Antara pembelajaran yang sangat di titik beratkan dalam FCUHOMESCHOOLING adalah bacaan dalam sembahyang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan sembahyang. Kalau dahulu, sememangnya kami banyak bersandarkan pada pelajaran agama yang diajarkan di sekolah. Ruang masa di rumah banyak dihabiskan untuk kerja-kerja sekolah dan juga ulangkaji pelajaran sebagai persediaan ujian bulanan dan peperiksaan semester. Memang terasa terkilan kerana tidak ada ruang masa yang cukup untuk memastikan keperluan fardhu ain anak-anak.
"Detik masa berlalu tapi adakah sudah lengkap farhu ain anak-anakku?" Terasa berat dan resah dalam hati mengenangkan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan nanti. Sudah cukupkah bekalan anak-anak untuk mengharung lautan kehidupan yang sentiasa mendorong ke arah nafsu yang bawa kecundang.
Shukur ke hadrat Ilahi, semenjak homeschooling ni.....memang bacaan dalam sembahyang ini dapat diperkemaskan dari masa ke semasa. Kita sebagai tenaga pengajar juga dapat check bacaan kita dan membuka ruang untuk terus meneroka kelebihan solat dalam kehidupan kita seharian.
Islam meletakkan solat pada tempat yang teramat tinggi dan teramat mulia.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
-“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya”
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
-“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya”
Hadis riwayat Baihaqi.
-“…dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan”
Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.
Satu lagi sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:
“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”
Begitu besar peranan solat dalam hidup kita. Dalam kehidupan kita seharian pun kita boleh nampak dengan jelas bagaimana solat mencorakkan keluarga yang mendirikan solat di bandingkan dengan keluarga yang tidak mendirikan solat atau mengambil ringan, kadang-kadang buat dan kadang-kadang tak.
Cahaya iman jelas dapat dilihat di raut wajah mereka yang mendirikan solat dengan sempurna. Rumah mereka juga melantunkan aura gemilang dan barang siapa yang berada di dalamnya pasti dapat merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan. Sekiranya mereka yang bertandang pun dapat berkatnya , apatah lagi para penghuninya? Bahagialah mereka yang beroleh hidayah, taufik dan aniayah dari Allah. Marilah kita berdoa agar kita semua termasuk dalam golongan ini. Amin.
********************************
DOA IFTITAH:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
AL-FATIHAH:
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
AL-IKHLAS:
AL-LAHAB:
1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.
4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.
AN-NAS:
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
BACAAN KETIKA RUKU':
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
BACAAN I'TIDAL:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
BACAAN KETIKA SUJUD:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
BACAAN KETIKA DUDUK DIANTARA 2 SUJUD:
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
DOA QUNUT (SOLAT SUBUH):
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