TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahad, 22 Ogos 2010

MAKNA BACAAN DALAM SEMBAHYANG

 Antara pembelajaran yang sangat di titik beratkan dalam FCUHOMESCHOOLING adalah bacaan dalam sembahyang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sembahyang. Kalau dahulu, sememangnya kami banyak bersandarkan pada pelajaran agama yang diajarkan di sekolah. Ruang masa di rumah banyak dihabiskan untuk kerja-kerja sekolah dan juga ulangkaji pelajaran sebagai persediaan ujian bulanan dan peperiksaan semester. Memang terasa terkilan kerana tidak ada ruang masa yang cukup untuk memastikan keperluan fardhu ain anak-anak. 
"Detik masa berlalu tapi adakah sudah lengkap farhu ain anak-anakku?" Terasa berat dan resah dalam hati mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan nanti. Sudah cukupkah bekalan anak-anak untuk mengharung lautan kehidupan yang sentiasa mendorong ke arah nafsu yang bawa kecundang.

Shukur ke hadrat Ilahi, semenjak homeschooling ni.....memang bacaan dalam sembahyang ini dapat diperkemaskan dari masa ke semasa. Kita sebagai tenaga pengajar juga dapat check bacaan kita dan membuka ruang untuk terus meneroka kelebihan solat dalam kehidupan kita seharian.

Islam meletakkan solat pada tempat yang teramat tinggi dan teramat mulia.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:


-“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” 
Hadis riwayat Baihaqi.

-“…dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan”
Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.

Satu lagi sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:
Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).

Begitu besar peranan solat dalam hidup kita. Dalam kehidupan kita seharian pun kita boleh nampak dengan jelas bagaimana solat mencorakkan keluarga yang mendirikan solat di bandingkan dengan keluarga yang tidak mendirikan solat atau mengambil ringan, kadang-kadang buat dan kadang-kadang tak.
Cahaya iman jelas dapat dilihat di raut wajah mereka yang mendirikan solat dengan sempurna. Rumah mereka juga melantunkan aura gemilang dan barang siapa yang berada di dalamnya pasti dapat merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan. Sekiranya mereka yang bertandang pun dapat berkatnya , apatah lagi para penghuninya? Bahagialah mereka yang beroleh hidayah, taufik dan aniayah dari Allah. Marilah kita berdoa agar kita semua termasuk dalam golongan ini. Amin.

********************************

DOA IFTITAH:



Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


AL-FATIHAH:



1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.



AL-IKHLAS:


 

 AL-LAHAB:


1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.
4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.


AN-NAS:



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".





BACAAN KETIKA RUKU':



Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.




BACAAN I'TIDAL:


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.




BACAAN KETIKA SUJUD:


Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.




BACAAN KETIKA DUDUK DIANTARA 2 SUJUD:


Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL:


[image004.gif]
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR:


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



DOA QUNUT (SOLAT SUBUH):





Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Isnin, 16 Ogos 2010

MELAHIRKAN SI TANGGANG........

 (GUIDANCE CORNER)



KESUNYIAN dan kesedihan menjadi teman kepada penghuni rumah penjagaan warga emas.


SERDANG - Kebanyakan ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan dan penjagaan yang terbaik.
Namun, nasib yang sama belum tentu diterima ibu bapa. Apabila usia mereka mula meniti senja, mereka dilupakan begitu sahaja..........(SEDUTAN DARI AKHBAR KOSMO)

Terkedu...hiba dan sedih. Itulah perasaan mereka yang tahu akan tanggung jawab anak terhadap kedua-dua orang tua mereka. Orang Melayu yang paling ramai menjadi SI TANGGANG!! Kemanakah pergi segala ajaran Islam yang diterapkan sejak dari kecil lagi?


REKOD BAGI TEMPOH EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT (2007-2010)
Warga emas Melayu yang ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua-----3,864 orang.
Warga emas Cina yang ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua -------2,591 orang.
Warga emas India yang ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua-------1,905 orang.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh beberapa pensyarah Instutut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), bilangan warga emas akan mencapai jumlah 2.2 juta menjelang tahun 2020.

