, bahawa Allah bersifat berdiri dengan sendiri bukan bergantung dengan selain dari-Nya. Allah tidak bergantung terhadap yang diciptakan-Nya, sebaliknya sesuatu yang diciptakan-Nya itu setiap saat selalau berhajat kepada Allah s.w.t.

Allat s.w.t. tidak berhajat dan berkehendak terhadap sesuatu yang lain, tidak memerlukan bantuan kepada makhluk-makhluk-Nya. Allah bersifat Qiyamuhu Binafsihi, mustahil jika Allah berhajat dan meminta pertolongan dengan alam yang akan binasa.

Allah Maha Berkuasa memiliki segala apa yang ada dilangit dan bumi. Kemudian tidak sukar bagi Allah untuk mengurusi segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia Maha Perkasa tidak pula Ia memerlukan bantuan dalam mengurusi segala ciptaan-Nya yang banyak itu.

Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh berdirinya Allah Ta’ala dengan sendirinya (Qiyamuhu Binafsihi), dan tidak berkehendak kepada yang menjadi dan tidak berkehendak kepada zat (Muhtajun Ila Ghairih).


6. Sifat WAHDANIYAH: Allah Maha Esa (Ke-Esa-an)
Wahdaniyah ertinya Allah Maha Esa, tidak berbilang-bilang jumlahnya. Esa Allah Ta’ala itu ialah pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Allah itu Esa, maka janganlah sekali-kali kita membayangkan atau memikirkan bahawa ada tuhan yang lain selain daripada Allah. Beriman kepada ke-Esa-an Allah, memudahkan bagi kita untuk beribadah dan berharap kepada Yang Satu.

Di samping kita percaya bahawa Zat Allah s.w.t. itu Esa, kita juga harus yakini bahawa sifat-sifat Allah itu mempunyai nilai yang tidak mengenal batas. Jika dikatakan Allah itu Maha Pemurah, maka pemurahnya Allah itu tidak mengenal batas. Jika Allah itu bersifat Maha Pengampun, maka ampunan Allah itu tidak mengenal batas. Walau betapa besar dosa dan kesalah nseseorang itu, jika Allah menghendaki keampunan-Nya, maka dosa-dosa orang tersebut akan diampuni Allah s.w.t.

Dan makna Esa pada Zat Allah itu ialah Zat Allah yang tidak bersusun daripada beberapa Zat yang boleh dibilangkan dengan sekurang-kurangnya bilangan dengan baharu, boleh dikerat, dibelah dan dipotong seperti bagi zat yang baharu.




Wajib pada atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku putus dalam hatinya akan tentu sungguh Allah Ta’ala itu Esa pada Zat-Nya, Sifat-Nya dan Af’al-Nya. Dan tidak Ta’addud (berbilang-bilangan).

SIFAT MA'ANI:
Sifat Ma’ani ialah sifat yang Maujud atau ada yang berdiri pada Zat Allah s.w.t. yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum Sifat Ma’nawiyah. Umpamanya Sifat Ma’ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada Zat Allah. Ertinya Ilmu itu sifat Allah bukan Zat Allah. Allah s.w.t. dapat mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya bukan dengan Zat-Nya. Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum Sifat Ma’nawiyah maksudnya Allah dikatakan Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan-Nya Berilmu). Kerana Allah mempunyai sifat Sama’ maka Allah dikatakan Kaunuhu Sami’an (Keadaan-Nya Mendengar).

7. Sifat QUDRAT: Allah Maha Kuasa (Pekuasa)
Qudrat ertinya Allah Maha Berkuasa keatas segala sesuatu. Hanya Allah yang berkuasa, sedangkan selain Allah sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Kekuasaan Allah mutlak milik-Nya. Kekuasaan Allah itu bukan datangnya kemudian, tetapi sudah ada semenjak zaman Azali lagi, iaitu sebelum adanya sesuatu selain daripada Alah s.w.t.

            Allah s.w.t. menjadikan segala sesuatu yang dikehendaki-Nya. Firman Allah s.w.t.:

           “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Yassin: 82)

Pada sifat Qudrat, Allah Ta’ala Maha Kuasa mengadakan dan meniadakan sesuatu mumkin, dan bagi Qudrat itu beberapa takluq (menuntut sifat akan satu pekerjaan lain daripada menuntut di Zat-Nya), iaini beberapa tugas.

