( GUIDANCE CORNER )
Sebaik sahaja menyambut Hari Raya Puasa 6, FCUHOMESCHOOLING pun memulakan kelas setelah lebih dari 2 minggu bercuti. Semoga modal kerohanian dari keberkatan berpuasa dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan membantu dalam menerap dan memantapkan iman dalam diri.
Sebaik sahaja menyambut Hari Raya Puasa 6, FCUHOMESCHOOLING pun memulakan kelas setelah lebih dari 2 minggu bercuti. Semoga modal kerohanian dari keberkatan berpuasa dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan membantu dalam menerap dan memantapkan iman dalam diri.
Perkembangan terkini yang sangat memberangsangkan ialah minat anak-anak kepada bahasa. Sebelum ini, memang dah ada galakan untuk mereka mendalalami mana-mana bahasa yang mereka minat sebagai bahasa ketiga. Alhamdulillah, selepas musim raya saja benih yang sudah ditanam itu bercambah dengan meriah sekali.
" Abang Isa sedang belajar bahasa korea. Abang Tajrid pun sama. Abang Din ....bahasa Jerman" Aku memulakan topik perbualan.
"Susah tak bahasa Jerman?" Tanya Hafidz ingin tahu.
"Bagi kita yang tak tahu apa-apa ni..memanglah susah. Abang Din pernah belajar bahasa Jerman semasa menuntut di US dulu. Sebab itulah bahawa rasmi komuternya adalah Jerman. Ummu memang tak faham macam tikus tengok besilah layaknya. Tapi kalau kita belajar...memang tak mustahil. Contohnya bahasa mandarin yang tulisannya sangat jauh berbeza dengan tulisan kita. Ummu yang tak pergi sekolah cina pun boleh lah tahu sikit-sikit.Allah dah cipta otak manusia yang boleh belajar apa sahaja kerana sememangnya segala ilmu dah diajar kepada Nabi Adam. Dan inilah kelebihan manusia dari makhluk lain dan diamanahkan untuk menjadi khalifah alam ini." Terangku dengan lebih lanjut.
" Abang Faiz dan abang Nordin belajar apa?" Hafidz bertanya lagi.
" Dah pastilah mandarin. Kan mereka dulu pernah belajar di sekolah Cina. Memang baguslah kalau mereka boleh menguasai bahasa tersebut. Lagipun...ramai juga tetamu kita yang terdiri dari bangsa Cina. Orang Cina adalah bangsa kedua ramai di Malaysia selepas bangsa Melayu. Memang patut kita tahu bahasa mebareka agar kita faham bila berurus niaga dengan mereka. Tak adalah kita kena tipu ke..."
" Afiqah, Afiq dan Alyssa pula nak ajar bahasa apa?" Selidik Hafidz.
" Mandarinlah dan mungkin ajar bahasa arab sikit-sikit " Jawabku ringkas.
" Tak peningke...belajar macam-macam bahasa sekali gus? " Tanya Hafidz dengan nada agak tinggi. Mungkin dia rasa agak berat kalau disuruh belajar banyak bahasa .
" Bahasa dan manusia adalah gandingan yang sangat natural. Yang kita perlukan adalah istiqamah dan selalu gunakanya. Arwah nenek Hafidz sebelah abah, memang boleh bertutur bahasa tamil dan sikh. Beliau hanya belajar dari jiran-jiran sebelah rumah. Monyang Hafidz sebelah Ummu pula berbangsa Cina. Jadi...genetik untuk menguasai banyak bahasa dah ada dalam diri Hafidz. Memang tak jadi masaalah, janji mahu saja. Zaman sekarang lagilah senang...banyak buku-buku yang mengajar berbagai-bagai bahasa.Lagi canggih sekiranya guna internet terutamanya youtube. Bagai ada cikgu depan mata."Panjang lebar peneranganku.
" Mandarin bagus juga tapi..pilih korealah dulu" Kata putus dari Hafidz. Nampaknya aku kena belajar korealah untuk ajar Hafidz. Abang-abang Hafidz belajar korea atas dayausaha sendiri. Dengan izin Allah ada seorang guru yang selalu bertandang ke rumah kami yang mahir bahasa korea. Dia pernah tinggal di korea buat beberapa tahun. Memang banyak membantu untuk kuasai bahasa Korea dalam masa yang singkat.
