TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 22 Julai 2011

E-BOOK HAFIDZ SIRI 1 : 1001 KISAH TAULADAN



Ini adalah siri E-BOOK saya yang pertama di mana saya isikan dengan 1001 kisah tauladan yang menarik. Siri tauladan ini saya petik dari pembacaan saya di internet dan dari buku-buku terpilih. E-BOOK ini adalah antara kurikulum FCUHOMESCHOOLING. Saya tujukannya khas buat anak buah yang tersayang.......
 
-Afiqah The Genius
-Afiq The Brilliant
-Alyssa The Amazing


Selamat Membaca!!!
Semoga kita semua diberkati Allah.
AMIN



1- PAHALA SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT.


Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. meneka pahala sebanyak ini pasti pahala bapanya.

"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)." Jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah SAW bagaimana dengan bapaku?"

Rasulullah SAW tersenyum kepada isterinya sambil
Baginda SAW berkata, ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abu Bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.


************************************



 Setiap amalan kita samaada baik atau jahat akan dihitung di akhirat kelak, walaupun sebesar kuman.



Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!! 
Jadilah kanak-kanak yang hebat agar bila dewasa kelak akan jadi hamba Allah yang juga hebat.




2- KISAH PENDITA YANG INSAF

Ibrahim al-Khawas ialah seorang wali Allah yang terkenal. Pada suatu hari, dia tersesat jalan dan terserempak dengan seorang rahib Nasrani (Pendita Kristian). Bertanya rahib Nasrani, "Wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?"
Jawab Ibrahim, "Ya, aku tidak akan menghalang kehendakmu itu."
Maka berjalanlah mereka bersama-sama selama tiga hari tanpa makan dan minum. Lalu berkatalah rahib Nasrani,"Tiadalah ingin aku memberitahumu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu."
Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun berdoa kepada Allah,"Wahai Tuhanku, Pemimpinku, Pemerintahku, janganlah engkau malukan aku di hadapan seteru engkau ini."

Belum pun habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar.



Mereka pun makan dan minum dengan gembira. Kemudian mereka sambung perjalanan selama tiga hari lagi tanpa makan dan minum. Lalu berkatalah Ibrahim,"Hai rahib Nasrani, berikanlah aku makanan yang kamu ada. Rahib itu menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan sebelum ini.
Hairanlah Ibrahim lalu berkata, "Demi kemuliaan dan ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahu perkara sebenarnya."

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah tilikan makrifah engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. 


 Sesungguhnya aku telah membuang masa dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah Allah memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah 
mengucapkan seperti ucapanmu (kalimah syahadah)."

Selepas itu mereka meneruskan perjalananhingga ke Mekah dan mengerjakan haji.Dengan takdir Allah, rahib itu telah meninggal dunia. Ibrahim merasa sangat dukacita atas pemergian sahabatnya. Pada 
malamnya dia bermimpi melihat rahib itu dalam keadaan yang begitu cantik dan memakai pakaian sutera yang indah."

Melihatkan itu, Ibrahim pun terus bertanya, "Bukankahengkau ini sahabat aku kelmarin, apakah yang telah dilakukan oleh Allah   terhadap engkau?"

Dia menjawab, "Aku berjumpa dengan Allah dengan dosa yang banyak, tetapi dimaafkan dan diampunkanNya semua itu kerana aku bersangka baik  kepada-Nya. Dia menjadikan aku bersahabat dengan engkau di dunia dan berhampiran dengan engkau di akhirat." 





************************************

Begitulah persahabatan di antara dua orang yang berpengetahuan dan beragama itu akan memperolehi hasil yang baik dan memuaskan.

Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!! Selalulah muafakat dan janganlah bergaduh sesama sendiri ya..








3- KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S


Pada suatu ketika ketika Nabi Daud A.S sedang membaca kitab az-Zabur di suraunya, dengan tiba-tibadia terpandang seekor ulat merah pada debu.Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yangdikehendaki Allah dengan ulat ini?"


Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

  "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan
kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu
walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya berselawat setiap malam sebanyak 1000 kali." 

Kemudian dia  pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar akudapat faedah darimu?"

 Akhirnya Nabi Daud A.S bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. kerana memandang remeh terhadap ulat tersebut.



************************************


Kita tidak boleh memandang remeh kepada orang lain kerana setiap ciptaan Allah itu tidaklah sia-sia.


Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!! 
Janganlah memandang remeh sesama kalian kerana kalian adalah kanak-kanak yang sangat hebat. 








4- JIBRIL A.S. BERJUMPA DENGAN KERBAU, KELAWAR DAN CACING


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril A.S. untuk menanyakan pada kerbau, kelawar dan cacing samaada mereka senang dengan ciptaan Allah SWT terhadap mereka.




Malaikat Jibril A.S. pun pergi menemui kerbau yang sedang berendam di sungai dan berkata, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau?" Si kerbau menjawab, "MasyaAllah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau daripada aku dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril A.S. menemui seekor kelawar yang sedang bergantung di dahan sepohon pokok dan berkata,"Hai kelawar apakah kamu senang dengan ciptaan Allah SWT sebagai seekor kelawar?". "Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab kelawar.





Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah dan berkata, "Wahai cacing, apakah engkau senang dengan ciptaan  Allah SWT sebagai seekor cacing?". Si cacing menjawab, "Masyaallah, Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikanNya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya".
 



***************************************
Manusia dicipta untuk jadi hamba kepada Allah dan khalifah atas muka bumi. Kita akan ditanya dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan.

 Wahai Afiqah, Afiq dan Alyssa sayang!!
Jangan nakal-nakal tau. Maafkan uncle sebab selalu "buli-buli sayang" kalian semua.








 ( GUIDANCE CORNER )

Ini adalah pelancaran sulung E- BOOK HAFIDZ  SIRI 1 dan akan diikuti dengan siri-siri seterusnya dengan izin Allah jua. Oleh kerana kemampuan yang terhad (almaklumlah....kadang-kadang Hafidz rajin dan kadang-kadang tak ada mood. So tak payahlah paksa...). Sebenarnya SIRI 1 ini belum siap lagi. Masih ada lagi 6 kisah tauladan yang belum dimuatkan kerana lukisan-lukisannya masih terbengkalai. Berdoa sajalah agar Hafidz bermotivasi tinggi dan ilham melukis kerap-kerap datang menjengok kotak fikirannya.