Boleh anda bayangkan berapa ramai lagi bilangan orang melayu yang bakal bergelar SI TANGGANG??
Masaalah ini perlu ditangani bersama dengan segera sebelum bala petaka menimpa kita semua.Apabila seorang anak "membuang" ibubapanya, kelak dia juga bakal "dibuang" oleh anak-anak yang sedang dia tatang bagai minyak yang penuh ketika ini. Ini adalah fitrah alam dan balasannya adalah berganda dari apa yang kita lakukan kepada kedua orang tua kita. Anak-anak kita "belajar" lebih pandai dan lebih kreatif dari kita. Bolehlah kita bayangkan di manakah kita kelak akan terlantar di hari tua....

Hasil penyelidikan menyatakan bahawa anak-anak menjadikan ibu bapa yang sudah tua sebagai "korban" pengawalan perbelanjaan keluarga masing-masing.

 Tak perlu kita menuding jari mencari kesalahan siapa. Ambil penyelesaian asas iaitu pendidikan anak-anak kita. Adakah kita telah mendidik anak-anak kita seperti yang dituntut oleh Allah? Kebanyakan dari kita menyerah bulat-bulat kepada pihak sekolah. Mampukah pihak sekolah menangani soal "kerohanian" anak-anak kita yang kita serah dari kecil tapak tangan hinggalah mereka mencecah remaja dan seterusnya ke menara gading.Kita menjadi "rakus" dengan kejayaan demi kejayaan akademik anak-anak kita
tanpa kita menilai rohani mereka yang terus gersang menunggu pupus. Apa yang kita nampak adalah masa depan yang cemerlang apabila anak-anak kita mula bekerja dengan gaji yang tinggi. Kita bayangkan kita juga kelak akan turut merasa apabila menjelang hari tua. Selalu orang berkata"Senanglah dia...anak-anaknya bergaji besar"

Jika kita teliti dengan sehalus-halusnya, sebenarnya kita yang mementingkan diri. Kita jadikan anak-anak kita "korban" untuk kesenangan hari tua kita. Nama siapa yang naik bila anak-anak berjaya cemerlang?Siapa yang rasa bangga hinggakan orang lain yang melihat juga menyimpan impian. Kitalah....Ibu bapa kepada anak-anak!!

Memang ada anak yang membeli rumah besar, kereta dan sebagainya sebagai membalas jasa orang tua mereka. Berlandaskan contoh yang kian hari kian pupus inilah kita terus bermimpi dan "mengasak" anak-anak untuk terus berjaya dalam pelajaran mereka dan terus mengabaikan rohani anak-anak. Tidak hairanlah ramai mereka yang dikira berjaya ini membuang orang tua mereka kerana tidak cukup perbelanjaan.

Kata orang.."Lagi besar periuk, lagilah besar keraknya"..Mana nak bayar orang gajinya kerana isteri juga bekerja, mana nak bayar dua kereta besar kerana suami isteri bekerja di tempat yang berlainan, mana nak bayar rumah yang tersergam indah, mana nak bayar persekolahan anak-anak yang berderet tuitionnya kerana nak dapat keputusan cemerlang....Mereka tersepit dengan gaya hidup masa kini yang serba canggih dan akhirnya....orang tua terpaksa di ketepikan demi tidak mahu bergaduh dengan pasangan hidup masing-masing.

SALAH SIAPA?? 
JERAT MEMAKAN TUAN. 
BALASAN KE ATAS KERAKUSAN KITA SENDIRI. 
SAMA-SAMA KITA RENUNGI KEBENARANNYA.

DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Rabu, 11 Ogos 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK





 The holy month of Ramadhan is the month of fasting, intensive prayer, sacrifice and divine worship.

Tarawih prayer always brings a sweet memories in my life. How about you?

As I am getting older, it becomes closer to my heart. Hoping to get the best of Ramadhan this year. Amin.....
DEAR READERS !!!YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Selasa, 10 Ogos 2010

FREE STYLE LEARNING





DURING ART CLASS IN FCU GARDEN

This is what we called "WORLD IS OUR CLASSROOM".
My brother Tajrid was drawing a bonsai on his canvas while tanning his skin under morning sunlight.
So relaxed in a healthy environment. Why not!!...surrounded by plants that produced oxygen and plenty of vitamin D from the sun.



THE PICTURE DRAWN BY BROTHER TAJRID
ANOTHER PICTURE DRAWN BY BROTHER TAJRID


I FEEL FREE.....

The birds were chirping happily while sucking the honey from the flowers.
The scenario really gave me the mood to produce something on my canvas.
That's why..I really love a class in my garden.

