TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 9 Ogos 2010

A LETTER TO MINISTRY OF EDUCATION


(GUIDANCE CORNER)

Apabila tercetus hasrat untuk buat homeschooling, kami buat research di internet untuk mengetahui cara yang betul agar tidak melanggar undang-undang. Untuk mereka yang ada hasrat buat homeschooling, bolehlah tengok contoh surat yang kami hantar ke Kementerian Pelajaran dan semoga ianya dapat membantu.




Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk memohon buat homeschooling. Selepas menghantar surat   berdaftar, kita akan menerima panggilan dari pihak kementerian. Mereka akan inform kita bahawa mereka akan buat lawatan mengejut untuk mempastikan homeschooling yang kita buat ini tidak mengabaikan pendidikan yang wajib terutamanya kepada pelajar sekolah rendah. Baguslah tu...Ini bermakna mereka menitik berat akan keperluan anak-anak kita. Memang kami berbesar hati untuk menerima kunjungan mereka tetapi....hingga ke saat ini tidak nampak bayang mereka pun. Selepas itu kami inform pihak sekolah dan buat surat berhenti sekolah. Itu sahaja yang perlu dibuat dan hingga kini, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik.

Mulai saat itu...kita bertanggung jawab penuh ke atas pendidikan anak-anak. Buatlah yang terbaik dan sentiasa minta bimbingan dari Allah. Sebenarnya kami sudah memulakan homeschool anak-anak sejak tahun 1980 lagi seperti dalam entri  MENGAPAKAH PERLU HOMESCHOOL? Namun baru kini kami membuat catitan terperinci mengenainya. Setelah hampir tiga tahun menjadi guru dan juga guru besar kepada FCUHOMESCHOOLING iaitu sejak 2010 hingga 2012 (segala kurikulum adalah kita yang tentukan), kami punyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi oleh para ibubapa yang ada keinginan untuk menentukan corak kehidupan anak-anak mereka. Kata pepatah: "Kalau nak lenturkan buluh, hendaklah dari rebungnya".

Segala pujian hanya buat Allah.
Wasallam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...