Memang minat saya membuat buku-buku  bacaan untuk anak-anak. Ini bermula dari awal kami homeschool abang dan kakak Hafidz lagi. Ketika itu ( sekitar tahun 1980han ), untuk cari buku kanak-kanak yang menarik dan penuh dengan gambar berwarna-warni agak sukar. Kalau adapun...harganya sangat mahal. Lagi pun bila anak ramai, kita akan berkira untuk keluarkan duit kepada sesuatu yang boleh direka sendiri. Tabiat ini terus menerus hingga sekarang. Buku-buku yang dihasilkan adalah berkisar pengalaman anak-anak dan ragam mereka dalam keluarga. Memang menjadi kenangan buat mereka apabila mereka besar. Buku-buku itu menjadi koleksi keluarga dan digunakan hingga kini.

Penggunaan komputer menyenangkan pembikinan sesebuah buku dengan panggilan e-book. Memang jauh senangnya dibandingkan buku biasa. Saya dapati banyak ilmu yang perlu dikuasai dalam pembikinan e-book antaranya PHOTOSHOP. Memang sangat bagus menjadikan pembikinan e-book sebagai kurikulum HS. 
Lagipun kanak-kanak memang suka melukis kartun dengan warna yang menarik. Hobi ini saya terapkan kedalam pembikinan e-book oleh Hafidz sendiri. Pada peringkat awal, kita kena pantaulah tapi....lama-lama dia pasti mahir dan tinggi harapan saya agar dia dapat hasilkan e-book yang lebih canggih dimasa hadapan.
 



DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Rabu, 13 Julai 2011

WHAT IS THE CRITERIA OF SUCCESSFUL HOMESCHOOLERS




1- Intention:
Segala-galanya bermula dengan niat.

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.(Q.S Al-An’am : 162)”.

Allah menilai segala perbuatan kita diatas niat. Betapa hebat  pun apa yang kita lakukan, ianya tidak bernilai disisi Allah sekiranya niat tidak betul. Segala apa yang kita lakukan mestilah hanya untuk keredhaan Ilahi. Dengan itu barulah berkat. Segala usaha kita yang diberkati Allah, Insyaallah akan menjadi lebih besar dan berjaya. Mendidik anak-anak adalah \tanggungjawab ibubapa yang akan dipersoalkan kelak di akhirat. Adalah tugas kita untuk memberi yang terbaik pada pandangan Allah dan bukan pada pandangan dunia. Kita mesti menilai mana-mana pusat pembelajaran yang bakal kita masukkan anak-anak kita dari semua segi. Apalagi untuk mencanai anak kecil kita yang umpama rebung buluh. Adakah mampu pusat pembelajaran itu melentur jiwa anak-anak ke arah ketuhanan.



Alyssa dan Adelyn.

Siapakan yang paling layak untuk mendidik anak sejecil ini. Mereka umpama span yang akan menyerap apa sahaja suasana di sekeliling mereka. Hanya ibubapa sahaja yang tahu personaliti setiap anak secara mendalam. Berlainan personaliti memerlukan approach pembelajaran yang berlainan. 

Mengambil kira semua inilah kami memilih untuk mengajar anak-anak di rumah. Dengan adanya segala kemudahan terkini dan teknologi moden, pembelajaran menjadi sangat mudah dan seronok.


2- Enthusiasm:
Mesti ada semangat yang tinggi dan tak pernah padam walaupun dalam berbagai ujian. Kalau tak ada yang ni....alamak jadi beku teruslah homeschool. Bukan senang nak jadi guru sekaligus menguruskan sebuah rumah yang mana kerja tak pernah habis. Seringkali saat mata dah nak terlelap setelah penat seharian bekerja, tiba-tiba terlintas di kepala tentang kerja homeschool yang belum beres. Macam magnet atau pun macam kena letrik, badan terus bingkas duduk dari baring. Cepat-cepat ke komputer, meneliti programme yang pernah di rakam dan dianalisa. Jadual subjek dah ada tapi...apa yang nak suruh anak buat ?. Kalau esok baru nak fikir, memang nahas.

Ajar anak remaja bukanlah seperti ajar anak yang kecil. Mereka paling tak suka kalau kita teragak-agak atau tak pasti. Apalagi kalau kita suruh buat benda yang mereka fikir tak perlu. Lagilah teruk akibatnya.Ya Allah bantulah....Inilah senjata yang paling saya pegang dan menenangkan hati. Memang dapat bantuan apabila kita minta sungguh-sungguh dan berkali-kali. Ajar remaja samalah kita ajar orang dewasa. Mereka dah boleh berfikir akan kebaikan apa yang diajar. Pernah saya ajar mathematik pada anak tingkatan 4. Bab itu agak complek. Dia tanya balik pada saya apa tujuan saya ajar benda yang nampak tak logik tu...Dia kata yang dia bukan nak jadi computer programmer. Barulah saya tersedar hakikat bahawa apa yang diajar mestilah ditapis betul-betul. Sekali gus, saya rasa bersyukur kerana anak-anak mulai matang dan ada sikap tak mudah menerima sesuatu membuta tuli. Setidak-tidaknya inilah hasil homeschooling. Anak kita tidak mudah dikotak katikkan oleh orang lain kerana mereka sudah tahu menilai.

Bukan sekali atau dua, anak-anak buat hal. Almaklumlah...mereka tak ada saingan seperti di sekolah kerajaan. Semangat yang tinggilah yang menyebabkan saya tak rasa putus asa. Buat analisa terperinci sebab musabab perkara yang tak diingini dalam HS berlaku.
Sekali lagi....doa dan doa yang tak putus-putus dari mulut dan hati nurani. Usaha dan doa berjalan seiring. Ia memang berkesan. Sejak homeschool inilah saya paling banyak berdoa. Kalau dulu banyak berdoa selepas solat sahaja tetapi bila buat homeschool, doa seperti berada dalam nafas kita. Pergantungan pada Allah mesti kuat dan sepanjang masa.