Wajib pada syara’ diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada Tuhan Pekuasa, iaitu Allah Maha Kuasa, dan tidak sekali-kali ‘Ajzun (lemah).


8.Sifat IRADAT: Berkehendak
Allah s.w.r. mempunyai sifat Iradat, iaitu berkehendak, maksudnya bahawa Allah s.w.t. dalam menciptakan segala sesuatu berpedoman kepada kehendak-Nya. Begitulah alam semesta ini terjadi, kerana Kudrat dan Iradat Allah, diatas Kekuasaan dan Kehendak Allah s.w.t. dan tidak ada batasannya dan tidak dapat dilukiskan melalui fikiran manusia tentang keinginan Allah.

Dan Iradat itu ialah satu sifat yang sedia kala pada Zat Allah. Dengan sifat Iradat, Allah Ta’ala mengkehendaki dan menentukan mumkin dengan setengah-setengah barang yang harus atas mumkin.

Wajib pada syara; atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya ada Allah Ta’ala itu bersifat Iradat, dan tidak menerima Karahah (terpaksa).


9. Sifat ILMU: Allah Maha Mengetahui
Allah bersifat ilmu, ertinya bahawa Allah Maha Mengetaui. Allah memiliki pengetahuan dan mengetahui akan segala sesuatu, yang sudah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku, baik di langit, dibumi mahupun yang diantaranya, dan segala sesuatu yang diciptakan-Nya.

Dan Ilmu itu ialah sifat yang ada ia di Zat Allah Ta’ala, yang nyata segala perkara yang wajib dan yang mustahil dan yang harus itu dengan Ilmu yakni dengan pengetahuan tidak jahil. Dan makna mengetahui akan segala perkara yang wajib itu mengetahui dengan sungguhnya dan mengetahuisegala yang mustahil itu mengetahui dengan tidaknya, dan mengetahui perkara yang harus itu mengetahui akan ada atau tiada atau akan tiadanya.

Wajib atas syara’ atas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh ada di Zat Allah Ta’ala itu Ilmu, dan tidak menerima akan Allah itu Jahlun (jahil).


10. Sifat HAYAT: Hidup
Allah s.w.t. wajib mempunyai sifat Hayat iaitu hidup, dan mustahil bagi-Nya mempunyai sifat binasa yang sama dengan makhluk. Sifat hidup Allah ini tidak sama sebagaimana dengan kehidupan alam, seperti manusia, malaikat haiwan dan makhluk-makhluk yang lainnya. Allah hidup tidak berhajat terhadap sesuatu, seperti pada makhluk yang menghajatkan dan memerlukan nyawa, nafas, makan dan minum. Kehidupan makhluk merupakan hasil daripada pemberian Allah, maka pada saat yang dikehendaki-Nya, kehidupan makhluk itu dapat berakhir.

Wajib diatas tiap-tiap mukalaf mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh didalam hatinya Allah mempunyai sifat Hayat, satu sifat yang ada pada Zat Allah dan dengan sifat Hayat ini Allah Ta’ala hidup, dan tidak akan menerima akan Maut.


11. Sifat SAMA’: Allah Maha Mendengar
Sama’ ertinya Mendengar dan Allah bersifat Sama’ bahawa Allah Maha Mendengar segala sesuatu yang diperkatakan oleh makhluk-makhluk-Nya. Allah Maha Mendengar baik yang kuat mahupun perkara yang dibisikkan oleh makhluk-Nya. Walaupun begitu pendengaran yang ada pada Allah tidak berhajat pada sesuatu yang ada pada makhluk-Nya.

Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan sifat Sama’ ini yang ada pada Allah Ta’ala, dan tidak sekali-kali Allah menerima sifat Shomam (tuli).


12. Sifat BASYAR: Allah Maha Melihat
Allah bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah dapat melihat segala gerak geri makhluk-Nya. Namun Penglihatan Allah itu tidaklah sama dengan penglihatan makhluk ciptaan-Nya. Allah tidak berhajat seperti makhluk-Nya untuk melihat.



Wajib pada syara’ atas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku didalam hatinya akan tentu sungguh ada pada Allah Ta’ala itu sifat Basyar, dan iaitu satu sifat yang ada di Zat Allah. Tidak Allah sekali-kali menerima akan sifat ‘Umyun (buta).


