TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 3 November 2012

ASAM PEDAS MELAKA YANG TERANGKAT




Hidangan asam pedas memang sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan Indonesia hinggakan untuk pastikan dari mana asal usulnya juga tidak dapat satu kepastian. Sepanjang perjalanan dalam Penjelajahan Seluruh Malaysia, kami banyak menikmati hidangan asam pedas di perbagai negeri yang di singgah. Antara yang terkenal ialah asam pedas utara, asam pedas Melaka dan asam pedas Johor. Ketiga-tiganya mempunyai rasa yang berbeza walaupun rasa asasnya ialah masam dan pedas. Walaupun kami berasal dari utara Malaysia, namun penangan asam pedas Melaka memang susah untuk dilupakan. Keunikan rasanya telah menambat hati keluarga kami untuk menjadikannya salah satu hidangan kegemaran setiap minggu. Resepinya dijadikan pembelajaran dalam cooking class homeschool kami.



FCUHOMESCHOOLING COOKING CLASS



RESEPI:

Bahan 1:
-1 hingga 2 biji tomato di potong empat.

-Asam jawa sebesar saiz telor ayam grade A. Rendam seketika dalam secawan air agar semua kemasamannya dapat kita perolehi. Kuantitinya terpulang kepada kemasaman selera masing-masing.

-Daun kesum (Ikut suka hati tetapi jangan terlalu banyak kerana asam pedas kita akan rasa agak pahit)

-2 batang serai sederhana besar.

-4 kuntum bunga kantan (Cari yang belum mekar kerana tidak akan relai  dalam kuah)

-10 batang kacang bendi (ikut suka hati)

-15 biji cili api ditumbuk separa lumat dan ditambah sebelum ditutup api sekiranyan tidak cukup pedas.


Bahan 2:

-1 sudu makan serbuk jintan manis

-1 sudu makan serbuk jintan putih

-1 sudu makan serbuk lada hitam

-1 sudu makan serbuk kari daging ( Jangan terlebih sebab akan effect rasa nanti...)
(Kesemua bahan di atas akan dimasukkan bersama cili kisar sebaik bawang besar kisar sudah harum dan agak-agak garing )



Bahan blend A :

-3.5  labu bawang besar (diblend halus dengan air sedikit dan tapis airnya. Air tapisan itu dimasukkan ke dalam blender bersama cabai kering yang telah direbus. Tujuannya adalah agar kita tidak mengambil masa yang lama untuk menggaringkan bawang besar kisar ini)


Bahan blend B:

-35 biji cabai kering (Dibuang biji dan direbus hingga lembut. Disamping berperanan memberi kepedasan, cili kering yang sudah di kisar akan memekatkan kuah secara natural dan sedap)

-15 biji cili api

-1 inci halia yang lebarnya juga 1 inci

-1 inci lengkuas yang lebarnya juga 1 inci

-2 ketul belacan. Setiap satu ketul sebesar telor puyuh (bakar terlebih dahulu hingga bau harum)


Bahan tumis:
-1 sudu teh halba

-1 sudu teh biji sawi

-1 sudu teh jintan putih

-1 sudu teh jintan manis

-3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar sahaja)


Cara memasaknya:
1-Kesemua bahan tumis di atas ditumis hingga agak garing (Awas jangan terlebih garing kerana bawang putih akan pahit). Bila sudah harum, masukkan bahan blend A. Tumis hingga warna bawang kekuning-kuningan. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.

2-Masukkan bahan blend B bersama 1 sudu besar serbuk kari daging, 1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar jintan manis dan 1 sudu besar serbuk lada hitam. Semua ini ditumis hingga betul-betul garing(pecah minyak) hingga cabai kering itu masak .

3-Masukkan air asam jawa, daun kesum dan juga bunga kantan yang dibelah dua. Bunga kantan itu jangan dibelah 4 kerana bunganya akan gugur dan membuat kuah kita tidak cantik.

4-Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5-Biarkan mendidih dan mereneh segala haruman daun kesum dan bunga kantan.