3- Knowledge:
Ini boleh dicari, janji rajin aje. Bila mula niat nak homeschoolkan anak, dah kena rajin mencari ilmu di blog-blog homeschool dan website yang berkenaan. Inilah modal yang paling penting. Adakah perlu kita seorang lulusan universiti untuk jadi homeschooler? Jawapannya adalah tidak. Yang penting adalah rajin.  Rajin ini terbit dari api semangat yang tak pernah padam. Bagi saya peralatan yang paling penting ialah komputer. Ia umpama sebuah classroom yang sangat besar dan kita boleh pilih nak guru yang macam mana. Perlu rajin buat research dan implementkan dalam HS kita. Sekali lagi saya bergantung kepada Allah agar cepat faham.

Standard homeschool, anak-anak mesti dapat 3 bahasa, barulah berbalui. Bahasa Melayu dan Inggeris dah tak jadi masaalah. Paling-paling tidak anak-anak boleh bertutur dengan baik, cukup lah ....walaupun tak boleh menulis dengan baik. Satu lagi bahasa ? Saya pilih mandarin (Memang kalau ikutkan hati nak ajar bahasa Arab tapi....dulu tak sekolah arab dan tak pernah berpeluang belajar. Pasti akan belajar juga bahasa Al-quran ini suatu hari nanti). Ini adalah hasil dari perasaan geram saya juga bila sering terkebil-kebil apabila mendengar orang Cina bersembang sesama mereka. Apalah yang mereka bualkan. Sesekali terlintas juga dalam benak ini yang mereka tengah mengata kita. Almaklumlah kita tak faham apa-apa. Tengok tulisan cina pun seperti tikus melihat besi. B

Perlu tahu bahawa language adalah sesuatu yang natural dengan manusia. Ia tidak memerlukan intelligent untuk menguasainya. Ia adalah budaya dan semua orang boleh  bercakap bahasa ibunda mereka melainkan mereka bisu atau mempunyai masaalah dalam pertuturan. Budaya sesuatu bangsa adalah terbit dari kebiasaan mereka dalam melakukan sesuatu. Jadi di sini, rahsia besarnya adalah kebiasaan. Kebiasaan adalah sesuatu yang sangat senang tapi dilakukan berulang-ulang hingga mendarah daging. Sebab itulah Rasulullah S.A.W. menggalakkan umatnya menguasai 7 bahasa. Oleh kerana bahasa tidak memerlukan intelligent seseorang, jadi....semua orang berpeluang. Kebiasaan itu hanya akan bisa wujud bila ada rajin. Alat untuk belajar berada sekeliling pinggang. Hanya dengan Mp3, kita dah boleh belajar sambil memasak, sambil mengemas rumah dan juga terngiang-ngiang di telinga hingga tertidur. Andai kita dah bermimpi bercakap bahasa yang sedang kita pelajari beberapa kali, itu tanda dah kita sudah berada di ambang kejayaan. Cara inilah yang saya lakukan kerana manalah ada lagi ruang masa  untuk pelajari bahasa setelah rutine harian dah ketat. Masyaallah....belum cuba belum tahu akan keajaiban bantuan Allah.

Pernah kami hantar anak kesembilan dan kesepuluh ke sekolah cina dari tadika lagi. Terkial-kiallah saya cuba faham untuk ajar mereka kerja sekolah. Setakat darjah satu dan dua bolehlah sikit-sikit. Bila dah darjah empat, asyik-asyik anak kena denda sebab tak siap kerja rumah, kami terpaksa mengalah dan tukar ke sekolah melayu balik. Namun, rasa bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat jugalah sikit-sikit mandarin untuk diajar dalam homeschool. Target boleh mereka faham dan baca yang simple-simple jadilah. Lepas tu...doa agar mereka teroka sendirilah. Sebenarnya bila kita buat homeschool, kita juga masuk kelas belajar di rumah dan kita adalah guru pada diri sendiri. Kedengaran pelik tapi itulah hakikatnya.


4- Focus:
Inilah pusat kehidupan kita setelah bergelar homeschooler. Kalau dulu ramai kawan, kini kena mengelak aje terutama bersembang di talian atau chatting di internet.Kalau dulu banyak rehat, kini kena sentiasa buat kerja untuk perbaiki homeschool kita. Kalau dulu suka layan movie di internet atau di tv, sekarang kena layan programme ilmiahlah  yang banyak. Pendek kata, kita mesti ada disiplin diri yang kuat dan sentiasa positive dalam tindakan. Selalu fokus untuk beri yang terbaik pada HS dalam apa jua situasi.
Pernah sekali dulu, oleh kerana terlalu banyak kerja lain, saya jadi leka dan asyik suruh mereka buat kerja sendiri. Homeschool jadi tak terurus. Anak-anak dah tak ikut jadual. Mereka jadi malas dan susah nak ikut cakap. Rupa-rupanya bila kita hilang fokus, anak-anak kita lagi berganda tak fokus. Nak kembalikan suasana belajar balik memang susah. Inilah padahnya dan kita kena tanggung sendiri akibat ini. Memang serik.

Ciri-ciri sesebuah HS yang ketara ialah pembelajaran yang berasaskan pengalaman. Ini memang jelas ketara perbezaan dengan sekolah kerajaan yang berpusat kepada kerja rumah yang menimbun, peperiksaan dan ketidak adilan pengiktirafan kebolehan pelajar. Hanya mereka yang menonjol dalam akedemik dikira juara. Padahal, akedemik hanyalah sebahagian kecil sahaja dari realiti kehidupan dunia yang sebenar. Ibubapa mestilah memberi fokus kepada penyediaan keperbagaian pengalaman hidup kepada anak-anak dari sesekecil benda hinggalah yang kompleks. Contohnya sesekecil benda ialah bersama mencerap bulan dan bintang dilangit, bersama mengintai beburung yang singgah menghisap madu di taman, bersama menyiang ikan atau memotong ayam sambil mengenal organ dalaman mereka dan fungsinya. Antara yang kompleks pula ialah bersama mengenal erti kehidupan mereka yang susah dan tak bernasib baik bila menolong anak-anak yatim dan golongan tua yang disisihkan, sama-sama membantu mereka yang ditimpa kemalangan yang kehilangan jiwa. Sama-sama mengenal hati nurani masing-masing dan cuba mencapai  keikhlasan dalam setiap perbuatan. Atau dengan lebih tepat, sama-sama menyelam ilmu kejiwaan agar anak-anak menjadi manusia yang sangat sensitif dengan segala perbuatannya di atas muka bumi ini, bimbang akan kemurkaan Ilahi.