13. Sifat KALAM: Allah Berkata-kata
Allah mempunyai sifat Kalam atau berkata-kata, dan mustahil bagi Allah Yang Maha Agung itu bersifat berlawanan dengan sifat Kalam. Walaubagaimanapun Kalam Allah tidak seperti yang dihajatkan oleh makhluk-Nya. Kalam Allah itu dinamakan Wahyu yang diberikan kepada makhluk-Nya sebagai mendatangkan kebenaran-Nya.

Wajib diatas tiap-tiap mukalaf itu mengetahui serta mengaku akan tentu sungguh pada hatinya akan Allah mempunyai sifat Kalam. Iaitu satu sifat yang sedia kala di Zat AllahTa’ala. Dengan adanya sifat inilah Allah tidak akan sekali-kali menerima sifat Bukmun (bisu)


SIFAT MA'NAWIAH:
Sifat Ma’nawiyah iaitu suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah s.w.t.bersifat dengan Sifat Ma’ani. Di antara Sifat Ma’ani dengan Sifat Ma’nawiyah tidak terpisahkan. Misalnya Keadaan Allah Berilmu (Kaunuhu ‘Aliman – Sifat Ma’nawiyah), ini kerana Allah mempunyai sifat Ilmu (Sifat Ma’ani). Ataupun Allah s.w.t. dikatakan Kaunuhu Qadiran (Keadaan-Nya Berkuasa – Sifat Ma’nawiyah) kerana Allah mempunyai sifat Qudrat (Kuasa – Sifat Ma’ani) dan bergitu seumpamanya.


Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan dengan Sifat Ma’nawiyah iaitu, Sifat Ma’nawiyah merupakan cabang dari Sifat Ma’ani. Sesuatu yang bersifat dengan ‘Alim dan Qadir umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma’ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada Sifat Ma’nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keduanya adalah sebagai hubungan antara ilat dengan ma’lulnya.


14.   Sifat KAUNUHU QADIRAN: Allah tetap selalu dalam keadaan Berkuasa

15.   Sifat KAUNUHU MURIDAN: Allah tetap dalam keadaan Menghendaki

16.   Sifat KAUNUHU ALIMAN: Allah tetap dalam keadaan Mengetahui

17.   Sifat KAUNUHU HAYYAN: Allah tetap dalam keadaan Hidup

18.   Sifat KAUNUHU SAMI’AN: Allah tetap dalam keadaan Mendengar

19.   Sifat KAUNUHU BASIRAN: Allah tetap dalam keadaan Melihat

20.   Sifat KAUNUHU MUTAKALLIMAN: Allah tetap dalam keadaan Berkata-kata

Source:
http://catatanhamba.blogspot.com/2009/12/kenali-pecahan-sifat-20_01.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sifat-sifat_Allah


PEMBIAKAN SECARA TUT (MARCOTTING) OLEH HAFIDZ


Pembiakan secara tut (marcotting) sangat sesuai untuk pokok yang bekayu. Apa-apa sahaja pokok yang boleh tumbuh melalui keratan batang, memang sesuai dengan cara tut. Kelebihan cara tut dari tumbuh melalui benih ialah kita tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapat sebatang pokok yang cukup besar. Dengan cara tut, kita akan memperolehi generasi pokok yang sama seperti pokok asalnya.

Kami selalu menggunakan kaedah ini untuk mengambil mana-mana bahagian yang sesuai untuk dibuat bonsai. Kali ini Hafidz membuat kaedah tut pada sebatang pokok asam. Pokok ini agak panjang batangnya. Nampak tidak cantik untuk dibuat bonsai. Batangnya juga sudah keras untuk dilentukkan dengan dawai. Hafidz hendak ambil bahagian atas yang berhampiran dengan rimbunan daun.

Bahan-bahan:
-Sebilah pisau tajam
-Plastik (mana plastik pun boleh asalkan cukup lebarnya
-Tali untuk mengikat
-Tanah campuran, serbuk sabut kelapa atau sphagnum
-Sedikit air untuk melembabkan

Langkah-langkah mengetut:
1) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam. Renjis sedikit air agar lembab.
2) Pilih dahan yang sesuai dan buang segala daun yang berada di bawah kelaran yang kita buat.
3) Buat kelaran sekeliling pokok. Kelaran pertama hendaklah di bawah mata tunas dan kelaran kedua pula selepas 2 cm jauhnya dari kelaran pertama tadi.
4) Kupas kulit antara dua kelaran itu termasuklah cambium hinggalah kita berjumpa lapisan kayu.
5) Sapu penggalak akar pada bahagian kelaran atas.
6) Ambil tanah yang telah dibasahkan tadi dan diletak atas plastik yang cukup lebar untuk dililit di sekeliling batang nanti.
7) Bungkuslah plastik yang berisi tanah tadi  ke sekeliling pokok dan ikat pada bahagian atas dan bawah dengan tali.

