FCUHOMESHOOLING COOKING CLASS
Kari ikan memang sedap dan kami sekeluarga memang penggemar masakan ini. Dalam sebulan, mesti buat sampai tiga hingga empat kali. Nampak senang tetapi kalau tidak kena cara pembuatannya, kari ikan itu tidak akan sedap. Kesedapan kari ini memang boleh jadi satu nostalgia dalam kehidupan kita. Masih lagi terasa kesedapan kari ikan haruan yang disediakan oleh arwah emak di kampung. Setiap kali musim tengkujuh, air sungai akan melimpah dan memang senang menjala ikan sungai. Yang paling best ialah bila banjir di bendang surut airnya. Wah! cukup senang nak tangkap ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan keli dan ikan sepat. Oleh kerana terlalu banyak, kami bela ikan-ikan ini di dalam tempayan bawah rumah. Bila nak makan, ambil penyauk dan cedok sahaja dalam tempayan. Memang indah memori itu dan kini tiada lagi.....
ikhsan google
Beginilah berderetnya tempayan yang berisi ikan air tawar. Setiap tempayan
menyimpan jenis ikan yang berlainan. Pokok kiambang diletak
dipermukaan tempayan sebagai penghalang ikan-ikan itu dari melompat
keluar dan juga sebagai sumber makanan. Ikan-ikan air tawar
ini suka makan akar pokok tersebut.
Pokok mempelam ini sering berbunga luar
dari musim mempelam. Memang banyak jasanya.....
Pokok mempelam ini masih lagi dapat diselamatkan. Kami terpaksa mencantas bahagian bawah untuk membina rumah. Walaupun hanya tinggal bahagian pucuk sahaja, pokok mempelam ini masih dapat berjasa kepada kami sekeluarga. Lihatlah bunganya memenuhi ruang yang ada. Dari pelantar tingkat dua rumah yang sedang dibina, dengan senang sahaja dapat mengait buah mempelam ini. Kali ini buahnya kami rampai ke dalam gulai kari ikan kembung !
Resepi Kari Ikan Kembung:
-Ikan kembung atau apa sahaha jenis ikan asalkan segar. Kuantitinya terpulang kepada kegemaran kita makan ikan dalam kuah. Lagi banyak ikan, lagi sedap rasa kuah kari.
-6 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair.
-3 labu bawang besar dicincang dan diblend halus dan disejat air lebihannya.
-Perahan asam jawa ikut suka masamnya.
-2 biji cili besar warna merah
-2 biji tomato
-250 gm serbuk kari ikan kegemaran anda.(saya selalu guna cap Babas bila malas nak buat sendiri)
Bahan tumis:
-5 tangkai daun kari
-10 buji cili padi yang diketuk tapi tidak sampai pecah-pecah. Tujuannya hanya untuk ambil rasa dan bau cili padi dan bukan kepedasannya.
-2 inci halia ditumbuk halus atau dicincang halus
-5 ulas bawang merah dimayang nipis
-4 ulas bawang putih dimayang nipis
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih
-5 biji buah pelaga
-2 inci kulit kayu manis.
-1 sudu teh jintan manis
-1 sudu teh jintan putih
-1 sudu teh halba campur
-0.5 sudu teh biji sawi
-0.5 sudu teh biji sawi
-0.5 cawan minyak masak
Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan di atas hingga wangi dan agak garing.
2) Masukkan bawang besar yang sudah di sejat airnya. Goreng hingga garing dan berbau harum. Oleh kerana kita dah sejat airnya, bawang ini cepat garing dan menyenangkan kerja.
3) Masukkan serbuk kari ikan dan goreng hingga betul-betul masak serbuk karinya. Sekiranya minyak terlalu kering, boleh tambah sedikit demi sedikit hingga cukup untuk menumis. Air lebihan tapisan bawang tadi dimasukkan sedikit demi sedikit. Api juga hendaklah sederhana agar kari yang ditumis tidak rentung. Elakkan tinggal masakan dalam masa yang lama kerana kari yang sudah berbau hangit sudah tidak enak dimakan. Memang mengambil masa yang agak lama dalam proses menumis serbuk kari. Hanya serbuk kari yang benar-benar masak sahaja akan menghasilkan gulai kari yang enak.
Antara bahan-bahan yang digunakan
Bahan tumis yang telah siap di manyang dan ditumbuk.
Bawang besar ini di bled dengan air yang sedikit. Selepas
itu ditapis airnya ....
Bawang besar ini ditapis airnya agar cepat garing bila ditumis.
Air tapisan tersebut boleh digunakan kemudian dalam masakan ini.
Kita juga boleh tumbuk hingga lumat bawang besar ini sekiranya
tidak mahu blend.
Bau harum rempah yang ditumis mula menular keseluruh ruang rumah.
Perut mula rasa lapar!
Proses menggaringkan rempah kari ini memang ambil masa
yang agak lama tetapi berbaloi.
4) Masukkan santan pekat. Apabila kuah masih tidak cukup, boleh masukkan pula santan cair tadi.
5) Masukkan terung dan mempelam muda. Apabila hampir empuk, masukkan kacang panjang dan cili besar yang dipotong memanjang. Masukkan perahan asam jawa, garam dan gula.
6) Masukkan ikan dan kepingan tomato. Kecilkan api dan biarkan ikan dan tomato masak. Selepas nampak minyak mula terapung dipermukaan kuah, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
Sayur bendi juga sesuai untuk dirampaikan dalam gulai kari
Dah siap.....
Hidangan kari ikan ini boleh dihidang bersama sambal belacan, ikan goreng dan petai bakar. Memang best!
FCUHOMESCHOOL INFO:
Kelebihan Serbuk Kari Untuk Kesihatan
- Serbuk kari ada curcumin, sejenis anti-oksidan yang boleh mengurangkan sakit sendi.
- Curcumin juga dapat mengurangkan risiko kanser.
- Kari juga dapat mengelakkan penyakit Alzheimer. Kehadiran Curcumin dapat membuang lebihan protein pada otak yang merupakan punca Alzheimer.
- Satu kajian mendapati orang yang selalu makan hidangan mengandungi kari lebih cemerlang dalam ujian memori.
- Curcumin sangat berkesan merawat penyakit seksual seperti gonorrhea dan chlamydia
Curcumin is an extract from the tumeric.
Curcumin Benefits
- has antiseptic and antibacterial properties, is useful for disinfecting wounds and burns,
- is an excellent way to prevent prostate cancer, with pre-existing prostate cancer, curcumin prevents its further growth,
- prevents the growth of breast cancer,
- is a natural prevention of melanoma: kills cancer cells and prevents their further growth,
- reduces the risk of childhood leukemia,
- cleanses the liver in a natural way,
- can prevent or stop the progression of Alzheimer’s disease (destroys clusters of amyloidosis in the brain), proven to reduce brain aneurysm symptoms,
- prevents the growth of metastases in many cancers,
- natural painkiller,
- regulates metabolism and helps in weight loss
- has long been used in China as a remedy for depression,
- because of its anti-inflammatory properties a natural remedy for arthritis and rheumatism,
- the results are excellent on treatment of thyroid cancer,
- curcumin accelerates wound healing and quickly restores the injured skin,
- helps in the treatment of psoriasis and other inflammatory skin diseases