5- Creativity:
Dengan kecanggihan internet dimana kita boleh surf apa saja tentang homeschool, alasan tak berdaya kreatif memang tak masuk akal. Sedikit pun kita tak salah seandainya meniru idea orang lain sekiranya idea itu bersuaian dengan anak kita. Apabila idea itu dah diimplementkan dalam suasana rumah kita, maka ia akan jadi unik dan tersendiri. Ianya sudah jauh berbeza dari idea yang asal. Sebab itu, setiap homeschooling dalam dunia ini adaalah unik dan tersendiri. Tiada satupun yang lebih baik dan kurang. Kejayaannya adalah kita sendiri yang berhak ishtihar. Kejayaannya kita sendiri yang tahu. Tidak perlukan penilaian orang lain kerana kejayaan itu adalah subjektif sifatnya.


Betapa seronoknya anak-anak apabila kita buat cooking class kepada mereka. Di sinilah terletaknya kreativiti kita untuk mengajar mereka. Semasa membuat dough nut, kita boleh mengajar mathematik. Contohnya berapa biji dough nut perlu dibuat untuk setiap ahli keluarga dapat tiga biji dough nut seorang. Begitu juga dengan pelajaran sains apabila yeast yang sebelum itu merupakan butiran-butiran kecil sahaja, tetapi mampu untuk mengembangkan dough hingga dua kali ganda saiznya. Penerangan berbentuk saintifik sangat menarik dan anak-anak akan mengajukan berbagai-bagai soalan yang membina pembesaran mereka.


6- Passion:
Bagi saya inilah penggerak utama untuk terus jadi homeschooler yang berjaya. Minat yang mendalam dalam bidang mengajar adalah umpama nafas kepada saya. Sedikit pun saya tak rasa bebannya. Punya anak yang ramai telah menyediakan para pelajar yang rami tanpa mencari diluar. Kami sudah memulakan homeschool ini sejak tahun 1983. Anak pertama, kedua dan ketiga lalui HS sepenuhnya. Masa tu....memang pelikkah sekolah di rumah. Ramailah yang membangkang dan mengata. Pendirian kena kuat betul dan hasilnya kita macam dipulau macam ajaran sesat aje !! Mungkin ada yang menganggap begitu. Pihak sekolah pula bagaimana? Mungkin masa tu..kerajaan tak begitu strick, kami tidak diganggu pula. Adalah yang melawat dan bertanya tapi tidak pula dikenakan apa-apa tindakan. Anak-anak kami dilabelkan tidak sekolah oleh masyarakat.

Hal ini berterusan hinggalah mereka masuk ke sekolah menengah. Oleh kerana anak-anak ingin merasa sekolah kerajaan, kami hantarlah mereka balik ke sekolah public. Memanglah apa yang kami ajar tak sama dengan sekolah kerajaan dari segi syllabus. Hanya beberapa bulan anak-anak terkial-kial untuk menyesuaikan dengan cara pembelajaran baru mereka. Selepas itu mereka mula menunjukkan kejayaan mengatasi rakan-rakan mereka hingga semuanya berjaya ke peringkat tinggi pengajian dan ada yang menyambung ke luar negara. Walaupun anak-anak seterusnya kami hantar ke sekolah kerajaan, homeschool tak pernah berpisah. Minat mengajar membuat saya juga turut membaca buku-buku add math, physic, chemistry dan bio demi menolong mereka memahami pelajaran tersebut dan berjaya. Walaupun dah ada ijazah, kebanyakan mereka lebih suka kerja dengan keluarga. Sama-samalah kami anak beranak membangunkan perniagaan on-line dan menubuhkan FCUPRODUCTION. Mereka nampak dengan jelas bahawa 9 daripada 10 pintu rezeki adalah dari perniagaan. Akhirnya, kami nekad mengambil Tajrid dan Hafidz dari sekolah kerajaan dan mulakan HS dan bermulalah episod FCUHOMESCHOOLING yang menyeronokkan.

Sebenarnya idea homeschooling ini sudah menarik hati saya ketika saya masih di bangku sekolah lagi. Pertama kali saya didedahkan pada HS ialah bila menonton cerita THE SOUND OF MUSIC sekitar tahun 1970an. Masa itu saya adalah pelajar tingkatan satu di Sekolah Tun Fatimah. Masa itu semuanya adalah baru bagi saya. Anak pingitan kampung yang terpilih ke sekolah asrama penuh adalah umpama satu mimpi yang indah. Ianya terlalu besar bagi saya. Manakan tidak, masa itu hanya ada berapa kerat saja sekolah berasrama penuh antaranya MCKK, SDAR, STAR dan TKC. Tergamam juga pada mula menjejakkan kaki ke STF kerana rata-rata mereka cakap orang putih. Adalah beberapa kerat pelajar baru macam saya yang banyak mendengar dari bercakap sebab takut tersalah sebut. Yang lain tu...berabuk cakap orang putih kerana kebanyakan mereka adalah anak raja atau keturunan raja, anak menteri dan diplomat. Cikgu-cikgunya juga ramai mat salleh termasuklah si Mr. Best ni. Dia adalah guru Bahasa Inggeris saya. Movie The Sound Of Music ni...adalah english literature kami. Kisah sebuah keluarga besar seorang kapten tentera yang kematian isteri. Dia ambil seorang pengasuh untuk homeschool anak-anaknya . Banyaklah kisah-kisah yang menarik berkenaan belajar di rumah hingga saya sering berangan untuk berada di tempat mereka.

