Perkataan homeschool di Malaysia sudah tidak asing lagi.
Kalau kita search "Malaysian homeschooling blog", kita akan bertemu dengan banyak keluarga yang telah memilih untuk mengajar anak di rumah. Saya percaya bilangan sebenarnya jauh berganda kerana hanya beberapa kerat sahaja dari mereka yang memiliki blog persendirian.
FCUHOMESCHOOLING SEJAK 1980
FCU sudah bertapak sejak 32 tahun yang lampau dalam arena homeschool. Walaubagaimana pun kami mula homeschool secara rasmi pada 2009 dimana Tajrid dan Hafidz dikeluarkan dari sekolah.
Sejak tahun 1980 lagi anak pertama, kedua dan ketiga tidak dihantar ke sekolah. Kami didik sendiri dan cara homeschool dahulu memang berbeza dengan cara sekarang yang sangat canggih. Hanya berbekalkan sebuah papan hitam, kami menerapkan pendidikan Iaslam sebagai cara hidup yang sempurna. Pandangan masyarakat ketika itu tentang homeschool juga sangat berbeza dengan sekarang. Kami sebagai ibu bapa dianggap tidak bertanggungjawab dan anak-anak kami pula dilabel sebagai kanak-kanak yang tidak bersekolah.
Sejak tahun 1980 lagi anak pertama, kedua dan ketiga tidak dihantar ke sekolah. Kami didik sendiri dan cara homeschool dahulu memang berbeza dengan cara sekarang yang sangat canggih. Hanya berbekalkan sebuah papan hitam, kami menerapkan pendidikan Iaslam sebagai cara hidup yang sempurna. Pandangan masyarakat ketika itu tentang homeschool juga sangat berbeza dengan sekarang. Kami sebagai ibu bapa dianggap tidak bertanggungjawab dan anak-anak kami pula dilabel sebagai kanak-kanak yang tidak bersekolah.
Beberapa tahun kemudian, kami mengambil jalan tengah, iaitu dengan menyekolahkan ketiga-tiga anak kami di sekolah kerajaann. Ketika itu anak sulung berumur 12 tahun, anak kedua 9 tahun dan anak ketiga 8 tahun. Tindakan ini bukanlah bermakna yang kami kalah dengan suasana sekeliling tetapi adalah atas kehendak anak-anak kami sendiri. Walaupun mereka agak ketinggalan pada peringkat awal persekolahan, namun beberapa bulan kemudian, prestasi mereka meningkat dengan cemerlang kerana sikap mereka yang suka belajar. Kesemua mereka lulus cemerlang di universiti dan melangkau ke luar negara. Anak keempat, kelima dan keenam juga mengikuti langkah abang dan kakak mereka ke menara gading. Tidak keterlaluan jika saya akui bahawa masyarakat sekampung sering mengambil bilangan anak kami yang ramai ke universiti sebagai perangsang untuk anak-anak mereka. Rahsia besar kejayaan ini ialah...walaupun mereka belajar di sekolah kerajaan, mereka tetap homeschool bila berada di rumah. Pendidikan kerohanian terus menjadi initipati dalam jiwa mereka.
Benih yang ditanam sejak dari bayi terus hidup segar dan berbunga. Walaupun sudah memegang ijazah berbagai bidang ( jurutera, komputer, akitek) mereka memilih untuk bekerja sendiri kerana yakin pada rezeki Allah yang maha luas terbentang.Tidak dinafikan pulangan berniaga memang 9/10 dari punca rezeki atas muka bumi ini.
TIADA PAKSAAN
Selepas sahaja tamat SPM, anak ketujuh, kelapan dan kesembilan mengambil keputusan untuk homeschool sepenuhnya walaupun mendapat tawaran ke universiti. Biasanya para remaja tidak sabar untuk ke universiti kerana di sana mereka ada privasi dan bebas menjalani kehidupan sendiri. Apalagi...mereka bebas untuk bergaul dan punyai pasangan tanpa di ketahui oleh orang tua mereka. Memang sudah menjadi trend masa kini untuk bercouple dan yang tidak bercouple pula dipandang pelik dan tersisih kerana tidak laku.
Selepas sahaja tamat SPM, anak ketujuh, kelapan dan kesembilan mengambil keputusan untuk homeschool sepenuhnya walaupun mendapat tawaran ke universiti. Biasanya para remaja tidak sabar untuk ke universiti kerana di sana mereka ada privasi dan bebas menjalani kehidupan sendiri. Apalagi...mereka bebas untuk bergaul dan punyai pasangan tanpa di ketahui oleh orang tua mereka. Memang sudah menjadi trend masa kini untuk bercouple dan yang tidak bercouple pula dipandang pelik dan tersisih kerana tidak laku.