8)Selepas 2-3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar. Potong di bahagian bawah tut itu dan tanam  ke dalam polibeg plastik terlebih dahulu untuk proses pembesaran. Apabila sudah mantap, boleh ubah di tempat yang sesuai.

Tip: 
Untuk menggalakkan akar tumbuh cepat, kita boleh mencederakan sedikit pada batang bahagian dekat dengan atas tut. Kita telah membuat gangguan pada pokok dan hasilnya akan berlaku pergerakan kebawah bahan organic seperti karbohidrat, auxin dan zat-zat lain dari daun dan pucuk ke tempat yang dicederakan. Dengan ini, akan membantu mempercepatkan proses pertumbuhan akar.


Batang pokok asam ini halus dan panjang memacak. 
Tiada lenggok pada batang untuk kita melihat seni bonsai. 
Pilihan terbaik ialah mengambil bahagian atas yang 
dekat dengan dahan-dahan. 



Membuang lapisan kambium pada pokok asam.



Proses pembuangan kulit luar pokok


Pastikan plastik yang berisi tanah diikat dengan ketat. 
Ini dapat mengelak air dari siraman pokok atau air 
hujan masuk yang akan mengganggu proses 
pertumbuhan akar.



Sudah siap...Senang sahaja. Alhamdulillah.








Sabtu, 20 September 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57.


Pada saya, tarikh 31 Ogos sangat membawa pengertian yang besar dan bayak memori indah telah dilakarkan dalam kehidupan saya. Sudah 57 tahun kita merdeka dan kini Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dalam berbagai bidang.


Laungan "Merdeka...merdeka,,,merdeka" dari Allahyarham Tengku Abdul Rahman juga telah tersemat di hati saya ketika saya masih kecil. Malah lagu-lagu patriotik lama begitu sebati dengan jiwa dan membawa rasa betapa bangganya diri ini dilahirkan di Malaysia. Syukur kehadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan kepada Malaysia jiwa-jiwa pejuang yang telah sanggup menempuh jalan sukar untuk menrealisasikan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.


Semasa saya membesar dulu, segala kemudahan teknologi dan gadget-gadget moden seperti iPad dan sebagainya tidak wujud. Tidak bayak rancangan hiburan di kaca tv. Dengan itu rancangan perarakan national kemerdekaan setiap 31 Ogos adalah antara rancangan yang paling menarik. Mentelah itu, saya pasti terpaku di depan tv pada setiap tahun semasa membesar dulu. Pada saya, semua inilah yang menjadi antara faktor akan kecintaan saya pada Malaysia, tempat tumpahnya darah ku.

Generasi muda sekarang, terutamanya generasi cucunda FCU memang tidak tahu menahu tentang kemerdekaan negara Malaysia. Mereka juga tidak pernah tahu tentang penjelajahan British dan Jepun kerana semuanya sudah tersedia dengan hebatnya sejak mereka lahir. Pasti sekali jiwa kecintaan mereka pada negara Malaysia tidak seperti generasi dahulu yang dapat melihat jatuh bangunnya perjalanan negara kita. Inilah yang mesti diisi dalam jiwa mereka supaya mereka merasa bersyukur dengan anugerahNya. Siapalah kita tanpa Malaysia yang aman sejahtera ini. Bagaimanalah keadaan kita sekiranya kita ditakdirkan menjadi rakyat Palestian, Syria dan negara-negara Islam yang lain seperi Pakistan. Sudah tentu kehidupan kita tidak seindah sekarang. Pengertian sebagai generasi merdeka inilah yang saya cuba semaikan ke dalam jiwa bersih suci cucunda FCU. Malah membawa imaginasi mereka kembali ke zaman perjuangan untuk mendapat kemerdekaan.


