TRANSLATE THE BLOG TO YOUR LANGUAGE
English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 22 November 2012

DEAREST PRINCESS ADELYN WITH LOVE.....



(GUIDANCE CORNER)

Dengan penuh kesyukuran atas nikmat dan limpah kurniaNya, FCUHOMESCHOOLING memperkenalkan pelajarnya yang paling muda iaitu Adelyn. Semoga Allah memberkati homeschooling kami yang kini sudah mempunyai enam orang pelajar iaitu Tajrid(17), Hafidz(13), Afiqah(8), Afiq(6), Alyssa(1 tahun 9 bulan) dan Adelyn(2 bulan).




NUR ALYSSA SAYANG NUR ADELYN

Kedua-dua puteri ini mempunyai nama yang mempunyai erti yang sama dalam bahasa yang berlainan.
Kedua-duanya bererti "Noble Kind and Noble Bright". Alyssa adalah bahasa Greek dan Adelyn pula bahasa Jerman. Semoga mereka terpanggil untuk menguasai bahasa Greek dan Jerman apabila mereka besar. Seterusnya menyampaikan kebenaran kepada masyarakat Greek dan Jerman agar dapat mengenali Allah dengan sebenar-benar kenal. Maha suci Allah yang menjadikan segala jenis bahasa dan bangsa yang berbagai dalam dunia ini. Allah menyuruh kita bergaul dan mengenali segala kelainan ini agar kita dapat merasai segala kebesaran Ilahi.

FCUHOMESCHOOL sangat menekankan penguasaan lebih dari satu bahasa di kalangan para pelajarnya. Setakat ini pelajarnya didedahkan dengan bahasa Malaysia dan Inggeris sejak dari kecil lagi. Adalah cita-cita kami agar pelajar kami juga mahir dalam bahasa Arab sebagai bahasa ketiga mereka. Alhamdulillah...FCU adalah satu keluarga yang besar dan sangat rapat antara satu sama lain. Ada antaranya sedang belajar bahasa Jerman, Korea, Mandarin dan Arab. Ini adalah pilihan masing-masing dan kami sebagai ibubapa sangat menggalakkan segala kelainanan ini.


Perbezaan umur mereka sungguh rapat dan Alyssa kini sudah dapat menerima hakikat bahawa dia telah menjadi "big sister" dalam usia yang masih muda. Pada peringkat awal, sememangnya kehadhiran Adelyn sangat mengejutkan Alyssa. Tidak disangkanya, baby yang berada dalam rahim bundanya benar-benar wujud dan berada dalam pangkuan bunda. Sebelum ini, dia sering mencium perut bundanya dan memanggil "baby". Mungkin pada pemikirannya...ini adalah satu permainan.

Riak mukanya berubah bila pertama kali melihat melihat bundanya meriba Adelyn. Terus dia berkata "put..put..." dan "down...down...".








Ketika majlis bercukur. Dengan penuh kasih sayang GrandWan 
memotong rambut Adelyn yang sedang nyenyak 
dalam pangkuana bunda tercinta.






Betapa sayangnya Alyssa terhadap adiknya Adelyn. Adelyn cukup bertuah mempunyai seorang 
kakak yang menyayangi dan menjaganya walaupun kakaknya masih kecil.



Ketawa manis Adelyn dalam pelukan bunda yang bahagia



Seronok sungguh Alyssa mempunyai seorang adik perempuan. Tidak lama lagi mereka akan nampak sebaya kerana perbezaan umur yang sedikit sahaja(19 bulan). Kehadhiran Adelyn akan menceriakan lagi suasana pembesaran Alyssa. Persahatan yang akan berterusan hingga ke akhirat dan dalam perlindungan Allah. Raut wajah Alyssa banyak mengikuti ayahanda manakala raut wajah Adelyn pula mengikuti raut wajah bunda yang berketurunan Monggolia. Perbezaan ini mengindahkan lagi warna warni di FCU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...