THE PICTURE OF BIRD IN FCU GARDEN

(GUIDANCE CORNER)

Assalaam 'Alaikum.
Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita semua.
Semoga Allah sentiasa membimbing kita untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Dalam dua bulan pertama homeschooling, kami mengikut cara pembelajaran seperti sekolah kerajaan. Tenaga pengajar terdiri daripada anak-anak yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. Waktu itu mereka tengah bercuti panjang.
Anak-anak tidak mengalami perbezaan yang besar setelah berhenti sekolah kerajaaan kerana kami terus menggunakan buku-buku tex dan jadual persekolahan. Ini dapat dilihat pada entry kami pada peringkat awal dahulu...

Selepas itu FCU membuat keputusan untuk tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR bagi Hafidz dan Tajrid. Lagi pun hanya keputusan SPM sahaja yang diambil kira untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Kami tidak mahu mereka menjadi robot belajar untuk menjawap peperiksaan.

Kami tidak lagi menggunakan buku tex semata-mata dan menukar jadual persekolahan yang padat kepada yang lebih relax. Mereka hanya  belajar 3 mata pelajaran sehari dan satu jam untuk chess. Internet merupakan gedung ilmu mereka yang utama. Ini memudahkan kerja saya sebagai satu-satunya tenaga pengajar yang tetap. Saya akan mengajar salah seorang dari mereka face to face dan seorang lagi melayari website yang saya sendiri tetapkan. Terdapat banyak website-website yang bagus dan dapat membantu anda mangajar anak-anak homeschooling. Buat masa sekarang Hafidz sedang mengikuti website http://www.ixl.com dan
http://www.e-learningforkids.org.
Di samping menjawab exercise yang di sediakan, saya menyuruh Hafidz mengikut setiap patah perkataan yang didengarnya. Ini adalah untuk dia mendapat slang yang betul bila bertutur dalam bahasa Inggeris. Saya dapati cara ini amat berkesan buat anak-anak kami.

Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu para ibubapa yang sedang atau ada keinginan untuk buat homeschooling. Semua yang baik hanyalah adalah dari Allah. Sama-samalah kita berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik kepada anak-anak kita.


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Isnin, 9 Ogos 2010

A LETTER TO MINISTRY OF EDUCATION


(GUIDANCE CORNER)

Apabila tercetus hasrat untuk buat homeschooling, kami buat research di internet untuk mengetahui cara yang betul agar tidak melanggar undang-undang. Untuk mereka yang ada hasrat buat homeschooling, bolehlah tengok contoh surat yang kami hantar ke Kementerian Pelajaran dan semoga ianya dapat membantu.




Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk memohon buat homeschooling. Selepas menghantar surat   berdaftar, kita akan menerima panggilan dari pihak kementerian. Mereka akan inform kita bahawa mereka akan buat lawatan mengejut untuk mempastikan homeschooling yang kita buat ini tidak mengabaikan pendidikan yang wajib terutamanya kepada pelajar sekolah rendah. Baguslah tu...Ini bermakna mereka menitik berat akan keperluan anak-anak kita. Memang kami berbesar hati untuk menerima kunjungan mereka tetapi....hingga ke saat ini tidak nampak bayang mereka pun. Selepas itu kami inform pihak sekolah dan buat surat berhenti sekolah. Itu sahaja yang perlu dibuat dan hingga kini, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.

Mulai saat itu...kita bertanggung jawab penuh ke atas pendidikan anak-anak. Buatlah yang terbaik dan sentiasa minta bimbingan dari Allah. Sebenarnya kami sudah memulakan homeschool anak-anak sejak tahun 1980 lagi seperti dalam entri  MENGAPAKAH PERLU HOMESCHOOL? Namun baru kini kami membuat catitan terperinci mengenainya. Setelah hampir tiga tahun menjadi guru dan juga guru besar kepada FCUHOMESCHOOLING iaitu sejak 2010 hingga 2012 (segala kurikulum adalah kita yang tentukan), kami punyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi oleh para ibubapa yang ada keinginan untuk menentukan corak kehidupan anak-anak mereka. Kata pepatah: "Kalau nak lenturkan buluh, hendaklah dari rebungnya".

Segala pujian hanya buat Allah.
Wasallam.

Khamis, 5 Ogos 2010

WELCOME TO LANGKAWI

In a flight
Accueil brother Mounir!!  
Bienvenue à Langkawi.... 
êtes l'un de nos familles.