6-Apabila rasa dah cukup sedap barulah masukkan ikan dan tomato yang sudah dipotong baji. Tiga minit kemudian, masukkan pula kacang bendi dan rasa keseimbangan rasa asam pedas sekali lagi kerana rasa masin akan berkurangan setelah kita masukkan ikan, tomato dan bendi. Kemudian terus matikan api agar bendi tidak terlalu lembik. Bendi yang rangup sangat sedap rasanya dibandingkan dengan bendi yang terlalu masak.

7-Jika tidak cukup pedas, boleh masukkan beberapa biji cili api yang ditumbuk kasar sebelum ditutup api.


Tips penting:
-Kalau bubuh daun kesum dalam kuantiti yang agak banyak, sebaik sahaja masak asam pedas, terus pindahkan daun kesum ke bekas lain sebab daun kesum akan merubah rasa asam pedas bila biar terendam dalam kuah. Rasa akan jadi sedikit pahit bila biarkan daun kesum terus berada dalam periuk. Kalau tak mahu bubuh pun tak apa dan diganti dengan beberapa tangkai daun kari

-Serai juga perlu di pindahkan dari periuk apabila sudah rasa asam pedas sudah cukup sedap kerana ia juga akan merubah rasa asam pedas bila dibiarkan terendam lama.

-Bunga kantan tidak perlu dipindahkan kerana ia tidak akan merubah rasa kuah jika terendam lama dalam kuah.



STEP BY STEP FOR FCUHOMESCHOOLING STUDENTS WITH LUV


Inilah antara bahan-bahan yang digunakan dalam resepi asam pedas Melaka




Ikan kembung ini baru saja sampai dari laut. Masyaallah ! Sangat segar dan masih 
diseliputi dengan lendir ketika bersiang. Bila dibeli dari nelayan yang baru sampai 
di pantai, harganya baru RM5 sekilo. Ikan yang sama akan berharga RM10 sekilo 
apabila kita beli di pasar.


Ini adalah bahan tumis yang membezakan asam pedas Melaka dari asam pedas lain.  
Keharuman biji selasih, jintan manis, jintan putih, bawang putih dan halba yang 
ditumis garing sungguh harum dan menjadi asas kepada rasanya yang lazat itu.



Setelah rempah-rempah agak garing barulah dimasukkan bawang putih yang ditumbuk itu. 
Kita perlukan rempah yang garing(bukan hangus) dan bawang putih yang separa garing. 
Bawang putih yang garing akan menyebabkan rasa pahit pada masakan dan akan 
menjejaskan rasa asam pedas. Sangat penting untuk menumis dengan api yang 
sederhana sahaja dan sentiasa dikacau.




Halia, lengkuas, cili api dan belacan yang dibakar terlebih dahulu adalah satu
 gabungan yang menakjubkan. 


Bawang besar diblend bersama dengan bahan di atas hingga
betul-betul halus dan ditapis. Tujuan utama proses ini adalah
untuk mempercepatkan masa menumis bawang ini.
Bawang ini perlu ditumis hingga benar-benar garing
benar-benar garing dan harum. Air tapisan bawang tersebut hendaklah
 dimasukkan ke dalam cabai kering yang akan diblend kelak.



Cili kering perlu direbus terlebih dahulu sekiranya kita tidak mahu asam pedas yang
terlalu pedas. Cili kering ini akan memekatkan kuah asam pedas.





Serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam adalah 
antara rempah yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan. 
Pasti sekali hidangan asam pedas Melaka sangat baik untuk 
kesihatan keluarga.



Setelah menggunakan segala bahan yang terbaik buat kesihatan, proses menumis 
rempah ratus asam pedas ini melengkapkan segalanya. Kelazatan asam pedas tumis 
Melaka ini sangat bergantung kepada cara kita menumis rempah ratusnya. 
Kita mesti pastikan segala bahan ditumis dengan api yang sederhana 
hingga benar-benar garing. Air ditambah sedikit 
demi sedikit sepanjang proses ini.


