(GUIDANCE CORNER)
MENCERAP BINTANG TANGGAL 13 OGOS 2012
Sudah hampir 3 bulan aktiviti mencerap bintang dilakukan sebelum subuh. Selepas sahur, kami solat tahjud dan witir sekali. Ada banyak lagi ruang masa sementata menunggu solat subuh. Biasanya kami hanya bersantai di depan jambatan gantung. Memang selesa melabuhkan punggung keatas birai jambatan sambil mendongakkan kepala ke langit luas. Kami jarang ke atas bumbung tempat khas mencerap bintang. Mungkin fakta terpaksa memanjat dalam gelap (kerana elektrik masih belum disambung ke rumah baru itu) membuat kami memilih ruang di atas jambatan walaupun terpaksa berdepan dengan gangguan cahaya dari lampu rumah jiran yang mampu mengaburkan pemandangan langit.
Tetapi tanggal 13 Ogos, kami terlambat sedikit bangun sahur dan aktiviti yang biasa dilakukan tak
tertunai. Selepas solat, Seperti biasa, Hafidz akan turun meredah kelam subuh sambil meronda-ronda di sekitar perkampungan nelayan. Begitulah cara dia menghabiskan wirid pagi sambil menikmati keindahan mentari terbit di pantai bakau. Di samping lampu suluh, dia berbekalkan sebuah kamera untuk merakam apa-apa yang menarik di sepanjang rondaan itu. Tak semena-mena dia menarik tangan ku untuk ke taman tanpa memberi apa-apa sebab. Aku hanya mengikut sahaja kerana hati meneka tentu ada sesuatu yang hendak ditunjukkan oleh Hafidz. Memang tepat sekali tekaanku...Tertera satu pemandangan BULAN DIPAGARI BINTANG bergemerlapan di langit subuh 25 RAMADHAN 1433 HIJRAH. Khabarnya untuk melihat pemandangan ini sekali lagi, kita mesti menunggu tanggal 2026 kelak.
Art illustration: pemandangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini
Inilah pemandangan yang diizinkan Allah dapat dirakam oleh kamera kami. Sungguh teruja bila tahu bahawa pemandangan seperti ini hanya akan dapat dinikmati pada 2026. Ini bermakna 14 tahun dari sekarang dan Hafidz sudah berusia 27 tahun. Cukup bersyukur kerana dapat nikmatinya sekarang dan semoga Allah izinkan untuk melihatnya lagi pada 2026 nanti. Kedudukan sebenar adalah seperti gambar dibawah. Oleh kerana terpaksa adjust kedudukan kamera, dapatlah gambaran seperti diatas.
Gambaran yang lebih jelas dari http://www.facebook.com/search/results.php?q=falak&init=quick&tas=0.9111548640126921
PENERANGAN BERPANDUKAN GAMBAR DI ATAS:
Pandukan arahan di bawah dengan gambarajah yang telah disediakan.
1.Tulisan Putih menunjukkan nama bintang, planet dan bulan.
2.Tulisan Coklat serta garisan-garisan yang membentuk bulatan tu, menunjukkan kawasan Buruj-buruj tumpuan pagi ni.
3. Garisan Purple, menunjukkan Arah pandangan yang kita harus ikut (refer kepada arahan di bawah nanti)
Jom kita mula!
Mula pada BULAN.
Dari BULAN, naik ke ATAS (tengok arrow warna purple). Kita akan bertemu dengan MUSYTARI.
Kemudian, kalau dari MUSYTARI, kita sambung ke ATAS lagi, senget sikit ke KIRI, kita bertemu dengan Gugusan bintang SEVEN SISTERS (ingat lagi kan kat depa?)
Dari MUSYTARI, ke KANAN SIKIT darinya, akan nampak sebiji bintang terang warna merah, itu ialah ALDEBARAN.
Semua depa di atas ni , berada dalam buruj TAURUS.
OK, sekarang kembali ke BULAN.
Dari BULAN, arahkan pandangan ke KIRInya. Kita akan jumpa dengan sebuah bintang terang warna putih-putih sikit. Itu ialah bintang CAPELLA. Kawasan tu ialah kawasan buruj bernama AURIGA.
Kembali ke BULAN.
Dari BULAN, arah pandangan anda ke BAWAH sikit. Akan bertemu dengan planet ZUHRAH. Memang tak akan miss, padal Zuhrah-lah yang paling terang di situ (selain Bulan lah).
Dari ZUHRAH, turun ke arah KIRI BAWAH (lower left). Kita akan jumpa 2 buah bintang yang sama terang. Itulah bintang CASTOR (yang sebelah kiri) dan POLLUX (yang kanan). Depa berdua ni dok dalam buruj GEMINI.
Kembali ke BULAN.
Dari BULAN, pandang ke arah KANAN nya. Kita akan jumpa dengan buruj ORION. Semua orang kenal buruj ni, pasal susunan nya cantik. Dan ada 3 deretan bintang sama terang di tengah-tengahnya.
Sementara di ORION ni, jangan lupa tengok bintang BETELGEUSE yang berwarna merah garang pada PENJURU KIRI BAWAH, dan bintang RIGEL, berwarna putih di PENJURU KANAN ATAS.
Dari ORION juga, dan pandang arah deretan 3 bintang di tengah-tengah dia tu, buat garisan dan unjurkan ke KANAN BAWAH… kita akan bertemu dengan bintang paling cerah di langit, iaitu SIRIUS. Sirius ni dok dalam sebuah buruj bernama CANIS MAJOR.
source: http://www.facebook.com/search/results.php?q=falak&init=quick&tas=0.9111548640126921
PERKEMBANGAN ASTRONOMI
Bidang ilmu ini diperkenalkan kepada anak-anak setelah kami mula homeschool. Setakat ini, Hafidz sudah mahir menceritakan kedudukan buruj dan planet di langit setiap kali kami buat aktiviti mencerap bintang. Malah dia lebih cepat menangkap kedudukan buruj-buruj ini dari saya sendiri. Konsep pembelajaran homeschool kamai dimana ibubapa hanya sebagai pencetus kepada anak-anak memang sangat berkesan. Dorongan dan sokongan dari ibubapa umpama bara api yang seterusnya akan menjadi unggun yang terus menyinari hidup anak-anak. Kita akan terkejut dengan penerokaan anak-anak kerana pencapaian mereka lebih jauh meluas dari apa yang kita ajar. Memang berlainan dengan konsep pembelajaran di sekolah dimana segala ilmu adalah dari buku teks dan guru yang mengajar berlandaskan peperiksaan. Anak-anak tidak bebas dalam penerokaan dan seringkali terhenti kerana menghafal apa yang bakal dijawab dalam peperiksaan. Sistem sebegini memang mematikan ilmu yang dipelajari dan akhirnya ilmu yang dipelajari hanya setakat menjawab peperiksaan dan dilupakan setelah habis sekolah.
Berbeza dengan homeschool dimana ilmu itulah pencapaian sepanjang hidup. Anak-anak akan terus meneroka hingga ke liang lahat.