TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 22 September 2016

ADELYN AND HER "MAMA"



Keletah Si comel Adelyn ini memang mencuit hati. Pelajar kami yang 
paling kecil ini sentiasa ada cerita yang akan membuat kami 
ketawa dan terhibur.



Adelyn memiliki doll mainan Barnie ini sejak dia baby lagi. Doll ini di paggilnya "mama"
 sebaik saja dia boleh bercakap. Entah kenapa dia memanggil doll ini "mama". Mungkin
panggilan ini dekat dengan gelaran yang dipanggil pada ibunya iaitu "mummy".
Kehilir dan kehulu...inilah yang dia usung siang dan malam. Waktu homeschool
pun dia akan bawa "mama" bersamanya untuk belajar. Memanglah
"mama" tak boleh berjalan jadi dia masukkan saja "mama"
ke dalam beg sekolahnya.



Adelyn berlagak sebagai guru dan "mama" pula anak muridnya. Dia nak ajar "mama" 
melukis hari ini.



Adelyn meletakkan "mama" dalam posisi yang dapat melihat apa yang dia tengah lukis. 




Entah macammana si "mama" itu terperosok sedikit dalam beg sekolahnya. Jadi Adelyn
ingatkan "mama" merajuklah tu.."Why mama...are boring? Why do you look so sad.."



Adelyn menepuk-nepuk kepala "mama". Kononnya memujuk si "mama"agar tidak
merajuk. Inilah antara aksi yang dia belajar dari situasi dirinya sendiri. Kalau
dia merajuk...Afiq sering memujuknya dengan menepuk dan mengusap kepalanya.
Memang berkesan dan menjadi fahamannya untuk memujuk
si "mama" agar terus mahu belajar dengannya.



 "Okey mama...smile please. Be happy...." Adelyn memujuk "mama" dengan kata-kata
manisnya. Si mama Barnie ni memang sentiasa smile je..Tak pernah
tunjuk muka masam pun.



"Now I let you hold the pencil...I know you love to draw something on the paper" Adelyn
memangku si mama dengan penuh kasih sayang seorang guru pada muridnya.
Inilah pembelajaran yang dia perolehi dari aksi orang sekelilingnya apabila
dia merajuk masa belajar dalam kelas kami.



Oleh kerana Adelyn masih merasa si mama ini tak happy lagi walaupun dah dipangku...
maka dia pun keluarkan biskut bekalannya untuk dikongsi dengan si mama. Adelyn
memang suka makan jadi dia pun sangka si mama ini juga suka makan sepertinya
dan akan terhibur nanti.


"
Aduhai...si mama yang tak tahu apa-apa itu pun disuapnya biskut kegemarannya. 
Memang Adelyn ini seorang kanak-kanak yang penuh dengan kasih sayang. 
Bagaimana kita mendidik anak-anak kita...begitulah dia akan 
persembahkan pada dunia.



"Mama said that she want to sleep. She was tired of learning. Please don't disturb her".
Dengan riak muka yang agak tegas dia zipkan begnya.




Di samping "mama",  Adelyn juga ada pet kesayangan. "Mieow" adalah nama yang
diberi oleh Adelyn kepada kucing kelabu ini. "Mieow" sering menemani Adelyn
waktu belajar dan bermain.




Memang Adelyn pandai memujuk "Mieow" sama seperti dia memujuk si mama.
Diusap-usapnya kucing kesayangan itu agar terus berada di sisi.




Nampaknya "Mioew" tak begitu berminat untuk jadi anak murid Adelyn. Melukis...melukis
dan melukis...inilah kegemaran Adelyn.



Melukis lagi....Hey si comel...lukis apa tu...



Dengan penuh semangat Adelyn menerangkan apa yang dia tengah lukis.


Tiba-tiba tunjuk malu pula...







Selain melukis, Adelyn juga suka bermain piano.



Alahai.....gebunya baby ni..



Kegemarannya ialah bermain dalam selimut....



 Memang bersemangat Adelyn masa baby....Alhamdulillah.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...