TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 23 Julai 2016

FCUHOMESCHOOLING FUN TIME


Semua kanak-kanak suka pada keseronokan tidak kira samaada mereka bersekolah biasa ataupun homeschool. Masih saya ingat zaman persekolahan dulu yang penuh dengan kenangan indah. Berbagai aktiviti disediakan oleh pihak sekolah untuk para pelajarnya termasuk hari sukan, hari penyampaian hadiah dan aktiviti luar sekolah. Kami tidak menidakkan hak para pelajar kami untuk berseronok sesama mereka seperti menari dan menyanyi. Ini adalah satu naluri biasa bagi manusia untuk bergembira asalkan masih dalam keizinanan syariat Islam. Aktiviti-aktiviti sebegini biasanya kami tidak membimbing mereka. Mereka bebas untuk mengikut kreativiti mereka sendiri. Biasanya mereka akan mencari idea melalui internet. Kami hanya memastikan mereka selamat dan terkawal.

Afiqah, Alyssa dan Adelyn sangat meminati tarian ballet. Mereka mengikuti beberapa video yang mengajar tarian ini pada peringkat awal. Biasanya Afiqah yang akan mengajar Alyssa dan Adelyn mengikut apa yang dia faham dari video yang ditonton. Saya hanya tersenyum gelihati melihat gelagat mereka. Afiq yang tidak memihati tarian ini pun terpaksa mengikut juga...mungkin dia tidak mahu ketinggalan. Apa yang saya perhatikan, tarian ini memerlukan balancing pada pergerakan badan mereka. Bagus juga untuk pergerakan sendi-sendi dan urat mereka agar tidak tegang. Mereka melenturkan badan mereka ke kiri dan kanan dan melompat mengikuti naluri mereka sendiri. Saya pasti aktiviti-aktiviti sebegini akan meninggalkan kesan yang positive dalam pembesaran mereka. Hilai ketawa mereka akan terus bergema menghiasi kenangan indah pembelajaran homeschool.


Untuk menari ballet, mereka memerlukan kasut khas yang membolehkan 
mereka meluncur tanpa banyak geseran. Afiqah mendapat idea untuk 
menggunakan plastik beg sebagai kasut ballerina.


Afiqah berjaya memujuk Afiq untuk turut serta dalam kelas ballerinanya.


Besarnya kasut ballerina Alyssa...Bimbang tersadung masa menari nanti.


Akhirnya jumpa juga plastik kecil untuk dijadikan kasut Alyssa.


Adelyn juga tidak ketinggalan. Bagaimana agaknya 
Adelyn menari nanti. 


Alyssa dan Adelyn memerhati cikgu Afiqah mengajar mereka tarian ballet.


Memang ada gaya penari ballet....


Sempat saya ambil video kelas tarian ballet mereka yang dikendalikan oleh Afiqah. Afiqah hanya berjaya memujuk Afiq untuk memakai kasut tetapi gagal untuk ajak Afiq menari bersama. Afiq terlalu malu...Tarian ini hanya sesuai buat perempuan...Itulah pendapat Afiq. Bagus Afiq kerana ada pendirian sendiri dan tahu apa yang bagus buat dirinya.


Memang saya rasa terhibur menonton video ini. Gelagat mereka sangat
menggelikan hati. Apa tidaknya....setiap kali mereka berpusing
pasti mereka akan terpijak kaki Afiq yang menjadi penonton pertunjukkan mereka. Mana Adelyn? Tadi dia dah pakai kasut ballet...tapi tak pula dia ikut menari. Hmm....ini mesti kes menangis sebelum pertunjukkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...