Jadinya FCUHOMESCHOOLING is a dream come true for me. Seperti yang saya kata tadi, kita bukan saja homeschool anak-anak kita tapi hakikatnya kita juga homeschool diri kita sendiri. Setiap aktiviti HS adalah baru pada kita. Kita sama-sama lalui pengalaman dengan anak-anak. Mereka pun tahu kita baru nak berexperiment dan mereka tak kisah  kalau experiment itu gagal pada mulanya. Kami sama-sama cari  cara yang terbaik di internet. Akhirnya kita dah jadi kawan sebelajar dengan anak-anak. Seperti yang telah saya katakan, ajar remaja tidak seperti ajar anak-anak kecil. Perlu banyak bersaikologi dan berfikir cara yang terbaik. Kita perlukan different approach bagi setiap anak kerana personality mereka yang berbeza. Kedengaran sangat rumit tapi inilah tanggung jawab kita dan dengan bantuan Allah, pasti kita berjaya.


7- Patience:
If there is any place that we need extra patience, it is in raising our children. What more if we home-school our kids.
Kita memerluka satu " magic " untuk membuat anak-anak mendengar arahan kita. Magic ini adalah kewibawaan dalam diri kita sendiri. Kewibawaan ibubapa yang hanya dapat diperolehi melalui kerohanian yang dipupuk melalui hubungan kita dengan Allah.
Anak yang degil dan malas pun akan menyiapkan kerja sekolah lantaran tidak mahu di denda di hadapan rakan-rakan. Apabila anak yang degil dan malas ini belajar di rumah di mana guru adalah ibunya (selalunya begitulah kerana bapa keluar mencari rezeki), kebiasaannya mereka tidak mahu buat kerja homeschool mereka. Kalau tak ditangani, malasnya menjadi-jadi hingga langsung tak belajar dan jauh tinggal ke belakang. Pelajar-pelajar sebeginilah yang selalu membuat ibubapa HSkan mereka kerana mereka sering membuat masaaalah di sekolah.

Disinilah ibu bapa perlu kesabaran yang tinggi untuk membetulkan keadaan. Kita akan diuji hingga ke peringkat tertinggi. Air mata? Usah dikata....fikiran sakit dan hati pun sakit. Namun kesedaran bahawa mendidik anak adalah tanggung jawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak dan juga merupakan harta kita dunia dan akhirat, segala usaha mesti digembelingkan hingga ke peringkat terakhir. Kata orang hingga ke titisan darah yang terakhir....!! Solat hajat dan doa yang berterusan adalah senjata yang paling efective di samping pamerkan unconditional love yang tulus suci. Mereka akan dapat rasa kehebatan kasih sayang ibu bapa yang membawa ke syurga. Mereka juga akan terpanggil untuk menilai apa itu yang baik dan apa itu yang buruk dalam kehidupan mereka. Allah pasti membuka hati mereka seluas-luasnya kerana doa ibu adalah yang paling mujarab di antara segala doa di muka bumi ini. Pasti....dan pasti hasilnya sungguh di luar dugaan kita sama sekali selagi kita tidak berputus asa.

Perlu analisa kemampuan anak kerana pencapaian akedemik tidak mengukur kelebihan dan kemampuan sebenar mereka. Di sinilah masyarakat silap mengukur dan membuat penilaian. Sebenarnya kecerdikan boleh di tonjol dalam berbagai-bagai cara termasuk kebolehan kreativiti tangan, kebolehan bercakap dengan petah, mencipta sesuatu yang boleh menyenangkan urusan manusia, akhlak yang tinggi, kemurnian hati yang tak ada pada yang lain dan  banyak lagi. Setelah HS anak sendiri, saya telah dapat mengenal pasti keistimewaan dan kelebihan anak-anak saya yang boleh membantunya untuk menempa kejayaan bagi dirinya, agama dan bangsa.

Memang banyak lagi kriteria yang lain yang di perlukan oleh  seorang  homeschooler. Mungkin anda ada idea yang bernas dapat dikongsikan demi memperbaiki mutu homeschooling khasnya dan pendidikan sejagat amnya. Segala pendapat anda sangatlah saya hargai.
Wallahualam.



Sabtu, 9 Julai 2011

CONGRATULATION TO YOU SIS ON YOUR BIG DAY !!!

The 74th UiTM Convocation ceremony was held on Saturday, May 14th 2011 at Dewan Agong Tuanku Chanselor, Universiti Teknologi MARA Shah Alam. On that day, my sister Nur Intan Liyana was one of the happiest graduate students in Mathematic. CONGRATULATION SIS!!
I was there for her diploma graduation 3 years ago. Unfortunately this time for missing to be in that hall again. It was a great feeling to be amongst those who achieve something in their live.


A big smile on her big day.

With my dad. I really proud of you. Go sister go for your master
and become a great mathematician.

Too many graduation bouquets to hold ?.....So many people love you!!!

Sister Nur and her kids ( Afiqah and Afiq ) were there to celebrate the big day.



A Mortar Board Society. Throwing the mortar board high up in the sky is a tradition that every graduate student won't miss. What a happy moment that will become a sweet memory forever.
May Allah bless you my sis.

( GUIDANCE CORNER )

Seeing her sister in that great graduate robe and wearing mortar board made Hafidz asked me,
"Can I ?"
" Of course you can my dear if you want. That is one of the achievement and you can achieve more than that even without that robe and mortar board"

Pertanyaan sebegini memang selalu bermain di benak fikiran para homeschoolers. Bolehkah memenuhi kelayakan untuk ke menara gading dengan kudrat kebolehan diri yang tak seberapa di bandingkan para guru-guru yang berkelayakan di sekolah kerajaan. Memang tak ada masaalah. Pengalaman membesarkan anak-anak yang kini dah besar panjang dan berjaya membuat kami yakin seratus peratus. 

