Setiap tahun kami memang sibuk dengan persediaan untuk Open House Hari Raya Aidil Fitri. Kali ini kami menjemput warga Langkawi yang selalu mengikuti Langkawi Story ke Open House kami. Apalagi...sibuknya memang bergandalah..Untuk memastikan kesibukan menjelang raya tidak mengganggu istiqamah ibadat bulan puasa, kami buat plan kerja lebih awal. Alhamdulillah....semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah tanpa meninggalkan keutamaan bulan Ramadhan yang penuh berkat itu.
JADUAL KERJA:
22hb: Pasang lampu
kelip-kelip sekeliling
rumah dan buat biskut raya.
23hb: Potong daging ayam dan kupas
bawang dan buat biskut raya.
24hb: Cucuk sate ayam dan buat biskut raya.
25hb: Buat kuah sate dan potong daging
untuk sate
26hb: Buat ketupat, bungkus ketupat
dan simpan dalam freezer.
27hb: Buat ais ketul, cuci tingkap, buang
28hb: Potong daging rendang, potong
serai, halia, lengkuas, bawang dan pasang langsir
raya.
29hb: PENTING
-kemas ruang tamu dan taman.
-rebus ketupat
-masak ayam merah
-rendang kari daging
-masak rendang tok
-masak nasi himpit
-masak nasi himpit
30 hb: HARI RAYA AIDIL FITRI
-masak lontong kegemaran keluarga
Dalam sesebuah keluaraga, aktiviti-aktiviti seperti ini sangat penting dalam memupuk kasih sayang. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan baik hasil gotong royong bersama.
Dalam sesebuah keluaraga, aktiviti-aktiviti seperti ini sangat penting dalam memupuk kasih sayang. Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan baik hasil gotong royong bersama.
Ini sessi membuka daun ketupat. Sebaiknya daun palas ini dibuka sehari sebelum kita membungkus ketupat. Kalau terlalu lama baru digunakan contohnya tiga keempat hari.... daun palas akan jadi kering dan mengecut. Daun palas akan cepat koyak dan ini akan mengundang pembaziran. Selepas dibuka dan dilipat dalam bentuk ketupat yang
dah siap, daun-daun ini hendaklah disimpan ditempat sejuk seperti bilik air.
Gantung tinggi-tinggi agar tidak kotor dan direnjis-renjis dengan air
dari masa ke semasa. Renjisan air ini adalah untuk
memastikan daun palas tidak kering.
dah siap, daun-daun ini hendaklah disimpan ditempat sejuk seperti bilik air.
Gantung tinggi-tinggi agar tidak kotor dan direnjis-renjis dengan air
dari masa ke semasa. Renjisan air ini adalah untuk
memastikan daun palas tidak kering.
Seperti juga menganyam ketupat nasi, ketupat daun palas juga memerlukan
kemahiran dan kesenian tangan. Kalau tersilap cara, pulut akan jadi
lembik kerana masuk air.
kemahiran dan kesenian tangan. Kalau tersilap cara, pulut akan jadi
lembik kerana masuk air.
Ketupat-ketupat yang dah siap akan dimasukkan kedalam freezer. Sehari sebelum raya baru di rebus sebahagian saja. Bila dah agak tinggal sikit, baru rebus yang selebihnya. Dengan ini kita dapat mengelak terajidi ketupat jadi basi.
Jamuan
satey di Hari Raya memang mendapat sambutan hangat terutamanya di
kalangan kanak-kanak. Apalagi bila mereka dapat menjamu selera
sepuas-puasnya. Hanya setahun sekali sahaja mereka berpeluang merasa
resepi sate yang unik ini. Memang tak ada di tempat lain kerana ia
adalah our family secret recipe.
15 tahun dahulu kami mempunyai 3 gerai sate yang beroperasi mulai pukul 6 petang hingga larut malam. Masa itu kami ada 3 orang anak yang berada di sekolah menengah. Merekalah antara jurujualnya kerana kami anak beranak yang mengendalikan perniagaan sate ini. 3 gerai itu terletak agak berjauhan antara satu sama lain demi strategi pemasaran dan permintaan pelanggan. Ramai orang suka rasanya dan bisnes sungguh baik.
Tak sampai setahun, suami menutup ketiga-tiga gerai kerana kami tidak mahu mengorbankan masa depan persekolahan anak-anak kami. Mereka adalah pelajar cemerlang tetapi telah merosot kerana kurang masa untuk mengulangkaji pelajaran. Kami terpaksa menarik diri buat sementara waktu tetapi nekad untuk muncul kembali dengan perniagaan yang lebih besar. Kami bercadang untuk membuka Sate house di Langkawi. Hingga kini, hasrat itu belum padam dan menunggu saat yang sesuai untuk menrealisasikannya.
Ramai yang asyik bertanya bila kami akan mulakan perniagaan sate semula. Untuk tidak menghampakan mereka, kami pun buat Sate Open House setiap hari raya. Alhamdulillah. Memang seronok melihat pengunjung menikmati keenakan sate resepi kami ini. Yang paling teruja ialah kanak-kanak. Awal-awal pagi dah serbu kami. Maklumlah, setahun menunggu baru jumpa kegemaran mereka. Memang dah agak dah.....
Ha....Ini acara cucuk sate. Memang agak cerewet dan renyah. Ada sate ayam
dan ada juga sate daging. Sekali lagi anak lelaki menopoli kerja ini. Anak
perempuan kena tolong masak di dapur lah....
Adakah sebab utama kelazatan sate ini terletak pada resepi istimewanya? Tentu sekali tidak. Sebenarnya penyumbang utama kelazatan itu ialah kerana niat kita. Kita mahu orang menikmatinya dan puas hati. Sebagai perasanya, bacalah selawat sepanjang proses membuatnya dan minta pada Allah agar mereka dan juga kita semua beroleh kebenaran. Dengan memakan sate, kita beroleh kebenaran. Memang hebat !!! Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Masyaallah.
Aduhai Nur Alyssa yang comel lote ni...Erti nama Alyssa ialah noble kindness.
Semoga Alyssa akan jadi seorang wanita solehah yang sangat baik hati, amin....
Kecil-kecil dah nak tolong bungkus ketupat. Ini adalah pengalaman
pertamanya beraya di atas muka bumi ni. Memang gempaklah
bila Alyssa mula nak menolong.
Wah..ada gayalah Alyssa ni...Tengah tiru aksi uncle-uncle masukkan beras
pulut ke dalam kelongsong daun palas. Dalam usia 6 bulan, Amazing
Alyssa sudah pandai meniru gaya orang sekeliling.
At last.....memang end up masuk mulut. Tak kira apa, mesti dirasa
dengan mulut. Inilah cara effective pembelajarannya. Biarkan
saja Alyssa meneroka alamnya selagi benda itu tak bahaya.