Lets me translate from french to english.
You are welcome brother Mounir!!
Welcome to Langkawi...
You are one of our family

(Brother Mounir in a flight to Langkawi)
He is a muslim from French and my brother's best friend. They work under ALSTORM at SHOIBA,UNITED ARAB EMIRATES.




At market Kelibang, Langkawi
We showed him around include our super duper market. He seemed amazed with our culture. Yeah...I could say that he enjoyed our food very much. 

Just imagined that he ordered laksa, nasi lemak, bihun soup and air batu campur at the same time. He said...very cheap!! He got stomach ache for the rest of the day...Poor brother Mounir. Trying to absorb all at same time.


cutting the wood.....




As I said before, our family was very busy with house renovation and brother Mounir was just came at the right time to show his skill. He really got lots of experiences during his stay....

We learnt to speak French with him. In fact, before he came to our house, I already tried to memorized some  French phrase. 

Bonjour....good morning 
Je vous aime.....I like you
s'il vous plaît soyez assis.....please be sitted


Tanjung Rhu, Langkawi

It wouldn't take long for brother Munir to fall in love with Langkawi. I'm not surprise since Langkawi is Malaysia Paradise Island. I'm telling you the truth that I fall in love with every inch of it. Alhamdulillah....All the praise is just for Allah.

In fact, he said that he is going to find Malaysian as his soul mate(wife). He is so tall...well what we can say if that is his destiny.







Temurun (Waterfall site)

Even he was sitting, I wasn't taller than his shoulder. This guy is so tall...but he didn't mind walking side by side with me. 

Knowing brother Mounir is something great. He is a good muslim. I wish one day I have a chance to visit him in Paris.


Dataran Helang, Langkawi
All these photos were taken from brother Mounir's camera. I downloaded into my computer. There were many...many of them. Before came to Langkawi, he was visiting Johor, Melaka and Kuala Lumpur. He snapped everything even the rain. I doubt he just saw snow all his life

Cable car on Gunung Mat Cincang
Subhanallah....What a view!! It is consider incomplete if you don't hang in cable car all the way to the peaks of Gunung Mat Cincang. The hanging bridge between the two peaks is waiting for you to take the challenge .



Are you trying to shoot me?

At museum  of  Melaka
What he is trying to do? I think ...trying to show french's silat to the statues. He is a funny guy...really funny guy!! After a  week with us, he went back to French. We really miss you brother Mounir!!


DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Jumaat, 30 Julai 2010

MISSING EVERYBODY....




Assalaam 'Alaikum.
Missing everyone of you especially those who are doing homeschooling, hoping all in a bless of Allah.
I have lots of interesting articles to share with all of you  ..and just keep in touch okay.

My homeschooling is good. I enjoyed every second of it. The homeschooling activities really made me busy especially in May and June.Our family did some renovation to our house. Living in the sea ...I meant two times a day when the tides are high, we must keep on checking the house condition especially all the cement pillars. Changing the whole floor and making some aquarium alteration became the main curriculum in homeschooling schedule. As a helping hand, I learnt a lot how to use a hammer and other tools. Frequent I hammered my own thumb and....of course it was so painful.
My brothers used heavy machine to cut the wood and to screw all the planks. Masyaallah.. it was so fascinating!!

(GUIDANCE CORNER)
Alhamdulillah...All the praise just for Allah. FCU homeschooling is doing well and in my opinion, it matured in it's own way as time past by.Masyaallah...even just in a few months, it's journey is really full with inspiring colours that certainly gave me incredible experiences as a mother who homeschooled her kids.

Homeschooling memang dah famous di luar negara namun di Malaysia, masih di peringkat awal dan bilangan homeschoolars juga masih tidak ramai. Ini terbukti semasa kami ke sekolah anak kami pada awal tahun ini untuk memberi notis berhenti sekolah. The teacher incharged at that time surprised and gave a negative reaction to our intention. Any how...since we had copies of  permission letters that we sent to Ministry Of Education and got a good feedback from them, nobody can say no.....Even..there were teachers who do not really know the existence of it. Well..a sad story!!