Kami tidak menghalang hasrat mereka. Memang itulah yang terbaik. Kami tidak pandang dengan segulung ijazah yang bakal mereka perolehi. Cukuplah kakak dan abang-abang mereka merasanya. Zaman sekarang...nilai sekeping ijazah sudah tidak sehebat dulu. Masyarakat juga tidak lagi memandang para siswazah sehebat dulu...Mungkin kerana sudah terlalu ramai graduan keliling pinggang. Hampir setiap rumah ada saja anak yang mewakili keluarga ke menara gading. Masa saya belajar dulu sekitar tahun 70an dan 80an, orang akan meraikan siswazah di mana sahaja mereka berada dan masyarakat sangat memandang tinggi pada mereka. Peluang hidup senang juga satu kepastian bagi mereka keluaran universiti, tidak seperti sekarang. Ramai yang terumbang ambing mencari kerja sana sini walaupun dah lama keluar dari universiti. Ini adalah kerana gara-gara mahu "makan gaji" yang sudah sebati dalam pemikiran mereka. Padahal mereka sudah punya ilmu yang cukup untuk mencuba sebarang perniagaan yang pasti berbaloi walaupun pada mulanya terpaksa menempuhi berbagai risiko.
KEJAYAAN HOMESCHOOL SUDAH PASTI
Ketiga-tiga anak yang mengambil keputusan belajar sepenuhnya di rumah ini memang menunjukkan kebolehan yang membanggakan. Mereka belajar sendiri melalui internet. Hanya dalam masa yang singkat, mereka sudah mahir dalam berbagai bidang terutamanya dalam bidang penerbitan, editor dan penggambaran. Minat mereka yang berlandaskan kesedaran sebagai seorang khalifah mencetuskan usaha mereka belajar tanpa had. Kami sering melihat mereka belajar hingga ke subuh hari. Sama sahaja dengan jerih para siswa yang bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja tanpa tidur semalaman. Yang bezanya, pelajar kami belajar dalam bekerja. Gabungan dengan abang-abang lulusan universiti, mereka bertapak dalam FCUPRODUCTION. Kini mereka sudah berjaya mengeluarkan video korporat syarikat swasta gergasi di Malaysia dan juga milik perseorangan warga luar negara. Memang homeschool pasti bawa kejayaan sekira kita berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
"Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya , Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya" - Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab.
"Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esoknya , Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya" - Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab.
Apa yang saja bentangkan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kerana segala kejayaan adalah milik Allah yang mutlak. Yang pastinya...kami sangat berbangga dengan FCUHOMESCHOOL dan sangat yakin kejayaan seratus peratus kerana pergantungan kami yang kuat kepada Allah.
Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Setiap anak dilahirkan bagai
kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang
Yahudi, Nasrani atau Majusi'.
Inilah antara inti pati pegangan kami dalam homeschool. Hidup di dunia hanya sementara. Kelak ibu bapa akan dipertanggungjawab di akhirat akan anak-anak mereka. Sangat rugilah kita andai mempunyai anak yang hanya berjaya di dunia tanpa mengenal dengan sebenar-benar kenal Pencipta alam semesta.
PERBEZAAN ANTARA PANDAI DAN CERDIK
Percayalah...Universiti hanya mengeluarkan golongan yang pandai tapi tidak semestinya cerdik. Pandai dan cerdik adalah dua perkataan yang membawa erti berlainan. Sesiapa sahaja yang belajar membuat sesuatu akan pandai tapi hanya orang yang berfikir dengan benar-benar berfikir akan cerdik.Orang pandai tak semestinya cerdik ( sebab itulah kita dapati ramai yang lulus universiti tapi tak bermoral dan engkar pada Allah). Sebaliknya orang cerdik pasti pandai ( Kalau dah boleh berfikir, mereka boleh mencipta macam-macam peralatan yang belum wujud lagi seperti bangsa Jepun, Cina dan sebagainya).