Melihat Intan yang sedang mengorak langkah demi langkah mengejar kejayaan, mengingatkan saya akan perihal dirinya semasa kanak-kanak. Bukan dia sahaja, malah anak-anak ke belakang menunjukkan kurang rajin dalam pelajaran tidak seperti kakak dan abang-abangnya yang memang gigih untuk jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Pencapaian mereka sangat sederhana kerana kurang usaha. Tapi kebolehan mereka berfikir sangat menonjol walaupun pencapaian akedemik mereka tak seberapa. Dari kecil lagi mereka digarapkan dengan latihan chess yang memang demand pemikiran yang tajam dan fokus yang tinggi di samping genius mengatur strategi untuk mengalahkan lawan. Banyak wang dilaburkan untuk menghantar anak-anak ke setiap perlawanan. Tambangnya, duit yuran penyertaan sangat mahal sekiranya perlawanan itu peringkat antarabangsa, duit makan minum dan juga tempat penginapan. Kalau ke luar negara....lagilah. Demi untuk membuka minda dan peluang kepada anak-anak, inilah modal yang perlu dikorbankan.

Dalam hal Intan, dia mula menyerlah bila masuk ke kolej swasta selepas tingkatan 5. Resultnya tak cukup baik untuk ke IPTA seperti abang-abang dan kakaknya. Semasa tingkatan 4 juga, resultnya tidak cukup baik untuk duduk kelas sains pun... tapi usaha abangnya yang " fight " dengan guru besar untuk membolehkan Intan duduk kelas sains memandangkan ada tempat kosong yang tak diisi oleh pelajar yang sepatutnya.
Semasa di kolej swasta tu la...dia mula tunjuk kemahuan yang tinggi untuk berjaya dan hasilnya seperti yang ada sekarang.

Siapa dapat mengagak anak kecil yang lambat bercakap dan hanya banyak memerhati orang sekeliling, kini adalah seorang pelajar peringkat master dalam mathematik. Rupa-rupanya dia input dulu banyak-banyak dan keluarkan bila masa besar.

Sebagai kesimpulannya, jangan terlalu menekan anak-anak tentang akedemik hingga mereka terbeban dan stress. Yang paling penting perkembangan mindanya yang perlu dipupuk dengan berbagai cara seperti chess, piano, atau apa sahaja yang memerlukan mereka berfikir. Tentu sekali menghafal Al-Quran adalah pilihan yang utama untuk kecerdikan minda. Subhanallah...
Perjalanan mereka masih jauh. Memang ramai mereka yang tak lulus periksa tapi jadi bijak pandai bila dewasa mahupun yang jadi billionaire. Lihat saja contoh Henry Ford yang mengeluar jenama kereta Ford. Malah beliau adalah pengeluar pertama menggunakan an assembly line yang membolehkan beliau mengaut keuntungan berganda dengan jumlah penjualan yang terus meningkat. Henry Ford tak habiskan persekolahan tingginya pun. Begitu juga Bill Gates yang telah dinobatkan sebagai yang terkaya di dunia sebanyak 27 kali oleh Forbes Magazines. Beliau gagal di peringkat kolej. Apakah rahsia di sebalik kejayaan mereka ? Inilah yang perlu kita cungkil untuk diterap pada anak-anak kita. Tidak salah kita belajar dari kejayaan mereka demi memperkasakan generasi Islam.

Buka minda mereka dengan perkembangan dunia. Dedahkan mereka dengan kelemahan bangsa kita dan bandingkan dengan bangsa lain yang lebih cemerlang. Ini sangat penting agar generasi melayu tidak terus mewarisi penyakit malas, kurang keyakinan, penuh dengan emosi, tidak menepati masa hingga terbit peribahasa "waktu melayu" dan banyak lagi. Keluarkan mereka dari tempurung dan dedahkan dengan bangsa-bangsa lain. Kita bertuah kerana Malaysia terdiri dari berbilang kaum. Banyak yang boleh kita pelajari dari bangsa lain dan rahsia-rahsia bangsa mereka yang boleh kita terapkan kepada anak-anak kita. Kalau pegangan akidah mereka sudah utuh, tiada apa yang perlu dibimbangkan malah penganut agama lain dapat mengenal kehebatan Islam dari peribadi yang ditunjukkan. Masyaallah....hanya pergantungan yang kuat kepada Allah semua ini bisa terjadi.
Wallahualam.


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Selasa, 5 Julai 2011

HOMESCHOOL ACTIVITIES IN MY BIG CLASSROOM

( GUIDANCE CORNER )

Kampong Bakau Tepi Laut adalah sebuah kampong yang pada asalnya adalah sebuah kampung nelayan. Kawasan pantainya dipagari oleh pokok-pokok bakau yang mencecah usia melebihi separuh abad menjadikan ianya sungguh unik dan menarik umpama satu taman bonsai gergasi di tepi laut. Pertama kali pindah ke sini, yang paling memikat hati ialah apabila air laut mula memenuhi ruang sekelilingnya. Cantik sekali dengan ombak putih memecah pantai menghiasi panorama indah Kampung Bakau Tepi Laut.
Memang sesuai sekali namanya. Masyaallah !!



1) PEMANDANGAN HALAMAN BELAKANG RUMAH KETIKA AIR SURUT

Rumah kami terletak di atas pantai ini. Bila air pasang dua kali sehari, kami boleh memancing ikan melalui tingkap ke...pintuke....tapi biasanya kat berandalah. lebih santai. Inilah halaman belakang rumah kami. Lautan di depan tu...adalah laluan kapal besar, feri, bot-bot nelayan dan juga perahu kecil. Nun jauh di sana kelihatan  2 kapal besar dan 2 kapal kecil. Memang asyik memerhati kapal-kapal ini mudik ke hulu dan ke hilir. Yang di tengah itu adalah Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan tasik air tawar yang membiru dan idaman pasangan  yang belum dapat cahaya mata. Dikatakan airnya jika diminum, boleh membantu mereka yang masih tak dapat anak. Wallahualam..... Mungkin ada dah yang mencuba dan Allah izinkan....Memang banyak pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi. Semuanya 99 buah pulau. Ketika ini waktu pagi dan air masih surut. Jadinya...ada padang yang luas di halaman belakang rumah. Apalagi....banyak aktiviti yang boleh kami buat untuk homeschooling.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Mencari siput dan kerang yang menghuni di lapisan bawah pasir.( DONE )
2- Buat penyelidikan tentang ketam-ketam kecil yang mempunyai satu sepit yang sangat besar.(K.I..V)
3- Buat penyelidikan tentang ikan belacak yang sangat menarik kerana mampu berjalan atas pantai.(K.I.V)
4- Buat penyelidikan tentang pokok bakau dan peranannya pada habitat pantai ini. (K.I.V)
5- Buat penyelidikan tentang berbagai species siput yang banyak melekat pada pokok bakau dan enak sekali rasanya. ( DONE )
6- Meneliti kapal-kapal yang mudik dengan binocular. Ini yang paling seronok kerana kita dapat lihat dengan
jelas kapal-kapal tersebut. Berangan belayar dalam kapal besar suatu hari nanti. Insyaalllah !! (DONE)