WHY WE HOMESCHOOLED OUR KIDS ??
 1) Memberi didikan terbaik kepada anak-anak memang tanggung jawab ibu bapa yang akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Kita sahaja yang kenal akan personaliti anak-anak kita. Kita sahaja yang memahami akan kecenderongan anak-anak kita. Yang paling utama kita sahaja yang paling sayang akan anak-anak kita. Cikgu-cikgu yang dilengkapi dengan ilmu pendidikan tak akan mampu memberi yang terbaik kerana faktor-faktor di atas dan juga bilangan murid yang begitu ramai serta bebanan tugasan yang menimbun. Mereka juga ada kehidupan mereka sendiri yang sering penuh dengan permasaalahan sebagai manusia biasa. Mampukah mereka memberi yang terbaik kepada anak-anak kita? Memang ada guru yang betul-betul dedikasi tapi berapa ramai dan adakah anak kita cukup bertuah untuk menjadi anak buahnya.

2) Tidak dinafikan terdapat ramai pelajar yang bermasaalah di sekolah. Buli membuli dah dianggap biasa. Yang terbaru....pelajar menjadi pelacur!! Ini belum lagi kes bohsia, bohjan rokok dan dadah. Kes kematian juga sering kita baca diakhbar. Mengerikan. Luar dalam anak-anak kita di attack dan sedikit sebanyak mesti anak kita terpengaruh. Buktinya..."mak we" dan "pak we" yang banyak membuang masa mereka dan juga duit untuk kredit handphone. Yang sedihnya....belum tentu jodoh, kes lain pula yang muncul hingga kena buang bayi. Mampukah kita untuk memantau segalanya?

3) Pihak sekolah tak akan dapat memberi pembelajaran yang "meluas" untuk anak-anak kita hingga mereka dapat berdikari dan menjadi insan yang dikehendaki oleh Allah. Kebanyakan ilmu hanyalah untuk menjawab soalan peperiksaan dan akan dilupakan setelah habis periksa. Bayangkan betapa ruginya anak kita setelah bertahun belajar siang malam. Check diri sendiri...berapa banyak ilmu yang kita belajar di sekolah yang dapat kita praktikkan dalam kehidupan kita? Saya tak mengatakan bahawa ilmu yang diajar di sekolah tak berguna tapi apabila ilmu itu hanya tinggal ilmu dan tak dipraktikkan, maka jadilah ianya "tak berguna".

Homeschooling memberi ruang untuk kita memilih ilmu yang terbaik untuk anak kita. Tambah ilmu lain yang kita yakin memberi manafaat dan tinggalkan ilmu yang kita rasa hanya akan dilupai selepas peperiksaan. Kemahiran hidup sangat penting terutama yang boleh menjadi tapak permulaan untuk anak kita mulakan kerjayanya kelak. Kami buat online business, jadi...dari kecil lagi kami dah libatkan mereka dengan segala aktiviti keluarga. Kami asah mereka agar mahir dengan komputer untuk mengendalikan business online. Mereka juga terlibat dengan penyediaan produk-produk kami. Latih mereka untuk "mengendali" dan bukan jadi "budak suruhan" di mana mereka tidak akan belajar apa-apa. Galakkan mereka buat research untuk meningkatkan lagi mutu produk. Di sudut ini sahaja dah banyak ilmu yang mereka timba.
Inilah homeschooling!! Ilmu asas seperti di sekolah pun mereka dapat....ilmu untuk hidup juga mereka dapat. Top of all...ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah mestilah lengkap. Barulah anak kita dapat menjadi khalifah mentadbir alam ini mengikut kehendak Allah.

Inilah antara sebab yang terpenting mengapa kami homeschooled our kids. 



DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Isnin, 29 Mac 2010

SHORT FILM






(GUIDANCE CORNER)
The main idea behind the shooting is to built self confidence in Hafidz and Tajrid.
Not bad for the beginners!! In fact...As their guidance, I was impressed by their hidden talent and courage. Credit to FCUTEAM ( Isa and Nordin ) and the director incharge, Faiz . GOOD WORK!!

From last December till now ...the end of March, FCUHOMESCHOOLING terus maju ke depan. Bukan hanya ilmu pelajar-pelajarnya berkembang tetapi mereka juga berkembang dari segi personaliti. Masa dulu...ketika mengikuti persekolahan biasa, agak susah untuk membentuk personalti Hafidz dan Tajrid ke arah yang kami target. Of course...they had their own peer groups in school and they spend most of their day hours with them. They off to school at seven in the morning and only by three in the afternoon they were at home!!  Worst of all...the language they used also very weird and lots of junk words they import back home. Slang Langkawi is quite different from slang Kedah. Ada juga students from Thailand and Burma back ground. Apalagi....they mixed all those four slangs and....you can guess what I mean by "weird".

