TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 24 November 2012

MELATIH ANAK MAHIR MEMBACA DAN MENULIS


 (GUIDANCE CORNER)
Salam sejahtera kepada para ibubapa yang mengamalkan homeschooling , para pelajar homeschooling dan juga para pembaca. Semoga Allah sentiasa memberi berkat dan pertolongan kepada kita dalam mendidik anak-anak menjadi insan mulia di sisi Allah.

Corak pembelajaran homeschooling memang berbeza dengan persekolahan biasa. Kalau kita mengamalkan corak yang sama, memang rugilah kita dan malanglah anak kita. Itulah tujuan utama kita homeschooling anak kita. Mesti ada flexibility dalam pembelajaran yang tak dapat disediakan oleh persekolahan biasa. Kita kenal kebolehan dan kekurangan anak kita. Jadi di sinilah anak kita jadi sangat bertuah di bandingkan dengan rakan-rakannya.


Pendedahan anak-anak kepada homeschool sejak bayi lagi sangat penting. 
Mereka akan mencintai pembelajaran seharian dan menganggapnya sebagai 
permainan yang seronok.


 Dalam usia setahun, Alyssa sudah dapat mengikuti kelas bersama
kakaknya Afiqah. Alyssa kelihatan sangat bangga kerana dia sudah diiktiraf sebagai 
pelajar setaraf dengan Afiqah. Apa sahaja Afiqah miliki, dia juga mahu memilikinya. 
Perasaan setaraf ini akan membuat Alyssa jadi cepat matang dan
 berusaha untuk sebagus Afiqah dalam segenap perkara.


Alyssa sudah dapat memegang pensel dengan baik.

Ibubapa perlu kreatif. Kalau kita bukan seorang yang kreatif, kita boleh ambil idea-idea dari homeschooling blogger yang memang ramai bagai cendawan selepas hujan. Sejujurnya saya sendiri banyak mengambil idea dari blog homeschool lain samaada dalam ataupun dari luar negara. Idea-idea ini perlu diubah suai mengikut persekitaran kita dan perkembangan anak-anak.


Tidak semua anak-anak kita berminat untuk menulis awal. Namun begitu kita mempunyai banyak alternatif untuk anak-anak ini. Afiq (7) mempunyai keistimewaan lain walaupun tidak begitu berminat untuk menggunakan pensel. Dia begitu mahir menggunakan computer walaupun dalam usia yang muda. Minatnya yang mendalam kepada komputer ini dapat kita gunakan ke arah positive. Walaupun Afiqah sudah dapat menulis dengan baik seumur 5 tahun, prestasi Afiq tidak boleh dipertikaikan. Dia mahir menulis menggunakan key board. Di sinilah anak-anak kita yang mempunyai kebolehan yang lain dari kebanyakan kanak-kanak akan di salah nilai di sekolah biasa. Mereka dianggap lemah dan diletak dikelas belakang. Ketidakadilan ini akan menghantui personality anak-anak kita hingga ke akhirnya.

Walaupun Afiq tidak berminat untuk membaca diusia kecilnya, dia sangat berbakat dalam menguasai bahasa Inggeris. Ayat yang digunakan juga sangat lengkap dan berkualiti. Kebolehan ini juga mempunyai nilai yang tinggi dalam perkembangan seorang kanak-kanak. Pendek kata, setiap anak-anak mempunyai potensi mereka tersendiri dan cepat atau lambat bukanlah satu perkara yang penting kerana mereka mempunyai "masa" tersendiri dalam menguasai sebarang kemahiran.




CARA BERBEDZA TAPI MEMBUAH HASIL YANG SAMA
Masaalah mengajar anak-anak juga banyak. Maklumlah...anak kita dah tak ada saingan atau kawan yang boleh membuat mereka terpaksa buat latihan kerja. Pelajar sekolah biasa terpaksa menyiapkan homework untuk mengelak dari didenda. Mestilah tidak mahu asyik kena denda....rajin tak rajin, homework jalan....Kalau tidak malu pada rakan-rakan sekelas.

Belajar di rumah, kalau kena marah pun...tak apa kerana emak sendiri. Tak payah nak malu dengan sesiapa. Inilah masaalah utama. Kalau ibubapa tak pandai tangani...boleh jadi anak itu baca tak laju dan tulisan pun macam cakar ayam. Ibu pula mempunyai tugas yang banyak. Bukan setakat mengajar sahaja. Segala kerja rumah mesti dibereskan, maklumlah suri rumah sepenuh masa.

Untuk pastikan anak mahir menulis dan tulisan juga rapi dan cantik, saya pastikan dia memilih satu dari mana-mana berita di internet. Cara ini memastikan dia menulis setiap hari . Tak kiralah dari KOSMO atau METRO atau mana-mana berita yang dia suka. Kalau dulu dia tak berminat nak baca surat khabar. .Hasil dari latihan sebegini, saya dapati minatnya untuk membaca berita-berita kian bertambah. Selalunya aktiviti ini berlangsung ketika saya menyediakan breakfast atau mebuat sebarang kerja yang tiba-tiba mendatang. Dengan ini anak kita tidak perlu menunggu kita mengajar dan membuang waktu homeschooling. Setiap hari saya pastikan dia makin laju menulis dengan rapi. Setiap kali penulisan , waktu mula menulis dan akhir menulis mestilah dicatit. Dia akan dapat melihat kemajuan dari waktu yang tercatit dan cuba untuk mengambil masa yang lebih singkat setiap kali menulis. Selepas menulis, saya akan suruh dia cerita balik apa yang dia faham dari berita itu. Sekali gus, dapat latihan kefahaman. Memang hasilnya sungguh memberangsangkan dan dia juga  tak rasa tertekan kerana dia hanya meniru sahaja. Kalau suruh dia buat essay setiap hari untuk dapat kemahiran menulis, rasanya.....tertekanlah dia. Elakkan anak-anak tertekan kerana homeschooling sepatutnya seronok!!



Pembelajaran menulis dan membaca perlulah kreatif agar kanak-kanak tidak bosan. Proses ini tidak semestinya berlangsung di atas kerusi dan meja. Kebebasan dalam bergerak dan bermain sangat penting kerana kanak-kanak akan cepat bosan dan memberontak.


 
 Homeschool mengajar anak-anak untuk belajar dengan alam.
 Apa sahaja di sekeliling mereka adalah penuh dengan pembelajaran. 
Pantai luas terbentang bukan hanya untuk dinikmati sahaja.
Bagi mereka, pantai juga adalah
 sebuah papan tulis yang besar dan hebat.

Masing-masing orang akan mempunyai cara yang berlainan. Berkongsi cara akan membuat kita lebih maju dalam membentuk satu suasana homeschool yang produktif.

Wallahualam bi sawab.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...