Oleh kerana itu kita dapati ramai para siswazah yang rendah moralnya dan juga tidak menjadi seorang khalifah atas muka bumi ini. Mereka hanya hidup untuk diri mereka sendiri. Malah ramai yang menjadi korup dan bertuhankan "duit" tanpa mereka sedari. Inikah akhirnya generasi kita yang makin lemah dan tidak bebas kerana terikat dengan "gaji" yang bakal ditagih setiap bulan. Lihat sahaja masyarakat Cina yang pada mulanya bertapak di tanah air sebagai buruh di lombong timah. Mereka gigih bekerja sendiri dan waktu itu orang melayu terlalu gilakan makan gaji. Mereka rasa secure kerana setiap hujung bulan sudah pasti ada peruntukan perbelanjaan. Makan "gaji" membuat orang Melayu malas berusaha. Mereka hanya berhempas pulas untuk sekeping ijazah dan bila sudah bekerja.....mereka tidur dialun gaji yang tidak seberapa pun itu. Masyarakat Cina terus berkembang dan mereka sudah mempelopori homeschool dari awal lagi. Walaupun ke sekolah kerajaan, mereka akan belajar berniaga dengan orang tua mereka dengan menguruskan kedai runcit atau bengkel selepas sekolah. Sedar-sedar, dalam usia muda mereka dah jadi taukeh perniagaan kecil-kecilan manakala disaat itu orang Melayu masih lagi diayun mimpi makan gaji.
Setelah bangsa Cina yang nenek moyangnya hanya buruh di lombong dan kebun sayur, menunjukkan taring sebagai taukeh besar dan mempunyai banglo mewah serta berkereta besar, orang Melayu mula buka mata. Kita mula belajar ambil risiko sebagai usahawan dan ada yang berjaya jadi jutawan.
Terbuktilah bahawa bukan sebab menjadi bangsa Melayu alasan kita maju atau mundur tetapi kerana tindakan kita mengambil risiko sebagaimana beraninya bangsa Cina mengambil mengambil risiko untuk homeschool dan bekerja sendiri.
Terbuktilah bahawa bukan sebab menjadi bangsa Melayu alasan kita maju atau mundur tetapi kerana tindakan kita mengambil risiko sebagaimana beraninya bangsa Cina mengambil mengambil risiko untuk homeschool dan bekerja sendiri.
ADAKAH KITA MAMPU ?
Sesungguh tiada apa yang menghalang kita untuk homeschoolkan anak-anak kita. Keyakinan akan pertolongan Allah mesti seratus peratus. Tentang rezeki juga mesti seratus peratus percaya akan pertolongan dari Allah setelah kita berusaha. Menghadapi kesulitan bukan bererti kita gagal. Selalunya kesulitan adalah pembuka kepada kejayaan seterusnya. Kesulitan tidak bersifat kekal. Setiap kesusahan pasti ada kembarnya iaitu kejayaan. Ini telah dijanjikan oleh Allah dalam firmanNYA:
“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.”
(Surah Al-Insyirah, ayat 5)
(Surah Al-Insyirah, ayat 5)
Tepuk dada tanya selera. Lihatlah sekeliling kita...berbagai-bagai masaalah remaja menjadi penyakit remaja Islam. Malah mereka hanya nampak sahaja berugama Islam tapi mereka sangat rapuh dan terlalu senang tumbang hanya dijentik oleh musuh Islam. Malah mereka juga tidak sedar bahawa mereka telah diperkudakan oleh musuh dan akhirnya menjadi hamba golongan durjana.
Kita juga terkeliru dan menyangka anak-anak kita yang sudah berjaya dengan cemerlang di universiti dan berjawatan penting sudah selamat. Pemikiran mereka sudah dikawal sejak pertama kali mereka menduduki sistem pembelajaran di sekolah dan pegangan mereka sudah utuh hingga mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka hanya bermimpi di dunia yang sementara dan kecundang di depan Allah. Rata-rata menjadikan "duit" sebagai tuhan samaada mereka sedar atau tidak. Sampai bila pun kita tak akan cemerlang gemilang seperti sepatutnya seorang muslim sebenar di atas muka bumi ini.
Andai bangsa Cina yang datang ke tanah air dulu begitu yakin akan "homeschool" hingga mereka menguasai perniagaan di Malaysia sekarang, mengapa tidak kita yang bertuhankan Pencipta Yang Maha Agung? Pertolongan Allah kepada kita pasti lebih dekat dari mereka sekiranya kita berusaha dengan tepat dan bertawakkal.
SENARIO FCUHOMESCHOOLING
Mereka mempunyai banyak masa untuk berkreatif...
Pembelajaran yang santai dan menyeronokkan..
Segala pembelajaran adalah berdasarkan kesediaan anak-anak kita. Kita lebih mementingkan pengisian yang berkualiti dari kuantiti.