"Why don't you try to speak in English?"
"It is quite hard for us since..all our friends are speaking Malay, even they are Chinese or Indian"

Itulah alasan yang selalu mereka berikan....
So frustrating after all the effort. We are trying hard for everybody in the family to be bilingual, at least. I can see the changes after home schooled them for four months.

DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATED.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Sabtu, 20 Mac 2010

SCHOOL HOLIDAYS

Actually, FCUHOMESCHOOLING is not on holiday. Our schedule is quite different from public school. We only have holiday when FCU has any particular programmes such as field trips, projects or celebrating something.

Just to make things different and more exciting, FCUMEDIA again on the shooting trips for a week. We started early in the morning so that we can escaped from the glaring sun after 12 noon. Yes....I really love shooting. It is one of the FCUHOMESCHOOLING syllabus. 

Here are some of the short films that we had published in youtube. 
It suppose to be A LOST TAPE.
During the shooting session, suddenly the camera moved by itself. The whole team didn't aware of unwanted guest until something bad happened that later responsible of their disappearance. 









FAMILY SAVOURS THE SWEET LIFE.....................


DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATED.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Sabtu, 20 Februari 2010

FCUMEDIA

(GUIDANCE CORNER) 

On last Thursday, 11th of February 2010, FCU COMMUNITY officially launched FCUMEDIA. As a group in one big family, we worked together to publish short videos around Langkawi Island  for a start to this new field. Everybody was showing a great interest and gave a full support to the making of the videos. FCU guys had been doing family shooting  for years and became expert by time. 2010 become our significant year in this video making business and trying our best to satisfy our clients.

Our first client was a newly wed couple, Rosidi and Azura. We felt very proud for being appointed to broadcast their wedding ceremony in youtube.



DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATED.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Khamis, 11 Februari 2010

WELCOME HOME!!

On 7 of February, my big brother Shuhaib arrived home from  Fujairah UAE. He is an engineer and had been working in FUJAIRAH for 6 months already under .
Right now, he is on holiday and at the end of this coming February, he will be posting to SHOIBA, about 95 km south of JEDDAH. He brought "ole-ole" for all of us. I got mine too...Thank you bro for this gamis. I like it very much.




With GENIUS, my beloved cat. I will introduce all my precious cats in my next post!!


Where is AL-FUJAIRAH? Lets see on the map.


Everybody was trying their gamis and got ready for solat. It was so comfortable but......I felt awkward to do my daily chaos in this outfit. Playing football? Are you kidding? Of course not......!!!



NO MATTER WHAT..FIVE TIMES A DAY 
TO CLEAN OUR SOULS.....
TO BECOME A BETTER PERSON
TO LEAD THE WORLD


ALLAH THE MIGHTY....
ALLAH THE GREATEST.....
ALLAH THE MERCIFUL.........
BLESS ALL OF US............
BLESS THE WHOLE WORLD......
AMEEN......

*************************************************************


(GUIDANCE CORNER)

 

Fujairah International Marine Club (FIMC) was set up in 1999 in order to take part and host some of the world’s most exhilarating aquatic sports.

Since then, with the collaboration of the Dubai International Marine Club and the Abu Dhabi International Marine Sports Club, FIMC has hosted several powerboat races bringing international recognition to emirate of Fujairah.



The FIMC organizes international events such as offshore powerboat and formula 2000 powerboat championships, sailing and jet ski competition as well as several traditional marine sports such as shush, UAE dhow and rowing races. FIMC also proud itself in being a social club with fun activities such as underwater cleanups, local fishing and raft building competition.

The facilities at the FIMC include a dive club, fishing trips, summer holiday activities for children, Jet Ski and boat hire, and a restaurant. The FIMC facilities include boat berthing.

Conveniently located on the corniche and magnificent of the Indian Ocean, the club is an ideal centre for all marine sports and leisure activities.



ABOUT FUJAIRAH CITY

Often referred to, as the Arabian Jewel the emirate of Fujairah is a beautiful, hospitable and safe tourist destination. The emirate has rich culture, heritage and tradition. It is also beginning a period of dynamic economic development with many new exciting projects about to ‘break ground’.