2) PEMANDANGAN HALAMAN BELAKANG RUMAH KETIKA AIR PASANG
Menjelang pukul sepuluh pagi, air laut mula pasang.Waktu ini banyak ketam-ketam dan ikan kecil seperti belanak dan belukang mula meniti air hingga ke pantai.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Merentang pukat yang disokong pancang-pancang kayu untuk menjerat ketam seperti dalam gambar diatas.( DONE)

2- Menjala ikan seperti belanak dan belukang.(DONE)

3- Menyiring udang kecil. Ini ikut musim udanglah....(K.I.V)



3) PENGGUNAAN BOT DALAM PEMBELAJARAN HOMESCHOOL KAMI

 Yang paling dekat sekali tu....bot kamilah. Dengan bot inilah kami teroka pulau-pulau disekitar Langkawi mencari pokok bonsai. Kadang-kadang kami pergi menangkap ikan di lautan. Hidup di Pulau Langkawi memang penuh dengan penerokaan lautan dan daratan kerana pulau ini sangat kaya dengan fauna dan  floranya.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Meneroka lautan dari pulau ke pulau mencari bonsai dan akar kayu berubat.( DONE )
2- Mencari coral untuk aquarium air masin di pantai yang telah dikenal pasti. (DONE )
3- Belajar mengemudikan bot dengan pantauan abang-abang.( DONE )
4- Berlumba berenang dan menyelam dengan abang-abang hingga ke tengah laut.( DONE )
5- Memancing ikan. Memang best dan Hafidz memang kaki pancing cuma tak berpeluang memancing ditempat-tempat lain lagi.( DONE )
Meneroka alam ciptaan Allah


Ini ketika air pasang dalam. Nun jauh di sana kelihatan Jeti Kuah. Penduduk kampung ini sering ke sana hanya menggunakan bot masing-masing. Sekejap dah sampai jika dibanding jalan darat. Apabila ada event yang penting-penting, selalulah ada bunga api di pekan kuah. Kami boleh nikmati kecantikan bunga api dari beranda dapur. Memang cantik sekali.


4) HUTAN PAYA  BAKAU YANG MENJADI IKON KAMPUNG KAMI

Inilah medan berenang kami sekeluarga. Semuanya pandai berenang . Memanglah patut pun....rumahpun dalam lautan..Bila berpeluang..terjun aje...dan selam macam ikan. Alhamdulillah.....satu nikmat yang sungguh hebat.


Inilah antara bonsai gergasi yang hidup dalam laut bila air pasang. Usia pokok ini memang dah lama mungkin melebihi 10 tahun kerana lilitan batang yang besar tu....Biasanya Sang Helang membuat sarang di puncak pokok yang tinggi ini.







Kedua-dua gambar ini adalah hutan paya bakau yang terdapat di sekeliling rumah saya. Memang asyik kalau
kita meneroka sekitar hutan ini kerana terlalu banyak species haiwan yang hidup di habitat ini.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Membuat pemerhatian dari masa ke semasa bilangan species hidupan yang menghuni hutan bakau ini (DONE)
-Buaya Muara ( NO)
-Ketam Rebab (  YES )
-Ketam Lumpur ( YES )
-Ikan Belacak (  YES )
-Udang Kara ( NO )
-Ular Bakau ( YES )
-Lotong Kelabu ( NO )
-Memerang Licin ( YES )
-Biawak ( YES )
-Kelawar ( YES )

2- Membuat kajian terhadap kehidupan burung-burung yang banyak bersarang
di dahan bakau. ( DONE)

Antara burung-burung yang biasa kelihatan di sekitar ini ialah:
-Burung Bangau Kecil dan Bangau Besar ( YES )
-Burung Pucung Keladi ( YES )
-Burung Helang ( YES )
-Burung Madu ( YES )
-Burung Murai Bakau ( YES )
-Burung Pekaka Sungai ( YES )
-Burung Merbah (  YES )


 5) PEMANDANGAN GARDEN DI DEPAN RUMAH:

16 tahun dahulu, semasa mula-mula menghuni rumah yang penuh berkat  ini, kami terpaksa mengharung air laut sebelum menjejakkan kaki diberanda depan. Masih ingat lagi anak perempuan yang sulung selalu basah kain  baju kurung uniform sekolahnya kerana tidak cukup tinggi. Itupun dah di angkat tinggi-tinggi kain itu. Merungutlah dia...hari-hari. Kami pun buat titi kayu dari daratan hingga ke beranda. Bila anak-anak lelaki dah besar, kami buat projek besar anak-beranak. Mula dari ruang beranda, kami bena tembok batu di bawah rumah yang cukup tinggi hingga air pasang yang paling tinggi pun tak dapat melepasinya. Tembok ini seperti kotak besar hingga ke daratan. Inilah 2 kolam ikan air tawar kami dimana sebuah jambatan gantung batu merentang di tengah-tengahnya dari daratan hinggalah ke beranda depan. Di sekeliling kolam itu kami timbun tanah dan terbentuklah sebuah taman seperti yang ada sekarang. Sebab itulah halaman belakang adalah lautan dan halaman depan adalah sebuah taman bonsai. Rumah yang penuh berkat ini tidaklah besar tapi cukup selesa untuk menampung satu keluarga besar. Alhamdulillah...