Cikgu Sham sedang mengajar abang Isa bahasa Korea. |
Anak-anak memang suka ikuti programme Korea di Astro. Kebanyakan masa, channel Korea jadi pilihan. Yang paling mereka suka ialah rancangan "Star King" yang memaparkan berbagai-bagai kemahiran manusia yang pelik-pelik. Yang paling aku suka ialah rancangan dokumentarinya. Banyak dapat belajar tentang budaya dan kehidupan orang korea. Mengikut satu kajian, makin ramai orang korea memeluk Islam. Ini adalah sesuatu yang baik. Tapi ada juga buruknya kalau selalu melayan drama-drama korea. Kena pandai-pandai pantau dan disiplin yang ketat. Pada permulaannya aku rasa membazir, asyik-asyik Korea tapi bila mereka mula belajar bahasa korea dan cara menulis Korea, rasa syukur pada Allah. Sekurang-kurangnya mereka dapat 3 bahasa dengan daya usaha sendiri.
Kenapa tidak bahasa Arab? Dalam hati memang teringin sekali dan memang dah pasang niat. Suatu hari nanti aku pasti fasih berbahasa syurga ini. Buat masa ini tak ada orang terdekat yang boleh membantu. Pernah aku cuba tapi...sekerat jalan ajelah. Mungkin tekniknya tak betul. Bila aku dah boleh bertutur bahasa Arab, tentu anak-anak akan terikut dan minat untuk belajar. Ini penting untuk mereka menghafal Al-Quran satu masa nanti. Memang aku selalu bayangkan mereka semua jadi Al Hafidz. Insyaallah...semoga Allah buka pintu hati mereka. Amin...
Rupanya tak susah belajar bahasa Korea ni...sebab dalam masa beberapa hari saja aku dah boleh baca sikit-sikit bahasa korea . Aku juga dah boleh ungkap beberapa patah perkataan yang simple dan berbual dengan anak-anak dalam ayat yang pendek-pendek. Abang Hafidz, Isa memang dah kedepan dari kami semua. Memang dia tekun sungguh dan cari teknik-teknik yang betul. Sebelum ini dia tekun dalam menguasai lidah american bila bercakap english. Sungguh tekun hingga dia betul-betul bertutur dengan lidah american. Kalau dengar dia bercakap, memang kita tak kata orang melayu bercakap orang putihlah. Kebolehannya mengatasi abang Din yang pernah tinggal di US semasa ambil degree dulu. Begitu juga dia mengatasi abang Suhaib yang bekerja bertahun-tahun di luar negara. Rupanya kita tak perlu tinggal di luar negara untuk menguasai tutur yang betul. Usaha dan teknik yang betul dah dapat menyelesaikannya. Pernah kami di ziarahi keluarga yang baru balik dari US. Mereka anak beranak tinggal di sana beberapa tahun dan anak-anak juga bersekolah di sana. Agak hairan kerana anak-anaknya dan juga isterinya tak boleh bercakap english dengan baik. Apalagi untuk menguasai lidah mat salleh. Mungkin mereka kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling dan hanya bergaul dengan orang Melayu yang tinggal di sana.
Apakah faedah belajar banyak bahasa dalam usaha kita menjadi khalifah Allah? Kita boleh sampaikan kebenaran kepada mereka yang bukan Islam. Memang ramai mereka di luar sana yang dahagakan kebenaran tapi tidak bertemu dengan yang pakar bahasa yang boleh mengenalkan mereka dengan Allah.
Antara youtube yang kami gunakan untuk pembelajaran awal bahasa Korea
- 1. Reading5 chapters, Jenny LeeKorean language(Hangeul) is never difficult. Korean is very scientific.
More lessons? Let's go to Apple App Store. search "seemile" - 2. Grammar + Basic phrases20 chapters, Jenny LeeBasic grammar + Basic phrases.
More lessons? Let's go to Apple App Store. search "seemile" - 3. Conversation A10 chapters, Christine JangPrimary level of Korean conversation
More lessons? Let's go to Apple App Store. search "seemile"
Korean Travel Phrases #1 - Hello (pt 1/2).
Korean Numbers Basic #1 (count 1 to 12)
Korean Numbers Basic #2 (Sino-Korean from 1 to 12)
Learn Korean 2: Write the Alphabet
(Basic Consonants +Vowels)
Learn Korean 4: DIPHTHONGS (complex + compound vowels) with MINI DRAMA!
BASIC CONVERSATION IN KOREAN:
1. GREETING PEOPLE
2. INTRODUCING FAMILY<
DEAR READERS!!
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