SEMANGAT PATRIOTIK
Sehari sebelum tarikh 31 Ogos, Afiqah ada menyatakan keinginannya untuk melihat Perarakan Merdeka di Langkawi yang akan berlangsung di sekitar Pekan Kuah. Oleh kerana pada awal pagi tanggal 31 Ogos itu hujan, kami hanya menonton Perarakan Merdeka di TV 3. Memang banyak juga info yang dapat kami sampaikan kepada para pelajar terutamanya Afiqah dan Afiq.

Oleh kerana hanya pada hari Jumaat sahaja FCUHOMESCHOOL cuti, maka pada hari ini pembelajaran berjalan seperti biasa.

Kelas istimewa ini adalah berkenaan kemerdekaan Malaysia yang telah berlaku 57 tahun yang lalu. Selain melukis bendera Malaysia, kami juga menceritakan sedikit sebanyak berkenaan British dan Jepun.

Afiqah banyak bertanya tentang bagaimanakah sambutan hari kemerdekaan semasa saya kecil dulu...Memang seronok dan happening. Zaman dahulu, keadaan di Malaysia adalah lebih aman dan jarang berlaku perompakan, pencurian dan pembunuhan. Malah jarang kedengaran kejadian penculikan. Tidak seperti sekarang di mana kita mesti sentiasa berwaspada kerana apa sahaja boleh berlaku. Kanak-kanak juga mesti dipastikan berteman samaada di taman permainan atau di shopping komplex.

Pada setiap malam kemerdekaan, kami akan berarak dari sekolah masing-masing bersama sebuah tanglong setiap murid. Kami akan berjalan mengelilingi bandar Bachok dan berhenti di Padang Istiadat di mana perayaan di adakan. Memang cantik sekali perarakan tanglong itu kerana suasana di sekitar jalan raya agak gelap. Lampu jalan tidak seperti sekarang yang terang benderang sepanjang jalan. Jauh-jauh, adalah disediakan sebuah lampu jalan. Ah....memang indah memori itu!!


Lakaran bendera Malaysia untuk para pelajar membuat rujukan. Sebelum mereka mula melukis, saya menerangkan sedikit sebanyak tentang lambang yang terdapat pada bendera ini. Sebenarnya saya sendiri juga teruja kerana dapat menambah info tentang lambang ini yang sudah saya lupa. Sepanjang kelas ini berlangsung, saya pasang lagu kebangsaan kita iaitu LAGU NEGARAKU. 


LAMBANG DAN WARNA PADA BENDERA MALAYSIA;
Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas negeri di Malaysia dan ibu negeri.
14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur.
Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan.
Warna putih melambangkan kesucian.
Warna merah melambangkan keberanian.

Suasana pembelajaran yang santai dan fun. Susun atur ini sentiasa berubah mengikut mood  pelajar. 



Adelyn dan Alyssa masih kecil untuk melukis gambar bendera ini dengan sempurna. Jadi saya tolong lukiskan buat mereka. Saya juga membantu Adelyn mewarnakan bendera itu agar hasil lukisannya  tidaklah terlalu ketinggalan dari hasil lukisan Afiqah, Afiq dan Alyssa. Dengan cara ini kita telah menaikkan  self esteem mereka pada tahap yang tinggi. Mereka tidak rasa terpinggir dan rasa sama taraf dengan Afiqah dan Afiq.



Alyssa sangat teliti orangnya. Walaupun masih kecil, 
tapi dia sudah dapat mewarnakan bendera dengan baik.






Akhirnya empat bendera Malaysia dapat dihasilkan oleh pelajar kami. 



Saat yang paling bahagia bila melihat betapa riang dan bangganya mereka mengibarkan bendera malaysia diiringi oleh lagu nyanyian Sudirman. Pasti sekali akan menjadi satu memori indah dalam kehidupan mereka. Kita sebagai pendidik mesti mencuba sedaya upaya untuk mewujudkan memori indah dalam hidup.














Kalau setahun lalu, Alyssa masih kecil dan Adelyn masih baby. Tahun ini mereka sudah faham apabila kita memberi arahan, jadi kami ambil kesempatan untuk merakam video mengenai hari kemerdekaan, Kali ini kami ketengahkan FCUHOMESCHOOL ENGLISH CLUB sebagai wadah penyampaian video ini. Insyaallah...Kami juga akan menubuhkan kelab bahasa lain seperi Arab, Mandarin, Korea dan Jerman. Ini adalah keperbagaian yang kami cuba wujudkan untuk memperkasakan homeschool kami.