Taman yang dahulunya adalah sebahagian dari lautan.






Simbahan mentari pagi menceriakan suasana taman.


AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Mempelajari berbagai jenis tumbuhan yang berbunga dan tidak berbunga dan perbezaan dari segi daun dan akar.( DONE )
2- Mempelajari cara untuk menyemai, memangkas, tut dan kahwinkan pokok . ( DONE)
3- Memberi tanggung jawab kepada Hafidz menyiram semua pokok dan membajanya serta mengenal pasti masaalah pokok.
4- Mempelajari semua style penanaman bonsai seperti Formal Upright, Informal Upright, Slanting Style,  Cascade dan Semi Cascade. (DONE)
5-Mempelajari semua proses dalam penanaman bonsai seperti prunning, wiring and potting.
( DONE )
6-Menyenaraikan semua pokok bonsai dan mengambil photo setiap perkembangannya. ( DONE )

6) KOLAM IKAN YANG DI HIASI DENGAN AIR TERJUN




Air terjun dibina untuk masuk kedalam kolam ikan. Bunyi deruan airnya cukup
menenangkan hati disamping negative ionsnya yang sangat baik untuk kesihatan
dan tumbuhan.

AKTIVITI HOMESCHOOLING DI SITE INI:
1- Membuat kajian kesan ions negative yang dihasilkan oleh air terjun kepada tumbuhan di sekelilingnya. (K.I.V)
2-Menyenaraikan semua pokok dalam taman dan mencari nama saintificnya serta kegunaan dalam perubatan.(K.I.V)
3-Mengikuti dengan teliti pembesaran ternakan dalam kolam ini seperti Kelah, Kalui, Jelawat, Cengas dan Kura-kura.( DONE )





UNTUK LIPUTAN YANG LEBIH LENGKAP SILA LAYARI






Sabtu, 2 Julai 2011

TRAVEL AND LEARNING TO KAMPUNG GAULAN, KENINGAU, SABAH.

( GUIDANCE CORNER )

Semasa belajar Bahasa Malaysia pagi tadi, kami terserempak dengan perkataan jemur, salai dan sidai. Hafidz kurang arif dengan perkataan salai. Yang dia tahu ialah pisang salai yang mana dia pernah makan dan tidak berapa gemar dengan rasanya. Untuk menambah kefahamannya, saya beri beberapa contoh dan cerita tentang perkataan salai. Antara cerita yang paling dia teruja ialah kisah mengenai getah keping salai. Pelajaran bahasa ini membawa kami dalam time machine meneroka sekitar tahun 1968. Masa itu umur saya baru 7 tahun dan tinggal di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

Pada hari raya puasa yang ketiga tahun tersebut, nenek telah membawa saya menziarahi saudara mara di Kampong Bukit Abal. Memang berbezalah suasana kampung tersebut dibandingkan dengan  tempat saya iaitu persisiran pantai yang sentiasa bergema dengan ombak membadai pantai. Kebanyakan penduduk Bukit Abal adalah penoreh getah. Kebun-kebun getah memang banyaklah... dan yang paling nostalgia ialah bau kampung tersebut. Memang berbeza dengan bau kampung ikan kami. Bau getah salai yang rata-rata jadi aktiviti penting penduduk di kampung itu memberi trade mark yang masih saya ingat hingga sekarang. Bahagian dapur rumah saudara itu sangat luas jika di bandingkan dengan ruang dapur rumah kampung kami. Terdapat banyak kayu panjang yang di rentang  hampir dengan atap zinc dapur. Di situlah mereka menyalai kepingan-kepingan getah hingga terbit aroma kampung tersebut. Pada mulanya saya tak berapa biasa dengan bauan tersebut tapi setelah seminggu jadi tetamu, hidung saya dah mula sebati dengan aroma getah itu. Agaknya seandai mereka bertamu ke Pantai Irama, pasti aroma shock  menerjah mereka dengan bau angin pantai dan aroma ikan dan udang yang dijemur oleh nelayan di tepi pantai. Cuti sekolah 2 minggu itu cukup untuk saya meneroka kampung tersebut dan mengikut saudara menoreh getah, mengutip getah scrub buat bola mainan dan bermain-main dengan machine perah getah keping.

Kesian Hafidz...terlopong dia dengan cerita-cerita yang tak pernah dia lalui itu. Untuk menambah kefahaman dan imaginasinya tentang kepingan getah salai ini kami melawat sebuah kampung yang jauh ke pendalaman Sabah iaitu Kampung Gaulan secara maya. Adalah rezeki Hafidz melihat machine ringkas untuk memerah air dan menipiskan kepingan getah itu. Memang antiklah machine ini dan saya sendiri pun tak pernah tengok lagi dah sejak dua menjak ni...Jom kita sama-sama saksikan.....


                                                           Ini adalah peta Kampung Gaulan, Keningau, Sabah


Inilah jalan raya untuk masuk ke Kampung Gaulan yang terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Keningau. Kampung Gaulan merupakan sebuah kampung yang terpencil di daerah Keningau.

Khamis, 30 Jun 2011

FCUHOMESCHOOLING LESSONS PLANS FOR HAFIDZ

( GUIDANCE CORNER )


Lessons Plans sangat berguna dan effective dalam pembelajaran Hafidz terutamanya untuk menambah kefahamannya dalam subject yang dipelajari. Kami tidak menggunakan buku sekolah sepenuhnya sebagai rujukan tapi memilih apa sahaja bahan yang menarik, ringkas dan menyeronokkan agar pembelajaran berjalan dengan lancar. Dengan cara ini (http://www.coolmath4kids.com/) juga, kami tidak perlu sentiasa berada di sisinya sepanjang pembelajaran. Cukup dengan memantau dari masa ke semasa. Biasanya bila kami banyak urusan lain perlu dibereskan dengan segera, pembelajaran cara ini sangat membantu. Cara ini juga menggalakkan  pelajar ke arah self- elected learning yang menjadi teras utama kami dalam homeschooling.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...