In a country renown for its desert terrain Fujairah’s uniqueness lies in the rugged Hajar Mountains which are the perfect backdrop to the Indian Ocean and the beautiful unspoiled beaches and coral reefs that attract divers from all over the world. Numerous water sports like swimming, yachting, water surfing and deep-sea fishing attract tourists all round the year.

 


 Fujairah's main occupation in the past was fishing and agriculture. Nowadays the Port of Fujairah with its strategic position claims the 2nd most important bunkering port in the world with many shipping companies and other related businesses having set up offices there. At anytime one can look out to sea and expect to see a significant numbers of large vessels, offshore at the Fujairah Anchorage.






Fujairah holds a unique position in the UAE. It is the only emirate that lies on the eastern side of the UAE, along the Gulf of Oman. Fujairah UAE stands out from the surrounding desert landscape and arid plains, rising like the mountainous meridian it is. Though it’s the only one of all the emirates that isn’t blessed with a Persian Gulf coastline, the area lurches along the Gulf of Oman offering a expansive and picturesque coast. The Ruler of Fujairah, His Highness Sheikh Hamad bin Mohammed Al Sharqi, succeeded his father in 1974























 OTHER TRADITIONAL EVENTS ON FUJAIRAH




Bullfighting

A Traditional sport that is unique to the Emirate of Fujairah is bullfighting. Do not confuse this with the Spanish version of bullfighting! Spectators from as arena and the massive zebus lock their horns and wrestle until one turns tail and flees. There are rules and regulations, known only to those participating. Alternate Fridays on cornice nr. Kalaba roundabout
.


Souqs (Markets)

Just after Masafi is the popular Friday Market, which opens daily from 8 am to 10 pm. selling local pottery, carpets, plants, toys, fruit and vegetables. Prices are competitive and bargaining is a must. You’ll find a smaller souq in Fujairah (opposite the Fish and Vegetable Souq) and another smaller one at Al Bidya.




Al Bidyah Mosque

The mosque is located off the road between Khorfakkan and Dibba near the coastal village of Al Bidyah, which has historical and natural characteristics. 38 kms to the north of Fujairah, 7kms to the north of Khorfakkan and 25kms to the south of Dubba. Studies have proven the mosque was built around 1446, making it the oldest standing mosque in the U.A.E.



Fujairah Museum
 
Situated close to Fujairah Fort, the Museum is a small modern building, where many of the artifacts found in archaeological digs at Qidfa, Bithnah and other places are on display. It is open from 8:30 am to 1:30 pm and 4:30 pm to 6:30 pm daily except Saturday.

The Museum consists of 2 main sections: Archaeology and Ethnography.



Heritage Village

Heritage Village has a good selection of traditional houses and fishing boats and portrays traditional life on the East Coast. Other exhibits include cooking utensils, farming tools and other items as well as the Al Yazrah well system used for irrigating fields, which uses is working bull.





 

Fujairah Forts
 
There are several forts around with Fujairah Fort the most well known. The fort at al Hayl was established by Sheikh Abdullah bin Hamdan al-Sharqi between 1932 and 1938. Sheikh Abdullah lived in the house on a permanent basis until around 1958. Bithnah fort was established sometime after 1745, has guarded the strategic route across the Hajar Moustains via Wadi Ham since the 18th Century.





DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATED.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥

Selasa, 26 Januari 2010

MAKING FIRE WITH THE LENS

1. This experiment must be done on a bright sunny day.
2. Find a nice spot of sunlight. Get ready with a convex lens and a piece of paper.




3. Try to focus the sunlight on the paper. You must be patient enough because the glare of the sunlight is really hurt your eyes.



4. After a while, you can see the smoke started to form on the paper.





5. I was trying to write a word on a paper using the making flame.



6. At last, the paper was burned in a word of "BAKAR".
.







Convex lenses

In a convex lens (sometimes called a positive lens), the glass (or plastic) surfaces bulge outwards in the center giving the classic lentil-like shape. A convex lens is also called a converging lens because it makes parallel light rays passing through it bend inward and meet (converge) at a spot just beyond the lens known as the focal point.









Photo: A convex lens makes light rays converge (come together) at the focal point or focus. The distance from the center of the lens to the focal point is the focal length of the lens.

AT THIS FOCAL POINT, THE SUN RAYS WERE FOCUSED AND THE HEAT BURNT THE PAPER IN THE EXPERIMENT.

Convex lenses are used in things like telescopes and binoculars to bring distant light rays to a focus in your eyes.



DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATED.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...