FCUHOMESCHOOLING VIDEO SEMPENA SAMBUTAN 
HARI KEMERDEKAAN

\

Jumaat, 5 September 2014

HAFIDZ SEBAGAI SEORANG REMAJA HOMESCHOOL.


Sekejap sahaja masa berlalu. Semasa memulakan homeschool ( hujung tahun 2009), Hafidz masih lagi kecil. Setelah 5 tahun berlalu, Hafidz sekarang sudah masuk peringkat remaja. Sebagai seorang remaja homeschool, perkembangan pembelajarannya sangat berlainan dengan remaja yang belajar di sekolah biasa. Begitu juga perkembangan peribadinya juga cukup berlainan dengan abang-abangnya ketika sebaya Hafidz dulu. Abang-abangnya kami hantar belajar sepenuhnya di sekolah kerajaan. Saya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, yang masanya dihabiskan untuk membesarkan anak-anak, segala perbezaan itu memang dapat dirasakan sekali.


Apabila masuk peringkat sekolah menengah, anak-anak akan sibuk dengan subjek-subjek yang diajar termasuklah kerja rumah dan kertas kerja. Pagi-pagi hari sudah ke sekolah dan balik pun dah pukul dua petang. Selepas
mandi, solat dan makan tengahari, anak-anak akan ke sekolah lagi untuk tuition, aktiviti kelab atau pun sukan. Hampir maghrib baru pulang. Selepas selesai makan malam, mereka sibuk menyiapkan kerja sekolah hingga larut malam. Bagi para ibu-ibu yang punya anak remaja, rutin ini sudah menjadi lumrah kehidupan.

Untuk mengejar ilmu dunia, anak-anak perlu fokus untuk berjaya hingga sudah tiada masa untuk berbual panjang mahupun bergurau senda dengan keluarga. Kita hanya nampak zahir anak kita tetapi kita tidak nampak batin mereka. Kita hanya kenal rupa anak kita yang kian membesar panjang tetapi kita tidak tahu sangat hati budi mereka. Malah....sesetengah anak-anak langsung tidak ambil bahagian dalam menguruskan pekerjaan di rumah. Ibu bapa sudah sangat berpuas hati sekira anaknya berperap dalam bilik dengan buku dan tidak menghulur bantuan meringankan kerja mereka atas alasan kerja sekolah yang banyak dan sudah hampir peperiksaan.

Semasa saya membesar dahulu (sekitar 70an), ibu bapa sanggup memanjakan anak-anak yang menduduki peperiksaan dengan hanya menumpukan pada pelajaran sepanjang tahun tanpa membuat kerja rumahtangga. Walaupun anak itu seorang perempuan, dia tidak perlu memasak, basuh pinggan, sapu sampah dan sebagainya. Sememangnya anak itu beroleh keputusan peperiksaan yang baik namun....semua ini telah menamam sikap penting diri dan malas dalam diri anak-anak.










DIDIKAN HOMESCHOOL
Berbeza dengan didikan homeschool yang sangat menitik beratkan kerohanian anak-anak. Malah inilah matalamat utama kita homeschoolkan anak-anak kita agar mereka menjadi insan yang kenal Allah dengan sebenar-benar kenal dan mencintai Allah atas segalanya. Saya dapat menghayati setiap detik pembesarannya terutama phasa remaja yang sangat memerlukan pemerhatian yang lebih.

Biasanya ibu-ibu akan merasa lega apabila anak mereka meningkat remaja kerana sudah boleh lepas dari tanggung jawab. Mereka sudah tahu jaga diri sendiri dan tidak perlu kita susah-susah untuk memandikan mereka, menyuapkan makanan dan sebagainya. Inilah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh para ibubapa. Peringkat remaja adalah satu peringkat yang sangat penting, Ibarat menarik rambut dalam tepung, kita sangat perlu berhati-hati. Pertukaran hormone dalam badan mereka sangat mempengaruhi keperibadian mereka. Di sinilah turning point arah mana mereka lebih cenderung samaada menjadi insan yang akur pada Allah atau sebaliknya. Apalagi sekiranya mereka banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan, sudah tentu pengaruh yang tidak diingini akan menjadi ikutan.

