TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 16 Ogos 2010

MELAHIRKAN SI TANGGANG........

 (GUIDANCE CORNER)



KESUNYIAN dan kesedihan menjadi teman kepada penghuni rumah penjagaan warga emas.


SERDANG - Kebanyakan ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan dan penjagaan yang terbaik.
Namun, nasib yang sama belum tentu diterima ibu bapa. Apabila usia mereka mula meniti senja, mereka dilupakan begitu sahaja..........(SEDUTAN DARI AKHBAR KOSMO)

Terkedu...hiba dan sedih. Itulah perasaan mereka yang tahu akan tanggung jawab anak terhadap kedua-dua orang tua mereka. Orang Melayu yang paling ramai menjadi SI TANGGANG!! Kemanakah pergi segala ajaran Islam yang diterapkan sejak dari kecil lagi?


REKOD BAGI TEMPOH EMPAT TAHUN BERTURUT-TURUT (2007-2010)
Warga emas Melayu yang ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua-----3,864 orang.
Warga emas Cina yang ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua -------2,591 orang.
Warga emas India yang ditempatkan di rumah-rumah penjagaan orang tua-------1,905 orang.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh beberapa pensyarah Instutut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), bilangan warga emas akan mencapai jumlah 2.2 juta menjelang tahun 2020.

Boleh anda bayangkan berapa ramai lagi bilangan orang melayu yang bakal bergelar SI TANGGANG??
Masaalah ini perlu ditangani bersama dengan segera sebelum bala petaka menimpa kita semua.Apabila seorang anak "membuang" ibubapanya, kelak dia juga bakal "dibuang" oleh anak-anak yang sedang dia tatang bagai minyak yang penuh ketika ini. Ini adalah fitrah alam dan balasannya adalah berganda dari apa yang kita lakukan kepada kedua orang tua kita. Anak-anak kita "belajar" lebih pandai dan lebih kreatif dari kita. Bolehlah kita bayangkan di manakah kita kelak akan terlantar di hari tua....

Hasil penyelidikan menyatakan bahawa anak-anak menjadikan ibu bapa yang sudah tua sebagai "korban" pengawalan perbelanjaan keluarga masing-masing.

 Tak perlu kita menuding jari mencari kesalahan siapa. Ambil penyelesaian asas iaitu pendidikan anak-anak kita. Adakah kita telah mendidik anak-anak kita seperti yang dituntut oleh Allah? Kebanyakan dari kita menyerah bulat-bulat kepada pihak sekolah. Mampukah pihak sekolah menangani soal "kerohanian" anak-anak kita yang kita serah dari kecil tapak tangan hinggalah mereka mencecah remaja dan seterusnya ke menara gading.Kita menjadi "rakus" dengan kejayaan demi kejayaan akademik anak-anak kita
tanpa kita menilai rohani mereka yang terus gersang menunggu pupus. Apa yang kita nampak adalah masa depan yang cemerlang apabila anak-anak kita mula bekerja dengan gaji yang tinggi. Kita bayangkan kita juga kelak akan turut merasa apabila menjelang hari tua. Selalu orang berkata"Senanglah dia...anak-anaknya bergaji besar"

Jika kita teliti dengan sehalus-halusnya, sebenarnya kita yang mementingkan diri. Kita jadikan anak-anak kita "korban" untuk kesenangan hari tua kita. Nama siapa yang naik bila anak-anak berjaya cemerlang?Siapa yang rasa bangga hinggakan orang lain yang melihat juga menyimpan impian. Kitalah....Ibu bapa kepada anak-anak!!

Memang ada anak yang membeli rumah besar, kereta dan sebagainya sebagai membalas jasa orang tua mereka. Berlandaskan contoh yang kian hari kian pupus inilah kita terus bermimpi dan "mengasak" anak-anak untuk terus berjaya dalam pelajaran mereka dan terus mengabaikan rohani anak-anak. Tidak hairanlah ramai mereka yang dikira berjaya ini membuang orang tua mereka kerana tidak cukup perbelanjaan.

Kata orang.."Lagi besar periuk, lagilah besar keraknya"..Mana nak bayar orang gajinya kerana isteri juga bekerja, mana nak bayar dua kereta besar kerana suami isteri bekerja di tempat yang berlainan, mana nak bayar rumah yang tersergam indah, mana nak bayar persekolahan anak-anak yang berderet tuitionnya kerana nak dapat keputusan cemerlang....Mereka tersepit dengan gaya hidup masa kini yang serba canggih dan akhirnya....orang tua terpaksa di ketepikan demi tidak mahu bergaduh dengan pasangan hidup masing-masing.

SALAH SIAPA?? 
JERAT MEMAKAN TUAN. 
BALASAN KE ATAS KERAKUSAN KITA SENDIRI. 
SAMA-SAMA KITA RENUNGI KEBENARANNYA.

DEAR READERS!! 
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE. 
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...