September is a real birthday celebrating month in FCU. We are altogether 11, and include our parents, birthday cakes are being baked almost everY months of the year. In September, my mom baked 3 chocalate cakes for 3 of us to celebrate. Yes, everybody loves chocolate cake!!!
Today is my birthday (19.9.1999) . Yesterday was my brother Nur Muhammad's birthday and the day before yesterday was my brother Nur Ahmad's birthday. We are virgo and have nearly same personalities. Have a big family is great and fun. I really feel grateful and all the praise just to Allah, The Mighty God.
The Virgo man is an intellectual, often with sharp memory with keenness
for details that is especially crucial in cognitive activities. His
level of independence is difficult to duplicate because his intellectual
capacity and imaginative and creative nature allows him to get many
things done himself. Reliability, dependability, responsibility and
accountability are significant personal and professional characteristics
of the Virgo man making him an ideal employee, a good business partner,
or simply a trusted spouse or partner.
All what we have to do is being positive and believe that nothing is possible with God willing.
Hot and crispy chicken chops, homemade potatoes breads, soft and yummy doughnuts, creamy black paper mash potatoes, moist steam chocolate cake and lemonade are more than enough for the celebration. Thanks to Allah, thanks to my parents and to all.
Three candles for the trios. It is time to blow the light of the past and pray for the
best to the present and future life. Today is better muslim than yesterday
and tomorrow will be even better. Amin
Chicken chop is my favourite. A good chicken chop is the one with juice
inside but has a crispy coating. Eating while it is hot will make
you appreciate every single bite because it is so good....and delicious.
Just within a few minutes, almost all the chickens gone.
Everybody loves to eat in front of tv or computer.
Just make sure you don't mess up the food on the table.
( GUIDANCE CORNER )
Esok adalah harijadi Hafidz. Sebaik sahaja selesai solat Isya', abahnya panggil Hafidz.
" Kau sedar tak esok hari apa? "
"Hari jadi Hafidz" Jawab Hafidz sambil matanya memandang tepat kepada abahnya.Walaupun sifat Hafidz selalu suka main-main tapi tidak di depan abahnya.
Bukan sahaja Hafidz, malah abang-abangnya dan termasuklah aku, ibu mereka. Setiap kata-kata mesti diserap dengan baik agar segala tindakan tidak tersasar. Segala butir-butir mesi difahami agar dapat beramal dengan tepat. Hitam kata "guru", hitamlah jawapannya. Putih kata "guru", putihlah jawapannya. Kawalan dalam keluarga memang ketat agar tidak tersasar dari kehendak Allah. Segala tindak tanduk yang songsang dari arahan pasti dapat dirasa oleh "guru" tanpa sesiapa memberitahu. Detik hati kotor juga selalu dapat dikesan "guru". Siapa berani kalau firasat "guru" selalu mendahului hukuman yang selalunya firasat itu tepat. Sudah berdarah daging sejak awal pendidikan dari buaian lagi,
SAMI'NA WAATO'NA-----" AKU DENGAR DAN AKU PATUH"
Aku sebagai isteri dan ibu kepada pahlawan-pahlawan Allah ini rasa sungguh bertuah dibawah pimpinannya. Mereka semua membesar dan menyerap kepimpinan guru untuk jadi pemimpin kepada keluarga mereka kelak. Walaupun hidup dalam dunia moden dan dikelilingi oleh segala teknologi yang serba canggih tapi kepimpinan kekeluargaan adalah seperti zaman kegemilangan Islam dulu-dulu. Aku percaya masih ramai lagi di luar sama yang masih mengekalkan kepimpinan seperti ini. Mungkin di bumi Arab? di bumi Afrika? di bumi China?
"Dah berapa lama kau buat persediaan untuk harijadi ni...?"
" Bulan lepas lagi " Jawab Hafidz .
" Apa yang kau minta?"
"Minta jadi Hafidz baru. Minta dapat kebenaran. Minta kenal Allah dengan sebenar-benar kenal" Jawab Hafidz dengan penuh yakin.
" Umur kau dah 12 tahun. Dah baligh. Mesti berubah. Banyakkan berfikir kerana sesaat berfikir adalah lebih baik dari ibadat 60 tahun. Jangan dok asyik main aje..membazirkan umur"
Hafidz mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Walaupun ringkas tapi isi nasihat itu memang padat dan tepat.
" Pergi hujung sana dan baca Ayat Lima ( Ayat Agung ) 100 kali. Selagi tak habis jangan bangun. Fokus dan yakin esok pasti baru. Buat betul-betul. Buat cincai-cincai, tak dapat apa-apa. Itulah sebaik-baik hadiah untuk harijadi kau. Faham !! Hadiahkan untuk diri sendiri "
" Baik abah" Hafidz menjawab penuh persediaan.
Setiap hari selepas subuh mesti habiskan 40 kali Ayat Lima (Ayat Agung ) dan dia sudah sebati dengan ayat itu, tapi untuk baca 100 kali Ayat Lima bukan calang-calang wirid. Biasanya mengambil masa antara 3 hingga 4 jam.
Mesti habiskan sebelum pukul 12 tengah malam. Itu nekadnya. Sedetik selepas pukul 12 tengahmalam, dia mahu jadi baru. Hafidz yang lebih baik dalam segala hal. Mesti yakin seratus peratus tanpa ragu.
APAKAH ITU AYAT LIMA (AYAT AGUNG) DAN KHASIATNYA:
Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai 'khasiat' termasuk:
- Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
- Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.
- Dapat menimbulkan kewibawaan dan kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.
- Jika dijadikan suatu wirid (amalan yang berterusan) tiap selesai
sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini akan dikabulkan
Allah.
- Sesiapa yang membaca selepas Subuh dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan dinaikkan pangkat.
.Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh buah huruf “QAF” (Kaf besar),
Sebab itulah ayat lima ini bisa juga disebut dengan ayat lima puluh Qaf.
Karena itu ayat lima ini mengandung rahasia dan hasiat yang besar sekali artinya, diantaranya ialah,
-
Ibnu
Mas’ud meriwayatkan, Bahwa Rasulullah s.a.w. selalu membaca ayat
lima ini, baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam
perjalanan dan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat
mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu
mendapat pertolongan Tuhan
2. Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan
hatinya oleh Allah dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan
patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.
1)Ayat pertama adalah daripada surah al-Baqarah ayat 246, yang bermaksud:
bermaksud “Apakah
kamu tidak memerhatikan pengikut Bani Israil sesudah Nabi Musa iaitu
ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, “Lantiklah untuk kami
seorang raja supaya kami berperang (di bawah kepemimpinannya) di jalan
Allah. Nabi mereka menjawab, “Mengapa kami tidak mahu berperang di
jalan Allah, pada hal kami dihalau dari kampung halaman kami dan
daripada anak kami? Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka,
lalu mereka pun berpaling kecuali beberapa orang saja antara mereka.
Dan Allah Maha Mengetahui ke atas orang yang zalim.”
2) Ayat kedua dari surah Al Imran ayat 181
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan,
“Sesungguhnya Allah miskin dan kami adalah kaya. Kami akan mencatat
perkataan mereka itu dan perbuatan mereka yang membunuh nabi tanpa
sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan (kepada mereka),
“Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.
3) Ayat ketiga daripada surah an-Nisa, ayat 77
bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada mereka, Tahanlah
tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan keluarkan
zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba
sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh)
seperti mana ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam
ketakutannya lalu mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau
tangguhkan (kewajipan berperang) kepada kami sampai beberapa waktu lagi!
Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya sebentar dan akhirat itu lebih
baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit
pun.”
4) Ayat keempat daripada surah al-Maidah, ayat 27,
bermaksud:
“Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah kedua-dua anak Adam (Habil
dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika kedua-duanya dipersembahkan
korban, maka terimalah (korban) daripada seorang antara mereka berdua
(Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata, “Aku
pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima
korban daripada orang yang bertakwa.”
5) Ayat kelima daripada surah al-Ra’du, ayat 16,
bermaksud:
“Katakanlah siapakah Tuhan langit dan bumi? Katakanlah, "Allah." Katakanlahku"Patutkah kami mengambil perlindunganmu selain Allah, pada
hal mereka tidak kuasa mendatangkan manafaat mahupun menolak mudharat bagi dirinya sendiri?” Katakanlah,"Samakah orang yang buta dengan yang dapat melihat? Atau samakah yang gelap dengan yang terang?Apakah mereka menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaanNya sehingga kedua-dua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah, "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa."
Menurut Islam, seseorang itu boleh
menyambut harijadinya atau pun meraikan hari lahir orang lain. Dengan
syarat pengisian di dalam majlis itu tidak meniru atau
mengagung-agungkan budaya Barat yang menyalahi syariat dan akhlak Islam.
Di
mana, tiada percampuran (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan,
meminum arak, tari-menari, pendedahan aurat, mencuaikan solat,
pembaziran dan sebagainya. Ingatlah, setiap perkara yang haram akan
dilaknat Allah dan berdosa.
Raikanlah harijadi dengan tujuan
mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan
kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Di sinilah
terbinanya keharusan itu.
Justeru itu, sekiranya kita mahu
beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun
perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati
syarat-syarat dan adab-adabnya.
Antaranya:
a. Melahirkan
rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang
dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha:
11).
b. Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi
kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian
“Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat
dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya
perempuan), tiga kali, dengan menggunakan melodi yang sama. Maksudnya,
“semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih
dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
c. Jamuan adalah
sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam
adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak
membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke
majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan
kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh
menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.
d.
Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan
bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan
para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah
Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.
e. Memberi
hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari
sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia
akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih
sayang).
Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal,
tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang
ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w:
“Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.”
f. Muhasabah
diri (koreksi diri) yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun
ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu.
Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan.
Dan renung pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita
lakukan selama ini.
Sekiranya jawapan itu lebih berat kepada
kecuaian dan kealpaan, maka mohonlah taubat kepada Allah. Kemudian
susuli dengan niat, azam dan perancangan bagaimana untuk mengisi
sisa-sisa umur kita yang berbaki ini. Tentunya baki umur kita semakin
hari semakin sedikit, bukannya bertambah. Hasil muhasabah diri ini akan
menjadikan kita orang yang terus-menerus berhijrah kepada Allah s.w.t.
Selain
itu, insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi
kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya),
kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia.
Pada
hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan
sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usia kita terus
diberkati.
Sumber : Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my
http://www.hanan.com.my/
Keluarga kami ramai. Anak-anak pula suka makan kek. Kek yang dibeli di kedai tu...macam-macam mereka masukkan untuk jadikan kek itu lembut dan gebu. Itu semua adalah bahan tambahan yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi dan membahayakan kesihatan sekiranya diambil dengan kerap. Memang banyak kedai Kek Melayu dan halal di Langkawi tapi mereka tetap memasukkan bahan kimia yang halal untuk menjadikan struktur kek itu lembut dan gebu. Kek yang tak masukkan bahan pelembut tepung (shorteningsdan macam-macam lagi) memang kasar dan keras sikit. Di samping itu harganya juga sangat mahal. Anak ramai macam kami ni....satu tak cukup. Paling-paling tidak kena dua atau tiga dan ada yang nak makan chocolate kek dan ada nak kek span dan macam-macam. Syaratnya mereka kena menolong.