Apabila kita sentiasa di samping mereka, ibubapa boleh baca apa yang tersirat dalam fikiran mereka hanya dengan melihat raut wajah anak-anak. Alunan perasaan mereka juga dapat dikesan hingga kita cukup memahami jiwa mereka. Inilah senjata yang paling tajam untuk mendidik anak remaja. Kita dapat mengesan penyakit hati mereka dan membenteras segala anasir ini pada peringkat awal lagi. Inilah titik tolak pembelajaran sebenar yang akan membawa hingga ke akhirat. Inilah sasaran sebenar pendidikan yang telah di tukar dengan pembejaran akedemik yang sangat membebankan. Ramai ibubapa yang kian tidak kenal hati budi anak-anak dan terus kehilangan anak-anak mereka sebaik sahaja anak-anak itu melangkah ke alam pengajian tinggi. Sudah tiada lagi teguran kerana anak-anak sudah menjadi seorang bijak pandai. Hasilnya...ramai ibubapa yang sudah tua merana makan hati. Inikah hasil dari pembelajaran yang kita korbankan kehidupan kita mencari wang semasa muda untuk membesarkan anak-anak. Tidak dinafikan ada juga anak berjasa tetapi terlalu sedikit.

Oleh kerana kami adalah homeschool yang tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR, ini adalah tiket utama untuk memaksimakan keperluan sebenar didikan terhadap anak remaja. Segala pembelajaran adalah berpaksikan untuk diamal. Kami tidak belajar hanya untuk menambah pengetahuan seperti sekolah biasa. Apa lagi untuk dihafal seperti para pelajar yang perlu ambil peperiksaan. Apabila ingin buat sesuatu dalam realiti kehidupan, barulah ilmu itu dijana dan diajar pada Hafidz. Sebagai contoh, apabila ada ahli keluarga mengidap sesuatu penyakit contohnya demam, ulcer mulut,  batuk dan sebagainya, Hafidz akan surf internet untuk mendapat info dan mencari herba-herba yang berkenaan di sekeliling kampung dan di hutan berdekatan. Herba ini dioles dan menjadi ubat kepada mereka berkenaan. Pernah saya rasa kesakitan digigit serangga bisa dan Hafidz terus ke garden kami untuk mencari pokok dukung anak. Setelah ditumbuk lumat, olesan ini ditampal tempat gigitan. Alhamdulillah...dalam masa sekejap sahaja, saya dapat rasakan tindakan pembaik pulih herba dukung anak. Begitu juga dalam bidang masakan yang menjadi hobinya dikala lapang. Dia akan cari beberapa resepi untuk buat bandingan dan mencuba di dapur. Hasilnya..satu keluarga dapat merasa keenakan masakan Hafidz. Ilmu penggambaran adalah nadi kepada pembelajaran homeschool Hafidz sesuai dengan kedudukan kami sebagai pemegang nama FCUPRODUCTION. Selain itu, ilmu bonsai juga sentiasa digali apabila berdepan masaalah pokok yang ditanamnya. Hafidz sudah bergiat dalam bonsai sejak dia berumur 9 tahun lagi. Semoga suatu hari nanti, dia berjaya menjadi pakar dalam bidang yang diminati ini.




PENCAPAIAN HOMESCHOOL
Kita perlu membuka minda seluas-luasnya untuk mengadili pencapaian seorang pelajar homeschool, apalagi sekiranya pelajar itu tidak menduduki sebarang peperiksaan. Sememangnya sijil dan keputusan peperiksaaan bukanlah bahan untuk mengukur sejauh mana pencapaian.

Bagi pelajar di Malaysia, mereka akan arif dengan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tentu sekali apa yang mereka belajar berbeza dengan pelajar di Afrika, Cina mahupun Alaska. Malah pelajar di universiti-universiti Malaysia yang belajar bidang berlainan juga akan belajar benda yang berbeza. Pelajar sekolah Pondok juga belajar benda berbeza dari mereka yang belajar sekolah kerajaan. Pelajar silat juga akan diajar dengan ilmu yang berbeza dengan mereka yang terjun dalam arena pertanian. Adakah kita dapat mengatakan siapa yang lebih baik sekiranya bidang ilmu mereka berbeza.