Inilah hasilnya ...Asam pedas Melaka yang memang lazat lagi terangkat. Berbagai jenis ikan boleh digunakan asalkan segar. Selain bendi, kita juga boleh gantikan dengan terung. Sekiranya kuah kita agak berminyak, boleh dibuang minyak yang lebih dengan menggunakan sudu sahaja. Kurangkan minyak dalam hidangan demi kesihatan anak-anak dan suami tersayang!!


INFO FCUHOMESCHOOLING



KHASIAT KUNYIT

Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.

Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.

Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.

Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.

Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.

Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.

Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid
       
Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan.

Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.

Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.

Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.

Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang.

  CARA MEMBUAT JUS KUNYIT
  • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
  • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..
Nota
Kebaikan kunyit jika dimakan buat ulam atau minuman memang sangat baik untuk mereka yang mengalami penyakit KANSER. Selain daun belalai gajah, Daun tujuh bilah dan banyak lagi herba2 lain, KUNYIT juga harus diamalkan sekali. Buatkan jus atau makan mentah atau lebihkan kunyit dalam masakan.
 

KHASIAT HALIA

-Menghilangkan rasa mual yang disebabkan oleh morning sickness, mabuk laut dan kimoterapi.
-Merawat masalah perut seperti angin dan kembung perut, cirit-birit, sakit perut dan masalah penghadaman.Merawat masalah respiratory seperti jangkitan saluran pernafasan, bronkitis dan batuk.
-Halia mentah digunakan untuk merawat malaria, gigitan ular, radang sendi (rheumatism dan arthritis) dan migraine dan sakit gigi. 
-Halia kering diguna untuk merawat sakit dada, sakit pinggang dan sakit perut.
-Menurut kajian University of Michigan, Gingerol, minyak volatile yang terdapat dalam halia, mampu membunuh sel kanser ovari.
-Kajian yang telah dibuat menunjukkan petanda radang kolon berkurangan dengan pengambilan halia.
-Melegakan kesakitan otot-otot, kejang dan segugut.
-Detoks dan pembakar lemak.http://www.gingerpeople.com/c/cat/health/post/Ginger-and-Fat-Burning/
-Mempunyai sifat-sifat anti-kanser, seperti juga hampir kesemua makanan dalam Al-Quran dan Sunnah.
-Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya dalam kitab perubatannya Medicine of The Prophet halia meningkatkan memori.


Jangan makan halia dalam kuantiti yang berlebihan . Oleh kerana halia ada keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah seseorang yang mempunyai bacaan yang normal mungkin akan mengalami tekanan darah atau kandungan gula yang terlalu rendah. Lebih baik mengambilnya sedikit setiap hari dengan konsisten. Seperti juga amalan ibadah dalam Islam, amalan dalam ilmu perubatannya perlulah dengan istiqamah.
Apabila mula mengamal halia sebagai rawatan, sedikit gangguan di perut seperti senak mungkin dialami. Teruskan makan tetapi kurangkan sedikit pengambilan halia, insyaAllah tindakbalas itu akan terus hilang dan perut dan lain-lain organ dan sistem tubuh akan terus dirawat.



RESEPI JUS HALIA LIMAU KASTURI/LIMAU NIPIS

  • Halia secukup rasa (terpulang, kalau nak rasa yang lebih pedas dan panas, perbanyakkan. Untuk saya, cukup sebesar ibu jari. Jangan lupa buang kulit kemudian hiris nipis-nipis)
  • 1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
  • air suam secukupnya
  • 3 camca kecil gula (kurangkan manis)
Cara penyediaan
1. Campurkan hirisan halia, limau kasturi / limau nipis dan air suam ke dalam jug atau bekas yang kecil.
2. Kacau gula sehingga larut di dalam cawan berisi air panas (air panas memudahkan gula terlarut).
3. Masukkan gelas yang berisi gula terlarut ke dalam bekas yang berisi halia dan limau kasturi itu tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Tambah ais sekiranya perlu (tidak digalakkan untuk mereka yang sedang berdiet, ais boleh membekukan makanan berminyak yang baru kita makan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...