"Ummu tengah kumpul info apa ni..?" Tanya Hafidz sambil mencapai kerusi dan duduk di sisiku.
"Ini ha..pasal nak hafal Al-Quran. Banyak sungguh kaedah-kaedahnya. Ummu tengah cari kaedah yang terbaik. Ambil sana sikit dan sini sikit, dapatlah kaedah yang terbaik." Terangku dengan harapan dapat menarik perhatian Hafidz.
"Ummu nak hafal Al-Quran ke...banyak tu..entah bila baru habis.Dahlah tak tahu bahasa Arab pula tu."Hafidz cuba meneka.
"Memang....agak susah kalau tak tahu bahasa Arab. Tapi tak mustahilkan. Sudah ramai orang dah boleh hafal. Kenapa tidak kita? Tak ada apa pun yang mustahil sekiranya kita bersungguh-sungguh minta pada Allah dan bersungguh-sungguh usaha. Pasti boleh. Menghafal Al-Quran tidak sama dengan menghafal buku pelajaran. Lagi kita hafal lagi hati kita tenang. Bila hati tenang, makin senanglah untuk menghafal seterusnya. Insyaallah....dengan bantuan Allah. Lagi pun umur Ummu dah separuh abad. Kalau tak mula sekarang, bila lagi."Aku senyum lebar kerana Hafidz dah tunjuk minat. Mudah-mudahan terbuka hatinya.
"Betulkah mayat orang yang hafal Al-Quran tak reput?" Soal Hafidz minta kepastian.
"Ya, betul. Mereka adalah antara 10 golongan yang mana mayat tak reput dan busuk. Ini ha...baca artikel ini" Aku tunjuk info yang sudah aku coppy-paste di screen computer.
10 golongan yang mana mayat tak reput dan busuk
- segala Nabi
- Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
- Orang Alim (Ahli ulama' Yang Diredhai oleh Allah)
- Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
- Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
- Raja Yang Adil
- Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
- Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
- Orang yang dibunuh dengan zalim
- Orang yang beriman yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)
"Nak
dengar kisah benar? Nenek Hafidz sebelah abah, namanya Halimatun
Saadiah. Dah pernah tengok gambarnya kan...Beliau adalah seorang guru
Al-Quran. Kalau ada anak muridnya yang baca silap, dari jauh dia dah
boleh tegur apa silapnya kerana dia dah hafal Quran. Tapi orang tak
pernah iktiraf dia sebagai Al-Hafizah kerana zaman tu...zaman dulu.
Setelah sepuluh tahun beliau meninggal dunia, kawasan perkuburan itu
telah digali untuk memindahkan mayat-mayat ke kawasan lain yang lebih
strategik. Masa tulah..Allah menunjukkan kekuasaannya kepada orang awam. Mayat nenek masih dalam keadaan baik, malah kain kapannya masih elok, tak terjejaspun. Masyaallah....begitu tinggi Allah letak golongan Al-Hafidz dan Al-Hafizah." Terlopong Hafidz mendengar cerita itu.
" Nama Hafidz pun ada ceritanya tersendiri. Sebaik sahaja Hafidz dilahirkan, abah yang memilih nama tersebut dengan harapan Hafidz akan menjadi seorang Al-Hafidz seperti nenek. Semasa Hafidz kecil, kami sentiasa menimang Hafidz dengan nama Al-Hafidz Yang Hebat. Sampai sekarang pun, Ummu selalu teriak Hafidz dengan nama Al-Hafidz (terutamanya bila nak kontrol marah kat Hafidz...hmhm). Mungkin Hafidz tak sedar akan keramat nama tersebut. Ha...sekarang dah tahu, mestilah tanam nekad untuk menrealisasIkannya." Terangku dengan harapan tinggi .
" Ini ha...Ummu ada masukkan info dalam blog cara-cara untuk hafal. " Sambil aku menggosok-gosok belakang anak terunaku, dengan harapan apa yang baru diceritakan itu memberi impak yang besar kepadanya.
SEBELUM MENGHAFAL AL-QURAN:
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal

2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
1. Buat beberapa kotak.
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
TEKNIK MENGHAFAL
A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau
tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti
oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar
kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang
sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang
didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.
UNTUK MENGEKALKAN HAFAZAN
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.
"Sebaikbaik kamu adalah yang mempelajari AlQur'an dan mengajarnya"
(Hadith riwayatBukhari)
·
"Mereka yang membaca AlQur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat
pencatit yang mulia. Mereka yang membaca AlQur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan
payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
pencatit yang mulia. Mereka yang membaca AlQur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan
payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
·
"Bacalah AlQur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat
kepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
·
Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara:
1-Orang yang Allah berikan kepadanya AlQur'an
maka dia membacanya siang dan malam.
maka dia membacanya siang dan malam.
2-orang yang Allah berikan kepadanya harta maka
ia menafkahkannya siang dan malam.
ia menafkahkannya siang dan malam.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca AlQur'an dan mengingati Aku
daripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yang
diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (AlQur'an) atas perkataanperkataan lain
adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)

"Bacalah AlQur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan AlQur'an. Dan
sesungguhnya AlQur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan
merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan AlQur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat
sesungguhnya AlQur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan
merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan AlQur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat
AdDarimy)
ADAT MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN:
1.Ikhlaskanniat.
2.Bersabar.
3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.
4. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Bersih dari hadas kecil dan besar.
6. Sebaiknya menghadap kiblat.
7. Memakai pakaian putih yang bersih dan menutup aurat.
8. Jangan banyak berkata dan ketawa ketika membaca dan menghafal.
9. Memberikan tumpuan sepenuhnya.
10. Jangan membaca ketika mengantuk atau menguap.
11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.
12. Menghormati AlQur'an.

13. Menghormati guru.
14. Solat dua rakaat sebelum memulakan kelas.
(UNTUK MENGUATKAN HAFALAN):
Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal AlQuran,
agar mengerjakan solat sunat Taqwiyatul Hifzi.
Kaedahnya:
1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyat akhir.
2. Mengerjakannya pada malam Jumaat, sebaikbaiknya selepas tidur.
3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat berturutturut.
4. Membaca pada rakaat pertama Surah Yaasin.
5. Membaca pada rakaat kedua Surah AdDukhan
6. Membaca pada rakaat ketiga Surah AsSajadah.
7. Membaca pada rakaat keempat Surah Muluk.
8. Setelah solat, bacalah doa ini:

{ دعاء سلفس صلاة الحفظ }
اللَّهُمَّ
ارحَمْنِي بِتَركِ الْمَعَاصىْ أَبَدًا مَّاأَبْقَيْتَنِيْ وَارحَمْنِيْ
أَنْ أَتَكَلَّفَ مَالايُعْنِيْنِىْ وَارْزُقْنِيْ حُسْنَ
النَّظَرِفِيْمَايُرضِيْكَ عَنِّيْ اللَّهُمَّ بَدِيعَ السَّمَوَاتِ
والأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ وَالإكْرَاِم وَالْعِزَّةِ الَّتِي لاَتُرَامُ
أَسْأَلُكَ يَااللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ
وَنُورِوَجْهِكَ أَن تُلزمَ قَلْبِي حِفْظَ كِتَابِكَ كَمَا عَلَّمْتَنِى
وَارْزُقْنِي أَنْ أَتْلُوَهُ عَلَىالنَّحْوِ الَّذِي يُرْضيكَ عَنّي.
اللَّهُمَّ
بَدِيعَ السَمَوَاتِ وَالأَرْضِ ذَالْجَلاَلِ والإكْرَامِ وَالْعِزَّةِ
الَّتِى لاَ تُرَامُ أَسْأَلُكَ يَا اللهُ يَارَحْمَن بِجَلاَلِكَ وَنُورِ
وَجْهِكَ أَن تُنَوّرَبِكِتَابِكَ بَصَرِي وَأَن تَطْلُقَ بِهِ لِسَانِي
وَأَن تَفَرّجَ بِهِ عَن قَلْبِي وَأَن تَشْرَحَ بِهِ صَدْرِي وَأَن
تَسْتَعْمِلَ بِهِ بَدَنِي فَإِنَّهُ لاَ يُعِينَنِي عَلَىالْحَقِّ
غَيْرَكَ وَلاَيُؤْتِينِيهِ إلاأَنتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلا
بِاللهِ الْعَلِيّ الْعَظِيمِ
Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura
Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada penulisnya.
DEAR READERS!!
YOUR POSITIVE COMMENTS ARE HIGHLY APPRECIATE.
♥♥♥ FCU MALAYSIAN HOMESCHOOLING ♥♥♥