Penglibatan Hafidz dalam pembinaan rumah bermula pada tahun 2010 iaitu dalam 
Hingga kini, banyak pengalaman yang telah dia timba dan sekarang 
sedang mengusahakan pembinaan log house 3 tingkat. Insyaallah 
saya akan buat entri berkenaan pembinaan log house
 dalam masa terdekat. 


Saya sebagai ibu, merasa bangga dan bersyukur dengan perkembangan Hafidz. Pengetahuannya luas dan matang kerana sering bergaul dengan orang yang lebih tua darinya. Yang jelasnya, saya sangat naif ketika sebaya dengannya dahulu dan tidak tahu apa-apa selain dari apa yang diajar di sekolah. Sebaliknya dalam usia semuda itu, Hafidz sudah mahir  selok belok pembinaan rumah dan bonsai. Malah dia lebih tahu dari saya tentang jenis-jenis herba yang dapat mengubat berbagai penyakit. Saya pasti segala benih ilmu yang ditanam sudah bertunas dan hidup dengan subur dalam dirinya.

SIAPAKAH ROLE MODEL HAFIDZ ?
Setiap remaja memerlukan role model dalam proses pembesaran terutamanya anak lelaki. Pasti sekali tugas ini paling layak dipikul oleh seorang bapa. Namun, cara hidup masyarakat sekarang telah mematikan fungsi bapa apabila para bapa tersangat sibuk hingga jarang bertegur sapa dengan anak-anak. Situasi ini memaksa anak-anak mengambil rakan sebaya sebagai ikutan mereka. Inilah punca keruntuhan akhlak yang sedang melanda para remaja di Malaysia.
Hafidz begitu bertuah kerana mempunyai bapa yang sentiasa berada di sisi membimbingnya dalam setiap tindakan. Malah abang-abang yang ramai juga turut menjadi ikutannya dalam banyak perkara. Saya kira kebanyakan remaja lain yang homeschool juga turut mendapat keistimewaan ini kerana kedua ibubapa adalah merupakan tenaga pengajar mereka.

HOBI MASA LAPANG
Dari kecil lagi, Hafidz cukup minat kepada sesuatu yang lasak dan adventure. Meneroka hutan bakau di sekitar kampung adalah rutin hariannya sejak dulu lagi. Kami turut memberi galakan agar hobi ini dapat memberi menafaat dalam kehidupannya. Kemahiran untuk survive di dalam hutan sangat menarik minatnya. Banyak ilmu yang dapat digali melalui youtube seperti rancangan Bear Grylls. Rancangan survival seperti ini cukup penting untuk anak remaja kerana kita telah mengajar mereka untuk berdikari dan berani mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Malah terdapat mereka yang telah terselamat daripada bahaya maut hasil dari menonton rancangan Bear Grylls. Mereka berdepan dengan peristiwa hidup atau mati, namun ilmu dari tontonan rancangan tersebut telah dapat mereka gunakan ketika berdepan saat-saat genting. Inilah yang dikatakan, siapkan payung sebelum hujan

Antara koleksi Hafidz untuk memburu ular dan katak di dalam kolam ikan kami





Memang penangannya tepat sekali. Sikatak malang jadi habuan peluru senapang Hafidz. Peluru plastik kecil ini mampu menembusi badan katak dan terus terkulai. 


Bukan sahaja si katak berminat untuk menjamah ikan belaan kami, si ular air juga tidak terkecuali. Malang sekali nasib mereka kerana kami mempunyai seorang pemburu yang pantas dan tepat bedilannya. 




Ular bercorak batik ini juga menjadi mangsa. Kali ini tepat di kepala menjadi sasaran. Sememangnya sukar untuk menjejak si ular kerana mereka mampu berenang pantas dan juga menyelam di dalam kolam. Di samping terdapat banyak tempat persembunyian di dalam kolam kami seperti rimbunan daun pandan dan pokok teratai. Namun....mereka tumpas juga di tangan Hafidz dengan izin Allah.



Menangkap biawak yang merayap di kawasan garden dengan kudrat tangan sahaja. 


Si cantik manis ini dilepas kembali di dalam hutan bakau berdekatan.


Seandainya ada antara pembaca yang berhasrat untuk homeschoolkan anak-anak mereka, teruskan niat dihati. Insyaallah pertolongan Allah itu sangat hampir kepada mereka yang inginkan keredhaanNya. Buahnya sangat manis walaupun kita terpaksa mengambil jalan yang lebih susah dari persekolahan biasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...